|
LIVERPOOL FC : WELCOME MR. HODGSON..!! YWNA..!! :D
[Copy link]
|
|
toreh injed..gerad injed.....kasi la ubat penahan sakit...........
gunakan sampai luncai..........tak guna....nanti jawatan akan dipertaruhkan....![](static/image/smiley/grapeman/10.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
kalah ag ke?? waakakakakakaak |
|
|
|
|
|
|
|
kalah ag ke?? waakakakakakaak
kodomok Post at 3-11-2009 16:28 ![](http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gif)
Belum lagi. Sikit lagi. ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
tukar tajuk..."telur benitez dihujung tanduk"![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
akukamudandia
udah udah le tu ko jadi hos kat thread timfools ni, kesian lak haku tgk tim ni, dah la fans sendirik pun dah tak nak layan, ni haku tgk makin ramai org masuk wat onar kat sini ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
dah ilang bersama fulham ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
dah le tu, gi balik benang asal ko nu, biarla thread ni bersama tim ni berkubur di page ke2 ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Torres bikin Benitez pening.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/1104/Kosmo/Sukan/su_08.1.jpg)
TORRES masih bergelut dengan kecederaan pangkal paha sehingga meresahkan pengurusnya, Rafael Benitez.
--------------------------------------------------------------------------------
LONDON - Nasib malang terus menimpa Liverpool.
Terbaru, penyerang sensasi Liverpool, Fernando Torres dilaporkan perlu menjalani pembedahan.
Penyerang Sepanyol itu masih bergelut dengan kecederaan pangkal paha dan sekiranya menjalani pembedahan, dia mungkin terpaksa berehat selama dua bulan.
"Kami akan cuba uruskan situasi ini dengan baik kerana dia (Torres) perlu menjalani pembedahan. Dua hari selepas perlawanan dengan Fulham, dia masih berasa sakit," kata Benitez.
"Dia tidak berasa selesa dan tidak mempunyai tenaga seperti dahulu, jadi kami harus cuba merawatnya.
"Dia tidak boleh bermain dengan baik sekiranya kamu terus memaksanya. Mungkin jika kamu memaksanya, dia akan cedera buat jangka masa yang lama," kata pengurus Liverpool, Rafael Benitez.
Benitez mengeluarkan Torres ketika kekalahan 1-3 kepada Fulham pada aksi Liga Perdana England di Craven Cottage, Sabtu lalu.
"Apabila kamu bercakap tentang pemain yang hebat, orang hanya mahu me- lihat pemain itu beraksi sahaja dan tidak peduli keadaan pemain itu di atas padang," kata Benitez.
"Fernando mengalami kecederaan sejak bulan lepas dan masih belum cergas sepenuhnya.
"Tetapi, kami perlu menurunkannya pada perlawanan dengan Lyon kerana kami tidak memiliki banyak pilihan." - Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
Masa depan saya kini menentang Lyon - Benitez
![](http://www.utusan.com.my/pix/2009/1104/Utusan_Malaysia/Sukan_Luar_Negara/sl_03.1.jpg)
Rafael Benitez mengakui masa depannya bersama Liverpool banyak bergantung kepada perlawanan menentang Lyon dalam saingan bola sepak Liga Juara-Juara, esok. - AFP
--------------------------------------------------------------------------------
PARIS - Juara Eropah lima kali, Liverpool bakal berdepan penyingkiran awal dari Liga Juara-Juara andai gagal mengatasi masalah kecederaan untuk menundukkan Lyon di Perancis, hari ini.
Kedudukan ketika ini, sebaliknya cukup selesa buat Lyon, Sevilla dan Arsenal untuk meneruskan cabaran ke peringkat kalah mati.
Aksi membimbangkan Liverpool dalam Liga Perdana England menjadi bertambah buruk apabila Jamie Carragher dan Philipp Degen dibuang padang ketika pasukan itu kalah 1-3 di Fulham, hujung minggu lalu.
