CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Novel: PHANTASMAGORIA

[Copy link]
Post time 19-12-2014 05:49 PM | Show all posts
prettyuglybabe posted on 19-12-2014 05:33 PM
bila tron nak kembali ke amariya..
rindu sungguh hati mau berlari berkejaran
seindah bunga ditam ...

Tron tu kuda eh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2014 10:07 PM | Show all posts
prettyuglybabe posted on 19-12-2014 05:33 PM
bila tron nak kembali ke amariya..
rindu sungguh hati mau berlari berkejaran
seindah bunga ditam ...

amboih..rindu kat tron punya pasal sampai berlari kat taman..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 09:46 AM | Show all posts
update pls tt
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 07:53 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 19-12-2014 05:49 PM
Tron tu kuda eh?

eleh... jeles la tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 07:54 PM | Show all posts
Ipo posted on 19-12-2014 10:07 PM
amboih..rindu kat tron punya pasal sampai berlari kat taman..


Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2014 10:26 AM | Show all posts
pls update...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-12-2014 12:52 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 31-12-2014 12:28 PM

BAB 25

Lembah Keramat.

Tempat ini letaknya di sebalik Gunung Gemora. Gunung yang dipercayai dihuni puaka dan penunggu semenjak tamatnya perang saudara di Amariya puluhan tahun yang lalu. Perjalanan untuk sampai ke sini tidaklah sukar. Namun, perlu melalui pinggir Hutan Mikali sebelum sampai ke Keramat.

Hutan Mikali. Sama seperti Gunung Gemora, hutan ini ada misteri yang tersendiri. Kata mereka, ada binatang buas yang besar menghuni hutan ini. Binatang yang digelar Sombrani, yang akan membaham sesiapa saja, tak kira siapa. Sebab itu, mereka yang ingin melalui jalan pinggir Hutan Mikali, perlu bersedia dengan segala kemungkinan. Senjata dan penunjuk arah perlu sentiasa ada. Tidak boleh tidak. Jika tersesat, buruk padahnya.

Ada juga yang bercerita, jauh di dalam Hutan Mikali ini, tinggalnya seorang puteri yang umurnya sudah mencecah seribu tahun. Walaupun sudah lanjut umurnya, Puteri itu tidak langsung kelihatan tua kerana mengamalkan ilmu. Kata mereka lagi, untuk memelihara agar wajahnya sentiasa jelita dan muda, Puteri itu perlu menelan jantung para pria agar ilmunya tidak luntur. Puteri itu akan bertindak menggoda mereka yang melalui pinggir Hutan Mikali ini menjadikan jantung mereka sebagai santapan. Sesiapa yang mudah tergoda, malanglah nasibnya.

Peliknya, walaupun cerita-cerita itu menjadi bualan, tiada sesiapa pun yang pernah benar-benar berjumpa dengan Sombrani mahupun Sang Puteri Hutan Mikali.

Mereka hanya bertiga. Zamzam, Zuhril dan pengiring mereka, Firus. Mereka ke Lembah Keramat ini, atas arahan bapa mereka, Zaffar. Tidak boleh dibantah lalu mereka perlu menurut saja.

Zuhril menunggang kudanya yang dipanggil Argal dengan senyap. Yang sebenarnya, dia tidak  mahu datang ke Lembah Keramat ini. Terasa gerun tatkala mendekati hutan berpuaka itu walaupun hanya di pinggir. Cerita-cerita tentang Hutan Mikali itu sedikit sebanyak meruntuhkan keberaniannya. Mujur sahaja sepanjang perjalanan melalui pinggir hutan itu, tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.  

Zuhril mendongak ke langit, membuat perkiraan waktu. Matahari sudah mula condong ke barat bermakna, mereka sudah mengembara lebih dari separuh hari. Sesekali, matanya melingas ke serata arah. Kawasan pekan sudah tidak jauh dihadapan mereka.  Beberapa penduduk Lembah Keramat yang lalu lalang sedang turut memerhatikan mereka walaupun tiada sesiapa yang menyapa. Mungkin pelik dengan kedatangan mereka ke tempat ini.  

“Zamzam!” Zuhril bersuara, memanggil abangnya. Kudanya dipacu bersebelahan dengan kuda yang ditunggang Zamzam.

