|
Abstrak Cinta Aku & Dia ~ (Forever Alone) : by Ilham Pena - February 2015
[Copy link]
|
|
Ada yang salahkan manusia lain. Suka sangat buat dosa. Kan dah panas…
Ahli politik sembang kencang, boleh salahkan Anuar dan Najib.
tak leh blah betul.. sampai sini sesat nama 2 org neh..
|
|
|
|
|
|
|
|
mana zack ni..... |
|
|
|
|
|
|
|
ovina posted on 20-2-2014 12:39 PM
mana zack ni.....
demam....
demam kena goda...
|
|
|
|
|
|
|
|
UsuFie posted on 20-2-2014 01:19 PM
demam....
demam kena goda...
baru kena goda sikit dah demam...tak macho aaaa...
|
|
|
|
|
|
|
|
ovina posted on 20-2-2014 02:56 PM
baru kena goda sikit dah demam...tak macho aaaa...
tu baru sikit izah goda...
kalu izah upgrade lagi godaan mau demam kepialu terus zack..
btw, mana puan meow ni...bila nak hapdet...
|
|
|
|
|
|
|
|
aduhaiii..ingatkan dah ada hapdet... |
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 18-2-2014 12:19 PM
selamat keterunaan zack...
yg pasti, lelaki yg baik...walau digoda camna pom dia takkn tewas..hat ...
Errr.... ada Sellie. Tak pupus lagi... kenalah usaha lebih sikit nak mencari kekdahnyeee...
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_conan posted on 18-2-2014 01:54 PM
tak leh blah betul.. sampai sini sesat nama 2 org neh..
Ini hasil berkuntum kat bod CI...
|
|
|
|
|
|
|
|
UsuFie posted on 21-2-2014 09:49 AM
tu baru sikit izah goda...
kalu izah upgrade lagi godaan mau demam kepialu terus zack..
Ini kira maximum le kot... renjatan letrik high voltage Farizah bagi...
Terus demam.....
|
|
|
|
|
|
|
|
merahsilver2U posted on 21-2-2014 12:18 PM
fuuh.... nasib baik zack tersedar...
Salam...
Thanks for reading. Kaka otai sini ek? terbaca kat benang kaka bunick...
|
|
|
|
|
|
|
|
ovina posted on 23-2-2014 10:48 AM
aduhaiii..ingatkan dah ada hapdet...
Hehehe...coming....
|
|
|
|
|
|
|
|
Episode 32
“Hai Zack. Dah okay ke?”
Tatkala keluar dari lif, Sofiah Harun dari Sales menegur lalu menyaingi Zack masuk ke ruang pejabat di tingkat 14. Zack pamer senyum nipis sebagai jawapan yang dia sudah sihat walau tak sepenuhnya. Demam sudah kebah, air di hidung tinggal sisa. Sakit di tekak menuju surut. Hanya batuk yang masih mengganggu sekali-sekala.
“You demam apa? Teruk sangat sampai dua hari MC…” Soal Sofiah lagi. Dia tahu, Zack amat jarang sekali mengambil cuti sakit. Jadi, bila Zack cuti sakit, satu pejabat akan tahu yang Zack betul-betul sakit.
“Demam biasa. Tapi siap pakejlah. Batuk dengan selsema…” Balas Zack dengan suara yang antara keluar dengan tidak. Sofiah senyum.
“Tengah musim kot, sekarang. Farah Banquet siap masuk hospital lagi, sebab kena demam denggi…”
“Serius?”
Sofiah mengangguk.
“Anyway, nasib you dah masuk kerja balik. I nak mintak tolong sikit. Nak mintak tolong dengan Joe, tapi muka toya memanjang macam dia sorang je dalam office ni yang busy…” Sofiah memberitahu sekaligus, mengadu.
Zack gelak. “Kenapa? Nak mintak tolong apa?”
“Ala…pasal wedding anak Datuk Manan tulah. Dia tukar lagi wordings untuk backdrop…”
Zack buat muka. “Apa lagi yang dia orang nak tukar? Bukan dah confirm ke minggu lepas? Joe siap dah hantar request pada supplier pun…”
“They all nak tukar lagi. Banyak songeh tapi, takkan I nak cakap tak boleh pulak? Client kan? Siap tak kisah bayar lebih…”
Zack angkat bahu dan menggelengkan kepala.
