|
Abstrak Cinta Aku & Dia ~ (Forever Alone) : by Ilham Pena - February 2015
[Copy link]
|
|
sarizu posted on 17-2-2014 12:26 PM
Vios putih?
Akan muncul as and when...
Kata Cameo...
|
|
|
|
|
|
|
|
“Apa mimpi tiba-tiba ajak keluar?” Soal Zack. Bebola daging ketiga sudah selamat dikunyah.
“Saja. Lama tak jumpa.” Farizah bermain mata, menjeling manja. Zack pandang ke arah lain. Dia buat lagi…
“Boyfriend Izah tak marah ke, Izah keluar dengan Zack ni?”
“Taklah. Izah tak ada boyfriendlah…”
Iyalah tu. Klise sangat jawapan. Pelik pula rasanya. Muka cun, tapi tak ada teman lelaki. Lelaki dalam Malaysia ni memang dah tak minat dengan awek cun kot?
“Zack sekarang ni, dah lainlah. Tak macam masa kita sekolah dulu…”
“Hhhmmm?” Zack angkat kening.
“Dulu...masa sekolah. Zack macam kayu. Nak tegur pun Izah takut.”
Zack senyum, teringat alam persekolahan. Karektor yang dipegang ketika zaman sekolah dulu adalah Cool & Serious. Agak jual mahal namun tidaklah terlalu dingin. Tampak eksklusif. Baru awek pandang.
Hahahahahaha…
Apa yang orang lain tak tahu, setiap kali Farizah ada, hatinya terkinja-kinja. Farizah, gadis paling popular ketika itu. Hendak ditegur tapi malu. Dari tingkatan tiga hingga tingkatan lima, dia sukakan Farizah dalam diam. Tapi itu dulu.
Itu dulu…
“Izah pun dah banyak berubah.”
“Berubah macam mana?”
“Makin cantik.” Ini jawapan jujur. Farizah senyum.
Mereka terus berbual. Dari satu perkara ke satu perkara. Zack perasan yang Farizah bukan benar-benar menumpukan perhatian. Ada kalanya, fikiran Farizah seperti melayang.
“Izah ada masalah ke?” Zack cuba menjadi pakar jiwa.
“Tak adalah. Kenapa tiba-tiba tanya macam tu?”
Zack diam. Mata manusia jarang menipu.
***
Last edited by Nicki_Meow on 18-2-2014 02:04 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Apabila kembali ke Vista Tasik, waktu sudahpun menunjukkan hampir ke satu pagi. Zack memakirkan keretanya ditepi jalan, bersama deretan kereta lain yang terbiar kaku. Mungkin milik penghuni Vista Tasik yang tidak mempunyai pass parkir di dalam kawasan apartment.
Farizah senyum sebelum bersuara. “Thanks Zack, sebab sudi teman Izah keluar malam ni.”
“Ala…tak ada apalah.” Balas Zack, turut tersenyum. "Next time, kalau ada masa... boleh keluar lagi..."
Farizah tetap senyum.
"Err...kita kan...kawan-kawan kan..." Zack menyambung kata. Entah kenapa, secara tiba-tiba hatinya berdebar memandang Farizah.
Zack mati kata. Suasana sunyi. Sunyi didalam, sunyi diluar.
Farizah kekal tersenyum. Mata Zack direnung lama. Rancangannya akan bermula dari...
Sekarang...
Last edited by Nicki_Meow on 22-2-2014 01:22 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
awanjingga posted on 17-2-2014 12:14 PM
xsaspennya kalu macam tu..dh biasa sgt..
buatlah sesuatu diluar alam plak......
Luar alam mende? Zack kena buatan orang?
|
|
|
|
|
|
|
|
“Zack.” Farizah memecah sunyi. Tangannya diletakkan atas peha.
Atas peha Zack.
“Err...ya?”
“Izah ada benda nak tanya dengan Zack.”
“Err..tanyalah.”
“Betul ke, dulu...Zack suka Izah?”
Kening Zack terangkat. Pelik dengan soalan yang tiba-tiba diajukan padanya. Segan terasa. Itu cerita lama. Cerita lebih kurang 12 tahun yang lalu. Kisah bermula di tingkatan tiga. Kisah di mana secara diam-diam, dia meminati teman baik si kakak tiri. Kisah di mana dia menyimpan rasa sehingga tamat alam persekolahan.
