CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

P/S: NOTA KAKI (TAMAT)

[Copy link]
Post time 1-3-2015 02:12 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 1-3-2015 02:08 PM
Mahu kena cerai tang tu gak.

Dan dan tu jugak conan tembak arisha pakai senjata die.. dan tiba2 jugak citer ipo ni hapgrade dr PG13 jadi 18SG + 18SX

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2015 02:15 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 1-3-2015 02:12 PM
Dan dan tu jugak conan tembak arisha pakai senjata die.. dan tiba2 jugak citer ipo ni hapgrade dr  ...

Dan yang sebenarnya, semua watak dalam cerita ni adalah orang gila sebab terkena virus CB tu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow replied at 1-3-2015 02:15 PM
Dan yang sebenarnya, semua watak dalam cerita ni adalah orang gila sebab terkena virus CB tu. :lol ...

Aku pon rasa mcm tu.. aku pon rasa dah karoot gila dah kita ni..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 02:20 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 1-3-2015 02:19 PM
Aku pon rasa mcm tu..  aku pon rasa dah karoot gila dah kita ni..

Adakah kita dah terkena virus CB?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_conan at 1-3-2015 02:30 PM
Nicki_Meow replied at 1-3-2015 02:20 PM
Adakah kita dah terkena virus CB?


Jangan ko bawak virus CB ke amariya sudehhhhh eh makhluk gora tu mangsa virua CB kah?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 02:35 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 1-3-2015 02:29 PM
Jangan ko bawak virus CB ke amariya sudehhhhh  eh makhluk gora tu mangsa virua CB kah? :fun ...

Hmmm. Yang sebenarnya, bakteria Virus CB tu asalnya dari Keramat. Gora yg pertama sekali terkena virus itu lalu terjadinya penyebaran. Sebab itu, sapa yg terkena virus CB, berubah jadi aneh macam Gora.













Apa yang ko merepek ni setan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-3-2015 03:01 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 1-3-2015 01:52 PM
Kan? Nampak bini demam, pastu datang kesian. Sebelum tu jengah dapur, bawah tudung saji ada lauk a ...

wah...dah ada sambungan...

klise citer... macam tu la...

kesian..pastu jatuh cinta..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2015 03:04 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 1-3-2015 02:12 PM
Dan dan tu jugak conan tembak arisha pakai senjata die.. dan tiba2 jugak citer ipo ni hapgrade dr  ...

owh!...

err...adegan tu ker...

awat aku plak yg gigil..kang jadi arissa daniel..romantika de amor..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-3-2015 03:05 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 1-3-2015 02:35 PM
Hmmm. Yang sebenarnya, bakteria Virus CB tu asalnya dari Keramat. Gora yg pertama sekali terkena v ...

merepek ko ada betul juga...bacteria tu dah terlepas ke amariya

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2015 03:23 PM | Show all posts
KERETA dikunci sebaik tiba di halaman rumah.Hujan yang tadinya lebat sudah mula renyai. Conan mula masuk ke dalam rumah. Dia terpandang bungkusan atas meja sofa. Dibelek bungkusan itu, dia senyum. Jadi juga Arisha hendak bawa buah epal ke rumah anak yatim esok. Arisha pun sudah beritahunya tentang itu, malah dia dijemput sekali ke sana. Ada majlis kesyukuran dan ada juga persembahan dari anak-anak yatim di sana.

Conan menngatur langkah ke bilik. Dia sempat melihat ke arah bilik Arisha. Tentu gadis itu sudah nyenyak tidur, yalah sudah lewat malam. Tambah lagi hujan renyai begini. Mahu lena tak ingat tidur. Tombol pintu biliknya dipulas dan Conan mula melangkah masuk ke bilik. Segera dia masuk ke bilik air mengambil wudhuk kerana  Isyak masih belum ditunaikan lagi. Lepak dengan Ipo di warung Makcik Esah selepas maghrib tadi sehingga membawa ke tengah malam.

Usai solat, Conan berehat di atas katil. Mata belum mengantuk. Kata-kata Ipo tadi kembali menerjah minda. Dia cuba mencerna. Ya, sampai bila dia harus menunggu Aylanins yang sudah menjadi tunang Malik sedangkan dia sudahpun beristeri walaupun hanya di atas kertas. Untuk apa sebuah masjid dibina kalau hanya selepas itu diruntuhkan. Tidakkah bodoh namanya tu?

"Haih..." Conan rebahkan tubuh dan mula tarik selimut. Hujan di luar masih renyai-renyai. Tempias rintik hujan sudah menerpa cermin tingkap. Lampu ditutup. Esok pagi dia perlu temankan Arisha ke rumah anak yatim Limpahan Kasih dan menolong mana yang patut. Ayah pun sudah diberitahu tentang itu dan itu bermakna dia tidak hadir mesyuarat dengan Syarikat dari Jepun jam sebelas pagi esok.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2015 04:04 PM | Show all posts
PAGI lagi Conan sudah bangun. Usai mandi dan ambil wudhuk, dia segera ke ruang solat. Selalunya dia akan berjemaah dengan Arisha. Sementara menunggu Arisha ke situ, dia ambil Quran dan mula membaca. Sepuluh minit menunggu, Conan tutup Quran dan dia mula menapak ke arah bilik Arisha yang masih tertutup.

"Arisha! Arisha!" Nama Arisha dipanggil sambil mengetuk pintu.

Tiada jawapan.

"Arisha! Subuh dah nak habis ni!" Laung Conan lagi.

Masih tiada jawapan.

Conan cuba pulas tombol pintu. Tidak berkunci. "Arisha..boleh saya masuk?" teragak-agak Conan bertanya.

Masih senyap.

