|
dhyayaya replied at 9-8-2021 10:02 PM
Hahahahah kt trek selebriti shuib ckp dia lahir thn 84.. kalau tak silap dgr la
kt wiki pun thun 84,jep 85..beza brp hri je bday suib dgn sarah |
|
|
|
|
|
|
|
elnor_81 replied at 9-8-2021 09:56 PM
Mmg pun. Shuib muda lg. Ank2 pun kecik2 lg. Cuma harap shuib klo nk cari pengganti, carilah yg blh ...
Ya shuib tu pun muda lagi. Anak2 perlukan seseorang as ibu. Nak jadi mcm super daddy tu boleh tapi kalau ada jodoh, biarlah dia kahwin. Harap2 dia jumpa perempuan yang macam Marlia Musa utk m Nasir & anak2 dulu. Eh till now la. Jadi emak pada anak2 yang ditinggalkan. Bukan kawin dgn bapaknya shj sbb bapaknya berduit. |
|
|
|
|
|
|
|
'Seluruh paru-paru Siti Sarah dipenuhi virus Covid-19' - Shuib
Ridzuan Abdul Rahman
Kuala Lumpur: Pelawak Shuib menasihatkan masyarakat supaya mengambil serius mengenai pandemik Covid-19 dan mahu mereka percaya Covid-19 adalah benar.
Shuib menerusi sesi Instagram Live hari ini turut berkongsi bagaimana dia sekeluarga dijangkiti Covid-19 yang berpunca daripada pembantu rumah.
"Allah nak jadikan jalan cerita, pembantu rumah saya turun ke bawah membuang sampah. Kebetulan dia berjumpa kawan, bersalam dan dia dijangkiti Covid-19. Kemudian terus satu keluarga kami dijangkiti Covid-19.
"Covid 19 is real (Covid-19 itu benar). Tadi sebelum saya keluar dari ICU (Unit Rawatan Rapi) selepas tengok isteri, seorang jururawat panggil saya.
"Katanya, dia tahu mengenai Siti Sarah memang viral dan semua orang mendoakannya. Tapi dia nak sampaikan sesuatu," katanya.
Menurutnya, jururawat itu menyeru agar semua individu mengambil suntikan vaksin.
"Saya sudah divaksin. Jururawat itu kata, kita kena sedarkan rakyat Malaysia mengenai vaksin. Sekurang-kurangnya dengan vaksin mungkin dapat membantu kita.
"Saya tersentak sebab saya tahu isteri saya belum divaksin. Seluruh bahagian paru-parunya terkena jangkitan ia tak boleh berfungsi untuk proses oksigen.
"Bukan itu saja, ia juga menyebabkan semua organ badannya tak berfungsi dengan baik. Saya rasa kemungkinan juga kerana dia tak sempat divaksin. Wallahuallam," katanya.
Shuib berkata, di saat begini dengan kematian setiap hari, semua orang tidak boleh berundur ke belakang selepas positif Covid-19.
"Saya ingat isteri saya akan sihat dan saya cukup yakin. Tapi bila berkomunikasi dengan doktor, dia memaklumkan paru-paru isteri saya memang sudah dipenuhi virus Covid-19. Sebab itu ia tak boleh berfungsi.
"Kita kena jaga kesihatan. Kena makan vitamin supaya sistem imunisasi kuat. Jangan sayang duit. Ingat lagi, ketika saya dalam ambulans bila nak bawa isteri ke hospital, nak bawa ke pusat perubatan swasta tapi dah penuh.
"Masa itu dah teruk sangat. Ketika itu terfikir duit banyak mana pun takkan boleh kembalikan isteri saya. Takkan boleh sihatkan isteri saya. Itulah yang jadi. Jangan sayang duit. Bila orang cakap jangan keluar, kena ikut," katanya.
Siti Sarah disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) HCTM jam 5.13 pagi, hari ini.
Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak jam 1.20 petang hari ini.
Terdahulu, Siti Sarah bersama Shuib dan tiga anak mereka termasuk pembantu rumah disahkan positif Covid-19 pada 27 Julai lalu. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau Diva AA bole kot sebab tak sedor2 diri lagi aihhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
elnor_81 replied at 9-8-2021 10:50 PM
Ye betul. Tu pun ad org kecam. Nampak x sedih..adoi laaa...
iols rasa masa ayah ilols xda.. iols suka bercerita detik2 dengan arwah, sebelum dia xdk.. smpai kawan iols kta iols bleh bercakap lg n nmpk rileks.. dia tahu tu cara iols lepas rindu kt arwah ayah dengan bercerita kt dia.. wpn hakikat nya klu iols dok sorg2, naseb iman masih ada skit.. tidak iols rasa iols bleh kemurungan |
|
|
|
|
|
|
|
nordin84 replied at 9-8-2021 10:44 PM
mmg jarang pun chuols selalu perempuan je jarang kawen smpi ke tua.. tp perempuan pn ade jgj merat ...
