|
hahahah.. betul tu... masih belum pus lagi nie... hope esok dapat la beli 2-3 pasang budgie ...
selimutpurple Post at 17-11-2009 16:05
Td call yg kat kedai di PNanas tu, dah tak banyak balance, dalam 20 ekor jer, kalernya pon banyak yg putih jer... so kena tunggu next batch plak tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
Td call yg kat kedai di PNanas tu, dah tak banyak balance, dalam 20 ekor jer, kalernya pon banyak yg putih jer... so kena tunggu next batch plak tuh...
glider Post at 17-11-2009 16:25 yer ke.. emmp.. xper.. nanti selimut cari kat tempat lain dulu.. if xder terpaksa la g sana... |
|
|
|
|
|
|
|
Td call yg kat kedai di PNanas tu, dah tak banyak balance, dalam 20 ekor jer, kalernya pon banyak yg putih jer... so kena tunggu next batch plak tuh...
glider Post at 17-11-2009 16:25
oh yg putih tu pied tu. abang paling benci pied. ada 5 ekor pied. kalau nak, datang la perak. abg bagi free jer. dah offer kat chee, dia pun x nak |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by azam2066 at 17-11-2009 17:08
Artikel ni aku copy dari blog burung2u
kalau nak komen, komen kat blog dia, jangan komen kat sini. komen kat SINI
Hukum pelihara burung dalam sangkar.[size=100%]Firman Allah yang bermaksud::Katakanlah wahai Muhammad! Siapakah yang berani mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkannya untuk hamba-hamba-Nya dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakannya(al-A'raf: 32).
Firman-Nya lagi yang bermaksud: Kuda, baghal dan keledai dijadikan untuk kamu menungganginya dan sebagai perhiasaan (al-Nahl: ayat 8).
Ayat ini memberi maklum bahawa Allah s.w.t. menjadikan haiwan,tumbuh-tumbuhan sebagai perhiasaan yang harus dinikmati manusia,maka berhias dengan barang-barang ini semua adalah harus dalam apa jua keadaan sekalipun. Kalaupun barang-barang hiasan ini dilarang, maka larangan itu disebabkan pembaziran, kesombongan yang lahir daripada penggunaan yang salah dan sebagainya.
Menikmati keindahan ayam serama, ikan emas dan burung pipit berwarna-warni tidak salah dari segi pandangan Islam, tetapi hendaknya jangan melampaui batas-batas kesederhanaan, sehingga mengurangkan barang-barang keperluan hidup yang sepatutnya dimiliki anak-anak dan keluarga untuk kehidupan mereka.
Jika bunga yang berwarna-warni dalam pasu dan taman-taman harus dinikmati keindahannya, pokok-pokok yang indah segar harus dimiliki, sekalipun jika terpaksa mengeluarkan sedikit bayaran. Mengapa keindahan ayam serama, ikan emas dan burung pipit tidak boleh dinikmati.
Menyekat kebebasan burung dalam sangkar tidak harus menjadi alasan pengharaman,kerana pokok-pokok bunga juga dikawal kebebasannya dalam pasu danbekas-bekas kecil.
Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menyebutkan: Bukan semua perkara yang menyenangkan hati itudibenci Islam, bukan juga sesuatu yang disukai hati manusia itu buruk,tetapi dilarang mengambilnya jika syarak melarangnya kerana membawa kepada riak dan sombong. Insan memang sukakan sesuatu yang indah, suka supaya dilihat dirinya cantik, oleh itu mencari sesuatu yang disenangi jiwa tidak dilarang. Seseorang harus menyikat rambutnya dan tidak harus membiarnya kusut masai, menilik mukanya dalam cermin, membetulkan serbannya yang tidak cantik dilihat,memakai kain tebal di sebelah dalamdan memakai yang halus di sebelah luar supaya senang hati orang melihatnya (Jami' al-Ahkam, 7/97).
Berpandukan mukadimah ini, kita dapat menarik kesimpulan, iaitu Islam tidak menentang sebarang perhiasan, perniagaan dan penggunaan barang-barang hiasan. Antara perhiasan termasuklah ayam serama, burung pipit dan ikan emas yang dibela untuk hiasan rumah.
Haiwan ini harus dibela, dijual dan diniagakan, tetapi hendaklah dengan syarat-syaratberikut:
1.Tidak bermaksud untuk berbangga dan bermegah-megah, sebagaimana adat orang mewah dan berada. Hukum pengambilan barang-barang hiasan itu bergantung kepada niat.