Tak perlu kot nak diungkit sekarang?
“Zack…betul ke, Zack suka Izah?”
Suara Farizah semakin manja. Lemah terasa segala sendinya.
“Err…iya.” Zack mengurut tengkuk dan senyum sumbing.
“Sekarang?”
“Sekarang...err kenapa?”
“Zack tak suka Izah lagi ke?”
“Ah…hhmmm…”
“Kalau Izah cakap, Izah pun suka Zack?”
Ah...sudah. Zack merengsa. Tak tahu nak jawab apa.
“Zack…” Jemari Farizah makin nakal. Kalau tadi di peha, sekarang mula bermain di telinga.
“Izah…er…” Zack terkelu lidah. Tak pasti apa yang perlu dia buat saat ini. Rasa meremang menyusup di tengkuk.
“Zack…sayang Izah?” Suara Farizah makin menggoda. Walaupun saat ini, Zack terdiam kaku, itu cuma di luaran. Dalaman, hatinya menggelinjang tak tentu hala.
Farizah meningkatkan permainan. Secara perlahan, Zack dihampiri. Wajah Zack diusap dengan jari. Dapat dia lihat, Zack sedang menahan rasa.
“Zack…” Hal menggoda, dia memang pakar. Permainan harus diteruskan.
“Izah pun sebenarnya, dah lama suka pada Zack. Zack je yang tak sedar…”
“Izah...jangan...” Zack menoleh, terus pegun. Wajah Farizah hanya seinci darinya. Ayat terus mati. Seluruh wajah Farizah dijelajah dengan mata.
Apa sebenarnya yang Farizah mahu? Apa yang Farizah cuba buat? Saat ini, persoalan itu terlalu sukar untuk dijawab. Akalnya semakin ligat berperang dengan hawa nafsu. Sebelah kiri telinga, bisikan demi bisikan semakin galak mempengaruhi.
“Zack..” Jari Farizah menyentuh bibir. Haruman yang dipakai Farizah memenuhi segenap rongga.
“Izah…” Mata Farizah ditatap lama. Terasa imannya kian cair. Farizah semakin rapat.
Jari yang mengelus bibirnya digenggam.
“Izah…” Zack menghela nafas. Last edited by Nicki_Meow on 18-2-2014 01:49 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
tak mo kena tangkap basah! Tak mo kena perangkap kamera. Tak mo zack pengsan sebab terminum air yg dicampur dadah. Tak mo klise, hokehhh!
zack! Zohor zack. Tak mo cair cair! kepala tu jgn bagi masuk air zack!
i |
|
|
|
|
|
|
|
zack stay strong zack.. ada cahaya lampu kereta , mata zack silau terus tersedar
tak pun terserempak dgn Amy tengah bertekak dengan Farid.
tangkap basah klise sangat |
|
|
|
|
|
|
|
nicki pun pening & plot pun bertukar....
..........
|
|
|
|
|
|
|
|
“Aku...tak boleh.” Tangan Farizah dijauhkan. Bahu Farizah ditolak perlahan. Dua saat, mata Farizah direnung sebelum Zack keluar dari kereta.
Zack bersandar di pintu pemandu. Farizah masih terdiam di dalam. Zack tak berani nak jengah. Biarlah. Berikan sedikit masa. Dia juga perlukan masa untuk menstabilkan kembali rentak jantung yang tergendala.
Termenung jauh.
Dia tak boleh. Bukan kerana dia gay. Bukan kerana tidak bernafsu pada perempuan. Bukan kerana dia ada masalah dalaman. Seratus-peratus Zack yakin, dia lelaki tulen tanpa masalah.
Dia tak boleh kerana dia memang tak boleh.
Tolak tepi seketika soal dosa. Jika perbuatan ini tak berdosa sekalipun, dia tak akan melakukannya. Dia tak mahu. Dia tiada hati walaupun dia akui, nyaris tewas tadi.
Ada bisikan di telinga kiri memarahinya kerana menolak tuah. Segera bisikan celaka itu dipadamkan dengan menyebut nama Tuhan. Baru teringat nak beristighfar.
Zack menjeling jam tangan. Hampir ke dua pagi. Setengah jam yang lepas, diisi dengan termenung memikirkan perkara yang baru berlaku, hampir-hampir nak berlaku. Zack bangun dari sandaran dan beralih arah ke tempat duduk sebelah pemandu.
Air liur diteguk. Jari mengetuk cermin kereta.