“Apa?” Soal Zamzam.

“Aku berasa tidak sedap hati berada di sini. Mereka ini sedang memerhatikan kita.”

“Jadi...kenapa? Kau takut?” Soal Zamzam kembali, berbaur perlian.

“Tidaklah. Aku cuma bimbang kita akan diapa-apakan.” Zuhril menyatakan kebimbangan. Zamzam merengus, mula jengkel dengan sikap adiknya yang pengecut.

“Mereka tidak akan mengapa-apakan kita jika kita tidak mendatangkan masalah. Lagipun, tujuan kita ke mari bukan untuk membuat kacau. Jadi, sekarang ini lebih baik kau telan saja sikap pengecut kau itu. Kita perlu meneruskan pencarian atau bakal dimurkai bapa nanti.”

Zuhril tarik nafas seketika.

“Jauh lagi ke tempat itu?” Zuhril bertanya lagi. Zamzam menggeleng.

“Keramat Maiya. Aku pun tidak tahu di mana sebenarnya tempat itu. Aku rasa, kita perlu bertanya dengan orang tempatan.” Cadang Zamzam. Zuhril hanya mengangguk setuju. Dia lebih suka membiarkan Zamzam untuk membuat keputusan lantaran dia sendiri hanya menurut arahan bapa mereka dengan separuh hati.

“Mari.” Zamzam memandang sebentar ke arah Firus. Dari awal perjalanan lagi, Firus memang jarang bercakap melainkan perkara yang benar-benar penting. Pengiring seperti ini yang Zamzam mahu. Mudah patuh dengan arahan dan tidak banyak bercakap. Paling penting, perihal mereka ke Lembah Keramat ini perlu dirahsiakan.

Mereka mula bergerak ke Pekan Keramat.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 01:31 PM | Show all posts

Zamzam? hahaaaa @Zamzam2013
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2014 02:05 PM | Show all posts
Esmiria replied at 30-12-2014 01:31 PM
Zamzam? hahaaaa @Zamzam2013

Kan... Cik @Esmiria ... TT Cik @Nicki_Meow ... what an honour...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 02:10 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 30-12-2014 06:05 AM
Kan... Cik @Esmiria ... TT Cik @Nicki_Meow ... what an honour...

Niki.dah nikoh. So panggil dia Puan..hihi..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 02:13 PM | Show all posts
Esmiria replied at 30-12-2014 02:10 PM
Niki.dah nikoh. So panggil dia Puan..hihi..

baiklah CIk @Esmiria ... Puan @Nicki_Meow ... what a great honour...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 05:21 PM | Show all posts
wah.. diam-diam bersambung sikit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2014 11:45 AM | Show all posts
Pekan Keramat ini kecil sahaja tetapi agak meriah dengan suasana jual-beli yang santai. Beberapa ketika, mereka merayau-rayau di sekitar Pekan Keramat tanpa arah tujuan. Berpasang-pasang mata memerhatikan mereka tetapi tiada sesiapa yang memulakan sapa.  

Bosan berlegar-legar tanpa arah tujuan, Zuhril mula membuka mulut.

“Pada siapa kita mahu bertanya? Aku sudah bosan ke sana, ke mari.”

Zamzam merengus dan berfikir seketika. Matanya melilau seolah-olah mencari sesuatu. Apa yang dicari, dia pun tak pasti.

“Tanyakan saja pada orang itu.” Firus yang diam sedari tadi memberi cadangan. Telunjuknya di arahkan pada satu kedai kecil, lebih tepat lagi kepada seorang lelaki separuh umur yang sedang tersengih-sengih melayan pelanggan yang datang ke kedai kecilnya itu.

“Penjual tua itu?” Zamzam sedikit sangsi. Memakai jubah kelabu yang kelihatan lusuh serta cincin hiasan penuh di kesepuluh jarinya, gaya si Penjual Tua itu seperti hilang akal sahaja.  

“Lain yang di tanya, lain pula yang dijawab nanti.”

“Yang lebih tua, lebih banyak pengalaman. Lebih banyak tahu.” Balas Firus. Zamzam berfikir seketika dan akhirnya, dia mengangguk setuju. Kedai si Penjual Tua mereka hampiri.

