CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: himun_hino

♥~ Kaunter Pertanyaan Bod Lawak ~♥ update page 6

 Close [Copy link]
Post time 1-7-2025 02:06 PM | Show all posts
yangsemb replied at 1-7-2025 01:13 PM
Teka saya makan apa tengahari ini?

hmmmm... Nasi berlauk ayam?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2025 02:06 PM | Show all posts
page 40

laju juga benang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2025 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
nafizzz replied at 1-7-2025 02:03 PM
tak ada kebun. Adik ramai kawan. Selalu dapat barang free. hehe
Siapa di sini rajin dapat barang f ...

Wow woww
Bestnyaaa…siapa xselalu dapat barang pree
Siapa yang selalu, sila angkat tangan, ok?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2025 02:08 PM | Show all posts
yangsemb replied at 1-7-2025 01:15 PM
Kalau ada makhluk masuk dalam peralatan letrik, awak simpan ke buang?

hmm tgk pada harga..Murah saya buang beli baru. Kalau mahal mcm kitchen aid.. gagah guna..

Ok tak jawapan saya?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2025 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
nafizzz replied at 1-7-2025 02:04 PM
adakah mee?

Tak betul..
Saya makan Nasi…kikikikiiiii
Walau kata nak diet..
Lawak ke Lawak?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2025 02:09 PM | Show all posts
yangsemb replied at 1-7-2025 01:16 PM
Betul ke ada alat boleh jimat letrik bills, siapa pernah pakai?

Pernah dengar. lalu kat FB saya dulu2 ni. Tapi x berapa nak percaya sangat sb org yang betul2 beli alat tu kata bill macam tu juga.

Ingat senang ke nak tipu gomen???

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2025 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
nafizzz replied at 1-7-2025 02:05 PM
Adakah sup tulang?

Lari sikit..walau ada tulang jugak..
Saya makan Nasi n Ikan Masak Cuka..
Ini hidangan sihat ke tak?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2025 02:10 PM | Show all posts
Yang latest nak jimat letrik, pakai solar panel.

Siapa yang ada pakai solar panel?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2025 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
telracs replied at 1-7-2025 02:05 PM
Hahaha...

Ada 3 kisah yang momod sangat bengang dengan sikap okg (orang kena gosip) dan ...

Owww…
Kiter tak follow benang Ngai..
Citer la saper itew orang..
Baideway betul ke BASS diambang kehancuran?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2025 02:11 PM | Show all posts
Boleh guna yg maxis or emit solar. Siap pasang, termasuk maintenance. bayar bulan2.

Yang tau, emit solar x perlu seposit.

Siapa tau if Maxis perlu bayar downpayment?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2025 02:11 PM | Show all posts
Panel solar menarik kan?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2025 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
nafizzz replied at 1-7-2025 02:06 PM
Mungkin juga kalau kita pompuan.
Kalau kita lelaki, kucing nak jadikan kita apa??

Ahahhahahah..ini lawakss
Mungkin kahh..Raa…Khadam?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2025 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
nafizzz replied at 1-7-2025 02:06 PM
hmmmm... Nasi berlauk ayam?

Hikkksssss…
Ikan yang bertulang (eh?)
Teka Ikan apa?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2025 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
nafizzz replied at 1-7-2025 02:08 PM
hmm tgk pada harga..Murah saya buang beli baru. Kalau mahal mcm kitchen aid.. gagah guna..

Ok tak ...

Tepat Sekali, Tepat Sekali!!
Ini lah jawapan yang saya nak….
Ahahhahaha..
Perempuan mmg semua bijak kah?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2025 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
nafizzz replied at 1-7-2025 02:09 PM
Pernah dengar. lalu kat FB saya dulu2 ni. Tapi x berapa nak percaya sangat sb org yang betul2 beli ...