Conan beranikan diri melangkah masuk. Dia senyum, patutlah tidak berjawab.  Arisha tertidur dengan telekung di atas sejadah. Dia masih berdiri di muka pintu, berfikir sama ada untuk kejutkan atau pun tidak. Mungkin Arisha penat sangat. Conan tutup pintu dan dia mula menunaikan solat subuh bersendirian di ruang solat. Usai solat, dia masuk ke dalam bilik semula. Jam sembilan nanti, dia dan Arisha akan ke rumah anak yatim. Conan mula bersiap-siap. Dia melangkah keluar dari bilik dan menuju ke ruang dapur. Pelik, selalunya Arisha sudah berada di dapur waktu begini.

"Hmm..dia dah masak ke?" Conan buka saji. Ada lauk ayam masak pedas dan sayur kobis goreng, yang pasti semua lauk itu tidak bersentuh. "Dia masak ke malam tadi?"


Conan buka peti sejuk pula mengambil jus oren  dan dituang ke dalam gelas. Dia meneguk sampai habis. Matanya menala ke tingkat atas. Bilik Arisha masih tertutup rapat pintunya. Mungkin Arisha masih bersiap-siap. Kalau dia pergi jenguk, buatnya gadis itu sedang mandi ke, berkemban ke, atau sedang pakai baju ke, tak ke naya nanti?


Dia lihat jam. Sudah hampir lapan pagi. Lambat sangat menunggu Arisha, Conan mula capai roti dan dimasukkan ke dalam pembakar. Dua mug coklat panas dibancuh. Satu untuknya dan satu lagi untuk Arisha. Dia tahu, Arisha suka minum coklat panas. Beberap keping roti yang sudah siap dibakar disapu mentega dan diletakkan atas pinggan. Sementara menunggu Arisha bersiap, Conan makan sekeping roti untuk mengalas perut. Malam tadi dia hanya sempat minum kopi o pekat saja bersama Ipo.


"Mana la minah ni?" Conan lihat jarum jam. Sudah setengah jam dia di situ. Arisha masih belum turun lagi.


Conan bangun dari kerusi dan menapak ke bilik Arisha. Sekali lagi dia memanggil nama Arisha, tidak berjawab. "Takkan tidur semula? Tak pernah dia tidur lepas subuh.."

Sekali lagi Conan melaung memanggil Arisha, kali ini dia dengar suara perlahan menyahut panggilannya. Pintu dibuka. Terkejut dia melihat muka Arisha sudah pucat. Arisha masih dalam telekung tetapi lesu tidak bermaya. Meluru Conan ke arah Arisha. Dahi Arisha disentuh. Panas! Bergegas Conan mendukung Arisha masuk ke dalam kereta. Kereta dipecut laju ke klinik berdekatan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 04:20 PM | Show all posts
Ipo replied at 1-3-2015 04:04 PM
PAGI lagi Conan sudah bangun. Usai mandi dan ambil wudhuk, dia segera ke ruang solat. Selalunya dia  ...

mak aihhh tak bukak tetlekung terius pecut bawa g klinik
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
NaylaArisha replied at 1-3-2015 04:20 PM
mak aihhh tak bukak tetlekung terius pecut bawa g klinik

Nasib baik pakai telekung tauuu.. buatnya berkemban je?

Excited sungguh nay sampai typo typo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2015 05:53 PM | Show all posts
NaylaArisha replied at 1-3-2015 04:20 PM
mak aihhh tak bukak tetlekung terius pecut bawa g klinik

ya la Nay...dah panik kaaaaaaaaaaaaaaaaaannnnn...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2015 05:54 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 1-3-2015 05:16 PM
Nasib baik pakai telekung tauuu.. buatnya berkemban je?

Excited sungguh nay sampai typ ...

adeh...nak berkemban ke??..kang tergoda acaner???
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 1-3-2015 09:41 AM
harap2 la zam...doakan ya..
kang stop macm tu je..kena bako..kena hencap..
peduli apa kan...buat ...

Jangan mengada nak stop separuh jalan @Ipo... Memang kena bakorlah jawabnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2015 06:18 PM | Show all posts
Edited by aylanins at 1-3-2015 06:20 PM
Ipo replied at 1-3-2015 03:23 PM
KERETA dikunci sebaik tiba di halaman rumah.Hujan yang tadinya lebat sudah mula renyai. Conan mula m ...

Ya, sampai bila dia harus menunggu Aylanins yang sudah menjadi tunang Malik sedangkan dia sudahpun beristeri walaupun hanya di atas kertas.

Dengar tu Conan... sampai bila kau nak tunggu Aylanins. Aylanins dah move on lah




Aku nak tukar speku... aku teka Hani

(aku memang tak pandai speku... speku aku semua ke laut )

Ipo... ko jangan nak pandai-pandai letak Malik jadi mawar hitam nanti Aylanins nak kawen ngan sape?



Tapiiii... kalau kau letak Malik itu seorang yang warakkkkk, hancemmmmm, baikkkkk, & semua ciri-ciri yang sewaktu dengannya, aku sokong habis-habisan...
nah munge untuk Ipo

*jangan letak Malik jadi mawar hitam ya *






Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Conan... Arisha... Terimalah hakikat yg kamu memang berjodohan... Jangan menidakkan takdir Allah ke atas kamu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Conan... Arisha... Terimalah hakikat yg kamu memang berjodohan... Jangan menidakkan takdir Allah ke atas kamu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 06:24 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 1-3-2015 06:20 PM
Conan... Arisha... Terimalah hakikat yg kamu memang berjodohan... Jangan menidakkan takdir Allah ke  ...

Sampai dua kali postingnya

Iya Conan dgn Arisha oi. Terimalah seadanya.














Nicki dah nekad nak cari awek lain...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.175716 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list