Edited by anyclassything at 31-1-2016 03:12 PM
Okay tiba-tiba teringat cerita ni.. Masa aku study dulu.. Cite ni takdelah seram mana cuma macam biasa aku akan tertanya-tanya haha
Aku ni bukan budak kolej, oleh sebab budak degree dah dianaktirikan pihak U suruh duk luar, kalau nak jugak kena merayu.. So aku decided nak stay luar je dari sem 1 sampai sem 6. Sebab fikir-fikir balik setiap sem nak kena merayu, angkut segala barang so takpelah bye. Jadi dari Sem 1, aku sorang-sorang survive tanpa kawan2 sebab dorang decide nak kawasan yg aku tak berapa berkenan. Tapi sem 2 aku joined cousin aku kat rumah lain, so rumah tu apartment best sebab sejuk je. Musim panas terik kemarau ke apa sejuk je takde problem.Then musim2 Selangor catu air, rumah kitorang takde problem langsung. So kira best la rumah tu hehe dah la murah pastu tak ramai.
So standard biasa lah, satu rumah 6 orang.. Rommate aku kwn aku dari zaman asasi, Deanna. Deanna selalu balik jadi aku selalu tido sorang(lagi best haha) Rumah dekat sangat dengan pagar depan U. Kadang-kadang aku balik jalan je dari kelas sebab bas mcm siput babi lambat nak mati. Walau pun agak jauh (Takdelah jauh sangat kot dalam 20 minit jalan plus bukit-bukit).. So dijadikan cerita, pada suatu hari macam biasa aku habis kelas awal berbanding orang lain (Sebab aku selalu pandai2 fix time table kadang2 sampai rabu je kelas, khamis dah start weekend huhu).. Oh ya housemate aku 4 orang course sama(Accounting), and aku course lain.. Rommate aku Deanna pun course lain.
Jadi aku sampai rumah, kosong. Deanna aku rasa time ni dia balik Kajang. Then yang lain, ada class. Gerak sekali, g kelas sekali, makan sekali balik sekali biasalahkan dorang satu course, satu kelas.. Jadi aku plak balik rasa penat je, masuk bilik, tutup pintu, main phone and zzzzz.. Tertidur! Maybe aku tertidur time tu almost 5 p.m dah kot.. Tido punya tido punya tido..Aku pun mcm tersedar tapi macam yang sedar-sedar ayam camtu.. Tengok sekeliling bilik gelap, so aku aware dah gelap ni.. Aku pun pejam mata lagi (U know the feeling tido petang otak bebal badan lemah) Pejam mata tapi tak lelap sangat,cam mamai la kot? Then terasa ada orang mundar mandir slowly kat hujung kaki.Kat katil la. Bukak mata pun dalam keadaan mamai, bilik gelap.. Nampak dalam gelap tu macam susuk tubuh manusia berdiri tapi gelap je la. Bayangan gelap..Dia sentuh kaki kiri tapi macam cuit je, then dia macam cakap “Bangun, bangun dah pukul 9..”
Aku pun respon “Hmmmmmmmm..” sekadar respon je la. Dalam kepala aku, aku pikir salah sorang housemate la ni.. So takpelah. Mata berat,badan lemah so aku tak dapat nak bangun terus, mata automatic berat (banyak setan skipping atas mata aku bak kata member2 aku hahaha) Tapi dalam mamai lembab tu sempat aku terpikir, apasal dia(housemate) yg kejut aku ni masuk nak kejut aku dalam keadaan tutup pintu? Apasal dia biarkan bilikku diselubungi kegelapan, then aku hanyut tido lagi.
Tak lama lepas tu aku tersedar yang betul-betul tersedar,sedar yang terus rasa nak bangun tu. So bila tersedar aku ambik phone tengok jam. Ehhh pukul 9?? Bukan tadi seseorang datang kejut aku dah pukul 9 ke, asal pukul 9 lagi?? Heran dah disitu. So aku bingkas bangun, capai towel nak gi mandi. Bukak je pintu bilik, ada 4 orang tu tengah melayan TV. Semua pandang aku
“Ehhh kau ada dalam bilik ke??" “Kitorang balik tadi rumah gelap gelita ingat kau takde kat rumah tak balik lagi!” Aku pun hairan lagi. “Aku tertido dari petang.. So korang tak tahu ke aku ada kat dalam?” Aku tanya dorang. Semua geleng muka melopong tengok aku. (Tak tahulah dorang melopong sebab terkejut ngan perangai aku tido dari petang sampai malam dalam gelap atau pun melopong sebab apa)
“Tapi.. Tadi sape kejut aku? Cakap bangun,bangun dah pukul9??” Aku terus tanya lah gila ke aku tau ada orang pegang kaki kiri aku tadi!
“Manade! Kitorang gi dinner terus, balik pun dah 8.30 rumah gelap gelita ingatkan kau keluar gi dating ke apa.. Takde sorang pun gi bukak bilik kau sebab memang ingat takde orang terkunci rapat”
“Serious la, tadi ada orang gi kejut aku suruh bangun siap gitau dah pukul 9 lagi”
Buntang la mata sekor-sekor! Siap pesan “Wehh gi labaca-baca sikit bilik tu! Aku takuttt!”
Aku pun tak cakap apa gi mandi then teruskan kehidupan macam biasa.