Kan, kan, kan…
Saya pun kurang percaya…
Nanti kena tangkap n saman, wat malu jerkss
Kan, kan, kan?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2025 02:18 PM | Show all posts
yangsemb replied at 1-7-2025 02:13 PM
Tepat Sekali, Tepat Sekali!!
Ini lah jawapan yang saya nak….
Ahahhahaha..

hahaha..
Tapiii tapiii....

bukan kah perempuan ada 9 nafsu tapi satu akal sahaja???

Akal yang satu tu la power siotttt

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2025 02:19 PM | Show all posts
Lelaki 9 akal satu nafsu tak boleh lawan dgn pompuan hanya satu akal..yeay!

hebat kan  perempuan???

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2025 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
nafizzz replied at 1-7-2025 02:18 PM
hahaha..
Tapiii tapiii....


Akal apa itu yaa…?
Macam pernah ku dengar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2025 02:23 PM | Show all posts
Soalan:
Benarkah terdapat hadith yang menyatakan wanita mempunyai 9 nafsu dan hanya satu aqal?

Jawapan
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Wanita 9 Nafsu, 1 Akal?
Sering sekali kita mendengar di kalangan masyarakat kita kata-kata bahawa wanita itu mempunyai sembilan nafsu dan satu akal. Apakah kenyataan ini benar?
Terdapat riwayat daripada Abi Muslim al, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
لشهوة عشرة أجزاءٍ: التسعة للنساء والعاشر للرجال
Maksudnya: Syahwat itu mempunyai sepuluh bahagian: Sembilan bahagian diberi kepada wanita, dan satu bahagian diberi kepada lelaki.
Dicatat oleh Abu Marwan Abdul Malik al-Salmi dalam Adab al-Nisaa’, 1/183
Diriwayatkan juga bahawa Baginda SAW bersabda:
وَجُعِلَتِ الشَّهْوَةُ عَلَى عَشَرَةِ أَجْزَاءٍ، وَجُعِلَتْ تِسْعَةُ أَجْزَاءٍ مِنْهَا فِي النِّسَاءِ، وَوَاحِدَةٌ فِي الرِّجَالِ
Maksudnya: Dijadikan syahwat itu sebanyak sepuluh bahagian, sembilan darinya untuk wanita, satu untuk lelaki.
Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat (567), dan disebut juga oleh al-Haithami dalam Majma’ al-Zawa’id (10/30)
Hadith ini bertaraf dhaif jiddan (tersangat lemah), kerana salah seorang perawinya iaitu Suwaid ibn Abd al-Aziz berstatus matruk (periwayatannya ditinggalkan dan tidak diriwayatkan) dan bukan daripada kalangan tsiqah. (Rujuk Irsyad al-Sari fi Takhrij Ahadith Fath al-Bari 1/665) Bahkan riwayat ini juga turut ditemui dalam kitab-kitab Syiah, dan ia diriwayatkan oleh Al-Kulaini dan Al-Majlisi (Rujuk Usul al-Kafi, 5/338 dan Bihar al-Anwar, 100/244)
Terdapat juga satu riwayat tentang dialog yang berlaku antara Imam al-Hasan al-Basri dengan seorang tokoh Sufi yang amat terkenal, Rabiatul Adawiyah. Dikisahkan bahawa semasa al-Hasan pergi meminangnya setelah kematian suaminya, beliau telah disoal beberapa perkara oleh Rabiah dan tidak dapat menjawabnya. Tetapi apabila ditanya tentang akal, dikatakan bahawa al-Hasan telah menjawab bahawa wanita mempunyai sembilan nafsu dan satu akal. Tapi lantas Rabiah menjawab kembali “jika aku mempunyai sembilan nafsu, mengapa aku mampu menahannya dengan satu akal, sedangkan kamu yang mahu meminang aku ini tidak mampu menahan nafsu kamu sedangkan kamu mempunyai sembilan akal dan satu nafsu?” Maka al-Hasan pun malu apabila mendengar jawapan itu dan terus pulang.
Kisah ini telah dinukilkan oleh Uthman al-Khaubawi dalam kitabnya Durrah an-Nasihin dan juga Abu al-Fidaa’ al-Istanbuli al-Hanafi (Rujuk Tafsir Ruh al-Bayan, 6/179). Cerita ini boleh dipertikaikan dari sudut penisbahannya kepada al-Hasan al-Basri. Hal ini kerana, al-Hasan al-Basri dilahirkan pada tahun 21H dan meninggal dunia pada 110H. Manakala Rabiatul Adawiyah pula -berdasarkan pandangan yang paling tepat- dilahirkan pada tahun 100H dan meninggal dunia pada 180H. Ini bermakna ketika al-Hasan meninggal dunia, Rabiatul Adawiyah baru berumur 10 tahun, maka adalah tidak munasabah berlakunya dialog sebegini antara mereka berdua.
Memandangkan kata-kata ini tidak mempunyai sandaran yang sahih dalam al-Quran mahupun al-Sunnah, bukan juga kata-kata ulama’ yang mu’tabar, dan bukan juga satu fakta yang disahihkan dari sudut saintifik, bahkan kisah yang dinukilkan di atas juga dipertikaikan kesahihannya; maka kami berpandangan ianya tidak wajar sama sekali diterima, disebarkan dan disandarkan kepada agama.