Tiada balasan. Zack membuat keputusan untuk membuka saja pintu kereta. Lagipun, ini keretanya. Suka hati dialah nak buat apa. Berapa lama lagi nak melanguk di sini?
“Izah…” Saat pintu kereta terbuka, Zack menyebut nama Farizah dengan perlahan. Farizah tak menoleh. Pipinya basah dengan air mata.
“Izah…Izah okay?”
Masih tiada jawapan. Zack mengeluh perlahan.
Boleh saja dia memaki hamun dan mengeluarkan pelbagai kata kurang sopan. Tetapi, dia memilih untuk tidak berbuat begitu. Bukan kerana dia lelaki terlalu budiman. Jauh di sudut hati, dapat dia rasakan yang Farizah sedang mengalami luka jiwa.
Luka kerana apa? Zack tak pasti. Di saat ini, dia tidak mahu mengambil tahu. Cukuplah dengan perkara yang baru berlaku...dan hampir nak berlaku. Last edited by Nicki_Meow on 18-2-2014 02:30 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Zack menyentuh lengan Farizah. Baru Farizah mahu mengangkat muka. Mereka saling berpandangan dan Zack mengukir senyum tawar.
“Jom. Zack hantar Izah naik…” Lengan Farizah ditarik lembut. Tiada bantahan, Farizah keluar dari keretanya.
Sepanjang jalan, Zack mengekalkan jarak tiga langkah dibelakang Farizah. Dia tak mampu berdepan dengan Farizah dan Zack yakin, Farizah juga begitu.
Tiba dihadapan rumah, Farizah segera memutar kunci. Pintu terbuka. Tanpa bersuara, tanpa memandang, dia terus masuk. Pintu dikunci kembali. Terus hilang dari pandangan Zack.
Zack menghela nafas perlahan. Berpaling kembali dan terus berjalan. Soalan dalam kepala dibiarkan lupus. Tidak mahu memikirkannya lagi.
***
|
|
|
|
|
|
|
|
Di dalam bilik tidur, Farizah bermenungan. Rancangan ini sepatutnya mudah saja. Perangkap Zack dan paksa Zack untuk bertanggungjawab. Kemudian, kahwin. Apa akan terjadi selepas itu, bakal difikirkan kemudian.
Kenapa Zack yang dipilih? Sebab Zack tidak sama dengan lelaki diluar sana. Bukan seperti Aaron, bukan seperti Badli dan bukan seperti mana-mana lelaki yang pernah dia dampingi.
Tapi rancangannya gagal. Sebab Zack memang tak sama dengan lelaki diluar sana.
Bodoh!
Siapa?
Aku.
Farizah menangis semahu-mahunya Last edited by Nicki_Meow on 18-2-2014 01:55 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 17-2-2014 01:16 PM
tak mo kena tangkap basah! Tak mo kena perangkap kamera. Tak mo zack pengsan sebab terminum air yg d ...
NO! NO! NO!
No tangkap basah. No gambar censored untuk dibuat ugutan. No air bercampur dadah bagi pengsan.
Itu sume cliche. CLICHE!
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 17-2-2014 04:05 PM
NO! NO! NO!
No tangkap basah. No gambar censored untuk dibuat ugutan. No air bercampur dadah ba ...
so motipnye bagi jantung dup dap dup dap lepas tu tak ada apa2 pun sebenarnya, kan?
ok, tak klise... sesuailah dgn hala tuju santai yg uols ingin ciptakan tu. Mcm naik roller coaster ajelah kekdahnya! Lepas tu landing dgn jayanya...
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus bagus tak yah nak klise sangat.. boring, bebalik plot yg sama |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 17-2-2014 11:36 AM
Sepanjang berjalan, Farizah tak lepas dari berpaut pada lengannya. Sesekali kepala Farizah terlentok ...
adehai zack...comeynyer dok nak tepis godaan izah tuh...musti merah biru muka nak menahan...kalu tang izah lentok2 lak musti sambil menggoda tuh menahan mual gak tuh..ahaks...
|
|
|
|
|
|
|
|
selamat keterunaan zack...
yg pasti, lelaki yg baik...walau digoda camna pom dia takkn tewas..hatta pompuan tuh bogel depan dia...huhu..tuh sebb dia dilindungi TUHAN...dan iman tuh masih kental...syabas Zack...lelaki camni susah nak carik dah... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|