CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mbhcsf

Sirah Islam : Perihal Badar dan Uhud

[Copy link]
 Author| Post time 11-5-2016 05:23 AM | Show all posts
Perihal Pasukan Rasulullah SAW

Dalam sektor jagaan rasulullah SAW , pihak musyrikin terus menerus melancarkan serangan sengit dan tentera Muslim telah berperang dengan mereka saban hari, malam dan siang.  Ketika tuba waktu solat Asar, pasukan musuh semakin hampir menyeberangi Parit  dan oleh kerana baginda SAW  dalam keadaan darurat dan dalam kancah peperangan sengit  , baginda saw dan para sahabat tidak atau terpaksa meninggalkan solat Asar. Peperangans engit itu mula reda hinggalah tiba waktu malam dan oleh kerana mereka ( kaum musyrikin ) telah membuatkan tentara muslimin terpaksa meninggalkan solat fardhu pada waktunya  maka baginda SW telah  berdoa : Semoga Allah mengisi rumah dan kubur mereka dengan api sepertimana mereka  telah membuatkan kami meninggalkan solat asar  sehingga waktu matahri terbenam ( Sahih Bukharee - the Book of battles , chapter : The Battle  of Khandaq' hadeeth num: 4 111)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-5-2016 05:32 AM | Show all posts
Perundingan Rasulullah SAW dengan Puak Ghatfaan

Baginda SAW telah menyedari pun akan tujuan puak Ghatfaan  bergabung tenaga dengan puak bersekutu yakni untuk hanya mendapat bahagian mereka dalam harta rampasan perang.  Berbanding dengan puak Quraisy dan Bani Nadeer  yang mana tujuan mereka berperang adalah lebih konkrit berbanding dengan Puak Ghatfaan , so Rasulullah saw berpandangan adalah lebih bijak untuk berunding dengan pihak yg mempunyai kurang kepentingan dalam konteks ini.

Rasulullah SAW bercadang untuk  menawarkan pemimpin ghatafaan  sebahagian kekayaan rampasan perang JIKALAU mereka berjanji untuk kembali ke kampuang halaman mereka dan meninggalkan medan perang . Tambahan pula , seperti dinyatakan puak Ghatfaan tidak mempunyai sebab yg konkrit dalam hal agama ataupun politik untuk menentang tentera Islam anyway.
Ini berbeza dengan agenda Puak bani Nadeer dan quraisy yang sememangnya ingin berperang habis habisan di madinah dengan tujuan menghancurkan masyarakat dan politik madinah .

Pemimpin Ghatfaan , seperti mana yang dijangkakan menerima  tawaran tersebut  ( Ghazwatul Ahzab by Muhammad Ahmad Baashmeel ( m/s 201))



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2016 05:41 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 11-5-2016 05:43 AM

Setelah menerima jemputan rahsia daripada Rasulullah saw, pemimpin puak Ghatfaan pun berestuju untuk menemui baginda saw dan melakukan rundingan. Demin menjaga rashia pertemuan ini , pemimpin Ghatfaan - Uyainah ibn Hisn dan Al haarith ibn Auf telah mengumpulkan beberapa orang yg paling mereka percayai dan secara sembunyi menyeberangi parit itu dan menemui baginda  dalam tempat operasi medan perang.

Perundingan itu berlaku dengan cepat dan di bawah adalah beberapa tawaran yangdibuat oleh Rasulullah SAW:

a) perjanjian ini hanya di antara  puak Muslim dan Ghatafaan sahaja
b) Puak Ghatfaan akan menandatangai perjanjian damai dan menarik serangan terhadap tentera Muslims.
c) Puak Ghatfaan akan meninggalkan medan perang dan kembali ke kampung halaman mereka
d) Untuk jasa baik puakGhatfaan ini pihak Muslim menawarkan  1/3 hasil tanaman madinah  dan apa apa yg ditanam di sana

