CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Vellfire

[Borneo] Rumah Borak Borneo~Auk ajaklah

[Copy link]
Post time 31-1-2026 11:28 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-1-2026 11:28 AM | Show all posts
JKKK Bukit Igu santuni golongan kurang mampu sempena TBC
Januari 30, 2026, Jumaat - 4:42pm



Lau (lima kanan) bersama Tang (lima kiri) menyerahkan sumbangan bakul makanan kepada golongan yang memerlukan di Sibu, semalam.

SIBU: Sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) yang bakal menjelang, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKIKK) Bukit Igu telah menganjurkan satu program ziarah prihatin bagi menyantuni golongan kurang berkemampuan di kawasan tersebut, semalam.

Program berkenaan diketuai oleh Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bawang Assan Kaunselor Kevin Lau bersama Pengerusi JKKK Bukit Igu Kapitan Tang Chuo Ging serta barisan ahli jawatankuasanya.

Menerusi inisiatif ini, seramai 20 keluarga berpendapatan rendah telah menerima sumbangan bakul makanan sebagai tanda keprihatinan dan perkongsian kegembiraan perayaan.

Lau berkata, penglibatan aktif pemimpin masyarakat dalam membantu golongan memerlukan amat penting khususnya ketika musim perayaan kerana ia bukan sahaja meringankan beban kewangan keluarga terlibat, malah memperkukuh semangat perpaduan dan nilai kebersamaan dalam komuniti.



Lau disaksikan Tang (kiri) menghulurkan angpau dan bakul makanan kepada golongan yang memerlukan di Sibu, semalam.

"Kami memahami cabaran yang dihadapi oleh keluarga-keluarga ini dalam kehidupan seharian.

"Diharapkan sumbangan ini dapat memberi sinar kegembiraan serta permulaan yang positif kepada tahun baharu, yang dipenuhi dengan harapan, kemakmuran dan keberkatan," katanya.

Beliau turut menjelaskan, program tersebut bukan sekadar penyampaian bantuan sebaliknya menjadi platform untuk menziarahi penerima di kediaman masing-masing, berinteraksi secara langsung, mendengar permasalahan mereka serta menyampaikan ucapan dan doa agar mereka sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan kesejahteraan.

Sementara itu, Tang menegaskan JKKK Bukit Igu sentiasa komited dalam menjaga kebajikan penduduk setempat, khususnya keluarga yang kurang berkemampuan, melalui hubungan rapat yang terjalin hasil kerjasama berterusan ahli-ahli jawatankuasa.

Menurutnya, setiap kali tibanya musim perayaan, pihak jawatankuasa akan menganjurkan pelbagai program kebajikan yang dirangka berdasarkan keperluan komuniti setempat bagi memastikan bantuan dan sokongan dapat disalurkan secara berterusan sepanjang tahun.

Beliau turut berharap agar program seumpama ini dapat terus diperkasakan pada masa hadapan, sekali gus mengeratkan hubungan kejiranan dan membolehkan lebih ramai keluarga yang memerlukan merasai kehangatan serta sokongan masyarakat.



LAU (tiga kanan) bersama Tang (dua kiri) ketika menyerahkan sumbangan bakul makanan kepada golongan yang memerlukan di Sibu, semalam.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2026 11:29 AM | Show all posts
Ops Bersepadu Pencegahan Jenayah IPD Saratok keluarkan 27 saman lalu lintas
Januari 30, 2026, Jumaat - 4:47pm



Anggota polis IPD Saratok menjalankan Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah di sekitar daerah Saratok, Roban dan Kabong semalam. (Gambar sisipan) Mathew. - Gambar IPD Saratok

SARATOK: Sebanyak 27 saman yang melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) (K) 257:27 telah dikeluarkan kepada pesalah lalu lintas hasil Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok, semalam.

Ketua Polis Daerah (KPD) Saratok DSP Mathew Manggie berkata, operasi tersebut telah dijalankan bermula jam 3 petang hingga 10.30 malam.

“Dalam operasi ini, sebanyak 87 kenderaan dan 95 individu telah diperiksa.

“Objektif operasi ini dijalankan adalah untuk menurunkan kes-kes jenayah indeks terutamanya di kawasan titik panas di bawah pentadbiran IPD dengan Operasi Bersepadu Bersasar.

“Ia juga merupakan usaha dalam mempamerkan kehadiran polis di kawasan hotspot jenayah terutama  yang melibatkan kecurian motosikal, kereta dan lain-lain jenayah,” kata Mathew kepada media, hari ini.

Menurut beliau, operasi ini juga berperanan mengurangkan kesalahan lalulintas terutama yang melibatkan penunggang motosikal di sekitar kawasan operasi dijalankan.

Katanya, sekatan jalan raya ini dilakukan di Jalan Pan Borneo, sekitar pasar, kampung dan taman perumahan di kawasan Kabong, Saratok dan Roban.

“Operasi ini turut menjadi pendekatan kita dalam menahan dan membuat pemeriksaan terhadap individu atau kenderaan yang mencurigakan serta mengesan individu dikehendaki yang terlibat dengan kes jenayah, jenayah narkotik, jenayah komersial dan lain-lain,” kata Mathew lagi.