“You tolong I eh? I malaslah nak mintak tolong Joe. Dia mesti buat muka bengang…”
Zack angkat kening.
“Please…”
“Iyalah..iyalah. Nanti you email ajelah apa yang nak kena tukar…”
“Thanks Zack.” Sofiah senyum meleret. Lega kerana tak perlu berurusan dengan Joe Zulkifli.
“By the way, bukan Joe aje tau yang buat muka toya masa you MC. Adalah sorang tu, muka takde mood jugak…” Sofiah menyambung kata. Zack buat muka tanda soal tetapi Sofiah hanya membalas dengan senyum mengusik.
“Siapa?” Langkah Zack sudah terhenti di depan meja kerjanya. |
|
|
|
|
|
|
|
“Adalah.” Sofiah sengaja bermain teka-teki. Kakinya melangkah perlahan meninggalkan Zack yang terpinga-pinga untuk pergi ke mejanya. Senyuman mengusik tak lekang dari bibir
“Ala…Sofi. Cakaplah…siapa…”
“Takkan you tak tahu?” Langkah Sofiah semakin menjauh.
“Siapa?” Zack tak puas hati. Suaranya dikuatkan walaupun serak.
“Si Jay.”
“Hampeh…”
Terdengar suara Sofiah sayup-sayup ketawa mengekek sebelum hilang beberapa saat kemudian.
Zack menghidupkan komputer. Rasa malas dan lesu menguasai kepala. Dia jarang sekali jatuh sakit tetapi bila demam, memang teruk keadaannya. Ingin saja dia menyambung cuti sakit barang sehari dua lagi. Apakan daya, doktor yang merawat tidak mahu memberi kerjasama.
Tak mengapa. Kalau tak larat juga, ambil saja cuti tahunan.
Poket sebelah kanannya bergegar. Telefon bimbit berbunyi. Mesej dari Kate.
Hey. Working today? How are you feeling?
Yup, working. Feeling okay…
Zack membalas.
Happy to know that. Do you have any plan after work?
Nope. What’s up?
Let’s hang out. I nak bagi wedding invitation…
Siapa punya?
Audrey
Okay. See ya after work...
Tiada lagi balasan dari Kate.
Tumpuan Zack terarah semula pada skrin komputer. Email dibaca satu-persatu. Mata rasa kelat. Terfikir untuk ke pantry bancuh kopi. Sistem badan mula merengsa mahukan sedikit kafein.
“Zack.”
Teguran lembut menyapa telinga. Senyum manis menawan rasa. Segar sedikit terasa apabila melihat Zareen depan mata. Macam ada rindu sebab sudah dua hari tak jumpa…
Jiwanglah kau. Puik!
“Dah sihat?”
Soalan Zareen dijawab dengan angguk dan senyum. Bukan taknak bercakap, cuma rasa terkedu secara tiba-tiba.
“Pukul 10 nanti, meeting dalam office saya. Tolong beritahu Joe sekali.”
Zack angguk lagi tanda faham. Senyuman Zareen dibalas. Bertatapan mata buat seketika sebelum Zareen mengalih pandangan dan berlalu pergi.
Parah dah aku ni…
Hilang saja kelibat boss tersayang, Zack bangun menuju ke pantry.
***
|
|
|
|
|
|
|
|
Ketukan di pintu pejabat meraih perhatian. Zareen lantas mengangkat muka. Zareen tersenyum ke arah Joe Zulkifli dan Zack lantas membuat isyarat supaya kedua-dua mereka duduk berhadapan. Lebihan masa sepuluh saat diperlukan sebelum dia memulakan mesyuarat.
“Saya nak update pasal meeting HoD semalam.” Zareen tidak bermukadimah panjang lebar. Terus tepat ke isu yang hendak dibincangkan. Zack dan Joe Zulkifli menumpukan perhatian.
“Next activity for MSC Club, management dah decide nak buat di rumah Anak Yatim Seri Cahaya dekat Ulu Langat.”
