CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

P/S: NOTA KAKI (TAMAT)

[Copy link]
 Author| Post time 28-2-2015 11:37 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 28-2-2015 11:55 PM

AYLANINS melangkah masuk ke dalam klinik dan mendekati kaunter ubat. Rasanya dia tidak perlu berjumpa doktor kerana dia sudah biasa beli ubat selsema di situ. Sementara menunggu pembantu klinik itu menguruskan semua itu, Aylanins duduk di set sofa yang disediakan untuk pelanggan. Majalah di tepi dicapai dan dibelek sepintas lalu. Dia segera bangun bila namanya dipanggil lalu dia membayar ubat selsema.

"Eh..Aylanins. Awak sakit apa?"

Aylanins menoleh. Terkejut melihat Nicki yang baru keluar dari bilik rawatan. Nampak pucat dan lesu muka mamat tu. "Kenapa dengan awak? Demam ke?"

"Tak..salah makan agaknya. Hari ni saja dah empat kali saya masuk bilik termenung.." Nicki mengukir senyum walaupun terasa hambar. Perutnya masih memulas.

"Oh...tu la. Bedal semua apa yang ada. Makan lagi kat luar. Apa salahnya masak sendiri?" Aylanins  sengih. Teringat pula kata-kata Muzafar tadi yang juga turut menyindirnya dalam soal itu.

"Aku kan bujang..mana aku tahu sangat nak masak ni. Lainlah kalau ada orang yang sudi nak masak untuk aku.." Nicki sengih lagi.

Aylanins gelak. Sempat lagi Nicki bergurau dalam keadaan sakit dan lesu begitu. "Tu la..carilah bini cepat-cepat...macam..Dr.Harlina tu ke. Doktor tu single tau."

"Eh..macam mana kau kenal dia? Kau selalu datang ke sini ke?" Nicki pula tercengang. Dia pula baru saja kenal doktor muda itu, itupun secara tak sengaja semasa di KLIA dulu. Rupanya gadis yang menonong tolak troli itu dan melanggarnya dulu adalah Dr. Harlina. Pernah gadis itu beri kad padanya tetapi entah ke  mana dia campak kad itu. Alih-alih jumpa semula di klinik ini. Sudah dua kali dia bertemu doktor muda itu di klinik ini, sekali dulu sewaktu dia batuk teruk dan kali ini kes keracunan makanan. Sejak itu, dia berkawan dengan doktor muda itu.

"Aku selalu jumpa Dr. Harlina tu. Dia dah kenal aku dan mak aku.." Aylanins sengih lagi.

Perbualan mereka terhenti bila Dr. Harlina mula menapak keluar dari bilik rawatannya. Dia melemparkan senyuman kepada doktor muda itu.

"Eh..Ayla, sakit apa?" Dr.Harlina mula menegur Aylanins yang berada di sebelah Nicki.

"Saya tak sakit..mak saya yang selsema. Ni datang ambil ubat untuk mak. Doktor dah habis bertugas ke?" Aylanins pandang pada Dr. Harlina yang sudah buka kot putih dan disangkut di lengan. Beg tangan pula sudah tersangkut di bahu kiri.

"Ya..dah habis, doktor lain pula ganti. Oh ya, saya dan Nicki nak keluar makan ni, nak join sekali tak?" Ajak Dr.Harlina. Segan pula melihat gadis itu ada sekali di situ. Apa kata Aylanins nanti,kalau dia berdua saja keluar dengan Nicki.

"Tak apalah doktor. Saya pun nak cepat ni. Mak tak sihat. Korang berdua jelah. Lagipun ..hari nak hujan ni.." Aylanins bersalam dengan Dr. Harlina sebelum melangkah keluar dari klinik itu. Sempat dia beri senyuman penuh makna pada Nicki, dia tahu dari riak Dr. Harlina tadi, doktor itu seperti suka pada Nicki aka Nik Mohamad. Memang padan pun keduanya, sorang muka Kpop dan seorang lagi sudah seperti orang Jepun.  Setahunya, Dr. Harlina mempunyai darah kacukan Jepun. Tok sebelah ayahnya adalah keturunan Jepun.