bersambung ye insya Allah  ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2016 07:42 AM | Show all posts
Penulis memetik kenyataan al Waaqidee yang menyatakan bahawa ketika Rasulullah SAW menawarkan 1/3 hasil tanaman / tuaian madinah sebagai ganti pengunduran tentera mereka daripada Perang Khandak pihak Ghatfaan, mereka ( Ghatfaan) memohon  one half hasil buahan madinah. Walau bagaimanapun rasulullah saw menolak permohonan mereka  lebih daripada apa yang dikatakan baginda SAW. Jadi, perundingan ini tidak lagi lengkap persetujuannya dan oleh itu para pemimpin Ghatfaan memohin untuk mengadakan  rundingan semula  dengan membawa 10  orang wakil dan rasulullah SAW juga ingin membuat rundingan dengan para sahabat baginda terlebih dahulu terutamanya ketua kaum ansar .

Ini adalah kerana  kaum Ansar merupakan kaum yang memiliki kebanyakan peratusan besar / majoriti kawasan 'hijau' di Madinah, dan hasil tanaman merekalah yang ditawarkan ketika perundingan ini.


Apa hikmah di sebalik perundingan ini?

a) Menurut penulis dengan wujudnya perindingan ini , ini bermakna startegi dan tanggapan rasulullah saw terhadap puak Ghatfaan itu sememangnya tepat 100 % . Sebab mereka hanya berminat berkenaan hal hal material sahaja tentang perang ini dan tidak mempunyai mitivasi politik dan agama yg konkrit seperti mana kaum quraisy dan Bani nadeer. Kita boleh sifatkan bahawa  motif yg bersifat material adalah yg lemah dalam konteks ini.


b) Terbukti akhlak dan amanah  , ketelusan baginda dan sifat baginda yg suka musyawarah dan tidak mengenepikan para sahabat dan mereka yang baginda SAW hormati. Ini yang dikatakan menurut penulis yg Rasulullah SAW menggunakan pakai ciri gaya kepemimpinan  yang berlandaskan musyawarah. Menurut penulis lagi, sekiranya sesuatu perkara itu berkaitan dengan peperangan dan urusan perang dan sekiranya impak perang ini melibatkan keseluruhan kepentingan populasi muslims  dan sekiranya tidak ada wahyu yg diturunkan berkenaan perkara ini , maka rasululah SAW akan mendapatkan keptusan konsensus atau musyawarah dalam kalangan sahabat baginda SAW.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2016 07:57 AM | Show all posts
Dengan itu, baginda SAW pun berunding dengan Saad ibn Muaadh dan Saad ibn Ubaadah berkenaan strateginya  yang membawa kepada perundingan dengan pihak Ghatfaan  dan kedua dua mereka menyatakan persetujuan tanpa belah bagi dan mereka ini sempat bertanya kepada rasulullah saw : adakah perkara ini arahan daripada ALlah swt ? atau adakah ini sebahagian daripada startegi baginda ?  dan kalau kedua duanya mereka telah memberikan pilihan mereka iaitu menurut Tokoh Al Amin ini. Dan mereka juga sempat juga bertanya adakah ini dilakukan untuk umat madinah ?  dan baginda menjawab - yg niat baginda atau startegi baginda saw adalah untuk mengurangkan impak serangan pihak musuh pada pasukan para sahabat kerana baginda saw menyaksikan bahawa pihak musuh dengan hebatya menyerang mereka dari pelbagai sudut dan meningkatkan impak serangan.  Dan niat baginda adalah untuk mengurangkan korban perang.


( baik kan akhlak ini ? he put himself last tapi meletakkan org lain dulu )
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2016 08:12 AM | Show all posts
apabila mereka mendengar rasional rasulullah , mereka yakni dua wakil Ansar tersebut berkata ketika  mereka bersama ghatfaan merasai zaman jahiliyyah ( pre - islamic stage ) , puak ghatfaan tidak pun pernah meminta atau merasai hasil tanaman mereka dan oleh itu bagi mereka tiada sebab mengapa mereka tunduk pada permintaan puak ghatfaan itu sebenarnya. Lantas Saad bin Muaadh memadamkan perkara tersebut dalam perjanjian awal itu.