I ada kenal sorang ni. Lps suami dia meninggal, tiap2 hr buat karangan kat fb cerita moment2 perkenalan dgn arwah suami dia dr day-1 jumpa. I kira dekat beberapa bulan jugak la dia beria cerita kisah pertemuan dgn laki dia sampai jinjang pelamin. Katanya tiada galang ganti. Cara dia story tu mcm dia xkan kahwin dah. Tup2 x sampai setahun laki dia mati dia kahwen baru. Harap suami baru ikhlas sygkan ank2 dia. So ape yg i blajo dari kisah ni ialah...kalo blh kita jgn la beria sgt...cukuplah bersederhana dlm apa pon. Hati kita ni kat bolak balik sifatnya. |
|
|
|
|
|
|
|
elnor_81 replied at 9-8-2021 10:48 PM
Kan...aku pun rse cmtu...terbyg-bayang je..3bln aku menung je..keje pun mcm xde perasaan.
Memang mkn masa, kadang bertahun2. Rindu yg paling sakit, rindu kat orang yg dah tiada |
|
|
|
|
|
|
|
enot_sibudak replied at 9-8-2021 10:57 PM
iols rasa masa ayah ilols xda.. iols suka bercerita detik2 dengan arwah, sebelum dia xdk.. smpai k ...
Ye..sme ngan iols...even dh ad asben baru...tp ble cte psl arwah asben...sebak dada ni... |
|
|
|
|
|
|
|
kuzaime replied at 9-8-2021 10:59 PM
Memang mkn masa, kadang bertahun2. Rindu yg paling sakit, rindu kat orang yg dah tiada
Even aku dh kawin lain..tp setiap kali cerita psl arwah or teringatkan dia..aku mmg akan sebak..kkdg mengalir airmata... |
|
|
|
|
|
|
|
helicornia replied at 9-8-2021 10:46 PM
baca kt oh bulan rahim sepahtu antara yg dibenar urus jenazah sarah selain shuib n adik lelaki arwah ...
Jep mmg tak blh. Sbb dia ada anak2 kecik kat rumah. Safety first. Q |
|
|
|
|
|
|
|
kierakirana replied at 9-8-2021 10:58 PM
I ada kenal sorang ni. Lps suami dia meninggal, tiap2 hr buat karangan kat fb cerita moment2 perke ...
ye, bersederhana seeloknye.. mmg la nak luahkan rindu ke ape.. tp kalau blh sembunyi2 xyah beria2 dpn org.. nk cium baju la, menangis time live la.. tup2 kawen lain.. tgk mcm bini arwah abam tu, steady je, nmpk mcm dia xnk kawen jg umar.. tp xtau la akan dtgkan |
|
|
|
|
|
|
|
jerukkedondong replied at 9-8-2021 08:50 PM
Kalau lelaki ambik masa setahun utk single tu kira lama la jgk mcm abg aku bini mati tersedu2 nang ...
yg kawan arwah bini tu pn laju je psiapan dia. hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 9-8-2021 10:50 PM
Yup bab kawen lagi ke tak susah nak cakap kita pun takleh nk paksa pasangan kita jgn kawen kalau k ...
Bt sis. Kita mak2 ni xdapat lari dari fikirkan hal2 mcm ni. Padahal kita tahu itu semua pinjaman. Ank2 pinjaman suami pinjaman hatta nyawa sendiri pon sekadar pinjaman. Anytime Allah blh amik balik kan. Cuma tula..kita berdoa la yg baik2 kan. Semoga semua pon sentiasa selamat dlm jagaan-NYA |
|
|
|
|
|
|
|
'Banyak kebaikan dibuat Siti Sarah, duit bulanan diguna untuk sedekah'
| | 09 Ogos 2021
KUALA LUMPUR- Ketika mendirikan rumah tangga dengan Siti Sarah pada 2011, Shuib tidak memiliki apa-apa sehinggakan dia terpaksa berhutang pemberian mas kahwin kepada isterinya itu.
Kesulitan dan kepayahan yang dilalui Shuib, bagaimanapun, tidak pernah menyebabkan Siti Sarah mengeluh, jauh sekali menyesali perjalanan hidupnya.
Bahkan, Siti Sarah nekad dan berikrar untuk menemani suami tercinta melayari bahtera rumah tangga mengikut kemampuan mereka.
“Dalam apa sahaja keadaan baik susah dan senang, Siti Sarah tidak pernah tinggalkan saya. Dia tidak pernah malu teman saya berniaga di pasar malam ketika sedang hamil walaupun namanya popular sebagai artis.