Nicki hanya senyum melihat Aylanins yang seperti memberi isyarat padanya supaya berdua dengan Dr. Harlina. Dia faham lenggok bahasa dan memek muka Aylanins tadi. Memang patutlah Conan berkenan sangat pada Aylanins, ceria, mudah senyum dan yang pasti tidak sombong. Namun, dia dapat merasakan jauh di dalam hati gadis itu ada rasa kecewa terhadap Conan dan semua itu juga terjadi padanya. Kekasih hati sudah jadi milik orang lain.

"Lama menung..jom!" Dr. Harlina senyum kelat. Dia perasan Nicki dari tadi asyik menghala matanya ke arah Aylanins. Dia cepat-cepat sedarkan dirinya yang hanya kenal baru seminggu sedangkan Aylanins nampak seperti sudah kenal lama dengan Nicki.

Mereka berdua mula menapak keluar. Hujan sudah mula turun renyai-renyai. Terpaksa Nicki dan Dr. Harlina tunggu sekejap di kaki lima. Kereta pula diparkir agak jauh dari situ. Nicki masih diam di sebelah Dr. Harlina. Rasa kekok pula keluar bersama doktor muda itu. Itulah pertama kali dia keluar berdua dengan seorang gadis selepas Arisha dulu. Dalam dia tersenyum sendiri sementara menunggu hujan renyai reda, dia melihat dengan ekor mata doktor muda itu yang mempunyai lesung pipit di kedua belah pipi bila tersenyum. Walaupun berbeza dengan Arisha, tetapi doktor muda itu nampak cantik di matanya. Dia cepat-cepat mengalihkan matanya ke arah lain bila Dr. Harlina memandang ke arahnya.

Nicki terpandang pula Arisha yang sedang keluar dari perut kereta dan melangkah ke sebuah kedai buah di situ.  Dia kaget. Arisha masih tidak perasan dirinya yang berdiri di situ bersama Dr. Harlina. Dia cuba berdiri rapat dengan doktor muda itu. Biar Arisha tahu yang dia sekarang ini sudah ada pengganti walaupun hakikatnya dia masih sendiri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2015 11:43 PM | Show all posts
Heh! Dan-dan lak berkawan dengan doktorrrrr....

Dan-dan tu jugak terjumpa awek lama....

Laki awek lama tu mana?

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2015 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 28-2-2015 04:38 PM
keliru apa Nay?

Speku aku kembali pada Hani... Dia mengalami skizofrenia?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 01:30 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 28-2-2015 11:43 PM
Heh! Dan-dan lak berkawan dengan doktorrrrr....

Dan-dan tu jugak terjumpa awek lama....

Shhhhh... diammmmmm! Laki die tengah buat aksi halimunan dgn cruela devil a.k.a nenek seripah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2015 07:23 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 28-2-2015 11:43 PM
Heh! Dan-dan lak berkawan dengan doktorrrrr....

Dan-dan tu jugak terjumpa awek lama....

laki dia sibuk..sibuk nak mengelak dari berdua ngan Arisha..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2015 07:24 AM | Show all posts
NaylaArisha replied at 28-2-2015 11:49 PM
Speku aku kembali pada Hani... Dia mengalami skizofrenia?

wah Nay..tukar plak dah..

ada empat suspek: Muzafar, Hani, Linda atau mungkin Malik
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-3-2015 07:25 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 1-3-2015 01:30 AM
Shhhhh... diammmmmm! Laki die tengah buat aksi halimunan dgn cruela devil a.k.a nenek seripah.. {: ...

nak ngelak dari Arisha la tu...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2015 08:23 AM | Show all posts
ARISHA meredah hujan renyai sambil membawa seplastik buah epal hijau dan epal merah. Buah epal itu semua akan dibawa ke rumah anak yatim esok pagi. Dalam terkocoh-kocoh meredah hujan, Arisha terpaku sebentar saat melihat sepasang insan yang sedang berdiri di kaki lima. Lelaki itulah yang menarik matanya untuk melihat. Matanya masih belum kabur lagi. Memang sah itu adalah Nicki. Kelihatan mesra lelaki itu dengan gadis di sebelah yang manis bertudung dan tampak ayu dengan baju kurung berona biru muda. Dalam diam Nicki sudah ada orang lain dan yang pastinya sebagai pengganti dirinya.

