|
![](http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTFmjX8PfwvT_uN6TI8i1v4KRQCmLsAwgJM7jUp5C3TdrLLv8w&t=1&usg=__eDeA14J15ycABuNaysQ_jhCaZDE=)
Andaiku dapat III
Andaiku dapat melukis di dinding langit
akan kulukis potret cinta sejati buat tatapanmu
Andaiku dapat mencoret di muka bulan
akan kucoret kata rindu buat renunganmu
Andaiku dapat mengukir di dada awan
akan kuukir bait-bait janji setia padamu
Andaiku dapat menyemai benih hujan
akan kusirami pohon cinta di padang kasihmu
Andaiku dapat menderukan bayu
akan kutiupkan bayu asmara ke dadamu
Andaiku dapat memekik sekuat halilintar
akan ku pekikan kata cinta ke telingamu.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Somebody New
Insider out,
Outsider in,
Roles flip-flopped,
My world in a spin.
Who is this ...
Puteri_Naning Post at 1-11-2010 22:07 ![](http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
Bayanganmu
Banyanganmu ada di mana-mana
tanpa gagal mengekori
bayangan tiada bersuara
menyetujui lagak kita
jika ia ada bernyawa
tentu jadi musuh yang nyata
bayangan tidak pernah mendusta
bayangan tidak pernah mengata
bayangan teman sementara
campak batu ke air hilanglah ia seketika. |
|
|
|
|
|
|
|
The Poetry Is You
People sometimes use poetry
To express the way they feel
Sometimes it's only fiction
But other times it's real
Poems are used to tell a story
Or express a point of view
No matter how it is written
The poetry is you
You can write a poem about nature
Or a love so deep and true
If it comes from within your heart
The poetry is you
Nothing says the words must rhyme
Infact the rules are few
Say what you want and express yourself
The poetry is you |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 1-11-2010 23:02
The Poetry Is You
People sometimes use poetry
To express the way they feel
Sometimes it's only ...
Puteri_Naning Post at 1-11-2010 22:44 ![](http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
Aku menulis
Aku menulis bukan kerana sesiapa
aku menulis hanya kerana-Nya
aku menulis bukan kerana nama
aku menulis kerana sifat kasih pada sesama kita
aku menulis bukan kerana harta
aku menulis kerana syariat-Nya
aku menulis bukan kerana suka-suka
aku menulis kerana ingin diredha
aku menulis bukan mengada-ngada
aku menulis kerana agama.
Aku menulis II
Aku menulis bukan untuk menyakiti
aku menulis untuk saling mengingati
aku menulis untuk diri sendiri
aku menulis untuk dikongsi pada yang sudi
aku menulis guna imiginasi tidak semestinya realiti
yang baik jadikan motivasi
yang buruk jangan dicontohi
yang baik datang gari Ilahi
yang buruk kelemahan kunci sendiri.
~Goldkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kopi cinta
Rasa pahit tapi menyelera
dibancuh tambah madu asmara
hitam pekat mengharum rasa mesra
minum berdua
kala dingin bicara bertentang mata
hangat lirikan mata sehangat kopi cinta
mendebar rasa getar di jiwa
kopi cinta
perencah kasih mesra
pembuka selera kala rindu membara.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSoXjYSoAi2RFIiunlYnnYl2iysjolQcQh7zND7jBdXORJCFn4&t=1&usg=__30KY7geNxl7zv7ZuxE8m-UCosnw=)
Jika
Jika hangatnya sinar mentari
hangat lagi cintaku padamu
Jika lebatnya curahan hujan
lebat lagi curahan kasihku padamu
Jika lembut bayu membelai pipi
lembut lagi kata rinduku membelai nuranimu.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSJEg7eQJaEb0fKC3I1Kt_lqTAMOWBTKjZ_TwUQm3jVqiXloUc&t=1&usg=__pUQN4ysz6TiyxZxPnMHId6vNJK0=)
Menanti di puncak
Dari lembah aku merakak
setapak demi setapak
meredah onak yang berceracak
menggapai impian ke puncak
jiwa kental harus dipacak
tidak rebah dipukul ombak
bertahan teguh berdiri segak
berjuang mencapai impian ke puncak.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by bintang at 2-11-2010 16:37
Jika hangatnya sinar mentari
hangat lagi cintaku padamu
Jika lebatnya curahan hujan
lebat lagi curahan kasihku padamu
Jika lembut bayu membelai pipi
lembut lagi kata rinduku membelai nuranimu.
Goldkey Post at 1-11-2010 23:30 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Jika hujan luruh lagi
angin hadir melukis wajah-wajah itu untuk saya
membasuh cerita duka
dan suka cita bertumbuh
dalam bunga-bunga di taman hati saya
menebar rindu.
Jika hujan rintik atau laju
saya tetap ada kamu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jika hujan luruh lagi
angin hadir melukis wajah-wajah itu untuk saya
membasuh cerita duka
...
bintang Post at 2-11-2010 16:17 ![](http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
Bintang di langit beratus ribu
bukan hanya kamu
kutulis
untuk kamu, kamu, kamu
semua yang berkerdipan
jadi panduan
jalan pulang. |
|
|
|
|
|
|
|
Bintang di langit beratus ribu
bukan hanya kamu
kutulis
untuk kamu, kamu, kamu
semua yang berkerdipan
jadi panduan
jalan pulang.