2. Jangan lekakan tanggungjawab kita kepada Allah seperti solat, tanggungjawab kepada keluarga, disebabkan oleh pembelaan haiwan dan sesuatu yang berupa hiasan.
3. Jangan cuai melaksanakan tanggungjawab terhadap haiwan yang dipelihara seperti memberinya makan, minum dan keselamatannya.
Dalam sebuah hadis yang sangat popular tentang penyeksaan terhadap haiwan,baginda rasulullah s.a.w. memberi amaran terhadap seorang wanita yang memelihara kucing, tetapi tidak memberinya makan minum dan penjagaannya, lalu ia dimasuk ke neraka atas kesalahan itu.
Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Anas ibnMalik r.a.katanya: Baginda rasulullah s.a.w. adalah insan yang paling baik akhlaknya, baginda selalu datang ke rumahku dan selalu bertanya adikku Umair. Pada suatu hari, baginda datang dan bertanya: Oh Abu Umair kemana perginya burung kecil engkau? Dijawabnya, burung masih dalam peliharaannya.
Melihat kepada hadis di atas jelas kepada kitabahawa nabi s.a.w. tidak melarang memelihara burung. Ini menunjukkan boleh memeliharanya. Jika perkara ini hukumnya haram, nescaya nabis.a.w telah melarangnya dan menyuruh melepaskan burung tersebut.
Al-Damirudalam kitabnya Hayat al-Haiwan menyatakan: Hadis di atas menjadi dalilharus memelihara burung dan berhibur dengannya. Berkata Abu al-Abbasal-Qurtubi: Membela burung terpaksa disekat kebebasannya dalam sangkar.Adapun menyeksa dan memain-mainkannya maka hukumnya haram, kerana nabis.a.w. melarang menyeksa haiwan, kecuali kerana sembelih untuk dimakansahaja.
Ibn Aqil al-Hanbali melarang menyekat burung dalamsangkar, kerana cara itu adalah suatu penyeksaan terhadapnya. Beliau mengambil dalilnya daripada hadis Abu al-Dard' r.a. yang menyatakan ada hari kiamat akan datang burung-burung pipit, lalu membuat aduan kepada Allah, kerana manusia menyeksanya semasa di dunia dahulu.
Alasan ini dijawab oleh sesetengah ulama, iaitu hadis ini dituju kepada mereka yang menyeksa dan tidak memberinya makan dan minum.Al-Qaffal menyatakan, jika haiwan iaitu diberinya makan minum yang cukup, nescaya harus dibelanya.
Saya lebih cenderung kepada pendapat al-Damiri yang mengharuskan bela burung, ayam dan ikan untuk hiasan, dengan syarat hendaklah dijaga dengan cukup makan minum dan keselamatannya.Wallah a'lam. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ospe03 at 15-11-2009 19:48
saya abis dlm 80 ringgit buat tu semua..... dapat dlm 32 kotak sarang .. guna 2 keping papan lapis jee.
kalau beli nestbox di kedai baru dapat 4 jee ...
ospe03 Post at 15-11-2009 19:47
Musykil sket... plywood tu 20cm x 20 cm then beli 2 keping dapat 32 kotak sarang... betol ker lebar plywood tu 20cm x 20cm... kecik jer tu kalau 20x20... then takkan dgn 2 keping leh dapat samapi 32 kotak?.. |
|
|
|
|
|
|
|
Musykil sket... plywood tu 20cm x 20 cm then beli 2 keping dapat 32 kotak sarang... betol ker lebar plywood tu 20cm x 20cm... kecik jer tu kalau 20x20... then takkan dgn 2 keping leh dapat samapi  ...
glider Post at 17-11-2009 17:29
mungkin 2 keping papan lapis yang besar tu....bukan yang telah di potong |
|
|
|
|
|
|
|
memang 20cm x 20 cm tu standard saya.. maximum besar utk budgie. Lebih besar lagi mungkin dia tak masuk dah.
Cukup laa 2 papan lapis... boleh dapat lebih lagi kalau buat disign 4 segi jee...
Modified laa kecik sikitkalau nak dpt byk lagi... papan lapis tu mmg besar... tapi tak tahu laa ukuran dia berapa .. lama sgt dah.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
memang 20cm x 20 cm tu standard saya.. maximum besar utk budgie. Lebih besar lagi mungkin dia tak masuk dah.
