|
Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there
[Copy link]
|
|
Edited by elia201 at 16-2-2015 06:54 AM
Jie terus mendapatkan suaminya. Rayyan masih lagi leka berbual kosong dengan Zack dan Tan Sri Isa. Perbualan mereka nampak rancak. Khalid turut sama menyertai perbualan mereka. Manakala Jie dan Viana hanya terpaku disisi suami masing masing. Malas mahu bertegur sapa dengan Tengku Safiah yang sedang bermesra dengan Zeeta. Baik Jie mahu pun Viana , sedar diri mereka bukanlah menantu kesayangan seperti Zeeta. Namun Jie dan Viana tetap hormat dan sayangkan Tengku Safiah kerana wanita anggun itu adalah Mama yang melahirkan suami yang mereka cintai.
"Cik Nur Najiha kan?" Satu suara menyapa Jie. Jie menoleh.
"Yes. Ada apa?" Wajah jururawat yang memanggil namanya dipandang.
"Ada seorang lelaki minta saya sampaikan nota ini pada Cik." Sekeping kertas dihulur. Jie teragak agak menyambut.
"Siapa dia?" Jie makin pelik. Tak mungkin kebetulan..
Sayangnya jururawat hanya mengatakan tidak kenal lalu meminta diri untuk pergi.
"Katalah ada orang nak 'prank' you lagi Jie.." Khalid mula merasakan ada yang tak kena. Mustahil tersalah orang. Sesiapa yang memberi nota itu pastinya memang mengenali Jie.
"Prank? Apa dia ? I tak faham.." Rayyan jadi 'blur' untuk memahami keadaan sebenar.
Viana dan Khalid menerangkan tentang nota yang diterima dari pelayan Dome tadi. Rayyan mula curiga. Zack dan Tan Sri Isa yang mendengar rasa sesuatu yang pelik.
"Apa nota dia kali ini Jie?" Viana tak sabar untuk tahu. Khalid juga.
Jie pantas membaca.. "Don't be afraid.. I just want to be with you ... with love.. someone from your past.." Pelbagai persoalan terbit.
"You ada suspect sesiapa ke sayang?" Rayyan takut sejarah dulu berulang. "Ingatan you dah fully recover kan?" Cukuplah sekali Jie tidak ingat pernah berkahwin dengan sepupunya Ku Iz. Rayyan tak mahu ada mana mana lelaki dari masa silam Jie mendakwa isteri yang dikahwininya adalah milik mereka.
"I tak tahu !" Jie buntu. Apa motif mengirim kiriman nota sebegini? Siapa lelaki ini dan apa mahunya?
"Papa rasa better Najiha hati hati. " Tan Sri Isa memberi nasihat. Bahu Rayyan ditepuk. " Jaga Najiha baik baik. Papa rasa macam ada benda tak baik nak jadi." Sebagai orang lebih berusia Tan Sri Isa percaya kepada gerak hatinya. Mungkin masih ada yang berdendam dengan Najiha tanpa disedari menantunya. |
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki atau shera? mesti dia hidup! |
|
|
|
|
|
|
|
kesian najiha mcm2 dugaan... |
|
|
|
|
|
|
|
selamat pagi semua...dh update tq... |
|
|
|
|
|
|
|
Careful JIE... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 17-2-2015 01:16 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 23-5-2015 04:22 AM
Sejak mengetahui kewujudan nota yang diterima oleh isterinya, hati Rayyan mula kacau. Takut kehilangan Jie dan berlaku sesuatu yang buruk ke atas satu satunya wanita yang dicintai. Otak ligat memikir cara terbaik untuk memastikan keselamatan Jie. Mungkin Rayyan terpaksa meningkatkan kawalan terhadap kediaman dan memantau pergerakan Jie. Nampak agak mengongkong namun Rayyan tiada pilihan lain. Kalau boleh tidak mahu isterinya terlepas walau sesaat dari pandangan mata. Bimbang.
"Honey..." Jie memaut bahu suaminya. Rayyan tampak seperti sedang memikir masalah dunia. "You fikir apa ni? Dari dekat hospital I nampak you monyok saja." Mata masih melekat ke wajah suaminya.
Rayyan berpaling menghadap isterinya. " I risaukan you sayang.. I takut !" Memang itu yang dirasakan Rayyan. Tak mahu ada sesiapa merampas Jie dari sisinya.