Rasulullah saw berasa kagum dengan pendirian tegas wakil ansar itu dan baginda mengadakan rundingan dengan puak ghatafaan dan menyatakan perjanjian tersebut batal.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-5-2016 08:32 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 14-5-2016 08:38 AM

perihal Nu'aim ibn Masood.

Dalam strategy peperangan baginda juga menggunakan strategy yg bijak dengan menerima tawaran bantuan nu'aim ibn Masood - yg juga dari puak Ghatfaan dan telah menisytiharkan keislamanannya pada rasulullah saw. Dan Nuaim telah merahsiakan keislamannya daripada pengetahuan puak Ghatfaan . Baginda menyatakan adalah lebih baik Nuaim terus bersama sama bala tenteranya ( ghatfaan ) daripada bersama tentera dan ikhtiarkan lah strategi yang mana membawa manfaat kepada tentera Muslim ( yakni melemahkan musuh ) keraa melemahkan musuh adalah strategi perang ( Al bidaayah walnihayah 4 / 113, Hishaam - As seerah Nabawiyyah  - the battle of khandaq')

Nuaim bertindak selaku 'penasihat ' kepada bani quraizah dengan menyatakan bahawa bani quraizah adalah yang paling terkesan atau 'vulnerable' sekiranya kekalahan berlaku pada pihak musuh islam dan mencadangkan bahawa bani quraizah patut meminta pada quraisy satu jaminan atau tebusan 20 wakil / orang quraisy sebagai jaminan keselamatan.  Ini actually 'tebusan' bukannya jaminan pun. muslihat nuaiam berjaya ( As seerah nabawiyyah  as saheehah  2/430)

Bijak Nuaim ni.

Pada puak quraisy, Nuaim mencadangkan bahawa wakil 20 orang Quraisy itu sebenarnya dilakukan oleh puak Bani quraizah  untuk dijadikan 'komoditi' oertukaran sekiranya wakil quraizah bertukar fikiran untuk mengadakan perjanjian dengan pihak Muslim.


Dan bijaknya Nuaiam ni menyatakan bahawa cadangannya ini perlu dirahsiakan dari kedua dua pihak.

Dan kesannya startegi Nuaiam ini kedua dua pihak quraisy dan quraizah masing masing mula meragui satu sama lain.

Ini penting untuk meneutralkan puak ghatfaaan dan mengurangkan impak korban perang sedaya mungkin.

( logik kan kalau puak ghatfaan mengundur dan tak particpte maka korban jiwa pada peperangan ini dapat dikurangkan - so saya terfikir hikmah di sebalik startegi ini ).

lagipun setelah terbatalnya perjanjian sebelum ini , puak ghatfaan tidak pula secara terangan menyatakan sama ada mereka loyal / seta bersama rasulullah saw atau mengundurkan diri pun so status mereka masih diragui.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2016 08:48 AM | Show all posts
ketika sengitnya peperangan...

sememangnya kesan perang ini amat hebat dan ketika mana keadaan menjadi genting, para sahabat mendapatkan rasulullah saw untuk mendapatkan nasihat tentang apa apa yg mereka patut katakan untuk menyerahkan segala galanya harapan kepada Allah, mereka menemui rasulullah saw - dan rasullulah menyatakan bahawa , menurut penulis yang memetik musnad imam Ahmad ( 4 / 18 ) diriwayatkan sebagai berkata i petik direct : O Allah, cover our private areas ( and faults) and remove us from the terror ( that causes us so much distress) ( musnad Imam Ahmad ( 4/18); disebut juga dalam l bidaayah wal nihaayah and mujma' az zawaaid)


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-5-2016 09:02 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 14-5-2016 09:13 AM

Doa dan Permohonan Rasulullah SAW  ketika perang Khandak

Menurut penulis, melalui Sahih Bukhari dan Sahih Muslim, daripada hadeeth yg diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi aufa, telah melaporkan yang rasulullah berdoa memohon pertolongan dan berserah dengan melafazkan : O Allah, Revealer of the Book, Swift at reckoning , defeat the confederates. O Allah , defeat them and convulse them ( Saheeh Bukhari ( 4114); Ibn Majah , Sahih Muslim dan Musnad Imam Ahmad )