Wanita Kurang Dari Sudut Agama dan Akal?
Meskipun begitu, terdapat juga satu hadith yang tsabit daripada Nabi SAW bahawa Baginda pernah bersabda:
يَا مَعْشَرَ النِّسَاءِ تَصَدَّقْنَ وَأَكْثِرْنَ الاِسْتِغْفَارَ فَإِنِّي رَأَيْتُكُنَّ أَكْثَرَ أَهْلِ النَّارِ‏‏.‏ فَقَالَتِ امْرَأَةٌ مِنْهُنَّ جَزْلَةٌ وَمَا لَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَكْثَرَ أَهْلِ النَّارِ ‏.‏ قَالَ ‏ تُكْثِرْنَ اللَّعْنَ وَتَكْفُرْنَ الْعَشِيرَ وَمَا رَأَيْتُ مِنْ نَاقِصَاتِ عَقْلٍ وَدِينٍ أَغْلَبَ لِذِي لُبٍّ مِنْكُنَّ ‏‏.‏ قَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا نُقْصَانُ الْعَقْلِ وَالدِّينِ قَالَ أَمَّا نُقْصَانُ الْعَقْلِ فَشَهَادَةُ امْرَأَتَيْنِ تَعْدِلُ شَهَادَةَ رَجُلٍ فَهَذَا نُقْصَانُ الْعَقْلِ وَتَمْكُثُ اللَّيَالِيَ مَا تُصَلِّي وَتُفْطِرُ فِي رَمَضَانَ فَهَذَا نُقْصَانُ الدِّينِ
Maksudnya: Wahai sekalian wanita, banyakkanlah bersedeqah dan istighfar, kerana aku melihat wanita banyak yang menjadi penghuni neraka. Seorang wanita yang bijak berkata: “Mengapa demikian wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab “Kerana kalian banyak berkata yang buruk dan tidak berterima kasih kepada suami kalian. Aku juga melihat kalian kurang dari sudut dan agama, tapi pada sama aku belum pernah melihat orang yang kurang akal dan agamanya yang lebih mampu mengalahkan laki-laki yang berakal dibandingkan kalian.
Wanita itu bertanya lagi “Apa maksud kurang sudut aqal dan agama itu?” Nabi menjawab “Kurang dari sudut aqal boleh dilihat dari sudut kesaksian dua orang wanita sama dengan kesaksian seorang lelaki, manakala kurang dari sudut agama ialah ada hari-hari tertentu kalian tidak solat dan berpuasa”.
                                                                                    Sahih al-Bukhari (304), Sahih Muslim (79) dan Sunan Ibn Majah (4003)
Imam al-Qasthalani sewaktu menjelaskan frasa kekurangan agama tidaklah semestinya disebabkan oleh dosa, tapi boleh juga disebabkan oleh perkara yang sudah menjadi lumrah manusiawi seperti halnya wanita. (Rujuk Irsyad al-Sari, 1/347)
Adapun berkenaan kekurangan akal pula, Muhammad al-Amin al-‘Alawi al-Harari telah meriwayatkan pandangan Al-Maziri, bahawa ia adalah kerana wanita kurang terpercaya dari sudut ketepatan atau kecekapan. Hadith ini juga menjadi penguat kepada ayat al-Qur’an yang berbunyi:
فَتُذَكِّرَ إِحْدَاهُمَا الْأُخْرَى
Maksudnya: ...supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi.
Surah al-Baqarah (282)
                                                                        (Rujuk Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim, 2/67 dan Al-Kaukab al-Wahhaj, 2/573).
Dapat difahami juga daripada hadith di atas, kekurangan agama hanya terbatas dari sudut kuantiti ibadah dan bukan kualiti, serta sedikit keterbatasan dari sudut tempoh masa untuk melakukan ibadat. Namun wanita hanya ditegah dari melakukan sebahagian ibadat sahaja sewaktu haid, iaitu solat, tawaf dan membaca al-Qur’an. Adapun ibadat lain seperti zikrullah, selawat dan manasik haji selain tawaf, mereka dibenarkan melaksanakannya. Bahkan puasa yang ditinggalkan sewaktu haid boleh digantikan semula semasa dalam keadaan suci.