"Takut kenapa Honey?" Jie pelik. "You risau pasal nota tadi ke? Apabila melihat Rayyan angguk Jie mula rasa sayu. Tiba tiba saja perasaan itu muncul.
"I pun tak tau Hans kenapa ramai sangat orang benci dengan I. Dari kecil.. Mommy benci I. Kawan sekolah suka cari pasal dengan I. Dari I dekat Ohio sampai I dah balik Malaysia pun masih ada orang dendamkan I." Jie mengeluh. "Dengan Mama you lagi menyampah tengok muka I.. Mungkin bila I mati baru semua kebencian ini berakhir kot.. Entahlah.." Kadang Jie rasa kehadirannya hanya untuk dibenci dan didendami.
"Sayang... Jangan cakap macam tu... I tak nak you sebut mati lagi. Biar I mati dulu sebelum you !" Rayyan mula emosi. Baru sekejap berpisah dengan isterinya hati dah tak keruan. Tak dapat nak bayangkan Jie mati. Mungkin saja Rayyan akan merana seumur hidup.
" You tau tak sayang.. Kali pertama I nampak you , I tak tahu nak gambarkan macam mana. Terpaku, terpukau dan teruja ! You macam magnet menarik I.. I terus jatuh cinta time tu juga.. Belum pernah ada gadis lain buat I rasa macam tu.." Rayyan senyum sendiri. "Macam budak sekolah baru nak kenal cinta , I kejar you tau sebab nak berkenalan tapi you hilang macam itu saja.." Saat itu takkan dilupakan selamanya. Kali pertama bertemu Jie jantung Rayyan berdegup kencang. Satu perasaan aneh muncul dalam diri.
"Bukan you maki I ke Hans masa first time kita jumpa?" Jie hairan. "You cakap I buta ke sebab I terlanggar you.. Then masa tu juga Karl muncul dan kami bertekak. Finally I kena pecat." Jie gelak. "So bila masanya adegan you kena 'panah' cinta dan kejar I?" Bukan tak percayakan suaminya namun setahu Jie pertama kali bersua Rayyan adalah sewaktu annual dinner Kencana Murni.
Rayyan senyum. "I nampak ada seorang awek cun pakai blouse ungu dan seluar hitam panjang dengan rambut perang bersanggul lalu depan I masa I tengah makan dekat O' Briens. You langsung tak pandang I sebelah mata pun ! Straight jer you jalan ke escalator pergi parking. I kejar you bagai nak rak then you hilang.. You tau tak sayang frust menonggengnya I tak dapat berkenalan dengan you masa itu.." Mujur saja mereka dipertemukan kemudiannya.
Jie diam memikir sejenak. "La you ke mamat poyo yang follow I masa tu? Dengan cermin mata hitam Rayban you.. Rambut pacak serabai you, T shirt Ed Hardy dan seluar jeans labuh you, I ingat budak baru nak up mana berani stalk I.. Sebab tu I menyorok.." Tawa meletus. "Manalah tahu perogol bersiri ke.." Berbeza betul Rayyan waktu itu. "Nasib baik badan you tough. Kalau tak confirm I ingat you drug addict." Jie menyambung setelah ketawanya reda.
"So you perasan jugalah kewujudan I time tu?" Jie dilihat cuma angguk. "Muka handsome macam I ni you cakap perogol bersiri? Sampai hati." Rayyan sentap. Niat murni untuk berkenalan masa itu disalah erti.
"Handsome ke you Hans? Ermmm...nanti I fikir." Jie dapat idea menyakat. "Bolehlah dari tak ada !" Tawa pecah lagi.
Rayyan terus menarik hidung mancung isterinya. "You ingat you cun sangat ke?" Saja mahu mengenakan Jie pula.
"Kejap I fikir.. " Jie sengih sambil menolak tangan Rayyan yang menarik hidungnya. "I tak rasa pun I cun.."Jie diam sebentar. "Tapi .. jelita tu ada kot ! Kalau tak, you takkan tergila gilakan I.. Sampai sanggup compete dengan adik you.." Ketawa kemudiannya sambil mencuit pinggang Rayyan yang berdiri dihadapan.