Operasi tersebut melibatkan seorang pegawai dan 14 anggota.




Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2026 11:35 AM | Show all posts
SCOPE, IIAM meterai MoU perkukuh keupayaan audit dalaman Sarawak
Januari 30, 2026, Jumaat - 4:50pm



Joseph (kiri) ketika ditemui pemberita. - Gambar UKAS

KUCHING: Centre of Performance Excellence (SCOPE) dan Institute of Internal Auditors Malaysia (IIAM) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) sebagai langkah strategik memperkukuh keupayaan audit dalaman di Sarawak memperkasakan tadbir urus, akauntabiliti dan prestasi organisasi secara mampan.

Memetik Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), kerjasama tersebut menjadikan SCOPE sebagai penyedia latihan bagi promosi dan pelaksanaan kelayakan profesional Certified Internal Auditor (CIA) yang membuka peluang lebih luas kepada pegawai sektor awam, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta profesional tempatan untuk mendapatkan pensijilan audit dalaman bertaraf antarabangsa.

Kerjasama ini merupakan satu langkah penting dalam membangunkan rantaian bakat auditor dalaman yang kompeten dan berintegriti di Sarawak, sejajar dengan aspirasi kerajaan negeri untuk memperkukuhkan tadbir urus yang baik serta sistem pengurusan yang telus dan berkesan.

Majlis pertukaran MoU itu turut disaksikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee yang mewakili Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Sementara itu, Naib Presiden IIAM, Derek Lee Siew Weng berkata, MoU berkenaan tepat pada masanya bagi membantu Kerajaan Sarawak melalui sokongan strategik SCOPE.

“Program ini merangkumi tiga bahagian dan akan diadakan kelas tuisyen di Sarawak, membolehkan calon mengikuti pembelajaran secara fizikal berbanding sepenuhnya dalam talian.

"Kumpulan pertama melibatkan lebih 20 calon dan kami menjangkakan jumlah ini akan terus meningkat,” katanya.

Pada masa sama, Ketua Pegawai Eksekutif SCOPE Joseph Lim menjelaskan bahawa pelaksanaan program tersebut dijadualkan bermula pada April tahun ini.

“SCOPE akan menyediakan sokongan menyeluruh termasuk kemudahan asas, sokongan pelajar serta keperluan pembelajaran lain. Kelas akan dijalankan secara hibrid, iaitu secara fizikal dan dalam talian.

“Pada masa depan, kami akan meneroka lebih banyak program latihan untuk golongan dewasa bekerja bagi memastikan mereka kompeten dari segi pengetahuan dan kemahiran audit dalaman, termasuk latihan berkaitan risiko, tadbir urus dan bidang-bidang berkaitan,” tambahnya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2026 11:38 AM | Show all posts
SMA jayakan latihan perkukuh kawal selia sektor komunikasi dan multimedia
Januari 30, 2026, Jumaat - 6:16pm



Tiong (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Julaihi pada majlis penutupan program tersebut. Turut kelihatan Pengarah UKPS Abdul Wahab Rahim (kanan).

KUCHING: Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) berjaya melaksanakan Program Latihan Regulasi, Pematuhan dan Penguatkuasaan sebagai usaha memperkukuh keupayaan penguatkuasaan kawal selia sektor komunikasi dan multimedia di Sarawak.

Program selama lima hari yang dianjurkan dengan kerjasama Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) itu melibatkan 11 pegawai SMA dengan majlis penutupan disempurnakan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi di Pusat Inovasi Warisan Kreatif (CHIC) di sini, hari ini.

Julaihi berkata, penganjuran latihan berkenaan membuktikan komitmen berterusan SMA dalam memastikan pembangunan infrastruktur telekomunikasi di Sarawak dilaksanakan secara selamat, teratur dan mematuhi peruntukan undang-undang sedia ada.

Menurut beliau, keperluan terhadap penguatkuasaan yang cekap semakin penting dalam dunia digital masa kini yang bergantung sepenuhnya kepada rangkaian telekomunikasi bagi menyokong pendidikan, kesihatan, perkhidmatan kecemasan serta pertumbuhan ekonomi digital negeri.

“Pelan Induk Ekonomi Digital Sarawak 2030 menekankan kepentingan infrastruktur digital yang kukuh.

"Justeru pegawai penguatkuasaan perlu dilengkapi dengan kemahiran, pengetahuan dan etika profesional yang tinggi,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar SMA Dato Dr Anderson Tiong berkata, program latihan itu dirangka khusus untuk meningkatkan kefahaman pegawai terhadap prosedur regulasi, pematuhan dan penguatkuasaan selaras Ordinan Pihak Berkuasa Multimedia Sarawak 2017.

Beliau berkata, latihan tersebut merangkumi 11 modul termasuk etika dan tanggungjawab pegawai penyiasat, teknik siasatan, pengendalian bahan bukti, pemeriksaan premis, prosedur penyitaan serta pengurusan fail siasatan.

