Edited by nafizzz at 15-9-2025 12:48 PM
Kenapa Burung Unta Diberi makan batu kecil?
Tumbuh-tumbuhan yang dimakan haiwan sebenarnya terdiri daripada selulosa. Ia merupakan bahan yang paling banyak ditemui dalam tumbuhan dan sukar untuk dicerna.
Apatah lagi, burung unta seperti burung-burung lain tidak mempunyai gigi untuk mengunyah tumbuhan yang dimakan menjadi halus sebelum ditelan. Asid perut seperti yang ada dalam burung unta juga tidak dapat memecahkan selulosa dengan sempurna.
Jadi, batu-batu yang dimakan ini dapat membantu memecahkan selulosa di dalam hempedal, sebelum makanan dibawa ke organ perut untuk pencernaan.
Biasanya, makanan-makanan supleman untuk ternakan burung ada mengandungi grit, iaitu batu-batu kecil yang memiliki permukaan tidak rata dan bentuk tidak tetap.
Grit ini berfungsi untuk membantu memudahkan pencernaan makanan yang dimakan. Kajian mendapati antara satu perlima hingga separuh daripada kandungan perut burung unta adalah gastrolith.
Ia turut menyumbang kira-kira satu peratus daripada jumlah jisim di dalam badan haiwan tersebut.
Namun begitu, terdapat beberapa spesies mamalia memang telah didokumentasikan sebagai pemakan batu.
Credit : Siakapkeli |