“Selamat datang, anak-anak.” Penjual Tua terlebih dulu menyapa. Sengihan tak lekang dari bibirnya yang legam dan berkedut. “Marilah masuk. Marilah. Jangan malu. Lihat-lihat dulu, andai ada yang berkenan...beritahu sama aku. ” Lanjut si Penjual Tua, ramah. Tajamnya matanya memerhatikan tiga orang pemuda dihadapannya.

Zamzam dan Zuhril melangkah masuk manakala Firus pula lebih selesa untuk tunggu diluar. Tiada keperluan bagi Firus untuk masuk ke kedai itu. Lebih baik dia bersiaga diluar kedai.

Zuhril memerhatikan kedai yang menjual perhiasan itu. Terdapat banyak rantai-rantai pelbagai ukuran terpamer. Dari yang kecil sehinggalah yang besar. Kebanyakannya diperbuat dari kayu dan logam perak. Kening Zuhril berkerut. Di satu bahagian, terdapat rantai-rantai yang diperbuat dari tulang-belulang yang dia tidak pasti, tulang apa.

“Tulang-tulang itu semua adalah dari bangkai binatang. Daripada terbiar dan dibuang, aku kutip semuanya lalu aku jadikan rantai.” Bagai memahami apa yang berada dalam fikiran Zuhril, Penjual Tua bersuara.

“Tapi, nampaknya anak-anak ini datang ke mari, bukan untuk membeli, bukan?”

Zamzam dan Zuhril saling berpandangan seketika. Kemudian, mereka kembali memandang orang tua itu yang masih kekal tersengih-sengih.

“Kami sebenarnya datang, untuk bertanyakan sesuatu.” Zamzam berterus terang.

“Sudah ku jangka.” Sengihan Penjual Tua semakin lebar.

“Harap pakcik tak keberatan untuk membantu.” Sambung Zamzam lagi.

“Itu bergantung...”

“Bergantung pada apa?”

“Soalannya.”

Zamzam dan Zuhril berpandangan lagi.

“Beginilah...pakcik.” Kali ini, Zuhril bersuara. Satu bungkusan kecil dikeluarkan dari saku lalu diletakkan di atas meja kecil. Bulat mata Penjual Tua memerhatikan bungkusan itu. Sengihannya terukir lagi.

“Setiap jawapan ada harganya.” Tutur Zuhril.

“Baiklah.” Penjual Tua terangguk-angguk, tidak mengambil masa yang lama untuk bersetuju. “Apa yang kamu berdua mahu tahu?”
Zuhril memberikan isyarat pada Zamzam untuk meneruskan bicara.

“Keramat Maiya.” Ujar Zamzam. “Kami mahu ke sana. Boleh pakcik tunjukkan arahnya?”

Berkerut kening orang tua itu. Muka Zamzam dan Zuhril dipandang bergilir-gilir.

“Untuk apa kau mahu ke sana?”

“Ada sedikit urusan.” Jawab Zamzam. Sudah semestinya dia tidak akan berterus-terang.

“Urusan apa?” Suara Penjual Tua meninggi sedikit.

“Urusan kami bukan urusanmu.”

“Tapi, kau tak mungkin dapat ke sana tanpa bantuanku.”

“Orang tua ini...” Zamzam mula berang.

“Zamzam!” Zuhril segera memberi isyarat pada Zamzam agar mengawal sikapnya. Zamzam merengus. Orang tua ini sepertinya mahu mempermain-mainkan mereka.

“Maknanya, pakcik tahu arah ke Keramat Maiya?” Zuhril mencari kepastian.

“Setiap jawapan ada harganya.” Penjual Tua tersengih-sengih.

“Baiklah...baiklah.” Zuhril memahami. Dia lalu mengeluarkan satu lagi bungkusan kecil dari saku dan diletakkan atas meja.

“Aku lebih sukakan kau dari dia.” Tutur Penjual Tua kepada Zuhril. Zuhril hanya tersenyum nipis manakala Zamzam kekal memasamkan muka.

“Keramat Maiya terletak tidak jauh dari sini.” Penjual Tua mula menerangkan arah dengan jelas. Zamzam dan Zuhril mendengar dengan tekun. Sesekali, terangguk-angguk.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2014 12:07 PM | Show all posts
Niki sayam...miss you...