Walaupun ikhtiar dan strtegy  Nuaim berjaya mencetuskan keraguan antara puak puak musuh dan melemahkan mereka  , mereka ternyata masih berpadu tenaga menentang kaum Muslim di Madinah dan setelah Rasulullah SAW berdoa dengans epenuh penuh pengharapan maka doa baginda dimakbulkan Allah SWT . Dalilnya terdapat dalam Quran  33:9



O you who believe! Remember Allah's Favour to you, when there came against you hosts, and We sent against them a wind and forces that you saw not [i.e. troops of angels during the battle of Al-Ahzab (the Confederates)]. And Allah is Ever All-Seer of what you do.


Dengan izin Allah SWT , angin yang sejuk dan kencang  bersama para malaikat  berjaya memaksa tentera musuh berasa ngeri akan peperangan ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2016 09:19 AM | Show all posts
Tafsir ayat quran 33: 9 ( I - Ahzab / the Combined Forces )  menurut Al Qurtubee

Menurut penulis, Al Qurtubee menyatakan bahawa :

Angin ini adalah satu keajaiban  untuk rasulullah saw . Tiada satupun yang memisahkan tentera muslim dan angin kencang ini melainkan parit yang digali itu , dan kedudukan mereka amat dekat  tetapi mereka terselematdari angin kencang tersebut, dan juga tentera muslim tidak menahupun betapa kuat  dan ganasnya tiupan angin di sebalah pihakmusuh ( kerana keadaan begitu gelap) ( Tafseer Al qurtubee ( 14/144) ; jammai' Al bayaan by At tabaree - Thetafseer chapter of Al Ahzaab'

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2016 09:26 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 16-5-2016 01:41 AM

pertolongan Allah yang didatangkan dalam bentuk kekencangan angin ( nota personal : probably in the form of sandstorm kan? sebab ini dessert ) ini telah mengundang ketakutan kepada pihak musuh.  Menurut penulis yang memetik tafsir Al Qurtubi, ketua ketua pihak musuh berteriak memohon pertolongan. petikan langsung : O children of so and so , come to me  and when people would gather around him , he would exclaim : save me, save me ( Tafseer Al Qurtubee ( 14/144); Jaamai l - Bayaan by AT - tabaree  dalam bab bertajuk :  The tafseer  of chapter Al - Ahzaab.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2016 02:59 AM | Show all posts
Di Pihak Musuh

Kekencangan angin itu sedikitpun tidak membimbangkan tentera Madinah/ tentera Rasulullah SAW walaupun pada malam itu keadaan menjadi begitu sejuk dan ditambah pula dengan keadaan tentera yg keletihan.
Baginda SAW telah mengesan sesuatu yang signifikan  di seberang parit  dan memerlukan keadaan ini ditinjau . Oleh kerana baginda menyedari keadaan ini berbahaya , baginda memohon sukarelawan yang sudi mengahrungi bahaya tersebut dan  berkata : Adakah terdapat seorang yang boleh membawakan berita  tentang pihak musuh dan semoga Allah menempatkan dia bersamaku ketika hari akhirat nanti ( Sahih Muslim , Dalam kitab Jihaad As Siyyar - bab - The battle of Confederates ( hadis num: 1788)  

setelah tiada siapa yg sudi menawarkan bantuan, maka baginda memohon Hudhaifah  untuk melakukan misi tersebut dan juga memesan agar pihak musuh tidak ditakutkan oleh kehadirannya ( Hudhaifah) dan melancarkan tindakbalas atau memulakan pergaduhan kerana ini akan membahayakan nyawanya  dan nyawa tentera Islam yg lainnya ( Sahih Muslim 1788).


