Alya menyapu airmatanya yang jatuh. Lagu diradio bagai mempersendakan perasaannya ketika ini. Dia merenung jauh lalu ingatannya pada Fandi menerpa lagi.
“An” Fandi mengangkat kening.
“Kalau Yaya cakap, Yaya masih sayangkan An, boleh tak An terima Yaya balik?”
Tiada jawapan yang diterima. Lelaki dihadapannya hanya mendiamkan diri. Merenung kosong kehadapan.
“An” Alya memanggil lagi.
“Yaya tahu Yaya dah buat salah. Yaya dah hancurkan hati An. Yaya menyesal” Alya cuba mengawal rasa sebak di hatinya. Perlahan-lahan, Fandi mengalihkan pandangannya tepat pada mata Alya. Alya cuba membalas tetapi pandangan Fandi sungguh tajam hingga Alya tertunduk sendiri.
“Apa yang Yaya cakap ni?”
“An, Yaya masih sayangkan An”
“Kalau Yaya sayang An, kenapa Yaya sanggup bertunang dengan orang lain?”
“Yaya silap. Yaya terlalu ikut hati”
“Jadi sekarang, hati Yaya pada siapa?” Alya terdiam. Fandi masih tajam merenungnya.
“Dulu, Yaya cakap An yang berubah. Tapi rupanya Yaya yang berubah”
“Bila An sibuk buat overtime, kumpul duit sebab nak tunang, nak kahwin, Yaya tuduh An ada perempuan lain. Yaya cari setiap kesalahan An. Yaya tuduh An macam-macam. Yaya ungkit semua benda. Walaupun An makan hati, An diamkan sebab An yakin, Yaya yang An kenal tak macam tu”
“Bila An ajak tunang, ajak kahwin, Yaya bagi alasan belum bersedia. Nak kejar karier, nak buat itu, nak buat ini. An terima je semua alasan Yaya. Sikit pun An tak terfikir yang rupanya, Yaya dah ada orang lain dalam hidup Yaya”
“Kalau Yaya beritahu lebih awal yang Yaya dah tak sayangkan An, Yaya dah ada orang lain, An tak kisah. Serius An tak kisah. Tapi ini, Yaya tak cakap apa-apa. Yaya diamkan sampailah An dapat berita yang Yaya dah bertunang dengan Radzi. Itupun dari mulut orang lain, bukan mulut Yaya sendiri”
“Bila An dengar yang Yaya dah bertunang, Yaya tahu tak macam mana An rasa? Tahu?” Alya masih mendiamkan diri.
“Rasa macam bangang”
“An….” Alya cuba menghentikan kata-kata Fandi tetapi tidak dipedulikan.
“Lapan tahun, Yaya. Lapan tahun kita bercinta. An ingat, lapan tahun tu dah cukup untuk kita memahami diri masing-masing. Tapi An silap. Lapan tahun tu tak bermakna apa-apa pun pada Yaya”
“An…please. Stop it” Fandi terdiam. Untuk kali pertama setelah berjumpa Alya, Fandi menghamburkan semua perasaan yang di pendam. Sangkanya, dia boleh membiarkan sahaja rasa kecewa itu mati sendiri tetapi tidak. Ianya umpama lahar gunung berapi yang menunggu masa untuk di muntahkan.
“Yaya tahu An. Yaya tahu An kecewa” Alya menarik nafas, menahan esakan.
“Lapan tahun tu bukan tak bermakna apa-apa pada Yaya. Yaya hargai setiap apa yang An buat untuk Yaya. Sebab tu Yaya nak tebus balik silap Yaya”
“Nak tebus macam mana?” Fandi bertanya, mendatar.
“Terimalah Yaya balik. Yaya sanggup lakukan apa saja untuk An”
“Please An, give me another chance, we will start fresh over” Fandi hanya tersenyum sumbing.
Suasana menjadi senyap buat sementara.
“Yaya nak tanya…”
“Apa?” Kasar bunyinya.
“Takkan An langsung tak sayangkan Yaya lagi?” Fandi diam.
“An dah kahwin”
“Tapi, An kahwin sebab kontrak. An langsung tak pernah tahu siapa perempuan tu. An tak tahu pun hati budi perempuan tu macam mana”
“An cuba untuk kenal siapa isteri An” Alya mengeluh.
“Jadi, An memang tak sayangkan Yaya lagi?”
“Yaya…” Fandi menarik nafas. Nada suaranya sudah tidak setegang tadi.
Nicki_Meow posted on 14-8-2012 10:48 AM
Wahhhh....Lu rock lah auntie!
Terimejin auntie sedang berdiri dan memegang mic lalu menyanyi sa ...
Kira auntie ni perintis @ trend setter manakala Ella hanyalah follower jer... Amboi...amboi...amboi... Tingginya daya keperasaan auntie senja noh! Layansssss.....
Nicki_Meow posted on 14-8-2012 12:33 PM
“Bila An sibuk buat overtime, kumpul duit sebab nak tunang, nak kahwin, Yaya tuduh An ada perempuan ...
Oh no..... Fandi don't do that to fifi... She has been hurt before, don't think she will survive the second time around.... Nooooooo..... Auntie dgn perasaan cemas....
“Yaya tahu tak, masa nak kahwin dulu, orang yang paling An teringat ialah Yaya. Sampaikan masa nak nikah pun, An harap orang tu adalah Yaya. Bukan isteri An sekarang”
“Dan kalau masa tu, Yaya tanya soalan tu pada An, jawapanya ialah ya, An masih sayangkan Yaya”
“Tapi itu dulu. Sekarang An rasa dah terlambat”
“Tapi perempuan tu mengandung anak orang lain, An. Dia pernah terlanjur. Orang macam ni yang An nak buat isteri?” Alya meningkah.
“Habis, orang macam mana lagi? Orang macam Yaya?” Fandi menjawab sinis. Alya terdiam. Sunggupun Fandi nampak seperti pendiam, tetapi apabila marah, ayat yang keluar dari mulutnya bagaikan peluru.
“Apa hak Yaya nak menilai dia? Yaya kenal dia?” Sekali lagi Alya terkedu.
“Yaya, An tak boleh terima Yaya lebih dari seorang kawan. An dah beristeri. An dah ada tanggungjawab”
“Tapi, An tahu ke sama ada dia cintakan An ataupun tidak?” Kali ini Fandi terdiam agak lama. Dia sendiri tidak mempunyai jawapan kepada soalan itu.
“An…”
“Tak. An tak tahu” Fandi menjawab jujur.
“I’m so sorry. Bukan niat An nak balas dendam pada Yaya. Tapi An betul-betul sayangkan Sofea. Memang dia pernah terlanjur, Memang dia mengandungkan anak orang lain. Tapi An tak peduli semua tu. Selagi dia isteri An, selagi itu An akan jaga dia selayaknya macam mana seorang suami menjaga isteri. An sayangkan dia”
Alya mengeluh lagi. Kata-kata Fandi masih terngiang-ngiang di telinganya. Fandi langsung tidak memberinya harapan. Tetapi Alya mengerti, itu silapnya sendiri. Sungguhpun begitu, dia masih berharap agar peluang untuk kembali pada Fandi masih ada.