“Pendekatan latihan yang menggabungkan taklimat, kajian kes, simulasi dan latihan praktikal ini memastikan pegawai SMA bersedia dari segi operasi dan mampu melaksanakan penguatkuasaan secara profesional serta berintegriti,” katanya.

Tambah beliau, latihan ini juga bertujuan memastikan penguatkuasaan terhadap Penyedia Kemudahan Rangkaian ( NFP) dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, konsisten dan berlandaskan peruntukan undang-undang.

Selain latihan, SMA turut menganjurkan sesi libat urus bersama NFP sebagai platform perbincangan terbuka bagi memberi penjelasan mengenai keperluan kawal selia serta mengelakkan ketidakpatuhan berulang pada masa hadapan.

Julaihi dalam ucapannya turut mengingatkan bahawa di bawah Ordinan SMA 2017, semua struktur komunikasi termasuk menara dan kabel wajib mendapatkan kelulusan SMA sebelum dilaksanakan, bagi menjamin keselamatan awam dan pembangunan yang teratur.

Setakat Januari 2026, sebanyak 4,514 struktur komunikasi telah direkodkan melalui Sistem Pengukuran Infrastruktur Komunikasi (CIMS) dan Sistem Permit Infrastruktur Komunikasi (CIPS), dengan usaha pematuhan terus dipergiatkan oleh SMA.

Kejayaan penganjuran program ini dilihat sebagai langkah penting dalam memperkukuh peranan SMA sebagai badan kawal selia utama, sekali gus menyokong pertumbuhan infrastruktur telekomunikasi yang selamat, teratur dan mampan di Sarawak.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2026 11:40 AM | Show all posts
Lelaki maut motosikal kemalangan dengan kereta
Januari 30, 2026, Jumaat - 6:27pm

SERIAN: Seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kampung Sepan di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Serian Superintenden Freddy Bian berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 1.25 petang, manakala kemalangan dipercayai berlaku kira-kira jam 10.30 pagi.

“Berdasarkan siasatan awal, kemalangan berlaku apabila sebuah motosikal dikatakan bergesel dengan sebuah kereta di selekoh jalan menyebabkan penunggang motosikal tercampak ke atas jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Tambahnya, pemandu kereta yang terlibat merupakan lelaki tempatan dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 31-1-2026 11:42 AM | Show all posts
Pelantikan KMKK amanah besar penuh tanggungjawab: Huang
Januari 30, 2026, Jumaat - 6:35pm



Huang bersama dengan KMKK yang telah dilantik semula selesai majlis tersebut.

SARIKEI: Pelantikan sebagai seorang ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) adalah satu amanah besar yang perlu dipikul dengan penuh tanggungjawab.

Timbalan Menteri Persekutuan Perladangan dan Komoditi Dato Sri Huang Tiong Sii berkata, KMKK yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan adil, jujur dan berintegriti, serta bekerjasama rapat dengan Pejabat Daerah Sarikei dan semua agensi kerajaan demi kepentingan rakyat.

“Kita perlulah kekal sebagai satu pasukan yang mantap, bekerjasama rapat dengan Pejabat Daerah dan Pejabat Residen Sarikei, demi kesejahteraan dan kemajuan rakyat di kawasan ini.

“Keputusan kerajaan untuk menaikkan elaun KMKK merupakan satu langkah yang amat bermakna dan mencerminkan keprihatinan serta pengiktirafan kerajaan terhadap peranan, tanggungjawab dan sumbangan besar KMKK dalam menyampaikan perkhidmatan serta menjaga kebajikan rakyat di peringkat komuniti.

“Langkah ini bukan sahaja menjadi penghargaan kepada jasa dan pengorbanan KMKK, malah diharap dapat menjadi suntikan semangat untuk terus melaksanakan amanah dengan lebih berdedikasi, berintegriti dan berkesan,” kata Huang.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Notis Pelantikan Semula KMKK bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Repok, Daerah Sarikei di Aras 12, IAC, dekat sini hari ini.

Menurut Huang, majlis ini bukan sekadar penyampaian sijil, malah merupakan simbol kepercayaan dan pengiktirafan kerajaan terhadap kepimpinan akar umbi yang menjadi tunjang kepada kestabilan dan keharmonian masyarakat.

“Melalui kesempatan ini juga kita ingin menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan  Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg, atas komitmen berterusan dalam memperkasa kepimpinan di peringkat akar umbi,” tegas Huang lagi.

Hadir sama ialah Residen Bahagian Sarikei Datu Michael Ronnie Langgong dan Pegawai Daerah Sarikei Louis Yeo Soon Guan.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2026 11:42 AM | Show all posts
Lelaki warga emas cedera dalam insiden letupan tong gas di Sibu Jaya
Januari 30, 2026, Jumaat - 6:37pm

SIBU: Seorang lelaki warga emas cedera selepas berlaku letupan kecil melibatkan tong gas petroleum cecair (LPG) di sebuah rumah di Sibu Jaya di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.31 petang.

Susulan panggilan berkenaan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya telah digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira dua kilometer dari balai dan tiba pada jam 3.34 petang.

Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati berlaku letupan kecil melibatkan tong gas di dalam rumah berkenaan sehingga menyebabkan siling rumah runtuh.

“Akibat kejadian tersebut, seorang lelaki warga emas mengalami kecederaan dan telah dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba,” menurut kenyataan JBPM Sarawak.

Menurutnya, rumah berkenaan didiami lima penghuni terdiri daripada seorang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa, dua warga emas masing-masing lelaki dan perempuan serta seorang remaja lelaki.

Pasukan bomba seterusnya menjalankan pemantauan keselamatan di sekitar kawasan rumah bagi memastikan tiada risiko susulan, selain mengeluarkan tong gas LPG berkenaan dari premis.

Operasi berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 3.40 petang dan ditamatkan pada jam 4.02 petang selepas pihak bomba berpuas hati dengan tahap keselamatan di lokasi kejadian.

Seramai tujuh anggota bomba terlibat dalam operasi tersebut dengan menggunakan sebuah jentera jenis Light Fire Rescue Tender (LFRT).


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-1-2026 11:44 AM | Show all posts
SMA sedang jalankan proses pemutihan ke atas menara telekomunikasi di seluruh Sarawak: Julaihi
Januari 30, 2026, Jumaat - 6:45pm



Julaihi (tengah) bercakap pada sidang media di SMA.

KUCHING: Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) sedang menjalankan proses pemutihan ke atas menara telekomunikasi di seluruh Sarawak yang beroperasi tanpa kelulusan atau tidak mematuhi peraturan sedia ada.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi berkata, proses itu telah dilaksanakan bermula 1 Januari lalu melibatkan kira-kira 1,000 menara telekomunikasi di seluruh Sarawak setakat ini.

"Terdapat menara telekomunikasi yang telah dibina sejak sekian lama, namun tidak diformalkan mengikut keperluan Ordinan SMA serta kelulusan Pihak Berkuasa Perancangan Negeri, walaupun menara tersebut memainkan peranan penting dalam memastikan kesalinghubungan komunikasi.

"Yang penting bukan untuk menyingkirkan menara ini, tetapi melaksanakan proses pemutihan supaya ia dapat dikawal selia dan diformalisasikan kerana fungsinya amat kritikal kepada rakyat," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penutupan Peraturan, Pematuhan dan Penguatkuasaan SMA di Pusat Inovasi Warisan Kreatif, Bangunan Yayasan Sarawak, Jalan Masjid di sini, hari ini.

Hadir sama ialah Pengurus Besar SMA Dato Dr Anderson Tiong dan Pengarah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) Abdul Wahab Rahim.

Julaihi menjelaskan, SMA turut memainkan peranan penting dalam perancangan jangka panjang pembangunan infrastruktur telekomunikasi negeri, termasuk cadangan untuk memperoleh tapak tanah bagi pembinaan menara di kawasan bandar, separa bandar dan luar bandar.

"Untuk membina menara telekomunikasi, kita memerlukan tapak fizikal. Oleh itu, sudah tiba masanya tapak-tapak ini dimiliki oleh satu agensi dan SMA dilihat sebagai agensi paling sesuai untuk memikul tanggungjawab ini," katanya.

Julaihi berkata, kos bagi setiap tapak dianggarkan sekitar RM50,000 bergantung kepada lokasi dan secara keseluruhan, SMA dianggarkan memerlukan kira-kira RM71 juta sekiranya semua tapak yang diperlukan diperoleh dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, beliau menegaskan pengambilan tapak hanya melibatkan tanah dan tidak merangkumi struktur di atas bangunan atau bumbung premis persendirian.



Julaihi (duduk tengah) merakamkan gambar bersama yang lain. Turut kelihatan Pengurus Besar SMA, Dato Dr Anderson Tiong (duduk kiri) dan Pengarah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS), Abdul Wahab Rahim (duduk kanan).

Mengulas isu liputan Internet, Julaihi berkata SMA telah diarahkan mengenal pasti semua kawasan ‘blind spot’ terutamanya di luar bandar, laluan Lebuhraya Pan Borneo serta kawasan pesisir pantai yang kini menyaksikan pertambahan penempatan penduduk.

"Kadangkala sambungan Internet tiba-tiba terputus apabila memasuki kawasan tertentu. Blind spot ini perlu ditangani kerana matlamat kita adalah untuk merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar," katanya.

Beliau berkata, usaha itu selari dengan pelaksanaan Program SMART yang melibatkan pembinaan 618 menara pintar, dengan 614 daripadanya telah siap secara fizikal, manakala SMART Fasa 1 hampir selesai sepenuhnya.

“Saya juga dimaklumkan bahawa SMART Fasa 2 akan dilaksanakan di Sarawak dan SMA akan memainkan peranan penting dalam mengenal pasti lokasi yang sesuai, khususnya di kawasan yang masih mengalami masalah liputan,” katanya.

Menurut Julaihi, sasaran utama Sarawak untuk mencapai kesalinghubungan digital sepenuhnya adalah menjelang 2030 selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030, namun kerajaan negeri berhasrat mencapainya lebih awal jika berkemampuan.