Hujan renyai yang turun semakin  lebat tidak dihiraukan. Matanya masih melekat pada Nicki. Tadi lelaki itu memandang ke arahnya dan cepat-cepat pula mengalih mata ke arah lain. Sebak. Terasa Nicki sudah membenci dirinya saat ini. Malah, apa yang membuatnya semakin sebak, lengan gadis itu dipaut lembut dan mereka berdua mula menapak ke kereta dan berpayung bersama. Hatinya semakin sebak, patutlah setiap kali dia menghubungi Nicki, lelaki itu seperti ingin mengelak dari berjumpa dengannya. Panggilan dan sms pun sekali sekala saja dilayan.

Arisha masih berdiri dalam hujan yang sudah semakin lebat. Air matanya mengalir ke pipi bersama titis hujan. Kereta BMW merah hati itu sudah mula meninggalkan kawasan parkir itu. Entah kenapa dia mula merasa tidak keruan. Kenapa dia harus cemburu pada Nicki sedangkan ketika ini pun dia sudah berpunya? Dalam hujan yang semakin lebat itu, Arisha masih kaku berdiri di situ, basah kuyup bajunya tidak diendahkan. Lebatnya hujan itu turun, begitulah lebatnya air mata mengalir. Kini dia sedar, sia-sia saja dia menunggu dan mengharap lelaki itu dalam hidupnya. Lemah Arisha melangkah ke kereta dalam keadaan basah kuyup. Kereta dipandu keluar dari situ dengan perasaan yang tak dapat ditahan lagi. Hanya air mata yang menemaninya sepanjang pulang ke rumah.


SAMPAI di rumah, Arisha letak bungkusan buah epal di atas meja sofa. Dalam keadaan basah kuyup, dia melangkah lemah ke bilik untuk membersihkan diri. Hatinya sudah retak seribu. Apa yang berlaku tadi benar-benar membuat hatinya merasa kecewa, sangat kecewa. Usai membersihkan diri, dia berehat di atas katil. Dia perasan, tadi bilik Conan yang terbuka sedikit, lelaki itu tiada di situ. Kereta Conan juga tiada di halaman rumah. Ah, biarlah. Mereka pun tidak menghalang  masing-masing hendak pergi ke mana, buat apa, asalkan tahu batas. Walaupun hidup sebumbung, dia dan Conan bukan seperti suami isteri yang lain dan itu sudah dipersetujui mereka berdua sebelum bernikah lagi.

Arisha menarik selimut. Terasa lemah seluruh anggota badan. Lagi sekali air matanya mengalir perlahan. Mata dipejam rapat-rapat. Apa yang berlaku tadi cuba dibuang jauh-jauh. Hujan semakin lebat di luar dengan kilat dan guruh berdentum. Tubuhnya diselimut lingkup. Menangis lagi. Puas menangis, Arisha mula bangun. Dia melihat album pernikahannya dengan Conan. Apakah dia perlu lupakan Nicki dan terima Conan seadanya? Conan, adakah lelaki itu juga ikhlas terimanya? Album diletakkan kembali. Dia ke bilik air semula mengambil wudhuk. Maghrib akan masuk waktu tidak lama lagi.

Malam itu, usai solat, Arisha ke dapur menyediakan makan malam ala kadar. Walaupun  dia tahu, Conan jarang makan di rumah. Waktu nenek dan ayah datang saja, mereka akan makan bersama dan berlakon mesra, hakikatnya mereka seperti orang asing. Malah sudah dirasakan sebagai sahabat saja, tidak lebih dari itu. Begitulah juga semasa bercuti di Paris, hanya nenek saja yang tidak perasan. Dia dan Conan pandai berlakon depan nenek. Walau begitu, dia tetap hormat pada Conan sebagai seorang suami. Pergaulan tetap dijaga dan sejak dia bertudung, Conanlah selalu menegurnya supaya istiqamah. Alhamdulillah, terkadang rasa tenang begitu.

Usai memasak ayam masak pedas dan sayur kobis goreng, Arisha masuk ke biliknya semula.  Berhujan tadi membuatnya merasa tidak sedap badan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2015 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 28-2-2015 10:41 PM
ya la zam..citer ipo ni kan dah berbelit dan huru hara sikit..
jangan bimbang, lepas ni ipo revea ...

Hopefully cepat habis
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Alaaa nak buat la tuuu.. berhujan pastu demam.. conan balik nmpk die gigil terus peluk mau kasi kurang gigil.. last2 jadi cerita 1001 malam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2015 09:41 AM | Show all posts

harap2 la zam...doakan ya..
kang stop macm tu je..kena bako..kena hencap..
peduli apa kan...buat tak tau je..boleh tak?