Novel nih nak publish gak ke?...kalu jd, aku nak baca bila dah dijadikn buku yo... aku nih dah lelah plus semput nunggu sambungnnya nih....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2014 12:11 PM | Show all posts
sellie003 replied at 31-12-2014 12:07 PM
Niki sayam...miss you...

Novel nih nak publish gak ke?...kalu jd, aku nak baca bila dah dijadikn  ...

Miss you too...

Sorrylah lambat hapdet. Buat cerita dongeng purbakala gini, otak tergeliat. Susah nak buat ayat. Mood pun on off jah.

Taktaulah nak publish ke tidak. Macam tak sesuai je nak buat buku. Tak capai KPI gituh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2014 12:14 PM | Show all posts
“Itu sahaja yang aku boleh bantu.” Penjual Tua mengakhiri bicara.

“Terima kasih, pakcik.” Ucap Zuhril.

“Nanti.” Zamzam bersuara. “Bagaimana jika orang tua ini menipu?”

“Aku mungkin tamak tapi aku bukan penipu!” Tegas suara Penjual Tua tatkala berkata.

“Tapi...”

“Zamzam, sudahlah. Tidak perlu bertikam lidah. Kita masih ada urusan yang perlu diselesaikan.” Zuhril segera memintas.

“Huh!” Zamzam merengus lantas keluar dari kedai.  Zuhril menggelengkan kepala.

“Kami pergi dulu.” Zuhril meminta diri.

“Tunggu dulu.” Penjual Tua menahan. “Ambil ini.” Seutas rantai manik dari kayu dilemparkan pada Zuhril. Mujur sempat disambut. Zuhril memandang ke arah Penjual Tua dengan riak tanda tanya.

“Tidak pernah lagi sesiapa yang keluar dari kedai aku ini dengan tangan kosong.”

Zuhril terangguk-angguk dengan rasa jengkel. Sudahlah tadi dia membayar orang tua itu untuk maklumat yang diminta. Sekarang ini, perlu pula membayar rantai yang dia tidak perlukan. Namun untuk bertekak panjang, dia tidak mahu lalu dia layankan sahaja kehendak Penjual Tua. Tangannya menyeluk saku.

“Tidak perlu. Rantai itu aku berikan saja padamu.” Penjual Tua berkata sebelum sempat Zuhril membuat bayaran.

“Oh...” Zuhril tercengang. “Tapi...aku tak perlukan rantai ini.”

“Ambil saja. Kau mungkin perlukannya nanti.”

Kening Zuhril terangkat. Matanya memandang rantai di tangan seketika. Betul atau tidak orang tua ini? Zuhril sendiri mula sangsi.

“Jumpa lagi, orang tua.” Zuhril mula beredar.

“Rouman. Nama aku, Rouman.”

Zuhril angguk lagi. Tersenyuman sedikit dan terus meninggalkan kedai itu.

“Apa saja perbualanmu dengan si tua gila itu?” Soal Zamzam saat Zuhril berada di hadapannya.

Zuhril sekadar mengangkat bahu. Dia terus memanjat naik kudanya.

“Mari kita pergi.”

Mereka bertiga segera beredar meninggalkan tempat itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2014 12:16 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 31-12-2014 12:11 PM
Miss you too...

Sorrylah lambat hapdet. Buat cerita dongeng purbakala gini, otak terg ...

kalu genre camni alaf21 akan terima nyer....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2014 12:17 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 30-12-2014 05:21 PM
wah.. diam-diam bersambung sikit

Err... hehehe.

Tu, dah sambung lagi....sikit


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2014 12:18 PM | Show all posts
Esmiria replied at 30-12-2014 01:31 PM
Zamzam? hahaaaa @Zamzam2013

Okay apa nama Zamzam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2014 12:20 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 30-12-2014 02:13 PM
baiklah CIk @Esmiria ... Puan @Nicki_Meow ... what a great honour...

Untuk menunaikan 'kata-kata'





Ai tiru Ladyfinger12. Dulu pun dia pakai nama forumers gak letak dalam buku


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.068788 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list