Kekurangan tersebut juga bersifat sementara, bukan sepanjang hidup kaum wanita. Haid hanya berlaku selama beberapa hari dalam sebulan, tiada haid sewaktu tempoh kehamilan dan haid akan terhenti sama sekali setelah mereka monopaus, iaitu setelah berhentinya kitaran haid.
Manakala kekurangan dari sudut akal pula adalah dalam erti kata penglibatan mereka dalam urusan-urusan awam secara umumnya adalah agak terbatas berbanding lelaki, maka pengetahuan dan pengalaman mereka dalam bidang-bidang tertentu seperti politik, ekonomi dan ketenteraan adalah kurang berbanding lelaki.
Syeikh Mustafa al-Maraghi berpandangan bahawa keperluan kepada dua orang saksi perempuan adalah disebabkan faktor setempat dan semasa, di mana wanita jarang melibatkan diri, ataupun dilibatkan dalam aktiviti di ruang awam seperti politik dan ekonomi. Oleh karena itu kesaksian mereka dalam hal ini memerlukan kepada lebih penelitian sebelum dapat diterima. (Rujuk Tafsir al-Maraghi 3/75)
Maka dapat difahami disini, kesaksian dua orang wanita bersamaan dengan kesaksian seorang lelaki adalah disebabkan kurangnya penglibatan mereka dalam urusan muamalat, pentadbiran dan perundangan, bukan disebabkan kaum wanita itu lemah dari sudut akal dan ingatan secara azali. Jika benar wanita itu kekurangan akal sejak azali, maka pastilah periwayatan hadith oleh wanita boleh diragui. Namun demikian, para ulama tidak pernah meletakkan jantina sebagai kayu ukur dalam menilai kekuatan dan kebolehpercayaan seorang rawi.
Bahkan Imam al-Zahabi, seorang pakar dalam bidang ilmu rijal dan perawi, pernah menyebut bahawa beliau tidak mengetahui adanya walau seorang perawi wanita yang dituduh sebagai pemalsu hadith (muttaham) atau yang ditolak kerana tidak diyakini kebolehpercayaannya (matruk). (Rujuk Mizan al-I’tidal, 4/604) Hal ini menunjukkan bahawa wanita juga mampu menggapai kedudukan yang tinggi dalam apa jua bidang yang diceburi, sekiranya diberi peluang dan ruang yang saksama.
Terbatasnya penglibatan wanita dalam urusan awam juga bukanlah suatu yang menjadi ketetapan syarak, namun ia hanya sekadar kebiasaan setempat dan bergantung kepada zaman. Saidina Umar RA sewaktu menjadi khalifah pernah melantik seorang wanita sebagai pegawai hisbah yang menyelia urusan jual beli di pasar di Madinah. Saidatina ‘Aisyah R.’Anha sendiri pernah mengetuai umat Islam pergi menghadap Khalifah Ali bin Abi Thalib sebelum tercetusnya Perang Jamal.
Pada zaman sekarang juga kita menyaksikan peningkatan penyertaan dan penglibatan wanita dalam urusan-urusan awam. Malaysia menyaksikan dua orang wanita telah menjawat jawatan sebagai Gabenor Bank Negara setakat ini. Kita juga menyaksikan peningkatan bilangan wanita yang dilantik sebagai Hakim Mahkamah Syarie di pelbagai negeri.
Inilah keadilan Islam yang memberi ruang dan peluang kepada wanita dan lelaki untuk sama-sama menyumbang, dan mereka dijanjikan ganjaran yang setimpal. Firman Allah SWT:
لِّلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِّمَّا اكْتَسَبُوا ۖ وَلِلنِّسَاءِ نَصِيبٌ مِّمَّا اكْتَسَبْنَ ۚ
Maksudnya: Bagi lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan; dan bagi wanita ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan.
Surah al-Nisaa' (32)