Zack dan Joe Zulkifli mengangguk tanda faham.
MSC ataupun Mayang Sari Charity Club adalah organisasi kebajikan di bawah naungan YUSHAR Group of Corporation, pemilik Hotel Mayang Sari. Ianya sebagai salah satu saluran kepada para pekerja Hotel Mayang Sari yang berminat dengan aktiviti kebajikan untuk menyumbangkan tenaga dirumah-rumah kebajikan terpilih secara sukarela. Aktiviti ini hanya dijalankan setiap tiga bulan sekali. Tiada ahli tetap dalam kelab ini, siapa yang ikhlas dan berminat, boleh turut serta tanpa paksaan.
“HR department will inform the exact date for this event, soon.” Sambung Zareen. “Tapi…” Dia menarik nafas seketika.
“Tak macam tahun-tahun sudah, this year onwards, GM nak team kita yang produce newsletter, bukan HR.”
Zack jeling Joe Zulkifli yang sedang sembunyi senyum lega. Kalau dah sebut perkataan newsletter, mestilah kerja itu kerja Zack.
“Kenapa kita pulak yang kena buat? Bukan ke selalunya, internal newsletter, HR yang buat?” Zack bersuara. Zareen angkat kening. Dari intonasi suara, dapat dia kesan nada tidak berpuas hati.
“Mulai tahun ni, YUSHAR Groups nak upgrade MSC Club jadi lebih korporat. They want a better newsletter presentation. At the same time, newsletter ni akan jadi salah satu promosi pada Hotel Mayang Sari. Sebab itu, Mr. K nak team kita yang buat…” Terang Zareen.
“HR tak boleh buat?”
“Newsletter will go public. So, bukan under HR lagi…”
“Kalau macam tu, kenapa tak outsource je? Kan lagi senang?” Zack masih cuba tawar-menawar. Kerja yang ada pun tak terkejar, lagi nak tambah kerja yang bukan sepatutnya kerja mereka – lebih tepat lagi, kerja dia.
“To be frank, Mr. K nak save budget. Sebab tu dia tak nak outsource kerja ni. This is only once every three months. Tak berbaloi nak suruh orang luar yang buat. Lagipun, you are capable, Zack. Kenapa kena outsource?”
“Kalau tak buat, tak boleh ke Cik Reen?”
Zareen memandang Zack dengan kening terangkat.
“Boleh. Awak pergi cakap direct dengan GM yang awak tak nak buat.” Ayat Zareen agak sinis, sama sinis dengan senyuman dibibirnya saat ini. Last edited by Nicki_Meow on 24-2-2014 04:49 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 24-2-2014 08:27 AM
Errr.... ada Sellie. Tak pupus lagi... kenalah usaha lebih sikit nak mencari kekdahnyeee...
biasanya yg baik camtu dah kawin daa...tapi, kita nih jenis menunggu... x reti carik...
|
|
|
|
|
|
|
|
Zack mati kata. Ayat Zareen bikin hati sedikit panas. Walaupun bersahaja, mesejnya jelas dan tegas. Arahan dari pihak atasan perlu dipatuhi tanpa kompromi. Lagipun, siapa yang nak cari bala pergi bantah arahan Encik Khalid? Tengok misai pun dah seram.
“So, I hope everything is clear.” Zareen bersuara. Zack dan Joe Zulkifli tidak berkata apa-apa dan itu bermakna, tiada lagi bantahan.
“Antara awak berdua, siapa yang boleh jadi jurugambar?”
“Zack.” Joe Zulkifli menjawab pantas.
“Aku lagi?” Zack pandang Joe Zulkifli. “Takkan nak ambik gambar pun, kita yang kena buat, Cik Reen?” Pandangan beralih kepada Zareen.
“Sebab kita yang kena produce newsletter, kitalah yang kena ambik gambar. Mesti kita lebih tahu apa yang sesuai, apa yang tidak. Betul tak?” Zareen senyum.
Zack melepas nafas. Perkataan ‘Kita’ membawa maksud ‘Zack’. Tiada ayat yang dapat digunakan untuk membantah.