Dalam perkembangan lain, beliau menzahirkan rasa kesal terhadap beberapa kejadian kebakaran menara telekomunikasi sejak beberapa bulan lalu yang berpunca daripada vandalisme seperti pemotongan dan kecurian kabel.

Katanya, vandalisme bukan sahaja menyebabkan kerugian besar dari segi kos pembaikan, malah mengganggu perkhidmatan komunikasi, khususnya di kawasan luar bandar yang amat bergantung kepada kemudahan telekomunikasi.

Beliau menegaskan penyediaan infrastruktur telekomunikasi yang stabil dan selamat amat penting bagi membawa masyarakat luar bandar ke arus perdana pembangunan serta memastikan kesejahteraan dan keselamatan rakyat terus terpelihara.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2026 11:47 AM | Show all posts
Seorang terperangkap, dua tercampak keluar dalam kemalangan di Sibu
Januari 31, 2026, Sabtu - 6:21am

SIBU: Seorang lelaki dan dua wanita dikejarkan ke Hospital Sibu selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan kendiri di Lorong Sentosa Utara 8, di sini, petang semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie berkata, mangsa terdiri daripada seorang lelaki,42, serta seorang wanita, 46, dalam keadaan separuh sedar dan seorang lagi wanita 45, sakit di bahagian dada.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 3.48 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati sebuah kereta terlibat dalam kemalangan kendiri selepas terjatuh ke dalam longkang.

“Seorang mangsa lelaki didapati terperangkap di dalam kenderaan manakala dua mangsa wanita tercampak keluar,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pasukan bomba berjaya mengeluarkan mangsa lelaki yang terperangkap tanpa menggunakan peralatan hidraulik sebelum mangsa diletakkan di atas pengusung.

“Dua mangsa dibawa ke Hospital Sibu menggunakan ambulans manakala seorang lagi mangsa dibawa oleh ahli keluarga,” jelasnya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2026 11:48 AM | Show all posts
Projek baik pulih cerun Gunung Ngeli perlu dipercepatkan demi keselamatan penduduk setempat
Januari 31, 2026, Sabtu - 6:26am



Rodiyah ketika mempengerusikan sesi taklimat khas bagi menangani kejadian tanah runtuh di kawasan Gunung Ngeli di Simunjan. - Gambar UKAS

SIMUNJAN: Projek pembaikan cerun Gunung Ngeli perlu dipercepatkan bagi menjamin keselamatan penduduk setempat serta memastikan kelancaran akses jalan raya yang menjadi laluan utama penduduk Kampung Sual dan kawasan sekitarnya.

Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee berkata, keperluan mendesak itu susulan beberapa kejadian tanah runtuh yang dilaporkan berlaku dalam tempoh kebelakangan ini akibat hujan berterusan, sekali gus meningkatkan risiko keselamatan di kawasan berkenaan.

Menurut beliau, keadaan cerun di Gunung Ngeli kini berada pada tahap kritikal dan memerlukan tindakan segera melalui pelaksanaan langkah mitigasi jangka panjang yang komprehensif.

"Saya berharap agar permohonan peruntukan dana kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (SDMC) bagi Projek Pembaikan Cerun Gunung Ngeli dapat dipertimbangkan dan diluluskan dengan secepat mungkin supaya pelaksanaan mitigasi jangka panjang dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

“Dalam masa yang sama, saya juga berharap agar Jabatan Pengairan dan Saliran Samarahan dapat menjalankan penilaian teknikal terhadap sistem perparitan dan culvert sebagai langkah mitigasi jangka pendek bagi mengurangkan risiko serta menangani isu hakisan tanah runtuh sementara menunggu pelaksanaan penyelesaian jangka panjang oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sesi taklimat khas bagi menangani kejadian tanah runtuh di kawasan Gunung Ngeli di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Simunjan pada Jumaat.

Memetik Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Rodiyah berharap agar penduduk setempat dapat bersabar serta terus memberikan kerjasama sepenuhnya demi memastikan keselamatan semua pihak dan kelancaran pelaksanaan projek berkenaan pada masa akan datang.

Perbincangan berkenaan turut melibatkan penyertaan pelbagai agensi teknikal, termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Samarahan, Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Samarahan serta Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Cawangan Sarawak.

Sesi taklimat tersebut bertujuan menilai situasi semasa, mengenal pasti tahap risiko serta merangka langkah mitigasi jangka pendek dan jangka panjang bagi mengurangkan impak bencana di kawasan terlibat.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Simunjan, Sanuyah Mohamad.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2026 11:49 AM | Show all posts
SADA sokong integrasi STILE di Sri Aman untuk kawalan lalu lintas lebih sistematik
Januari 31, 2026, Sabtu - 6:28am



Rohani bersama yang lain merakam kenangan  sesama Mesyuarat Penyelarasan Antara Agensi baru-baru ini.  - Gambar UKAS

KUCHING: Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA) menyokong penuh usaha memodenkan infrastruktur bandar melalui integrasi Sistem Lampu Isyarat Pintar (STILE) di Sri Aman ke dalam Pusat Operasi Bersepadu Sarawak (SIOC).