Rayyan ketawa. Geli. Pantas kedua belah tangan isterinya digenggam erat untuk menghentikan tindakan Jie tadi.
Rayyan mengusap lembut wajah isterinya. "You memang jelita sayang ! Persis bidadari dalam hati I ! Sebab bila you ada dengan I, jantung I akan berdegup pantas macam ini..." Tangan Jie didekatkan ke dada. "Setiap degupan jantung I ada nama you sayang. I hanya akan berhenti mencintai you bila degupan ini berakhir." Rayyan sangat berharap agar ajal saja jadi pemisah mereka.
"I tahu you jodoh I sejak kali pertama jumpa you." Dahi Jie dicium. "Sebab itu lepas Karl pecat you masa annual dinner, next working day I terus link dengan HR Kencana untuk dapatkan details you. Kalau you ingat lagi, yang I muncul depan you masa you tengah lepak order makan dekat Kenny Rogers tu bukan kebetulan. I dah follow you dari rumah lagi ! And I just waiting for perfect timing to approach you. At first you bohlayan I juga but finally I managed to get your attention ! Mungkin you tak perasan I sengaja delay masa supaya you lepak lama dengan I waktu tu." Rayyan sendiri tak pasti kenapa dia membuka rahsia diri.
"You tipu I ! Terserempak konon.. Benci lah.." Jie menarik muka masam. Wajah dipaling dari menatap muka Rayyan.
Rayyan senyum. Tubuh isterinya diraih dalam pelukan." Itu bukan tipulah sayang.. Tapi strategi I untuk dapatkan you !" Jari jemari runcing itu dibelai. Memujuk.
"Banyaklah strategi you.." Jie menoleh lalu menyandar kepala di dada Rayyan. "Sebab you tipu I, I nak denda you."
Rayyan tersentak. " Denda apa ni sayang?" Wajah isterinya direnung.
"Dendanya you kena tidur luar selama 30 hari 30 malam.. I masuk bilik dulu Honey. Bye!" Pantas bangun lalu naik ke atas untuk ke bilik. Pintu bilik dikunci dari dalam. Niat untuk mengusik Rayyan.
Rayyan yang tak menduga tindakan Jie bangun mengejar. Sempat kunci pendua bilik dicapai.
"You kenakan I ye sayang." Rayyan bersuara dari luar bilik sambil tangan memasukkan kunci. Pintu berjaya dibuka. Jie dilihat sedang pura pura tidur sambil berselubung seperti hantu bungkus.Rayyan menarik selimut. Terkejut melihat bantal peluk yang berada dibawah tilam bukan isterinya.
"Gotcha !" Jie muncul disebalik pintu. "Itu pulak namanya strategi kenakan you !" Jie sakan mentertawakan Rayyan.
"Ok fine ! You menang sayang !" Rayyan mengalah. "Come sayang.. I rasa nak tidur awal pula malam ini." Rayyan kenyit mata. Memberi 'hint'.
Jie hanya menggeleng. "No ! Catch me if you can !" Perangai kebudakan Jie terserlah. Dah lama tak bergurau senda dengan Rayyan.
Rayyan segera menarik Jie ke sisi. "Tak payah catch, buang masa saja. Dosa tau buat suami tunggu lama." Rayyan sengaja mengugut. Faham dengan perangai Jie yang tak serius. Macam budak budak sehingga Rayyan pun kadang terikut !
"Baiklah Ustaz Rayyan Hardy !" Jie segera mendekati suaminya. Sebelum Rayyan memberinya ceramah percuma lebih afdal rasanya Jie menurut saja permintaan suaminya.
"Macam itulah isteri solehah.." Rambut ikal Jie dibelai. "Assalamualakum sayang."
Waalaikumussalam ! Jie hanya menjawab salam dalam hati.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sweetnya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 20-2-2015 06:22 PM
Bab 47
Tangisan bayi membuatkan tidur Zack terganggu. Zeeta dilihat masih lagi lena. Tak sampai hati mengejutkan Zeeta yang masih lemah, lantas saja Zack bangun. Lampin anaknya diperiksa. Zack senyum. Padanlah Danish menangis.. Kesian anak Papa.. Walau masih kekok, tangan mencapai pampers yang memang diletak berdekatan katil bayi lalu ditukar. Anak kecil itu diam. Zack menepuk Danish supaya tidur semula. Sempat jam dibelek. Baru pukul 4.30 pagi.