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2015 09:44 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 1-3-2015 09:20 AM
Alaaa nak buat la tuuu.. berhujan pastu demam.. conan balik nmpk die gigil terus peluk mau kasi kura ...

ko ni advance betul la...speku..macam debor2 je
eloklah gitu kann...biar real punya somi isteri gitu

or...ko nak aku tukar nama watak..

Conan >>>>>>Ku Nan
Nicki>>>>>>>>> Nik
Ipo>>>>>>>Din

tak de lerr...perasan watak sendiri nanti
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 1-3-2015 09:44 AM
ko ni advance betul la...speku..macam debor2 je
eloklah gitu kann...biar real punya somi isteri ...

Terus jd bosan nnt bila tukar nama watak.. bior je laa.. bior gegor bulu idong segala
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Penin nak speku..daku ikut aje la ending nya camner..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2015 11:09 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 1-3-2015 09:50 AM
Terus jd bosan nnt bila tukar nama watak.. bior je laa.. bior gegor bulu idong segala

hahahaha..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2015 11:10 AM | Show all posts
kakZue replied at 1-3-2015 10:09 AM
Penin nak speku..daku ikut aje la ending nya camner..

ala kak...speku je la..tak rugi apa2 pun..

citer ni dah nak habis dah kut..malas nak sampai bab 100
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-3-2015 11:32 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 1-3-2015 01:13 PM

CONAN masih bersama Ipo di sebuah warung kopi. Dalam keadaan hujan lebat begitu, kalau dapat membasah tekak dengan kopi memang cukup nikmat. Tambah lagi aroma kopi yang menusuk ruang hidung dan bila dihirup perlahan terasa ia memenuhi ruang esofagus dan kafein kopi cukup untuk menyegarkan sel tubuh. Tambah lagi dengan keadaan hujan lebat di luar sana. Ah! Nikmat tak terkata!


Matanya menala ke wajah Ipo yang turut sama menikmati kopi o pekat panas berasap bersama dua keping roti bakar disapu mentega. Bancuhan kopi dari makcik Esah itu cukup membangkitkan selera untuk terus datang lepak di warung itu. Dadah halal itu cukup untuk membuatkan sel-sel tubuh bertindak produktif dan segarkan diri.

"Macam mana bulan madu kau?" Ipo sengih, mulut masih menghirup kopi o pekat.

"Macam tulah.." Conan menjawab malas. Dia pandang sekitar warung makcik Esah itu. Golongan marhaen memenuhi warung kecil itu. Mungkin untuk melepaskan lelah dan sama sepertinya dan Ipo, menikmati secawan kopi. Kalaulah ada ubi kayu rebus, lagi menambahkan nikmat ketika ini.

"Nan..aku faham situasi kau tapi sampai bila kau nak macam ni. Aku tengok Arisha tu baik, cantik dan dia patuh suruhan kau. Dulu dia free hair, lepas nikah, dia tutup aurat. Cuba kau fikir tujuan pernikahan..." Ipo letak cawan kopi dan dia mula sandarkan badannya ke kerusi. Hujan masih lebat di luar, jelas dengar rintik-rintik hujan di atas bumbung warung itu.

"Entah la Ipo..aku pun serba salah sebenarnya. Ayla pun tak lama lagi nak nikah. Memang Allah dah takdirkan aku dan Ayla tak ada jodoh dan aku terima jodoh aku dengan Arisha.." Conan hirup lagi kopi panas.

"Baguslah kau fikir macam tu. Redha sajalah. Sekurang-kurangnya kau dah tunaikan sunnah Rasulullah saw yang satu ni. Apa yang aku tahu, manusia yang paling di dunia ni adalah manusia yang paling akhlaknya dan lelaki yang paling baik di dunia ni adalah lelaki yang paling baik pada isterinya. Maksud baik tu, macam tunaikan hak isteri, jaga makan pakai isteri dan yang penting, jadi imam yang baik untuk isteri. Bawa dia ke jalan syurga. Bukan bawa haluan masing-masing..." Balas Ipo. Sempat jeling Conan, melihat riak lelaki itu.

"Hmm..yalah. Aku sedar semua tu. Kau tu macam mana? Takkan nak membujang seumur hidup? Hanna tu..aku tengok rapat dengan kau. Kalau kau dapat tarik dia masuk Islam, pahala besar kau dapat.." Conan teringat pula pada Hanna yang sudah kehilangan Kurt.