(Okay aku namakan dorang as Danny, Al, Iqa and Deeb and 4orang ni pun memang dikenali sebagai penakut pernah sekali ada bomba datang nak bakar sarang tebuan dorang jerit2 dalam rumah ada orang nak bakar rumah. Sekali aku gi intai laa bomba rupanya.. Gila ke apa lol)
Pernah jugak 4 orang tu pegi camping, bawak balik gangguan ke rumah tu 3 hari berturut-turut (Aku tak kena teruk aku just dengar kerusi kena seret padahal kerusi tu betul2 belakang aku, apa lagi aku terus call member ajak lepak mamak sampai 5 pagi baru balik haha). To be honest dorang ni memang jenis terpekik-pekik, gelak tak ingat dunia tak kira kat mana. So aku duk syak sebab tu la ada benda mengikut.
Malam first lepas balik camping, si Danny kena tepuk dahi.Dia tersentak la, terus dia duk ingat Al(roommate dia) tu tido lasak ke mengigau so dia tepis la tangan kat dahi. Sekali dia bukak mata tengok Al tu tido jauh dari dari dia siap berpaling kearah lain lagi tu. Dia dah panic. Trytido balik, pejam mata baca semua ayat.. Then selimut plak kena tarik. Dia cakap dia betul2 sedar tapi dia pilih untuk tak bukak mata, dia takut kalau tertengok apa-apa sebab selimut memang kena tarik.. damn
Malam kedua pun sama sesi tarik menarik selimut. Dia sedar jugak baca apa yang patut tapi kuatkan diri untuk taknak bukak mata. Malam yang sama, aku tido lewat siapkan keje kat depan TV. Sliding door balcony takyah cakap la 24 hours tak pernah tutup! Aku pun gi kat area rak buku, depan pintu bilik master (Bilik Iqa and Deeb) tiba-tiba je pintu bilik dorang slow je macam dibukak dari dalam. Aku pun tunggu je la, sapa nak keluar ni tak tido lagi?(Dorang ni budak pandai pointer semua dean so agak skema la lifestyle tido awal keje siap awal2 tak pun buat kat library so agak pelik kalau tak tido lagi pukul2 pagi) Sekali pintu stop separuh je terbukak, takde sape keluar. Cuak plak,aku terus tutup TV tutup kipas and masuk bilik. Pukul 4 pagi tersedar nak gi toilet je, sekali aku tengok TV tu on! Hello I dah off tadi, bukan guna remote(TV lama remote rosak) aku guna jari je manually tutup. Masalahnya yang bikin seram lagi, TV tu display yang macam dalam cite hantu tu yg kelip2 notransmission tu.. Paham tak? Boleh bayang tak yang jalur-jalur kosong kelabu macam kelip-kelip.. Siot je.. Dalam cuak, hairan and seram, aku berjaya jugak tutup TV tu and kembali ke bilik. Bilik Master tu? Aku biar je terbukak macam tu.
Esok tu macam biasa tak sempat sembang pagi sebab semua kelam kabut gi kelas. Balik tu baru Deeb tanya aku, ada aku masuk bilik or bukak pintu tak sebab malam tu dia tersedar ada bunyi tombol dipulas-pulas and dia tunggu sape nak masuk tapi takde sape masuk. Aku pun bukak cerita aku pulak nampak pintu dibukak dari dalam, aku tunggu je sapa nak keluar.. Eee nasib baik aku tak tunggu lama. Danny plak cerita pasal sesi merebut selimut yang hardcore tapi dia tak bukak mata. Habis Day 2.
Day 3 aku rasa dah hari Khamis. Al and Iqa dah balik. So tinggal kat rumah Deeb, aku and Danny. Deeb pegi tempat akak dia kat UM. Danny keluar so aku sorang kat rumah time tu. Time tu dah almot 12 malam. Depan TV ada kerusi. Aku time tu tengah sibuk kemas something membelakangkan kerusi tu.TV off tak bukak, duk sibuk mengemas.. Sretttt srettt.. Bunyi kerusi belakang macam kena alih or tolak. Aku pun tak tunggu lama lari masuk bilik! Bilik aku tak payah nak bertentang dengan kerusi tu, straight je dari tempat aku mengemas kat rak tu. Ada bunyi kerusi lagiiiiiii.. Lepas tu jugak aku call salah sorangkawan aku ajak gi Mamak, then sempat aku mengintai kat ruang TV.. Nasib takde nampak apa-apa. Kawan aku sampai je, terus aku turun and lepak sampai pagi.Danny plak? Dia balik dah almost 3 pagi. Dia assume aku ada dalam bilik tido,so dia mandi tukar baju semua. Terus bukak bilik aku dengan harapan nak ajak aku tido dengan dia dalam bilik dia, bukak je kosong. Ye la aku kat mamak time tu, batt mati.
Seram sejuk lah dia tapi takde pilihan, duk dalam bilik sorang2. Aku plak dalam pukul 4 lebih balik then terus tido. Bangun subuh tu dia duk bising “Apasal kau takde semalam!! Aku tido sorang2” Eleh dia yang tinggal aku sampai pukul 3 pagi bleh plak aku dari petang duk sorang-sorang. Eee.. Then weekend, then kitorang balik rumah. Balik Ahad tu, dah tak ada benda pelik dah berlaku. Fuhhh Sorry ni je cite zaman study, aku tak duk asrama so takde experience kisah mistik asrama hehe. Oh aku pernah duk hostel zaman asasi tapi takde benda mistik terjadi. So ni je la zaman study aku
|