|
Part 3: UPDATE!
So lepas aktiviti membaca ya'asin, dan tidur beramai-ramai, di dalam rumah tu berlangsung. Kami macam dah letak kan salah satu aktiviti rasmi, seminggu sekali akan ada kan bacaan ya'sin. Tapi bila kelas dah bermula, pack, maklum lah, kelas akan bermula seawal 7.30 pagi. So jadinya, pukul 5 pagi dah kena bangun. Dan tunggu bas pada pukul 6 pagi.jadinya, aktiviti-aktiviti itu semakin berkurangan, dan jarang-jarang. Hah masa tu lah gangguang-gangguan bermula lagi selepas lebih kurang 3 bulan. Oh ya lupalah, dulu kan, kami siap letak lada hitam dalam bekas dan letak dekat meja makan, sebelah balang ikan emas. Itu pun ada yang bersuara mengatakan benda-benda macam tu suka dengan Ikan emas. Kata orang lah, kebenaranya tidak tahu lah sejauh mana.
Gangguan yang biasa kami akan dapat, pernah satu hari tu, pintu rumah kami diketuk dengan kuat, dum dm dum dam, tak berhenti. Rasa-rasanya, korang akan buka tak pintu? Jawapannya memang taklah. Bila kami tanya siapa, tak ada jawapan, dan bayang dari bawah pintu, memang tak ada orang. Pelik dah dekat situ. jiran kanan kami, jarang ada rumah, begitu juga dengan yang betul berhadapn kami, cuma yang selalu ada jiran bertentangan sebelah kiri kami, pasangan baru kahwin cina, masa tu wife dia pregnant. So pagi weekend tu, kami tergerak hati nak tegur. Menanyakan sama ada diaorang ada dengar tak ketukkan pintu yang kuat tadi malam, jawapan yang menghampakan tiada. Kami cuba bersangka baik, mungkin yang ketuk pintu tu, budak-budak nakal. Kami mintaklah telefon jiran depan rumah kami, so bila ada orang main-main ketuk pintu, niat hati boleh lah call mereka. Tapi jawapannya NO! So nampaklah dekat sini, semangat kejiranan memang tiada, Ok, abaikan jiran cina tu. So kejadian orang main ketuk-ketuk pintu ni berlarutan berhari-hari, sehinggakan kami terpaksa meletakkan kayu hoki di belkang pintu. In case kalau ada apa-apa, itu senjta yang paling dekat. Mula-mula kitaorang memang cemas, hinggalah suatu malam, kiteorang terpaksa call abang guard. So bila guard tu sampai, tak ada sesiapa. Then tahu tak, kami dapat special case, guard berjaga di hadapan rumah kami. Dia akan lepak bahgian di tangga yang berhampiran rumah kami. Tapi yang peliknya, gangguan tu tiada masa abg guard tu berjaga dekat situ, mungkin hantu takut pada abg guard kot.Hihi
Kejadian tu berlaku lagi, tapi kami 10 orang, buat keputusan, malas nak ambik port. Ketuklah sampai bila-bila pun. Nanti penat dia berhentilah. Redha. Oh ya, selesai sem 1, 2 budak rumah saya, ada yang berhenti belajar, y 1st ni namanya Ina. Ina ni, dia stay dekat bilik masterbed. Menurut roomate Ina, Ina ni ada satu perangai pelik. Dekna dah mula syak, bahwa segala gangguan yang berlaku dalam rumah ni, adalah berpunca daripada Ina. Firasat awallah, sebabnya kata Dekna, Dekna selalu terperanjat, Ina suka mengerbangkan rambut dari katil atas. Ina tidur katil atas. Lepas tu perangai Ina memang pelik-pelik. Tapi bagi aku tak adalah pelik manapun, mungkin aku tak perasan sebab, aku bukanlah sebilik dengan dia pun. Cuma yang aku perasan Ina ni kuat makan, walaupun badan cekeding. Pastu dia punya tahap keberanian, lain dari yang lain. Pastu cara gelak dia, pelik. Rezeki dia untuk melanjutkan pelajaran dekat kolej ni tak lama, sebab dia mula rasa, dia tak boleh nak carry on. Subjek susah katanya. Mahu tak medic. So housemate yang seorang ni pulak, berhenti sebab, dia ni macam culture shock, family dia decide nak berhenti kan dengan dia. Eh panjang pulak cerita part ni. So, endingnya, tinggal lah kami berlapan. Bilik 1st:2 orang, 2nd room:3 org, ,masterbed:3 0rg.
Selepas kejadian ketuk pintu gila-gila tu, tak ada lah kejadian yang besar-besar. Cuma kami berlapan selalu dengar orang rumah atas baling guling, kemas rumah, tarik perabot tak kira, yang paling best pukul 2 3 pagi ketuk lesung. Aku dengan kak siti selalu jerit dekat tingkap "cik hantar lah makanan, kami lapar!". Gangguan lain, bila semua dalam bilik, memang akan dengar lah dari hall, orang tarik kerusi study kami. Bila usha dekat luar, kerusi semua tersusun.Pastu nampak bayang-bayang orang berjalan, dan baling guli juga. So kami consider penghuni rumah ni suka main guli. Tak scary lah kan?
Pernah satu hari, aku dengan siti berborak "Siti apa kata, kita usha rumah atas nak, selalu sangat buat bising, tarik perabot, kalau siang hari aku gagah lah jugak, ni kalau pukul 2, 3 pagi, aku rasa menyampah" Jawapan siti positif, so kami berdua tekadlah naik floor atas. Guess what? Floor atas yang betul-betul syiling rumah kami, 4-4 pintu rumah tu kosong. KOSONG! Wau~ Kenyataan kami tu di sokong apa bila, kami terserampak dengan aunty yang duduk di tingkat 7. Rumah dia, sebelah kanan lif. Dia pun cakap rumah kiri bahgian lif tu, memang tak berpenghuni. Mata kasar memang tak berpenghuni,tapi....
So balik rumah, kami bergosip dengan housemate 2nd room. Hujung minggu tu, budak bilik 2nd room Lala, buat keputusan untuk balik ke kampung, yang terletak di Pahang. So dia dah cerita sedikit sebanyak keadaa rumah tu, pada mak dia. So mak dia akan bawa, pergi jumpa ustaz. Nak tahu tak apa jawapan ustaz tentang rumah kami tu?Tunggu sambungan ya.
|
|