Ipo diam. Kopi o panas dihirup lagi. Kata-kata Conan tadi memang ada benarnya. Pernah juga dia menyuarakan hasratnya ingin mengambil Hanna sebagai isteri dan Hanna tidak menolak mahupun menerima. Dia hanya diam saja membiarkan pertanyaannya tanpa jawapan. Bukan apa, dia merasa kasihan melihat Hanna yang terpaksa membesarkan Danish seorang diri. Sudahlah berada di bumi asing, bukan tempat kelahirannya, jauh dari orang tua.

"Aku tak nak paksa..kalau ada jodoh, adalah. Macam juga Pretty Sofea tu.." Ipo melepaskan keluhan sebentar.

"Hmm..kau masih harapkan Pretty Sofea lagi ke? " Conan berkerut kening. Wajah Ipo sugul.

"Malaslah aku nak cerita hal ni. Hmm..pasal kes Aylanins macam mana? Malik tu masih diancam ke?" Ipo mengalih topik. Kopi panas diteguk lagi. Dadah yang membuatnya merasa sentiasa segar. Pandai pula makcik Esah membancuh sampai pekat likat. Patutlah rakyat marhaen selalu lepak di situ sambil berbual kosong. Malah ramai juga pemandu lori yang singgah.

"Mungkin juga. Aku risau kat Aylanins tu. Ancaman tu mungkin juga pada Aylanins sebab Ayla kan tunang Malik. Aku dah lama tak jumpa dia. Last sekali, sebelum aku ke Paris. Ayla macam nak jauhkan diri dari aku.." Lemah suara Conan ketika ini. Dia pusing-pusing cawan kopi yang sudah tinggal suku. Satu lagi dipesan pada makcik Esah.

"Ya la..kau kan dah jadi suami orang. Kalau aku jadi Ayla pun, aku akan buang nama kau dalam hidup aku jauh sampai ke tengah laut, tak pun selam ke  dasar laut dalam." Ipo ketawa kecil. Terasa lucu dengan kata-kata Conan. Merajuk tak kena tempat. Tak sedar yang dia sudah beristeri, masih harap Aylanins tu kembali kepada dia.

"Amboi! Mulut longkang kau! Nasib la nama aku je nak kena buang, kalau tubuh aku? Mahunya kau dulu aku campak!" Conan turut sengih.

"Sudahlah..dah lewat ni. Kau tak ingat bini ke?" Ipo kenyit mata.

"Aku belum puas lagi minum dadah halal ni.." Conan sengih. Senyum melihat makcik Esah membawa secawan lagi kopi panas.

Dia dan Ipo menyambung berborak sehingga larut malam. Banyak perkara yang dibualkan terutama kes mawar hitam. Sehingga kini, kes itu masih menjadi misteri danyang peliknya, memang dah tak ada pembunuhan berlaku. Mungkinkah pembunuh itu menunggu masa yang sesuai untuk 'mengamuk' semula? Jam sudah dua belas malam, Conan dan Ipo mula beredar dari situ.

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 01:52 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 1-3-2015 09:20 AM
Alaaa nak buat la tuuu.. berhujan pastu demam.. conan balik nmpk die gigil terus peluk mau kasi kura ...

Kan? Nampak bini demam, pastu datang kesian. Sebelum tu jengah dapur, bawah tudung saji ada lauk ayam dgn sayur. Mula rasa bersalah sebab penat bini masak, si Conan balik rumah malam-malam buta tak makan. (Padahal bini masak untuk diri sendiri, tak kisah pun Conan makan ke idok kat luar tu )

Pastu, mula ambil berat bila bini demam. Lap kepalalah. Lap badanlah. Suap ubatlah. Pastu, mata bertentang. Pastu....errrr...pastu (isi tempat kosong ).  

Esok pagi, sama ada si Arisha terus sihat walafiat ataupun dengan Conan sekali demam.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow replied at 1-3-2015 01:52 PM
Kan? Nampak bini demam, pastu datang kesian. Sebelum tu jengah dapur, bawah tudung saji ada lauk a ...

Alih2 arisha ngigau2 sebut nama nicki masa conan tgh lap2 die
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 02:08 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 1-3-2015 02:04 PM
Alih2 arisha ngigau2 sebut nama nicki masa conan tgh lap2 die

Mahu kena cerai tang tu gak.














Datang Cruela Devil bawak machine-gun hala ke Conan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.096729 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list