|
Reply #780 CharlieDale's post
saya mealihat pada kekangan masa...
1. memang tak dinafikan guru tak boleh lepas tangan soal disiplin semasa P&P
bagaimana kes-kes diluar p&P..merosakan harta benda sekolah..poteng kelas,,menconteng dsb..
Pada saya kalau di situasi sekolah saya ..dengan ada pegawai khas bahagian disiplin memang lebih baik.(cikgu tak terbuat dik kekangan masa pnp bukan tak boleh buat).
Di sekolah saudara cikgu mampu tangani hal ini..taniah saya ucapkan.
tq |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #781 sayawifenikmie's post
kita tidak boleh melakukannya secara bersendirian. kalau buat sorang sorang pun tak ke mana dan sebab tu la kita rasa tak terkejar dengan PnP. kes kes seperti yang disebutkan memang berlaku. tapi kalau nak harapkan hanya cikgu disiplin sorang buat kerja pun sampai bila pun tak selesai dan tak akan mampunya dia nak buat kerja sorang.
saya rasa kita kena bersedia dalam apa juga keadaan. hatta jika terpaksa meninggalkan kelas kerana mengendalikan kes tertentu, biasanya murid sudah ada buku latihan tambahan dan mereka akan buat latihan semasa guru tiada (tapi masalahnya, ada parent yang membantah pembelian buku latihan tambahan sedangkan ada fungsi buku ini). atau jika boleh, kes dikendalikan semasa guru tiada kelas.
kes conteng memang ada, tak payah pergi jauh. dalam kelas pun cukup. atas meja pun cukup..memang kalau saya dapat, hukumannya mudah...minta dia conteng diri dia sendiri dengan apa yang dia guna..kalau guna marker pen..ha..conteng la dahi ke, pipi ke..jangan padam selagi belum balik..memang nampak lawak tapi biasanya mereka ingat dan alatan yang mereka guna untuk menconteng akan dirampas.
kalau kita nak kira dari kekangan masa, memang sampai bila pun tak cukup masa. tapi kita cuba buat sedaya upaya selagi mampu. kita uruskan mana yang penting dan yang paling penting, pihak pentadbir kena paham dengan tugas kita. jangan main berikan tekanan, semua nak cepat siap.
bukan untuk membangga diri tapi secara amnya saya pegang beberapa jawatan utama antaranya S/U koku, dokumentasi, makmal komputer, AJK disiplin,ajak kaunseling dan kalau nak disenaraikan lagi memang banyak. kalau on paper, memang macam tak terkejar dengan PnP 29 waktu.kalau kita terpaksa keluar pun, pastikan kita tinggalkan sesuatu untuk murid, tak kisah la salinan soalan ke, nota photostat ke, at least murid ada buat sesuatu dan bkan tinggal kosong macam tu jer. memang akan ada murid yang tak akan buat tapi inilah masanya kita nak cuba latih murid untuk menggunakan masa dengan betul. kita keluar kelas pun bukan saja suka-suka tapi juga utk uruskan sesuatu yang juga penting dalam pendidikan murid. kadang kala urusan itu terpaksa diselesaikan dengan segera dan tidak boleh ditangguh.
sebab itu, bab disiplin ni, bukan boleh buat kerja sorang-sorang. memang kita tak boleh nak pantau 500++ murid dalam satu waktu di sekolah. sebab tu kita perlukan kerjasama daripada semua, daripada pengawal keselamatan, masyarakat luar dan ibu bapa serta murid sendiri. kalau ada laporan murid buat hal kat luar, memang kami pergi tapi setakat ini belum lagi ada masalah yang membabitkan kes serius seperti ponteng. setakat kes kes kecil sahaja dan biasanya dilakukan oleh murid yang sama yang memang kita dah kenal pasti. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sy sendiri pun pening kepala dgn perangai budak zaman skg.
tak tau la nak denda mcmana nak bg diorg hormat kat cikgu n takut nak ulang balik kesalahan yg diorg buat.
bila kita denda budak, kena ngadap mak pak pula.
mcmana tak tensen.
mintak buku kerja, asyik hilang je sambil wat muka seposen.
bila kena marah, ngadu kat mak. kita lak kena pulau kat sekolah.
buku latihan asyik hilang bila org dtg pantau, cikgu juga yg kena marah, kata tak wat kerja.
lelama darah tinggi dibuatnya.
kursus berlambak. kerja2 lain pun cikgu kena buat juga.
ngan waktu mengajar 28 x 30 min, nak kena jaga Pusat Sumber lagi, ajar skuasy etc
klu ajar seni @ muzik, rilek juga. ini BI ngan math. program PPD, JPN n panitia nak gak jalannya.mana nak kejar.