Usai anaknya tidur semula, Zack terus bergerak ke katil. Hajat hati untuk menyambung lena yang terganggu. Zeeta masih lagi diam tak berkutik. Ipad yang terletak ditepi katil dicapai Zack. Entah kenapa hati merindukan wajah itu. Password dimasukkan dan terpampanglah wajah yang sehingga kini mekar dihati.
Najiha ! Kadang Zack teringin sekali untuk melihat Jie dalam keadaan berbadan dua. Pasti lebih berseri.
Hampir tiga bulan mereka tidak bersua muka. Kali terakhir bertemu adalah ketika dihospital saat Danish dilahirkan. Itu pun tak sempat berbual langsung. Khabar yang terbaru Zack dengar Rayyan mengenakan 'kawalan ketat' terhadap isterinya. Sepanjang masa Jie akan ditemani oleh pengawal dan Rayyan juga akan membawa Jie ke mana saja pergi termasuklah ke pejabat. Dengar cerita juga Rayyan melantik Jie sebagai pembantu peribadinya supaya Jie tak lekang berada dalam pengawasannya. Nampaknya nota yang diterima Jie mengubah abang sulungnya menjadi 'over protective'.
Tetapi Zack dapat rasakan Rayyan menggunakan alasan nota yang diterima itu untuk mengawal pergerakan Jie sekaligus menjarakkan hubungan Zack dan Jie. Zack perasan Rayyan tidak senang melihat Jie dan Zack berbual sejak dulu. Mungkin saja abangnya tahu Zack masih menaruh hati pada Jie. Entahlah..
Apa yang pasti Zack takkan merebut Jie dari Rayyan. Itu sangat bertentangan dengan prinsipnya yang takkan sesekali merampas hak orang. Melihat Jie gembira sudah memadai. Zack percaya mencintai tak semestinya memiliki.
Kantuk mula terasa. Zack menguap. Mata semakin layu. Ipad terjatuh ke sisi. Lenanya bersambung kembali.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 17-2-2015 09:10 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 20-5-2015 11:18 PM
Deringan alarm mengejutkan Zeeta dari lena. Pantas bangun mendapatkan Danish. Anaknya dilihat masih diulit mimpi.
Mata beralih pula pada suaminya. Tetap tidur dengan Ipad disisi. Zeeta arif benar dengan tabiat Zack yang gila gajet. Mungkin kerana profesionnya yang sentiasa bermain dengan perisian komputer membuatkan suaminya begitu. Zeeta mencapai Ipad untuk dialih ke atas meja.
Namun sebaik melihat imej yang tertera diskrin Zeeta mula sebak. Kebanyakan gambar yang tersimpan adalah gambar Jie dan Zack! Video mesra mereka berdua dan juga gambar Zack disamping Jie.
Suaminya nampak gembira. Senyuman mekar dibibir keduanya yang tampak sepadan sekali bergandingan. Pantas Ipad dicampak. Tindakan Zeeta mengejutkan Zack yang masih lena.
"You kenapa darling?" Mata Zack yang bersaki baki kantuk merenung mamai ke arah Zeeta.
"You memang tak pernah lupa dekat Jie , kan?!" Nada suara Zeeta mula meninggi. "You tak cintakan I kan?" Airmata mengalir dipipi Zeeta. Sakit teramat mengetahui hakikat suami masih mengingati bekas kekasih. Malah masih menyimpan kenangan cinta mereka berdua.
Mata Zack yang mulanya mengantuk berubah segar mendengar kata kata yang keluar dari mulut Zeeta. Terpandang Ipadnya yang berada dilantai. Pantas bahu Zeeta disentuh.
"Please Zeeta... I boleh explain ! I sayangkan you ! Tapi Najiha cinta pertama I ! Susah untuk I lupakan dia !" Zack tunduk. " I minta maaf !" Biarlah saja kebenaran terluah. Zack tak sanggup mengaku cinta pada Zeeta yang tulus mencintainya.
Air mata Zeeta makin laju merembes. "Sampai hati you Zafrey ! You kahwini I, you tiduri I, tapi hati you masih ingatkan perempuan lain.." Sebak makin membelit.
