CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: Magika

[Tempatan] Wan Azizah isytihar dapat sokongan majoriti untuk jadi Menteri Besar

[Copy link]
Post time 16-8-2014 03:10 PM | Show all posts
6
Aug
POSTED BY KUNTAKINTE MALAYSIA » 3 COMMENTS »
Menteri Besar Selangor : Siapa Gelojoh, Siapa Bodoh

Senario politik Selangor bukan bertambah baik tetapi bertambah buruk bila dilihat ada pihak yang begitu gelojoh dalam perebutan kuasa dinegeri yang terkaya di Malaysia ini.

Terpahat dalam sejarah Malaysia, parti ikatan sesama sendiri tanpa rasa malu kepada rakyat dan pengundinya berebut sesama sendiri jawatan Menteri Besar secara terbuka. Saban hari dalam media arus perdana maupun media berinternet terpampang bagaimana rakusnya masing-masing menyusun langkah untuk menjatuhkan satu sama lain.

Turut menjadi sejarah, buat pertamakalinya seorang Menteri Besar, Adun Bebas berjaya menduduki kerusi Menteri Besar hingga ketika dan saat ini. Adun Bebas tanpa parti dan parti yang menang banyak kerusi hanya melopong menuruti sahaja kehendak Adun Bebas yang berstatus Menteri Besar ini.

Rakyat Selangor melihat dengan jelas setiap hari bagaimana Wakil Rakyat yang mereka pilih sedang menunjukkan belang masing-masing tanpa sedikitpun rasa malu.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua dilihat menyindir Pas dalam ceramahnya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor baru-baru ini, usaha paling awal memberi kata dua kepada Khalid bukanlah dilakukan oleh PKR, sebaliknya DAP dan PAS.

Bagaikan membuka pekung di dada, Tony menjelaskan bahawa PKR tidak bersetuju pada awalnya melantik semula Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sejurus selesai PRU 13 lalu, maka PAS dan DAP mengambil tanggungjawab bagi memastikan pentadbiran Khalid pada penggal kedua tidak mengulangi lagi perangai angkuh beliau pada penggal pertama.

Menurut Tony lagi, PKR tidak bertanggungjawab sepenuhnya di atas sifat buruk Khalid kerana PAS dan DAP yang mengeluarkan surat sokongan kepada Sultan Selangor terlebih dahulu sehingga memaksa PKR mempersetujui nama Khalid sebagai Menteri Besar.

Dalam pertemua kedua-dua parti itu, menurut Tony, Khalid berjanji pada tahun pertama pemerintahannya beliau akan berubah dan bekerja secara berpasukan dan bukan lagi secara bersendirian dibantu oleh dua orang wanita Faekah dan Arfah seperti amalan dalam penggal pertama.

Pas pula cuba tunjukkan merekalah yang paling sabar dalam isu penyingkiran Menteri Besar Selangor ini bila Naib Presiden Pas, Salahuddin sejak awal meminta semua pihak berkaitan bersabar dan menegaskan bahawa PAS akan membuat satu keputusan yang sangat signifikan pada 17 Ogos di mana Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat akan berbincang mengenai krisis Selangor, jadi bersabarlah,” tegasnya.

Beliau sebelum ini meminta semua pihak berkenaan untuk bersabar sementara PAS memperincikan pendirian yang akan dijelaskan pada Ahad ini. Jelas Salahuddin, isu menukar Menteri Besar dilihat sukar dan bukan semudah menukar Ketua Kampung.

Kenyataan Naib Presiden itu memberi tamparan hebat kepada PKR yang dilihat begitu gelojoh dalam menyelesaikan kemelut yang melanda Negeri Selangor.