nih tgh pening kepala, tak tau bila nak boleh start buat buku stok utk buku2 kat PSS yg ada dekat 4k tu.
nak termuntah tgk buku. nak wat katalog lagi etc.
nak kata dapat elaun tak pun.
klu sekolah gred A je yg dapat, siap kurang waktu mengajar n dapat assistant lg.
abis tu, cikgu kat sekolah gred B ngan SKM mcmana?
klu dpt HM yg fhm n tak bg tekanan, tahan la.
klu tak, nasib la. |
|
|
|
|
|
|
|
saper kat sini sek dia ke arah ISO?
salam sume..
sy nk tanyer sikit ni..emm ade tk guru2 kat sini yg sek u all amik o dipilih utk ISO tk kire la dlm bahagian apepun..sek sy ISO dalam pengurusan pnp.
nmpknyer ISO ni hanye menambah beban kpd sumer guru2 ..secara peribadi sy nmpk perkara2 yg tk relevan pun kena buat.contohnye nnt guru2 akan dinilai oleh murid2 mengikut skala..haa ni dah jadik mcm student u nilai lecturer gitu
anyway , rendahnyer martabat guru hinggakan murid pun layak menilai..ape nk jadik dgn dunia skrg..ape yg sy nmpk..guru2 yg terlibat dgn ISO terpakse tinggallkan kelas semate2 nk siapkn sumer urusan fail dan rekod pengurusan yg jadi mangsa anak2 murid ler..nk salahkan cikgu tkle juge sbb mrk telah di arahkan oleh GB utk buat keje..so sape yg patut kite persalahkan.
sy nmpk skrg semakin hari guru byk sgt dibebankan dgn tugas perkeranian..sumer guru kena buat.nak ngajar,kawal disiplin,jurulatih,kutip yuran,jururawat(murid cedera),tukang kayu(baiki meja n kerusi),tukang kebun(gotong-royong),mcm2 laa.actually bkn nk mengungkit but itula realitinyer
then,bab gaji pula..nk mintak elaun pun susah sgt bertahun2 br naik rm50-100.itu pun bile fight habis2san..org just nampak kerja guru yg senang balik separuh hari.org tk nmpk cikgu kena dtg sekolah tiap2 ptg utk buat kelas tuisyen,ajar sbt,koko,latih bdk sukan,siapkan kerja perkeranian(yuran2 n rekod murid,data murid, data guru bla bla..
then,guru skrg plak asyik2 kena saman aje dgn parents..pantang cuit skit anak2 depa..terus serang sek.heran dgn parents skrg yg terlalu percayakan anak2 mrk.plzzzla bdk2 skrg ni sumer ade dual or triple identity kat umah dia lain kat sekolah lain dgn kawan2 kg ler lain.
so,ape2 pun tugas tetap tugas,sy sendiri sbg pendidik tk akan berpatah balik sbb sy dah pilih kerjaya guru.w/apepun sy tekad kn azam n cekalkn hati utk terusan amanah yg sy pikul demi merentasi arus gelombang dlm bidang kerjaya yg sy pilih ini.semoga Allah kuatkan semangat dan memberi kekuatan kpd semua guru2..amin
wassalam... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by keigo at 20-4-2008 00:29
salam sume..
sy nk tanyer sikit ni..emm ade tk guru2 kat sini yg sek u all amik o dipilih utk ISO tk kire la dlm bahagian apepun..sek sy ISO dalam pengurusan pnp.
nmpknyer ISO ni hanye menamb ...
sekolah aku pernahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
aiyoooo
mmg banyak kerja
sebb seme nak modul ler
seme nak on paper ler
tapi aku rasa la kan
kalu iso PNP
alamat lerrrrr
yer la
bayangkan kalu sorang cigu tak antar buku rekod minggu tu
habisla..terus fail! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by comei at 19-4-2008 10:10 PM
sy sendiri pun pening kepala dgn perangai budak zaman skg.
tak tau la nak denda mcmana nak bg diorg hormat kat cikgu n takut nak ulang balik kesalahan yg diorg buat.
bila kita denda budak, kena ...
Walaupun bukan guru saya pun pening tenguk perangai budak-budak sekolah sekarang. Ramai sangat yg. kurang sopan. Baru2 ni saya hadiri majlis maulud Nabi di sekolah anak. Hanya saya seorang waris pergi sebab waris memang tak dijemput tetapi saya minta kebenaran sekolah untuk hadiri. Apa yg saya lihat, ramai sangat murid=murid sekolah ini tak tahu hormat majlis. Kawan-kawan duk berselawat, mereka bising dan bergurau dengan kawan. Guru disiplin pun nampak macam tak larat dah,pegang rotan pun macam nak jatuh. Lelama dia biar saja murid bising.