"I sanggup buang kerjaya I untuk lahirkan zuriat you tapi ini balasan you?!" Esak tangis semakin kuat kedengaran. Zeeta kesal !
Demi cinta pada suaminya Zeeta sanggup menolak tawaran kontrak menjadi model antarabangsa kerana syarat yang ditetapkan agensi Zeeta tak dibenarkan mengandung. Zeeta tahu Zack sukakan anak kecil maka tawaran itu ditolak begitu saja. Sementelah pula Zeeta disahkan hamil ketika itu.
"I tak tahu Zeeta..." Hati Zack juga hancur melihat airmata yang mengalir di pipi Zeeta. "I lebih sanggup ingatan I hilang supaya I boleh fokus cintakan you.. Tapi bayang Najiha masih ada dalam hati I.. I tak boleh lupakan dia.. I tahu I salah ! Maafkan I, Zeeta !" Airmata Zack juga berderaian. Berdosa pada Zeeta.
"Ceraikan I, Zafrey !" Zeeta nekad. Hati sudah hancur luluh. Tergamak Zack mengkhianati cintanya."Tak guna you simpan I sebagai isteri kalau you cintakan isteri orang lain. You bukan setakat khianati I, isteri you sendiri.. Tapi you juga sanggup khianati abang you sendiri.. I benci lelaki macam you !" Zeeta bingkas bangun menuju ke almari. Mengemas semua barangnya dan barang anaknya.
Zack cuba menghalang. "Please Zeeta.. I sayangkan you.. I sayangkan anak kita.. Kita boleh berbincang Darling.."
Tanpa mengendahkan Zack, Zeeta terus saja mencapai beg dan mendukung anaknya. " You fikirlah sendiri Zafrey.. Kalau you sayangkan I dan anak kita, you lupakan Jie.." Zeeta berpaling terus pergi.
Biarlah Zack yang menentukan sendiri hala tuju rumahtangga mereka. Kesal dengan tindakan Zack yang masih angaukan isteri orang!
|
|
|
|
|
|
|
|
zack ni pun satu pergi simpan lagi semua buat apa...kan dah kantoi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka. |
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 17-2-2015 12:18 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 17-2-2015 12:32 PM
Panggilan telefon yang diterima dari Datin Zilla membuatkan Tengku Safiah rasa ingin pengsan.
Besannya mengatakan Zeeta dan bayinya pulang ke rumah dalam keadaan pilu menceritakan perihal Zack yang masih lagi menggilai Najiha.Mendengar nama Najiha menjadi punca pantas saja dada Tengku Safiah rasa ingin meletup.
Nampaknya walau sudah menjadi isteri Rayyan, Jie masih lagi bermain cinta dengan adik iparnya. Tak ubah seperti Maznah yang tetap berhubungan dengan Tan Sri Isa meski sudah bergelar isteri Hanafi.
Tengku Safiah tak sabar memberi pengajaran kepada menantunya. Biar Najiha sedar diri dan tidak lagi mengganggu kebahagiaan anak bongsunya dan Zeeta. Pantas jari jemari mendail satu nombor..
Hati tak sabar untuk bertemu Zeeta mendengar cerita. Sempat diarahkan pemandu peribadinya untuk bersiap sedia menghantar ke rumah besannya.
Talian bersambung namun tidak berangkat. Tengku Safiah malas mendail lagi. Pesanan ringkas ditinggalkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Aduh..tengku.. Sian jie.aku dah kta kn, jdi org cntik ni,pyoh sikit.hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 17-2-2015 02:46 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 18-2-2015 12:37 AM
Rayyan rasa kurang sihat. Kepala pening. Dari tadi tekaknya payau. Setiap makanan yang masuk ke perutnya dimuntahkan semula. Tandas menjadi teman yang tak dapat dipisahkan. Badan mula bahang. Mungkin menjangkit demam dari isterinya.
Jie tidak menemani Rayyan masuk pejabat hari ini kerana tidak sihat. Malah isterinya baru sahaja menghubungi Rayyan memberitahu ingin ke klinik. Rayyan sudah mengarahkan pemandu peribadinya menemani Jie.Tak berani membiarkan isterinya memandu sendirian. Risau sesuatu yang tidak diingini menimpa Jie.