Pengerusi SADA Dato Sri Rohani Abdul Karim berkata, penggunaan sistem pintar seperti STILE berupaya membantu meningkatkan kawalan lalu lintas secara lebih sistematik dan berkesan, seterusnya mengurangkan kesesakan serta meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya di kawasan Sri Aman.

“SADA sentiasa komited menyokong sebarang inisiatif pembangunan yang memberi kemudahan kepada rakyat. Sistem yang mampu meningkatkan kecekapan pengurusan trafik wajar dilaksanakan demi menjamin kelancaran dan keselamatan lalu lintas,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi Mesyuarat Penyelarasan Antara Agensi yang diadakan baru-baru ini.

Memetik Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Rohani berkata, langkah tersebut dilihat sebagai inisiatif strategik bagi meningkatkan kecekapan pengurusan trafik secara bersepadu, selaras dengan pelaksanaan sistem pemantauan dan pengurusan data berpusat di seluruh Sarawak.

Dalam pada itu, beliau juga menegaskan komitmen berterusan agensi tersebut dalam menyokong pembangunan infrastruktur pintar yang memberi manfaat langsung kepada kesejahteraan serta keselamatan masyarakat setempat.

Mesyuarat penyelarasan tersebut turut dihadiri oleh Pemangku Residen Bahagian Sri Aman, Charlie Keling, Wakil Ketua Polis Daerah (KPD) Sri Aman, Wakil Setiausaha Majlis Daerah Sri Aman, Wakil Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR), serta Wakil Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak.

Integrasi STILE ke dalam SIOC dijangka memperkukuh sistem pemantauan trafik secara masa nyata dan menyokong aspirasi Sarawak ke arah pembangunan bandar pintar yang lebih selamat, cekap dan mampan.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2026 11:49 AM | Show all posts
Kehadiran Syaikh Muneer semarakkan persiapan bulan Ramadan di Bintulu
Januari 31, 2026, Sabtu - 7:24am



Iskandar (dua dari kanan) merakamkan gambar bersama-sama Syaikh Muneer Mabkhout (tengah) sejurus selesai menyantuni ulama terkemuka itu bagi menghadiri Program Reklah Dakwah Bintulu, di sini.

BINTULU: Bagi menyemarakkan persiapan menuju bulan Ramadan, ulama terkemuka iaitu Syaikh Muneer Mabkhout al-Ghouli menghadiri program Reklah Dakwah Bintulu yang diadakan di sini mulai semalam.

Antara dua pengisian utama program ialah Majlis Selawat bertempat di Madrasah At-Taqwa Bintulu malam tadi manakala Maulid Perdana dan Sausiah akan diadakan pada hari ini selepas Maghrib.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Iskandar Turkee sempat menyantuni ulama Syaikh Muneer bersempena program Rehlah Dakwah Bintulu.

"Saya mencadangkan agar program agama dan berkonsep kerohanian begini dapat diteruskan pada masa hadapan bagai mengukuhkan lagi semangat ukhuwah dalam kalangan umat Islam," jelasnya.

Iskandar berkata bahawa kedatangan Syaikh Muneer dan Al Habib Muhammad Soleh sudah lama dinantikan bagi menyampaikan dakwah di sini yang mana semua umt Islam di Bintulu digalakkan bagi turut serta dalam program yang penuh penuh makna ini.

Beliau berharap agar semua muslimin dan muslimat dapat meluangkan masa bagi menghadiri program dakwah yang dihadiri oleh para ulama terkemuka ini.

Program ini secara amnya merupakan kerjasama antara Badan Kebajikan Thisway, Lembaga Amanah Kebajikan Islam Bintulu (LAKIB) dan Pusat Khidmat Rakyat N67 Jepak.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2026 11:51 AM | Show all posts
Pelantikan KMKK harus dapat persetujuan wakil rakyat tempatan: Tiong
Januari 31, 2026, Sabtu - 9:38am



TIONG

SIBU: Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Dato Sri Tiong King Sing, melahirkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan Timbalan Premier Sarawak merangkap Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, yang didakwa mencampuri urusan pelantikan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong dan Bawang Assan.

Menurutnya, pelantikan tersebut sepatutnya dibuat berdasarkan keputusan Jawatankuasa Pemilihan yang telah bermesyuarat secara telus dan mencapai kata sepakat.

"Namun, beberapa nama calon didakwa telah ditambah, digugurkan dan digantikan tanpa kebenaran, sekali gus mencabuli prinsip pembuatan keputusan secara konsensus.

"Jika keputusan Jawatankuasa Pemilihan boleh diubah sesuka hati, maka lebih baik jawatankuasa itu dibubarkan dan semua keputusan dibuat oleh seorang individu sahaja," katanya dalam satu kenyataan pada malam tadi.

Tiong menegaskan bahawa sebarang pelantikan KMKK mestilah mendapat persetujuan wakil rakyat tempatan yang dipilih oleh rakyat.