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2016 04:52 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 16-5-2016 05:04 AM

Hasil tinjauan Hudhaifah mendapati bahawa apabila meninggalkan kawasan tentera Muslim Madinah menuju ke kawasan musuh, Hudhaifah merasakan seumpama  berjalan di kawasan yang dipenuhi air yg panas ( maksudnya dalam keadaan musuh menderita kesejukan di kem mereka Hudhaifah berasa panas ) dan melihat musuh menderita kesejukan dan tidak tenteram akibat kekencangan angin dan Hudhaifah dalam menceritakan hal ini menyatakan bahawa apa yang dilihatnya tidak dirasakan langsung dan menyifatkannya sebagai  rahmat Allah SWT.
Kemudian Hudhaifah melihat Abu Sufyaan yang sedang memanaskan diri dan ingin memanah abu sufyan namun begitu, tindakkanya tidak diteruskan kerana mengingatkan pesanan rasulullah saw walaupun berpeluang besar untuk berbuat demikian. Ketika berjalan menuju semula ke kawasan tentera Muslim, Hudhaifah merasakan lagi bahawa ketika berjalan , beliau berasa seperti berjalan atas air panas.

Ketika mendapatkan rasulullah saw semula, setelah pulang dari misi tinjauannya,  Hudhaifah berasa sejuk semula  dan menceritakan hasil tinjauannya.  Rasulullah SAW kemudiannya menyelimuti badan hudhaifah  dengan lebihan pakaian / wrobe yang ada padanya  yang digunakan juga untuk bersolat. Hudhaifah kemudiannya tertidur  sehingga fajar  sehingga dibangunkan semula oleh Rasulullah SAW. ( sahih Muslim 1788).

Rasional Rasulullah SAW memilih Hudhaifah :
Hudhaifah mempunyai ciri  seorang yang tabah berani, intelligent, berkemahiran dalam meloloskan diri daripada situasi yang sukar . Menurut Al Zarqanee dalam Sharh Az- Zarqanee ( 2/120), ketika kawasan kem musuh menjadi gelap akibat angin kencang dan pelita nyalaan mereka terpadam, dan ketika itulah Hudhaifah menyusp masuk ke dalam kawasan musuh dan ketika itu  kedengaran  Abu sufyan mengarahkan para tentera memeriksan individu di sisi mereka  dan mengenalpasti siapa mereka. Dan pada ketika itulah Hudhaifah memegang lelaki di sebelah kanannya iaiatu Muawiyyah ibn Sufyaan dan disebelah kirinya Amr bin Al As . Mereka tidak pula bertanyakan siapa yg memegang mereka dan ini disebabkan oleh kelicikan dan ketangkasan Hudhaifah.
Dan tindakan rasulullah setelah pulangnya Hudhaifah menunjukkan baginda SAW amat prihatin terhadap sahabatnya.

Peperangan Khandak berpihak kepada  tentera Muslim setelah kekuatan musuh dilumpuhkan dan pada saat akhir tentera Madinah bertindak menyerah balas setelah dalam mode bertahan ( Sahih Bukhari – Book of Battles- bab : The battle of Al Khandaaq (5/58) hadis num: 4109)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2016 05:18 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 16-5-2016 05:25 AM

Perihal Bani Quraizah
setelah Rasulullah SAW meninggalkan tapak perang Khandak dan menuju ke Madinah, baginda diperintahkan Untuk  Menghadapi Bani Quraizah atas perintah Allah dan mengarahkan tentera Madinah ke Penempatan atau kota Bani Quraizah. Peristiwa ini juga dibantu ( of course ) Allah SWT  dengan mengutuskan malaikat Jibril untuk membantu tentera Madinah dalam melemahkan kota Bani Quraizah. Untuk mempercepatkan perjalanan mereka , maka rasulullah menyuruh mereka melakukan solat asar sehingga tiba  ke penempatan Bani Quraizah dan hal ini menarik  dan didokumentasikan dalam hads  Sahih Bukhari  ( 4110; Muslim dalamm bukunya  Book of Jihaad and as siyyar dalam bab bertajuk : 'initiating an attack, and giving precedence  to the most important  of two conflicting interest)

Setelah 25 malam melancarkan konfrontasi maka Bani quraizah telah dikalahkan. waalupun begitu, Bani quraizah meminta satu syarat iaitu mereka mahukan Saad ibn Muaadh  menetapkan apa yang sepatutnya dilakukan kepada  mereka ( remember Saad bin Muaadh yg terkena anak panah ? pada perang khandak ? ). ini adalah kerana dengan mengetahui asal usul saad bin muaadh yakni seorang yg bani aus yang telah lama mengenali bani quraizah , mereka percaya bahawa saadh bin muaadh akan memberikan ihsan kepada mereka.