Kesimpulan
Secara tuntasnya, kami berpandangan bahawa pernyataan wanita mempunyai hanya satu akal dan sembilan nafsu adalah kata-kata yang tidak ada sumbernya dalam agama ini dan tidak wajar sama-sekali disebarkan.
Adapun hadith yang menyatakan bahawa wanita itu kurang dari sudut agama, kekurangan mereka hanya terbatas dari sudut kuantiti ibadah dan bukan kualiti, serta sedikit keterbatasan dari sudut tempoh masa untuk melakukan ibadat.
Manakala kekurangan dari sudut akal pula adalah dalam erti kata penglibatan mereka dalam urusan-urusan awam secara umumnya adalah agak terbatas berbanding lelaki, maka pengetahuan dan pengalaman mereka dalam bidang-bidang tertentu seperti politik, ekonomi dan ketenteraan adalah kurang berbanding lelaki.
Namun demikian dalam konteks zaman sekarang, peningkatan penglibatan wanita dalam pelbagai bidang dan peluang pendidikan yang sama rata telah meningkatkan keupayaan dan kebolehan wanita. Banyak jawatan penting disandang oleh wanita dan mereka membuktikan kemampuan bersaing secara kompetitif dengan lelaki meskipun terpaksa berhadapan dengan banyak cabaran dan kekangan, bahkan melebihi kaum lelaki dalam banyak keadaan.
Wallahu a’lam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2025 02:23 PM | Show all posts
kalau baca di atas,salah tu nila kita kata perempuan ada 9 nafsu dan satu akal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
akkuio9bhatt ji
Views : 606 Replies : 0
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 25667 Replies : 22
Koleksi Juadah Hari Raya
GigihadidntKoleksi Juadah Hari Raya
Views : 45158 Replies : 1
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 8922 Replies : 4
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 5703 Replies : 2
Kaka Sotong2..What happened to you??Lupa tukar MN ke?
Julia_RaessKaka Sotong2..What happened to you??Lupa
Views : 14531 Replies : 292
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57742 Replies : 1094
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 365163 Replies : 3557
PENANG AIRPORT HARI NI.... WEYY KORANG SERIOUS LAA......
akido_kidoPENANG AIRPORT HARI NI.... WEYY KORANG S
Views : 14273 Replies : 1
mempromosikan menu restoran utk valentine's day. Boleh ke?
batman76mempromosikan menu restoran utk valentin
Views : 22221 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.572726 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list