Namun, beliau mendakwa wakil rakyat PDP telah diketepikan dalam proses berkenaan, yang disifatkannya sebagai satu bentuk ketidak­hormatan politik serta penghinaan terhadap kerjasama dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Beliau turut menekankan bahawa kuasa melantik pemimpin masyarakat adalah hak komuniti rumah panjang dan akar umbi, bukannya aset politik mana-mana parti.

Menurutnya, dakwaan bahawa satu parti boleh menentukan pelantikan secara bersendirian adalah tidak jujur dan bercanggah dengan kehendak rakyat.

Beliau turut menyentuh isu beberapa Kapitan yang didakwa telah kehilangan kepercayaan masyarakat, khususnya kerana tidak hadir semasa bencana banjir baru-baru ini. Individu-individu tersebut, katanya, telah ditolak oleh akar umbi namun digantikan semula pada saat akhir atas nama Setiausaha Negeri, selepas proses pemilihan selesai.

"Persoalannya, adakah tindakan ini dilakukan untuk memenuhi kepentingan peribadi atau keperluan politik tertentu?,” soalnya yang juga Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

Tiong menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu bentuk campur tangan politik yang melampaui batas dan melanggar norma serta tanggungjawab yang sekian lama dihormati oleh GPS.

Beliau turut mendakwa PDP hanya dimaklumkan pada saat akhir mengenai majlis penyerahan surat pelantikan berkenaan, menyebabkan ketiadaan pemimpin-pemimpin PDP dalam majlis tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong itu juga mempersoalkan mengapa campur tangan seumpama itu hanya dilihat berlaku di kawasan pilihan raya PDP, sedangkan tiada tindakan serupa di kawasan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) atau Parti Rakyat Sarawak (PRS), sambil menyifatkannya sebagai satu cubaan untuk menunjukkan kekuatan politik menjelang pilihan raya.

Walaupun menegaskan beliau tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak, Tiong yang juga Ahli Parlimen Bintulu turut menegaskan bahawa penghormatan hanya boleh diberikan kepada mereka yang bertindak dengan cara yang wajar.

Beliau memberi mengingatkan bahawa jika amalan sedemikian dibiarkan berterusan, ia akan merosakkan semangat perpaduan, disiplin dan kepimpinan kolektif yang menjadi asas GPS, serta mewujudkan duluan berbahaya dalam hubungan antara parti-parti gabungan.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2026 11:53 AM | Show all posts
Seorang maut dalam kemalangan motosikal dan dua kereta di Simpang Kemuyang
Januari 31, 2026, Sabtu - 9:45am

SIBU: Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan dua buah kereta Perodua Alza di lampu isyarat Simpang Kemuyang, di sini, malam Jumaat.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 10.19 malam.

“Setibanya di lokasi, didapati kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan dua buah kereta Perodua Alza. Didapati ada seorang mangsa motosikal ditemukan berada di bawah salah sebuah kenderaan terbabit," ujarnya dalam kenyataan.

Katanya, mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) kemudiannya menyerahkan mangsa kepada pihak KKM dan polis untuk tindakan lanjut.

“PKO turut menjalankan kerja-kerja pembersihan sisa kemalangan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 12.10 tengah malam,” jelasnya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2026 11:53 AM | Show all posts
Malaysia sokong penuh ATSP 2026-2030, beri hala tuju jelas pembangunan pelancongan
Januari 31, 2026, Sabtu - 10:06am



TIONG

BINTULU: Malaysia menyokong sepenuhnya Pelan Strategik Pelancongan Asean (ATSP) 2026-2030 kerana ianya dilihat memberikan hala tuju yang jelas mengenai pembangunan dalam sektor pelancongan pada masa hadapan, kata Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Dato Sri Tiong King Sing.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bintulu berkata, pelan ini memberikan hala tuju yang jelas kepada Asean bagi mengukuhkan sektor pelancongan negara dan bersedia bagi menghadapi cabaran masa depan dalam sektor berkaitan.

"Bagi tujuan itu, Malaysia bersedia bekerjasama dengan semua negara anggota bagi menterjemahkan pelan ini kepada tindakan yang lebih drastik dari masa ke masa," ujarnya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Tiong sebagai menyifatkan ATSPT bergerak selari dengan dasar pelancongan negara khususnya dalam aspek pelancongan mampan, pemeliharaan alam sekitar dan budaya.

Apa yang lebih penting lagi tegas beliau diharapkan pelan ini akan memberikan manfaat besar kepada komuniti seteserta memberi manfaat sebenar kepada komuniti setempat melalui sektor pelancongan serta hospitaliti.

Dalam masa sama ujarnya, Malaysia akan menyumbang secara aktif kepada inisiatif ATSP berkaitan destinasi mampan, piawaian pelancongan hijau dan pelancongan berasaskan komuniti.

"Ini merupakan bidang di mana Asean boleh berkembang maju bersama-sama meningkatkan sektor pelancongan sekaligus mengukuhkan kedudukan negara ini sebagai destinasi pelancongan yang menjadi pilihan pelancong atau pengembara dari luar negara.