“Saya kagum dengan kesetiaannya pada saya, sentiasa beri saya sokongan dan kekuatan. Apa sahaja kejayaan saya hari ini adalah kerana tuah dia. Saya tidak malu mengakui saya berkongsi tuah isteri saya,” kata Shuib dalam perkongsian secara langsung di akaun Instagramnya sebentar tadi.
Dalam perkongsian yang ditonton oleh lebih 600,000 orang itu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad berkata, sepanjang 11 tahun hidup bersama suami isteri, Siti Sarah adalah seorang isteri yang sangat setia, taat dan begitu menghormati suaminya.
Paling menyentuh emosi Shuib ialah, Allahyarham isterinya itu tidak pernah berkira soal duit ringgit, tenaga dan kasih sayang dengannya.
“Terima kasih pada 11 tahun yang luar biasa buat isteri saya. Dia tidak pernah berkira dengan sedekah jariah. Rupa-rupanya banyak kebaikan dibuatnya dalam senyap. Duit yang saya bagi pada dia disalurkan pada sedekah dan kerana kemuliaan dia, Allah kurniakan saya rezeki yang melimpah ruah,” cerita Shuib dalam nada sebak.
Shuib membuat perkongsian itu lima jam selepas isterinya, penyanyi Siti Sarah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.
Penghibur yang pernah popular menerusi lagu Kesetiaan itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 36 tahun akibat jangkitan Covid-19.
Selain Shuib, Allahyarham Siti Sarah juga meninggalkan empat orang cahaya mata Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6 dan bayi lelaki Ayash Affan yang dilahirkannya pada Jumaat lalu.
Berlapang dada dan redha menerima ketentuan Ilahi, Shuib berkata, kehilangan Siti Sarah membuatkan dia semakin memahami bahawa isteri yang Allah kurniakan itu hanyalah pinjaman semata-mata.
“Saya semakin sedar bahawa isteri bukan milik saya, dia milik Allah. Isteri saya hanya dipinjamkan untuk 11 tahun sahaja, namun 11 tahun yang luar biasa.
“Saya reda menerima ketentuan ini dan dalam masa sama saya amat mencemburui pemergian isteri saya dalam husnol khotimah. Saya pernah bergurau dengan arwah isteri saya bahawa saya mahu meninggal dunia dalam syahid.
“Rupa-rupanya dia yang ‘pergi’ syahid, dia dapat layanan istimewa daripada Allah. Dahsyatnya pemergian Siti Sarah Raissuddin ini. Satu persatu Allah permudahkan,” ujar Shuib lagi.- Sumber Awani
|
|
|
|
|
|
|
|
ai tak paham bila org kata shuib dlm live mcm tak sedih setengah org cara coping dia lain . i nampak air muka dia mcm tahan sedih. cuba utk betenang, kuat. setengah org mmg akan sembang2 sbb tk nk sunyi..setengah org pilih untuk sunyi kan diri. ai masa arwah ayah meninggal mmg byk becakap sbb nk occupy kn masa...my mind..kalau tak smua jadi flashback teringat kat arwah i almost lost my husband juga .sampai ke tahap pagi buta pun 3,4 am pun kawan kawan teman kan borak borak. terkesan ai harini. baru ni pun kawan i meninggal mengejut juga. preggy juga. life is so fragile. |
|
|
|
|
|
|
|
Rasenya ade sorang abang sorang adik lelaki
|
|
|
|
|
|
|
|
Al fatihah Sarah. Bengkak mata ku menangis je kerja satu hari ni. Semoga tabah. Kita bakal menyusul yg mendahului ni. |
|
|
|
|
|
|
|
missHaidiD replied at 9-8-2021 10:35 AM
Cm arwah saleem pun ditidurkan jgk. Sb bnyk sgt tulang dia patah kan..iols pun seram
Ooo yeke yg saleem tu baru tahu sbb ditidurkan..kalo eksiden ditidurkan pon 50:50 apatahlagi sbb covid..virus mmg sebolehnyaa xnak kite brtahan dgn die..xdpt bayangkan kesakitan ibu2 mengandung yg kene tiarap utk bgi oksigen msuk... |
|
|
|
|
|
|
|
I baru tahu rupanya Sarah belum divaksin lagi. I bukan nak kutuk dia ye. Sebab one of my ig fren pun covid n preggy juga tp sebab dia nurse yang dah vaksin alhamdulillah ibu dan anak selamat walaupun anak masuk nicu tak cukup bulan. Dia pun ditelungkupkan jua. Umur panjang alhamdulillah |
|
|
|
|
|
|
| |
|