Mampukah kemelut ini menyedarkan pengundi dan rakyat Selangor? Mampukan rakyat meniali siapa yang bodoh dan siapa yang gelojoh? Apakah Anwar kekal cerdik dalam kemelut nafsu gelojoh manusia ini? Apakah rakyat terus diperbodohkan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2014 09:50 AM | Show all posts
scorpionkiki: Sultan dah setuju?  Nak jd mb kena sultan setuju dulu walau majority


btul. sebab  ni melibatkan negeri.huhu
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 03:58 PM | Show all posts
magnus posted on 15-8-2014 08:42 AM
Mamat tu anti bn le...yu ni baru masuk porem ke...awat naif sgt...semua pun dah konfius..ni semua  ...

hehe. ohhh. itu lah jadinye kalau jarang masuk forum.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 04:01 PM | Show all posts
diner posted on 15-8-2014 12:17 PM
apa yg merepek. sapa chief pkr di selangor. secara politiknya dalam pkr selangor ni azmin yg pegan ...

salah le. i ter tak type perkataan "gedik". sebab ada kata azmin mengada2 nak jadi MB. sebab tu i kata kalo die gedik nak jd CM dari dulu dpt offer, die dah accept dah tapi tak
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 04:05 PM | Show all posts
Saari Sungip Buat U-Turn, Nafi Sokong Wan Azizah Sebagai MB Selangor

Aug 23,2014 - by AIDC 4

AIDCNews – 23/8/14 – Ahli Dewan Undangan Negeri PAS, Hulu Kelang, Saari Sungib dilihat cuba membuat u-turn apabila kenyataan terbaharunya, beliau mendakwa hadir dalam sidang media Datuk Seri Dr Wan Azizah pada 14 Ogos lalu bukan untuk menyokong Presiden PKR sebaliknya cuma mahu menolak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.



Bagaimanapun, lapor Malaysiakini, Saari mengaku menandatangani akuan berkanun (SD) yang antaranya menyokong Azizah kerana ia sudah didraf awal sedemikian rupa.

“Objektifnya ialah nak nafikan dakwaan Tan Sri Khalid yang mengatakan beliau ada (sokongan) majoriti (ADUN). (Bagaimanapun) sifat undang-undang SD itu berbentuk begitu, iaitu menarik sokongan dari Tan Sri Khalid dan sokong Wan Azizah.

“Bagi saya, Wan Azizah atau tidak, yang penting saya nak cukupkan 30 ADUN (yang tolak Khalid) itu. Oleh kerana (ADUN) DAP dan PKR (sahaja) tak cukup, jadi saya masuk,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Saari sebelum ini hadir dalam sidang media itu bersama seorang lagi ADUN PAS Hasnul Baharuddin (Morib), yang menyebabkan disiasat parti Islam itu kerana membuat pendirian sebelum jawatankuasa pusat PAS bermesyuarat pada 17 Ogos.

Bagaimanapun kenyataan terbaharu Saari itu bercanggah dengan laporan Sinar Harian 14 Ogos.

Lapor portal itu, ADUN PAS Hulu Kelang, Saari Sungib bersama-sama dengan rakan ADUN DAP dan PKR bagi menyatakan sokongan kepada Wan Azizah.

“Saya berpegang kepada apa yang saya katakan, polisi dan asas Pas juga kekal iaitu bersama PR,” katanya pada satu sidang media yang berlangsung di Subang Jaya.

Jelas Saari, tindakan beliau menyokong Wan Azizah lagi tidak menyalahi mana-mana perundangan.

“Setakat ini 30 Adun PR menyatakan rasa hilang percaya kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

“Pendirian kami sudah dinyatakan secara bertulis di dalam Akuan Bersumpah yang ditandatangani oleh kesemua 30 ADUN bagi menyatakan sokongan tersebut,” katanya lagi.

Semalam, Malaysiakini melaporkan PAS Terengganu akan mengesyorkan kepada ibu pejabat PAS pusat dan Majlis Syura Ulama PAS supaya memecat dua ADUN PAS Selangor kerana mengabaikan keputusan parti berhubung krisis Menteri Besar negeri itu.

Pesuruhjayanya, Saiful Bahri Mamat berkata, walaupun siasatan sedang berjalan terhadap kedua-dua ADUN berkenaan, tetapi PAS Terengganu tetap dengan pendiriannya bahawa wakil rakyat itu hendaklah dipecat kerana menjejaskan imej parti.