Ada budak darjah 6 terlanggar budak darjah satu sampai jatuh dalam longkang , berdarah MC 3 hari. Dia tak tolong angkat budak kecil tu dan minta maaf. Ni bukan budak jahat, budak biasa tetapi tak ada sifat kesian kepada orang lain teutama budak yg lebih kecil.
Saya rasa bukan kerja guru nak didik murid2 beradap sopan ni. Guru sepatutnya hanya ingatkan murid supaya jangan lupa beradap baik dan tugas utama guru mengajar. Tugas ibubapalah mendidik anak supaya berperangai baik. Pelajaran sivic ada tapi bebudak tak praktik apa yg mereka belajar dalam kehidupan harian.
Budak yg. terlanggar budak kecil tu pun, anak seorang doktor, tapi hairan kenapa buruk benar perangainya. Nak ucapkan 'maaf' pun tak boleh.Kalau ibubapanya jenis orang yg kurang pendidikan, kurang pergaulan lain juga, saya boleh faham. Ini doktor, tentu bargaul dengan orang2 berpendidikan tinggi, hadiri majlis2 rasmi dan tak rasmi yg memerlukan kita beradap sopan. Tapi kenapa anak dia tak beradap dan tak ada sifat kesian kepada orang yg. sakit dan lemah dan lebih kecil dari dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya nak cerita sikit apa yg. PIBG sekolah anak saya di US buat. Setiap 2 bulan kami ibubapa dijemput ke sekolah di sebelah malam . Ada kursus untuk ibubapa tentang cara2 membantu anak2 dalam sesuatu m/p. Contohnya Matematik. Guru ajar waris Matematik dan 'Math games" yg waris boleh main bersama anak2 di rumah. Kehadiran waris bagus sebab buat malam selepas kerja dan tempat disediakan untuk anak-anak jika waris terpaksa bawa anak bersama. Anak2 ini dijaga oleh monitor dewasa dan mereka boleh main board games dan diberi makanan ringan sementara menunggu ibu atau bapa mereka.
Kalau sekolah kita boleh buat macam ni saya rasa bagus. Sambil ajar waris cara2 membantu anak mereka di rumah dlm m/pelajaran, ajar mereka cara mendidik anak supaya berperangai baik dan beradap sopan dan beritahu mereka betapa pentingnya perkara ini.
[ Last edited by belanga at 20-4-2008 09:55 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
parents selalu tanya cikgu
apa yang cikgu dah buat utk anak saya? |
|
|
|
|
|
|
|
posting cikgu sume panjang2...... |
|
|
|
|
|
|
|
cikgu disiplin selalu terskip pnp kalo de kes lol... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by belanga at 20-4-2008 09:52 AM
Saya nak cerita sikit apa yg. PIBG sekolah anak saya di US buat. Setiap2 bulan kami ibubapa dijemput ke sekolah di sebelah malam . Ada kursusuntuk ibubapa tentang cara2 membantu anak2 dalam ses ...
kat sini klu buat gitu, tade sape pun yg nak dtg
comei penah buat kelas tuisyen free, tanpa caj
niat utk tolong budak2 je cos kat sini tade tuisyen
dan siap ada mak pak yg minta comei wat tuisyen berbayar kat umah
comei taknak, so comei wat la tusiyen free kat sek
tp sambutannya..alahai....
pelik btol...klu berbayar, wat kat uimah..sanggup hantar
tp bila cakap wat kat sekolah, free...tak hantar pula
budak2 yg beria nak masuk tp mslh pula dgn parents
klu nak harapkan masa P&, mmg tak cukup utk ajar budak2
1 masa = 30 min.
cikgu sblm kelas biasanya amik masa lebih 5-15min.
kadang2 tuh 30 min terus dengan alasan selagi budak tak siap wat latihan dia, budak2 tuh takleh kuar utk subjek lain.
mcmana nak ngajar?
bila bagi homework, kena marah dengan parents
katanya kesian tgk anak, byk wat keje.
padahal si anaknya yg tangguh kerja.
org bg kerja seminggu langsung tak buat.
bila tiba masa nak kutip, mula la menggelabah.
sape yg salah? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by comei at 22-4-2008 15:16
kat sini klu buat gitu, tade sape pun yg nak dtg
comei penah buat kelas tuisyen free, tanpa caj
niat utk tolong budak2 je cos kat sini tade tuisyen
dan siap ada mak pak yg minta comei wat ...
aku sekarang ni mmg jarang amat bagi
homework kat budak
sebb aku tau ramai yang guna 'mesin fotostat'
tu sebb aku tak nak bagi dah
kecewa sangat2
sbb sebagai sorang cigu
yang dah 11 tahun ngajar kat sekolah ni
aku dah tau sangat kalu budak meniru
dengan hanya tengok kerja derang aje..
terror tak aku?
wakakakakaak
selalunya written work aku bagi dalam kelas
habiskan..aku round2 tepi meja
utk bagi personal guide..
then 5 minit aku mark..