Ia merupakan kekalahan kelima mereka dalam 11 perlawanan Liga Perdana musim ini, namun kebimbangan jurulatih, Rafael Benitez bukan sekadar aksi domestik tetapi keadaan kritikal pasukan itu dalam saingan Liga Juara-Juara.
Liverpool tidak boleh kalah lagi dalam baki tiga saingan Kumpulan E. Mengusutkan lagi keadaan, skuad Reds itu akan berkunjung ke Lyon pada ketika dua tonggak penting, Steven Gerrard dan Fernando Torres bergelut dengan masalah kecergasan.
Malah, ada laporan mendakwa terdapat sekurang-kurangnya ada 12 pemain Liverpool cedera dan mungkin terlepas perlawanan itu.
Jika Lyon menang dan Fiorentina mengalahkan kelab Hungary, Debrecen di Itali, Lyon akan kekal sebagai pendahulu Kumpulan E dengan 12 mata, diikuti Fiorentina sembilan. Liverpool dengan tiga mata hanya mampu pasrah dalam baki dua perlawanan.
Benitez ketika ditanya tentang masa depannya selepas kekalahan kepada Fulham, secara ringkas berkata: "Masa depan saya adalah menentang Lyon."
Bagaimanapun jurulatih dari Sepanyol itu jelas kelihatan amat terdesak ketika ini.
"Kami kena fikir tentang apa yang perlu kami lakukan sekarang. Kami berdepan terlalu banyak kecederaan dan saya akan menganalisis setakat mana pemain yang kami ada,'' ujarnya.
Lyon, yang mengejutkan Liverpool di Anfield sebaliknya bebas daripada kecederaan dan sedia membariskan skuad terbaik dalam usaha mencari satu lagi kemenangan.
Secara teorinya, mereka turun tanpa tekanan, malah seri juga sudah memadai untuk membawa pasukan itu melangkah ke pusingan seterusnya.
Selain Lyon, Sevilla merupakan satu lagi pasukan yang telah memenangi kesemua tiga perlawanan terdahulu apabila turun menentang Stuttgart hari ini.
Kelab Sepanyol itu sudahpun menumpaskan Stuttgart 3-1 ketika bertemu di Jerman, dua minggu lalu dan pertemuan ulangan di tempat sendiri dilihat memberi kelebihan kepada mereka.
Bagi Arsenal pula, selepas mencatat dua kemenangan dan mengumpul tujuh mata, mereka mampu melayakkan diri ke pusingan seterusnya jika berjaya mengutip tiga mata penuh ke atas pencabar dari Belanda, AZ Alkmaar di London.
Selepas hanya mampu seri dengan AZ pada pertemuan terdahulu, bintang tengah dan kapten mereka, Cesc Fabregas percaya, pasukan itu perlu mengurangkan kesilapan jika mahu meraih keputusan lebih baik.
"Sudah tentu kami berharap untuk menjaringkan empat atau lima gol dalam setiap perlawanan tetapi kami juga harus sedar, kadang kala ia tidak seperti diharapkan.
"Ada kalanya anda menang dan ada kalanya kalah, apa yang penting kurangkan kesilapan,'' ujar pemain Sepanyol itu.
Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan, penyandang juara Barcelona berdepan cabaran getir apabila berkunjung ke Rusia hari ini untuk berdepan Rubin Kazan, kelab yang telah mengejutkan mereka di tempat sendiri, dua minggu lalu.
Barca yang mengalahkan Manchester United ketika muncul juara 2009, mengharungi aksi tidak menentu musim ini biarpun mendahului Kumpulan F. - AFP |
|
|
|
|
|
|
|
tores kalau tak dpt main 2 blh ni mau bungkus liverpool lps ni..{:3_81:} |
|
|
|
|
|
|
|
buleh blah la rapa jendul......balik keningau sane..... |
|
|
|
|
|
|
|
ape cerita tim hebat nie..
dengaq cita toreh dah tobang p lyon nk join rapa jendul... ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|