Sebelum ini, katanya, PAS juga telah memecat beberapa pemimpin kanan parti berkaitan dengan masalah moral dan disiplin.

Ini juga, katanya, akan menjadi satu pengajaran kepada semua supaya tidak mengabaikan parti dalam apa jua krisis yang mungkin timbul, tetapi sebaliknya, harus memberi kesetiaan penuh kepada parti.

Dua ADUN PAS itu – Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) telah memberi sokongan kepada Presiden PKR, Wan Azizah untuk menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Saari Sungib Sedia Keluar PAS Jika Parti Sokong Khalid

13 ADUN PAS Enggan Tanda Tangan Surat Berkanun Sokong Wan Azizah





Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 05:23 PM | Show all posts
Kenapa Khalid perlu digantikan..

Abdul Khalid gagal belanja dana baiki jalan negeri
NIZAM ZAIN
23 Ogos 2014
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services
1
Kongres PKR
< 1 / 1 >
SHAH ALAM - Ucapan dasar Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menyerang pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana gagal membelanjakan dana penyelenggaraan jalan negeri (Marris) untuk kepentingan rakyat.

Beliau berkata, kerajaan negeri Selangor perlu prihatin dan mengutamakan isu-isu rakyat yang kerap kali berulang termasuk masalah sampah dan penyelenggaraan jalan.

"Sungguhpun kita berbangga dengan pencapaian program merakyatkan ekonomi Selangor, namun isu-isu rakyat perlu diutamakan seperti sampah dan jalan yang melibatkan peruntukan Marris yang tidak dibelanjakan.

"Saya ingin mengesyorkan agar kemudahan-kemudahan asas rakyat Selangor seperti jalan rata yang tidak berlubang, persekitaran yang bersih, longkang dan parit yang tidak tersumbat dan persekitaran yang bersih serta bebas aedes terus diwujudkan kerana ini adalah hak rakyat yang memilih kita ke tampuk kuasa," katanya pada Kongres Nasional PKR ke-10 di Stadium Melawati, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Azizah juga menyarankan supaya skim pinjaman mikro kredit ditingkatkan dalam membantu golongan wanita dan usahawan muda.

"Ini dapat membantu membantu menjana ekonomi golongan berpendapatan rendah dan di samping menaik-taraf perniagaan peniaga-peniaga kecil," katanya lagi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2014 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Wonder la jap. Diorg ni dok sibuk2 dgn selangor ade ke diorg ni join hari berkabung smlm haa? Ade x sape2 dri PR join istiadat tu g klia sana mcm rakyat marhaen dgn semua menteri menghormati jenazah? Sorry off topic tp tertanya2
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 06:15 PM | Show all posts
pinkypinkylady posted on 23-8-2014 06:10 PM
Wonder la jap. Diorg ni dok sibuk2 dgn selangor ade ke diorg ni join hari berkabung smlm haa? Ade x  ...

entahlah....dlm tv, paper, blog2 tak nampak plak mukanya...ce pi tengok roket dan keadilan..kot ada.

yg pastinya time tu PKR tengah adakan kongresnya utk membetulkan kepincangan negara yg dilakukan oleh UMNGOK...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2014 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak_Nogori posted on 23-8-2014 06:15 PM
entahlah....dlm tv, paper, blog2 tak nampak plak mukanya...ce pi tengok roket dan keadilan..kot ad ...

Hurm tulah tertanya2 gak. Tatau la kalau low profile smpi x masuk camera ke paper kan. Kalau ada alhamdulillah. Kalau xde mcm x patut la. Di saat negara ditimpa musibah mcm ni pun sibuk nak berpolitik rebut selangor. Apa salahnya lupakan kejap kegilaan nk jd MB tu dan sama2 bersatu sebagai rakyat malaysia menyambut kepulangan jenazah pesawat malang ni. I'm not against PKR neither BN. Tp bila jd mcm ni rasa respect tu berkurang... aku xnak MB aku seseorg yg pentingkan diri sndri...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 02:01 PM GMT+8 , Processed in 0.532337 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list