Beliau sebagai mengulas bahawa bagi memperkasakan ekosistem pelancongan serantau, Asean perlu memberi tumpuan kepada empat bidang utama dan antaranya ialah berkongsi pengetahuan dan pengalaman melalui platform seperti rangkaian pengurusan dan pembangunan sumber pelancongan Asean.

Bagi tujuan itu katanya, lebih banyak projek bersama dan rentas sempadan akan diadakan seperti projek pelancongan pandu kendiri Asean Malaysia Thailand dan Asean Heritage Train.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-1-2026 11:54 AM | Show all posts
Maritim Bintulu tahan kapal kargo disyaki langgar peraturan MSO 1952
Januari 31, 2026, Sabtu - 10:15am



Kapal kargo yang ditahan untuk siasatan lanjut.

BINTULU: Sebuah kapal kargo bermuatan kayu balak telah ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu susulan disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952.

Kapal kargo tersebut ditahan pada kedudukan 2.7 batu nautika barat laut muara Sungai Kemena, Bintulu petang Rabu.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kapten Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah berkata, kapal kargo putih yang sedang bersauh itu ditahan oleh aset Maritim Malaysia yang sedang dalam rondaan OP PERMAI 01/2019, OP TIRIS 3.0 dan OP PELANTAR MERAH 03/2023.

Katanya, hasil pemeriksaan awal mendapati, kapal tersebut dikendalikan nakhoda serta kru terdiri warga tempatan bersama warga India dan Indonesia dalam lingkungan umur 26 hingga 65 tahun.

"Kapal kargo berkenaan disyaki melakukan kesalahan di bawah seksyen 60 (1) (d) Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana gagal mengibarkan bendera Malaysia ketika pemeriksaan dilakukan," katanya dalam kenyataan media pada Jumaat.

Beliau berkata, sekiranya sabit kesalahan boleh dikenakan denda atau kompaun.

Justeru katanya, kapal kargo berserta kru yang ditahan telah diiring masuk ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu seterusnya diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Tegasnya, Maritim Malaysia mengingatkan agar semua komuniti maritim sentiasa mematuhi peraturan atau undang-undang serta mengamalkan prosedur keselamatan ketika turun ke laut bagi mengelak serta mengurangkan risiko insiden yang tidak diingini berlaku.

Katanya, sebarang maklumat, aduan serta insiden kecemasan di laut boleh dilaporkan ke talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu (086-314 254) atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544) untuk maklum balas segera.



Nakhoda dan kru yang ditahan untuk siasatan lanjut.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2026 11:55 AM | Show all posts
swk - Maritim Bintulu tahan kapal kargo disyaki langgar peraturan MSO 1952

sbh - Lelaki ugut sebar video peribadi wanita dicekup kurang 24 jam

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2026 11:56 AM | Show all posts
Lelaki ugut sebar video peribadi wanita dicekup kurang 24 jam
Januari 31, 2026, Sabtu - 11:43am

TAWAU: Seorang lelaki warga asing ditahan polis kurang 24 jam selepas disyaki terbabit dalam kes ugutan menyebarkan video serta gambar peribadi seorang wanita di Merotai Besar, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek berusia lingkungan 30-an itu diberkas sepasukan anggota Balai Polis Bombalai kira-kira jam 5.45 petang di kawasan tepi gerai Kampung Merotai Besar.

Katanya, tangkapan dibuat susulan laporan seorang wanita berusia 20-an yang mendakwa menerima ugutan daripada bekas kenalannya melalui beberapa nombor telefon kira-kira jam 10.35 pagi.

Menurutnya, suspek mengugut akan menularkan video serta gambar peribadi mangsa sekiranya gagal menyerahkan sejumlah wang.

“Suspek juga dipercayai kerap menghubungi mangsa pada waktu malam dengan tujuan mengganggu serta menjejaskan keharmonian rumah tangga mangsa.

“Disebabkan bimbang bahan peribadi itu disebarkan, mangsa mendakwa terpaksa menyerahkan sejumlah wang kepada suspek,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut turut menemui sebilah pisau sepanjang kira-kira 16 sentimeter serta dua telefon bimbit di dalam beg sandang dipercayai digunakan semasa kejadian.

Jasmin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Polis memandang serius sebarang bentuk ugutan dan pemerasan, khususnya melibatkan ancaman penyebaran bahan peribadi dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2026 03:06 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 43623 Replies : 572
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 35413 Replies : 20
Belum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Dijadikan Stor Penyimpanan   Mercun Di Kajang Terbakar 80 Peratus
YgBenarBelum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Di
Views : 11697 Replies : 11
Kemaluan tersembul di dahi, janda cantik trauma tengok cermin! - “Puas gosok-gosok mata, tetap ada”
tatodKemaluan tersembul di dahi, janda cantik
Views : 11253 Replies : 6
Harap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Azam Baki tidak isytihar jutaan saham dalam syarikat tersenarai, dedah Bloomberg
YgBenarHarap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Az
Views : 22619 Replies : 18
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 20593 Replies : 13
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31214 Replies : 15
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 77159 Replies : 510
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 52950 Replies : 52
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 26375 Replies : 28

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.956488 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list