Jadi Bani Quraizah melantik Saadh bin Muaadh menjadi hakim ( dan ini bertepatan dengan doa Muaadh yg dilafazkannya ketika sakit  luke panahan tentera perang Khandak)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2016 05:32 AM | Show all posts
Saadh ibn Muaadh menimbangkan  pengadilannya berdasarkan impak dan kesan serious pengkhianatan perjanjian mereka dengan kaum muslimin ( ingat janji mereka sebelum perang  atau parit digali??? )  terhadap keselamatan penduduk madinah.
Beliau memutuskan bahawa pejuang dari bani quraizah  - 400 orang dihukum bunuh atas pengkhinatan dan subahat. wanita dan kekanak dari bani quraizah dijadikan hamba  dan kekayaaan hasil rampasan perang diagihkan kepada penduduk Madinah dengan adil.

Penghakiman ini adalah tidak dijangka oleh mereka yg melantik Saadh bin Muaadh.

Baginda SAW menerima penghakiman saad ibn Muaadh  dan menyatakan  ini adalah apa yang diizinkan Allah SWT ( Sahih bukari  4122; juga pada Sahih Muslim  dan musnad Imam Ahmad ) . sebahagian lelaki diberikan ihsan kerana mereka tidak mungkir janji dengan pihak Muslim dan mereka memeluk Islam pun.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2016 05:49 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 16-5-2016 06:16 AM

Apa beza kesan pengkhianatan Bani Nadeer  vs Bani Quraizah?

Menurut penulis , Bani Nadeer memang melakukan kesalahan untuk merancang dan melaksanakan pelan membunuh Rasulullah saw tetapi bani quraizah  dengan kesan pengkhianatan mereka telah menyebabkan nyawa penduduk madinah dan pasukan rasulullah saw terdedah dengan  pelbagai risiko serius perang.

Kita perlu ingat bahawa ketumbukan tentera Madinah berbanding tentera bersekutu amatlah besar jurangnya dan sememangnya pihak Quraisy dan pihak ghatfaan ( sebagai sekutu material ) serta ditambah pula ketumbukan tambahan Bani Quraizah memang  terlalu sukar dan besar untuk dikalahkan dan meletakkan nyawa penduduk Madinah dalam bahaya seratu peratus. seperti yang dinayatakn dalam perenggan awal perangkahndak ini - ia adalah strategi untuk menghancurkan penduduk madinah - kaum ansar dan muhajirin  ( nota personal )


Tambahan penulis lagi, pihak bani quraizahtahu bahawa kesannya amat teruk jika pihak mereka 'kalah' dala peperangan khandak setelah mereka memungkiri janji dengan pihak rasulullah saw pun. Jadi, stretegi perang mereka dan pengkhianatan mereka tidak berjaya dan Alalh telah kalahkan pun.

Kalau impak kesan pengkhianatan mereka minimum Saadh dengan mudah , menurut penulis hanya membenarkan mereka menerima nasib seperti Bani Nadeer dan  puak ini juga berpotensi melancarkan pelan serangan atau berkomplot untuk berkonfrontasi lagi jika ini berlaku pun.

So, menurut penulis, atas sebab sebab di atas  yang Saadh ibn Muaadh  yg beliaupun cedera akibat panahan pihak musuh / puak bersekutu ketika mempertahankan Madinah- memutuskan untuk execute pejuang quraizah yg berpaling tadah.


Hanya seorang wanita saha yg dibunuh dalam hal ini dan hal ini diriwyatkan oleh Aisyah RA . Aisyah RA menyatakan bahawa ketika lelaki pengkhianat bani quraizah dihukum, seorang wanita tertaw mengilai ngilai seolah olah tiada apa apa  yang berlaku.