“Ala Zack, kau kan memang minat kamera…” Bahu Zack ditepuk perlahan beberapa kali. Saja Joe Zulkifli mahu mengambil hati. Antara mereka berdua, Zack memang lebih berminat dengan kamera. Kerja Zack juga lebih banyak melibatkan kamera dan gambar jadi Zack lebih sesuai memegang jawatan jurugambar.
Lagipun, Zack jauh lebih senior. Senior memang sepatutnya lebih banyak buat kerja dari junior sebab senior lebih banyak pengalaman. Kan?
Joe Zulkifli sengih lagi.
“Boleh…Zack?” Zareen memecah sunyi lalu memandang Zack. Zack mengangguk saja. Nak kata tak boleh pun…tak boleh. Itu adalah arahan.
“Good. We’ll work as a team. Saya boleh tolong kalau awak perlukan bantuan and I’m sure, Joe pun boleh tolong. Kan..Joe?” Pandangan beralih pada Joe Zulkifli.
“Eh…boleh sangat.”
Zack mendiamkan diri, hati panas malas bercakap. Joe tersengih manakala Zareen menggelengkan kepala memandang kedua-duanya.
“Okay, ini saja update dari HoD. Joe, ada apa-apa yang awak nak report?”
“Tak ada.” Pendek jawapan Joe Zulkifli.
“Okay. Awak boleh pergi dulu. Zack, please stay. Saya nak discuss pasal food promotion untuk Restoran Bushido.”
Zack angguk manakala Joe Zulkifli segera bangun dari kerusi.
“Thanks Joe.” Ucap Zareen. Joe senyum tanda ‘sama-sama’ dan sempat menyambung senyum penuh makna kepada Zack sebelum keluar dari bilik pejabat Zareen. |
|
|
|
|
|
|
|
Mereka saling memandang buat beberapa saat tanpa suara.
“Awak…betul-betul dah sihat ke ni?” Suara Zareen lebih lembut dari tadi. Intonasi lebih prihatin. Ketegasan seorang pengurus hilang.
“Cik Reen rasa?”
“Awak nampak sihat. Walaupun suara tu macam Ramli Sarip sikit-sikit…”
Zack senyum. Hati yang menggerutu terus jadi licin.
Tadi, bukan main garang. Sekarang, pandai pulak kau ambik hati…
“Anyway, glad you’re back, Zack. Now, let’s get to the point. Bushido punya next promo…”
“Is that all you want to say?” Zack pantas memotong kata-kata Zareen menyebabkan Zareen terdiam seketika.
“Meaning?”
“Dua hari tak nampak saya, itu aje yang awak nak cakap?” Zack menyoal lagi.
“Awak nak saya cakap apa?”
“Dua hari tak nampak saya, awak tak rasa apa-apa?”
“Rasa apa?” Zareen mengangkat kening.
“Rindu…” Zack memandang tepat ke mata Zareen, lama. Peluang yang ada, Zack gunakan sepenuhnya untuk mengayat. Jarang nak dapat peluang begini. Sejak Zareen mengatakan yang dia sebenarnya tiada teman lelaki, Zack cuba bertindak lebih berani. Menghantar isyarat sedikit demi sedikit supaya Zareen tahu, dia punya hati.
Zareen membalas renungan walaupun kelihatan sedikit tidak tentu arah. Zack tahu, Zareen sedang cuba mengawal situasi, tak mahu kalah.
Zack senyum guna mata. Separuh hatinya mengatakan, dia tidak bertepuk sebelah tangan dalam soal ini. Jika tidak, awal-awal lagi Zareen sudah memberi isyarat ‘tidak’, bukan? Manakala separuh lagi, hatinya mengatakan ini cuma mainan perasaan. Mungkin Zareen tidak bermaksud apa-apa. Mungkin, dia saja yang terlebih rasa.
Selagi belum dapat dipastikan, Zack tidak mahu terburu-buru meluahkan perasaan. Hati budi perlu dikenal dengan lebih dalam. Sikap Zareen yang seperti menyembunyikan sesuatu itu perlu dirungkai terlebih dahulu.
Slow and steady, Zack. Slow and steady… |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|