Goldkey Post at 2-11-2010 16:29 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Bintang itu kerdipnya terang
kala sinarnya suram
saya di sapa muram
berjuta bintang untuk saya
saya tentu tahu jalan pulang
kerana ia terlalu terang. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 830# bintang
Kala bermuram
hati bersawang
mencari jawapan
curahan persoalan
dalam fikiran
yang kian menekan
rujuk pada yang berpengetahuan
dapatlah jawapan. |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQ9t8737ZhboOMQ5FKAut4v5wGnc20EnPVp4NTlP0bRMVXDv2s&t=1&usg=__pK5YqCGd-5sUHL3agQS_MUWWHGw=)
Petang-petang
Petang yang terang
hati sungguh tenang
berehat bersama isteri tersayang
makan-makan sampai kenyang
anak bergelak riang
bermain girang
menunggu hari malam.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTEJ3suttYcFS8T7CKXrFSOQ9blgovusIHMruicCqNZiD2jUzc&t=1&usg=__9DmaPh_ee4jEkpPyw4SqMes6hCM=)
Awan sengsara
Awan sengsara
ditiup angin kecewa
membawa hujan derita
menitis embun gerhana
membasahi daun-daun duka
menuju hujung dunia dukacita
di kaki langit bencana
mencurah kerpasan nestapa
menggamit kabus ria
menggapai pelangi ceria
menguntum kelopak bunga sukaria.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcT_I4jRCED73LmvniOAi1CMmkoN6MRYCLDv_r0miGySQJ7D-TA&t=1&usg=__Bta3L0wU1Zu5F5wWfBEHvQztkec=)
Kelopak mata
Diwarna ikut selera
celak hitam kelopak pelbagai "colour"
melirik mencari mangsa
mengenyit menggoda
masuk sampah mengelabah pula
ditenyeh-tenyeh ikut rasa
hilang seri bengkak menjelma.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTb4eLIuHLbvTJ20z-OYUeE-4kn-ceZo0WBkXyQc5y7zyoemxU&t=1&usg=__S-JeFDxDomjDXQ4YHAVCADeMsPo=)
Lapar
Perut berlagu
minta diisi
mendayu-dayu
tak dipeduli
belasah je apa-apa dulu
malam nanti bagi nasi
perut boleh tunggu
emosi je tak leh toleransi
haruslah dibambu
kepada penjual yang lansi.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTrcwgF7IBdTM3ZjHPilFXhxgEcOkyWZ0TjFo9SILqmST1sXv8&t=1&usg=__f0xXV8oZoGdhDCl714G0cv8pFyA=)
Pasar malam
Tempat orang mencari makan
macam-macam barang
kena banyak wang
tunjuk saja mana berkenan
penuh tangan kiri kanan
dijinjit bawa pulang
ramai-ramai pakat makan
nasi kerabu nasi dagang
buah duku buah durian
semua ada jadi pilihan.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcR-zS9cyMtdkym8oybLjhz7FfO8-noDSRT0YUDBg_tTJEHgGXg&t=1&usg=__6tsxPplqg6mLz4S3h_lov8ray2I=)
Agenda negara
Indah kata tersusun bicara
tinta hati menitip kata tanpa suara
menyampai rasa dalam alam maya
inilah arus globalisasi perdana
berkongsi maklumat serata dunia
jadi agenda pembangunan negara
capai negara maju membangunkan bangsa
meningkatkan pencapaian ekonomi menambah dana
mengatasi pengangguran dan miskin papa kedana
rakyat cemerlang gemilang terbilang demi agama
memertabatkan diri selaras tuntutan agama.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Awan sengsara
Awan sengsara
ditiup angin kecewa
membawa hujan derita
menitis embun gerhana ...
Goldkey Post at 2-11-2010 18:06 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Malam kelam membawa rasa,
pergi entah ke mana,
tiada duka tiada suka,
hanya membawa hati yang lara,
Pergi tidak kuminta,
datang jua tidakku jemput,
hanya takdir penentu segala...
~Mystudent~ |
|
|
|
|
|
|
|
IT WILL BE shown
When the sky set tears the rain will show it
When the earth makes tears, the fountain will show it
When the sea set tears, the storm will show it
When the child cries, the hunger will show it
When the earth evokes, the volcano will show it
When the man got success, his efforts will show it
When the man failed, his laziness will show it
When the mountain got angry, the landslide will show it |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 2-11-2010 23:26
IT WILL BE shown
When the sky set tears the rain will show it
When the earth makes tears, the f ...
Puteri_Naning Post at 2-11-2010 22:15 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Alam menunjuk duka
Angin
melanda memusnahkan segala
angkara tangan-tangan manusia
memusnahkan pohon-pohon berharga
kepanasan dunia membawa petaka.
Ombak
membinasakan harta benda
angkara tangan-tangan manusia yang leka
melakukan kemaksiatan tanpa rasa berdosa
murka Tuhan terimalah malapetaka.
Hujan
turun serata dunia
membersih sisa-sisa dosa manusia
membajiri kawasan merosakan apa saja
jadi amaran kepada yang derhaka.
Gunung berapi
memuntah asap debu berapi
membanjiri segenap lurah dengan api
maut menanti
insan yang keras hati
tidak mahu lari. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|