Apabila Aisyah RA mendekati wanita itu lalu bertanya kenapa perlakuannya sedemikian - wanita itu berakat abahawa dirinya akan dihukum. Dan 'Aisyah bertanya lagi mengapa ? wanita itu menjawab :  Kerana dia telah membunuh Khallad ibn suwaid dengan membaling  a hand mill / batu kisar / giling ke? ( depa ni suke je unuh orang baling batu ye ? ) dan oleh hal yang demikian , raslullah saw menjatuhkan hukuman yg sama ke atas  kesalahnnya. Dan ketika wanita itu dihukum Aisyah menceritakan bahawa : demi Allah , aku tidak dapat melupakan kekaguman ku pada wanita itu kerana wanita itu tertawa dengan sebegitu rupa , walaupun dia tahu hayat dirinya akan berakhir ( sahih As seerah  An nabawaiyyah pg. 3777: Mukhtasir  seerah ibn Hishaam ( 2/30) ; Musnad Imam Ahmad , to the hadis of Aishah  RA; Al bidaayah wal nihaayah Ibn kathir - dalam bab : About the battle of bani quraizah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-5-2016 05:50 AM | Show all posts
So pihak rasulllah SAW kaum ansaar dan Muhajirin menyaksikan pengkhianatan puak bani nadeer dan Bani quraizah dan pengkhianatan kaum munafik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2016 05:59 AM | Show all posts
ada beberapa perkara yg menarik yg berlaku dalam peristiwa perang khandak ini antaranya :

- kisah sahabat raslullha saw menjemout baginda dan 2 lagi sahabat makan tetapi makanan tak cukup dan .....waktu ini baginda sw pi rumah lelaki itu dan jemput semua penggali parit ....

- kisah seorang budak perempuan yg ingin memberikan kurma kepada saudaranya yg sibuk menggali parit dan raslullah saw ....

- kisah - kisah di atas diterangkan dalam sahih buharee

- dan bagind ajuga memaklumkan kepaad ammar bin yasser tentang nasibny aketika peperangan siffin .... yups bagidna swa dianugerahkan mukjizat di atas

- dan ketika susha payah mengangkat batu batan yg besar ketika prosespenggalian parit - rasulullah saw memaklumkan perkhabaran masa hadapan tentang kejayaan muslim dalam pembentukan empire ...


semua ini berlaku dalam masa masa hari hari tentera islam bersiap siaga  menghadapi perang khandak.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2016 06:12 AM | Show all posts
Apa yg terjadi pada Huyai ibn Akhtab an Nadree ? remember him?
pada Kaab bin Asad ?

dan apa signifikan perintah rasulullah saw terhadap perintahnya menyuruh tentera muslim solat sar hanya setelah tiba di penempatan bani quraizah.

apa yg berlaku pada saudari Raihaanah bint Amr ibn Khufaanah  dari puak Bani Amr  yakni suku dalam bani quraizah ?

insya Allah perkara di atas saya akan tambah bila ada masa insya ALLAH.


Pengislaman raihaanah
Raihaanah merupakan wanita yang ditawan dan  baginda berhajat mengahwini raihaanah setelah raihaanah memeluk Islam. Pada mulanya Raihaanah  berasa ragu  dan tersu berpegang pada agamanya  beberapa ketika kemudian. Setelah Allah membukakan hatinya kepada Islam  dan memeluk Islam, Raihaanah dijaga oleh  Umm Mundhir bin Qias di mana dia tinggal setelah cukup umur dan ditulis penulis : until she went through her menstrual cycle dan setelah haidnya habis, Rasulullah SAW menemui Raihaanah dan menyatakan beberapa pilihan kepada raihaanah - sama ada  dia sudi dibebaskan dengan mengahwini baginda SAW  atau hanya berada dalam jagaan baginda SAW . Raihaanah sendi memilih untuk menjadi hamba jagaan rasulullah saw  ( as siraa' ma'al Yahood ( 2/98); Tafsseer ibn Katheer al bidayah wal nihayah  dan ibn Hisyaam  as seerah nabawiyyah .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2016 04:01 AM | Show all posts
insya Allah  kalau i ada masa i sambung sikit sikit.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.323050 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list