Kedengaran suara setiausahanya dihujung talian. "Encik Rayyan, Encik Khalid Hardy dah datang. Boleh saya benarkan Encik Khalid masuk?" Seperti biasa Juwita akan meminta kebenaran Rayyan sekiranya ada tetamu ingin bertemu walaupun ahli keluarga.
"Ask him to come in." Tekak Rayyan rasa mual. Selesai berkata begitu, pantas saja kaki berlari ke tandas. Mujur memang tersedia tandas khas untuknya didalam pejabat.
Khalid yang baru saja masuk ke pejabat Rayyan hairan mendengar suara muntahan dari dalam tandas. Abangnya didekati. Belakang Rayyan ditepuk untuk memudahkan Rayyan mengeluarkan isi perut. Rayyan mula rasa lega setelah habis semuanya keluar. Kepala masih lagi pusing.
"You okay tak Ray?" Melihat muka Rayyan yang pucat lesi Khalid tahu abangnya tidak sihat. "Kalau tak okay kita postphone saja meeting ini."
Rayyan cuma geleng. "Nope ! I'm ok. Kejap I ambil proposal." Langkahnya lemah menuju ke meja.
Briefcase dan fail dicapai. Rayyan dan Khalid berjalan seiringan menuju ke lif. Ada mesyuarat penting yang perlu dihadiri mereka.
|
|
|
|
|
|
|
|
Muntah untuk isteri yg preggy?lol. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 9-5-2015 03:09 PM
Jie menghantar pesanan ringkas kepada Viana mengingatkan perancangan mereka siang tadi. Hasrat hati ingin mengajak Viana , Mommy dan Daddy ke rumah. Hari ini hari lahir Mommy. Jie kepingin untuk meraikan bersama sambil makan malam. Pasti seronok ! Kek untuk Mommy sudah siap ditempah. Jie meminta bantuan Viana untuk mengambil. Sengaja Jie tidak memberitahu Rayyan. Nak buat kejutan. Suaminya sudah berjanji untuk pulang awal hari ini.
Segala masakan untuk hidangan makan malam sudah tersedia. Pembantu rumahnya yang bertungkus lumus untuk memastikan semua juadah siap tepat pada masanya. Jie tidak mampu menolong banyak kerana demamnya masih belum kebah. Mujur saja Kak Anita memahami keadaannya.
Bunyi loceng kedengaran dipintu. Jie pantas bergegas untuk membuka. Mungkin suaminya sudah pulang. Sempat Jie membelek wajah dan rambut dicermin. Perfect ! Puas hati dengan penampilannya.
Jari jemari memulas tombol pintu untuk membuka. Alangkah terperanjatnya Jie sebaik saja mata terpandang wajah terpacul didepan mata.
"Zack?"Jie kaget dengan kunjungan adik iparnya yang tak diduga.
"You ok ke Najiha? Kenapa you sms I suruh I datang jumpa you ?" Pesanan ringkas yang diterima dari Jie seperti ada perkara penting yang ingin disampaikan. Walau masih serabut dengan hal Zeeta, Zack tetap tak sanggup menolak permintaan Jie.
"Apa you cakap ini -"
"Zaf , Najiha !" Kedengaran teriakan suara Tengku Safiah memotong bicara Jie. Zack dan Jie berpandangan. Pelik dengan kehadiran Tengku Safiah yang tiba tiba. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 17-2-2015 05:37 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 17-2-2015 05:38 PM
Khalid yang kebetulan menghantar abangnya pulang ke rumah terperanjat melihat pertikaman lidah antara Zack dan Mama. Rayyan yang masih lagi pening lalat juga terkejut dengan keadaan huru hara itu.
"Kenapa bising bising ini Mama? Zack?" Rayyan menyoal Mama dan adiknya. Kepala tambah bingit dengan suara pertelingkahan mereka.
"Ini.." Tengku Safiah menunjuk ke arah Jie. "Isteri kesayangan Ray ini ada skandal dengan adik ipar sendiri ! Mama sendiri tangkap mereka berdua duaan tadi." Mata menjeling ke arah Jie. Menyampah !
" Apa ini Zack?!" Rayyan terus menarik Zack. Penumbuk digenggam. Sasaran ke wajah Zack. "You dah ada anak, isteri ! Kenapa isteri I juga yang you kejar?!" Kesabaran makin terhakis.