Cukup laa 2 papan lapis... boleh dapat lebih lagi kalau buat disign 4 segi jee...
...
ospe03 Post at 17-11-2009 17:47
Oooooo 20cm x 20cm tu ialah ukuran nestbox la yerr...
Ingatkan size plywood yg belom dipotong tuuuu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu pakai sabut jee.. tapi sempit.... kalau jenis yg telur 2-3 ekor tak pe muat lagi.. tapi kalau dah bertelur samapai 14 biji.. mmg byk yg mati kena pijak jee..
Setakat ni tak de kadai yg jual nestbox khas utk budgie.. semua nya adapted dari benda lain... Che kalau gi uk boleh laa cari kan nextbox budgie yg palstik tu kat pets at home... |
|
|
|
|
|
|
|
Td ptg check nestbox my 1st pair budgie, baby budgie yg 3rd dah selamat jiiun mengiringi abang/akak dia yg 1st & 2nd..
Kena la tunggu mereka bertelur semule & menetas... moga2 next time around dpt ler baby yg bnyk2, sihat & berterbangan dlm aviary nanti... |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu pakai sabut jee.. tapi sempit.... kalau jenis yg telur 2-3 ekor tak pe muat lagi.. tapi kalau dah bertelur samapai 14 biji.. mmg byk yg mati kena pijak jee..
Setakat ni tak de kadai yg jual n ...
ospe03 Post at 17-11-2009 18:31
Leh ler oder sebijik dua nanti....... So kalau gi UK jgn lupe bgtau... |
|
|
|
|
|
|
|
Hmm parent tu tak reti jaga anak kot.. sampai byk sgt mati... |
|
|
|
|
|
|
|
Kejap tu parents tu akan bertelur balik... |
|
|
|
|
|
|
|
Kejap tu parents tu akan bertelur balik...
ospe03 Post at 17-11-2009 20:45
Memang dia dah start masuk sarang dia lagi..
Td lepas bersihkan nestbox tu then masukkan habuk kayu yg untuk hamster tu dlm nestbox... Tp dia start buang habuk kayu tu keluar sarangnya...
Harap2 lepas nih dia success... tak sabar dah nak menunggu dapat babies oooooo...hmy3: |
|
|
|
|
|
|
|
Dia akan buang habuk kayu tu sampai dia puas hati baru dia bertelur. tapi nnt kalau dah ade telur awak tambah habuk dia tak buang dah..
huhu..saya sampai tak mampu nak beli habuk kayu utk sarang... setiap 4 hari saya kena tukar yg baru.. sbb dah basah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia akan buang habuk kayu tu sampai dia puas hati baru dia bertelur. tapi nnt kalau dah ade telur awak tambah habuk dia tak buang dah..
huhu..saya sampai tak mampu nak beli habuk kayu utk sarang.. ...
ospe03 Post at 17-11-2009 21:01
Pandai betol burung ni menggayakan sarang dia erk...
Apsal plak habuk kayu tu leh kerap sgt basah plak?? Kesan jatuhan makanan yg parent bg anak2 dia ker? |
|
|
|
|
|
|
|
anak burung tu berak kecing laa dlm sarang dia... biasa kalau sekor dua anak ok jee ..tahi sempat kering..
tapi kalau anak lebih dari 6 ekor dlm sarang.. dia pijak2 tahi tu sampai lunyai... kalau tak tukar habuk.. boleh rosak anak tu..mati pun boleh.. sekarang saya guna sabut kepala hancur jee lagi murah..
sblm ni pernah guna pasir dan kertas surat khabar sbg ganti ..tapi tak berkesan..
Sebenarnya kat liar burung budgie tak perlu pun habuk2 kayu ni.. letak atas lantai kosong jee pun jadi dah. .. kita jee syg burung lebih2 ...nak kasi dia selesa.. |
|
|
|
|
|
|
|
anak burung tu berak kecing laa dlm sarang dia... biasa kalau sekor dua anak ok jee ..tahi sempat kering..
tapi kalau anak lebih dari 6 ekor dlm sarang.. dia pijak2 tahi tu sampai lunyai... kalau ...
ospe03 Post at 17-11-2009 21:25
Ingatkan kena tempias hujan... |
|
|
|
|
|
|
|
haah tempias hujan pun kena juga.... sarang dah banyak.. yang dekat dgn pintu biasa kena tempias.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|