(kerja aku selalunya sikit aje..5Q the most)
then pulangkan utk buat correction kalu ada lar..
kalu takda meaning buku derang ada bintang2..
hehehhehe |
|
|
|
|
|
|
|
2 years ago, ada orang jabatan datang interview mac (bagi pihak pibg) utk perihal sekolah. Semua dia interview, guru, pelajar, parents (pibg).
Bila mac tanya dia. nanti report ni hantar mana? Dia kata hantar kementrian. Ha, bestla mac kasi pandangan. Dia pun mengiyakan sebab wat I say are facts. Last sekali, mac kata kat dia, cadangan mac agar setiap sekolah ada 2 orang kerani tu help out the teachers with filing/photostating/documenting, etc agar cikgu2 dapat concerntrate dgn mempertingkatkan kaedah mengajar. TEachers are meant to teach, not be burdened with clerical work! I said.
And yang kelakar, I insist that he write every single word yg i say. Dia nak summarize je, I kata takpa, I repeat balik satu-satu, sebab i nak message I sampai betul2..... hehe.
Bila mac keluar dari bilik guru besar where the interview was held, guru besar yang berada di luar bilik and heard the part of the interview, dok senyum dgn mac and said... terimakasih... terimakasih..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by macademia at 23-4-2008 11:33
2 years ago, ada orang jabatan datang interview mac (bagi pihak pibg) utk perihal sekolah. Semua dia interview, guru, pelajar, parents (pibg).
Bila mac tanya dia. nanti report ni hantar mana? ...
i on behalf of the teachers kat sini pun
nak mengucapkan jutaan terima kasih.. |
|
|
|
|
|
|
|
cikgu2 terlalu byk dibebani keje2 perkeranian....
kalau yang pegang su peperiksaan pun pening gak...nak kena key in markah la...
susun soalan bila time pekse...
dah bila siap analisis nak kena riso, then bg kat semua cg....
camna la nak concentrate pnp...tapi ni kat sekolah aku la....tak tau la kalau sek korang ringan skit...
masuk kelas plak...bdk2 skrang tak tau nak cakap...kalau kelas blakang tu ada yang kata "meh nak peluk cikgu"..
sape tak tensen...huhuhu... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by iqlima at 25-4-2008 15:07
cikgu2 terlalu byk dibebani keje2 perkeranian....
kalau yang pegang su peperiksaan pun pening gak...nak kena key in markah la...
susun soalan bila time pekse...
dah bila siap analisis nak kena ...
eh kat sekolah aku
paper exam ni buat sendiri
then sehari sebelum exam pergi serah question papers kat bilik exam..
su exam ngan ajk dia cuma susun dalam bakul2 aje...
ikut hari n ikut masa..
key in marks seme cigu kelas buat..
su cuma semak aje
top up mana2 marks yang tertinggal..
n print utk bagi pada cigu kelas utk ttangan admin
n bagi pada parents.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #797 iqlima's post
semua tu bergantung kepada suasan kerja di sekolah masing-masing. lain padang lain belalang.
macam di sekolah saya, tugas SU peperiksaan hanya memastikan siapa yang kena buat soalan,semua soalan ada, bilangan mencukupi dan ia dapat dilaksanakan mengikut jadual. soalan memang cikgu buat sendiri. rezo dilakukan oleh PAR. key in markah biasanya cikgu kelas namun kalau ada cikgu MP yang rajin boleh terus key in dalam komputer. oleh kerana SU peperiksaan kurang arif dengan komputer, maka kami AJK makmal komputer ni la yang uruskan semua sampai kepada percetakan slip keputusan individu/keseluruhan dan pengiraan headcount.
cuma soalan pertengahan dan akhir tahun sahaja yang menggunakan kertas peperiksaan yang sama dalam satu daerah.lupa, oleh kerana kali ini ujian tidak dapat menggunakan mesin rezo (rosak) maka terpaksa di photostat di luar. tau jumlahnya? RM1800++. tu baru satu ujian. jadi parent tak payah la nak merungut yuran free ke apa ke sebab semua tu untuk anak anda. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|