" You dengan Mama dah salah faham !" Zack menolak tubuh Rayyan yang berhadapan dengannya. " I dengan Najiha tak bodoh nak jalinkan hubungan sedangkan kami dah berkahwin." Seboleh mungkin Zack cuba untuk tidak berkasar. Rayyan tetap saudara kandungnya.
"Habis kenapa Zaf boleh ada dekat sini? Berdua duaan dengan Najiha?" Tengku Safiah menyoal sinis. Tak termakan dengan alasan anak bongsunya.
"Zaf terima text messege dari Najiha. Ajak datang jumpa pukul 6. Urgent. Sebab itu Zaf ada dekat sini." Memang Zack tidak menipu. Malah mesej yang diterimanya masih tersimpan dalam inbox.
"Apa ini sayang? Perlu ke you mesej adik I sedangkan I suami you.. I ada sayang ! You boleh call I kalau you nak something.. Apa masalah you?" Rayyan beralih ke arah Jie.
Jie tersentak. Tak pernah seingatnya menghantar sebarang mesej yang diperkatakan kepada Zack."Sumpah honey ! I tak hantar apa apa mesej pun dekat adik you ! Please trust me !" Jie hampir saja menitiskan airmata. Sedih menerima tuduhan dari suami sendiri.
"Orang dah buat salah Ray ! Memang takkan mengaku !" Tengku Safiah menyampuk. " Zaf dah delete ke Zaf simpan lagi mesej Najiha? Biar kita tengok siapa yang betul ! Zaf atau Najiha !" Yakin kebenaran akan berpihak kepada Zack dan Jie bakal dipersalahkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 12-5-2015 07:48 PM
Tangan Rayyan menggeletar membaca mesej yang tertera di skrin Iphone 6 milik Zack. Sememangnya mesej itu dihantar dari nombor telefon bimbit isterinya. Tarikh dan masa diperiksa. Mesej dihantar pada hari ini 2 jam yang lalu. Siapa lagi yang menghantar kalau bukan Jie !
" Apa semua ini sayang?!" Rayyan mula meninggi suara. Jie tersentak ditengking begitu.
"I tanya you jawablah ! Kenapa you diam?!" Rayyan bengang bila dilihat Jie hanya terpaku.
"Sebab dia nak goda Zaf ! Ray tak nampak Najiha melawa semacam dengan mekapnya dan baju dia? Takkan Ray buta?" Tengku Safiah sengaja menambahkan panas dihati anak sulungnya. Hati suka melihat Rayyan memarahi Najiha. Padan muka !
"Honey... Serius I tak tahu siapa guna handphone I SMS Zack ! Demi Allah !" Jie bingung. Siapa saja dalam rumahnya yang boleh mengambil telefon bimbitnya untuk menghantar SMS kepada Zack? Tak mungkin pembantu rumahnya.
"Najiha... Bukti dah depan mata pun nak menafikan? Memang dasar penipu ! Kamu dengan Mommy kamu sama saja !" Tengku Safiah kesal dengan tindakan Jie yang seperti menegakkan benang yang basah. Jie didekati. "Kamu memang perempuan tak tahu malu !" Satu pukulan ingin dihadiahkan kepada Jie. Jie tampak 'kecil' dimatanya.
"Not anymore Mama !" Jie terus menepis tangan Tengku Safiah menyebabkan wanita anggun itu nyaris tersungkur. Khalid yang hanya jadi pemerhati terus mendapatkan Tengku Safiah.
"You tolak Mama I?! Menantu jenis apa you ni ?!" Rayyan hilang pertimbangan melihat Mamanya disakiti. Tak sengaja tubuh Jie dirempuh kasar menyebabkan Jie terhantuk ke dinding. Wanita itu terduduk menahan sakit.
"You dah gila ke Ray?" Zack bertindak spontan menolak Rayyan dari terus menyakiti Jie. "Dia isteri you !" Pantas Jie didekati. Darah merah mengalir dilantai. Jantung Zack berdegup kencang. Mungkinkah Najiha keguguran? Tak pernah tahu Jie mengandung. Kakak iparnya dilihat lemah.
"Ya Allah anak Mommy !" Maznah yang baru sampai dimuka pintu berlari masuk memangku kepala anaknya. Airmata bercucuran. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|