CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: changa=famri7

"Stacy Semakin Hampir Kearah Dekati Islam" - Akim (#54 update)

[Copy link]
Post time 27-5-2015 04:20 PM | Show all posts
jargon replied at 26-5-2015 09:54 PM
bukan ayh akim x suka ke...btw akim pernah tggalkn ex girl dia yg steady kt jb nun lepas jd retiss.. ...

ler, dah ada steady gf rupanya akim ni seblum msuk af..tak setia la ni







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2015 04:57 PM | Show all posts
changa=famri7 replied at 27-5-2015 02:24 PM
Akim sasar beli rumah sebelum kahwin Stacy
PENAT bermain teka-teki dengan persoalan hubungan antara ...

bagus la tu beli rumah seblum kawin, asal habis bayar dulu...nanti bini plak kena terkinja2 atas pentas nak cari duit tolong bayar loan

eh, akim ni dah ada bisnes sendiri ke selain menyanyi? dulu ada baca story dlm paper dia nak buka bisnes batang buruk, jadi ke?

btw TT, ni petik dari web rotikaya kan?
tergelak baca komen2 kat sinun



Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2015 05:39 PM | Show all posts
doubleA replied at 27-5-2015 02:33 PM
SA & SA tu sape?

saari amri ke?

anak pak amzah dng x bf nya...

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2015 05:41 PM | Show all posts
housequeen replied at 27-5-2015 05:39 PM
anak pak amzah dng x bf nya...

tq noks, tak terpikir tadi, mati2 ingatkan saari amri dgn sape la SA lagi tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2015 05:44 PM | Show all posts
doubleA replied at 27-5-2015 05:41 PM
tq noks, tak terpikir tadi, mati2 ingatkan saari amri dgn sape la SA lagi tu

saari amri ada gossip cinta cenggini ke...?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2015 05:51 PM | Show all posts
housequeen replied at 27-5-2015 05:44 PM
saari amri ada gossip cinta cenggini ke...?

itu la pasal, rasanya takda. gosip yg kata dia weng sikit tu ada la.

tapi mana nak tau kisah2 dulu yg iols taktau ke sebelum2 ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2015 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
NazilaSK replied at 27-5-2015 03:07 PM
asal ada unsur arob kire dah islam abis dah.
teringat bos lama ber anta ente masa meeting. aku na ...

Haha ok kisah ex bos kau lawak.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2015 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Stacy tak nak mengaku apa2 maybe belum bersedia. Nak kena explain kat family lg. Dlm dilema antara nak ikut hati atau otak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2015 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 27-5-2015 05:41 PM
tq noks, tak terpikir tadi, mati2 ingatkan saari amri dgn sape la SA lagi tu

Saari Amri dengan Sharifah Aini pernah bekerjasama buat album di era 90an dulu
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 09:19 AM | Show all posts
semoga di permudahkan..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 10:30 AM | Show all posts
tggu kata stacy lak
akim dlm pic tu nmpk tua
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 10:38 AM | Show all posts
Stacy rimas isu agama


Kuala Lumpur: Penyanyi Stacy berpendirian untuk tidak menghebahkan kepada umum sebarang perkembangan berhubung dakwaan kononnya dia sedang mendalami Islam seperti yang kecoh diperkatakan, kebelakangan ini.

Menurut Stacy, kenyataan kekasihnya penyanyi Akim Ahmad kononnya dia bakal memeluk Islam adalah perkara tidak sahih yang diputarbelitkan daripada kenyataan sebenar.
“Dia (Akim) tidak cakap begitu sebenarnya mengenai isu agama. Bab agama adalah perkara yang sensitif dan ia bukan saja membabitkan saya, tapi keluarga juga.
“Saya tidak gembira dan terkilan apabila kenyataan Akim diputarbelitkan daripada kenyataan sebenar sehingga menimbulkan kekeliruan yang lebih serius,” katanya.

Kontroversi membabitkan Stacy atau Stracie Angie Anam, 25, mengenai isu memeluk Islam tercetus berikutan kenyataan Akim yang diputarbelitkan kononnya penyanyi dari Sabah itu sedang mendalami agama Islam kerana mereka dikatakan bakal berkahwin.

Terdahulu, dalam kenyataan Stacy kepada Harian Metro pada 16 Mei lalu, penyanyi Not For Sale itu kesal apabila gambar seorang perempuan dikatakan dirinya mengucap dua kalimah syahadah di hadapan ustaz dan saksi lain tersebar di media sosial.

Walhal, jelas Stacy ia adalah fitnah dan provokasi sengaja dicetuskan pihak tertentu untuk mencetuskan salah faham.

Provokasi membabitkan isu kononnya Stacy bakal memeluk Islam menjadi bualan sejak Akim membuat pendedahan umum Februari lalu yang mengesahkan mereka menjalin hubungan cinta sejak beberapa tahun lalu.

Mengulas lanjut, Stacy berkata, keterbukaan dirinya dan Akim berkongsi mengenai perkembangan hubungan mereka hanya mencetuskan pelbagai masalah.

“Sebab itu ada baiknya jika saya atau Akim tidak jawab apa-apa lagi mengenai hubungan kami. Cukuplah orang sudah tahu kami berkawan dan hal-hal lain biarlah kami simpan dulu.

“Apapun perkembangan hubungan kami selepas ini tidak kiralah soal saya akan memeluk Islam atau berkahwin pun, rasanya kami tidak mahu hebahkan lagi sebab bimbang timbul kekeliruan begini,” katanya.
Katanya, pelbagai spekulasi keterlaluan khususnya terhadap selebriti sekarang timbul kerana provokasi dan sikap tidak sensitif golongan juara papan kekunci (keyboard warriors) pada masa kini.

“Banyak hal yang berlaku sekarang ini disebabkan sikap pengguna media sosial itu sendiri yang melampau dan tidak sensitif. Mereka sengaja membesar-besarkan dan mereka sesuatu isu sehingga mencetuskan pelbagai salah faham.

“Saya tidak akan ambil apa-apa tindakan buat masa ini walaupun sudah terkena teruk dengan kes memeluk Islam ini, tapi kalau perkara begini berulang dan lebih melampau, saya tidak teragak-agak bertindak,” katanya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/53992#sthash.qPRDJ0Zl.dpuf


Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 11:57 AM | Show all posts
wow...kekadang kesian jd artis ni..diam pun diputarbelitkan..buka mulut pun diputarbelitkan juga..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Insya Allah...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dia nk msk islam pun, nape nk rahsiakan? Mcm x nak je.kang akim jd asmirandah versi jantan plak.siap nyanyi yesus ke hulu yesus ke hilir.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 12:37 PM | Show all posts

akan ku tunggu cerita selanjutnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2015 12:53 PM | Show all posts
reenaz replied at 26-5-2015 11:17 AM
kannn..aritu siap naik angin bila orang cakap dia dah masuk Islam kan

aah tu la. bile die naik angin siap ckp nak saman bagai tu, nmpk sgt hati die xde pon nk dkt islam. akim ni konfiden sgt je. aku tgk si akim ni je yg mcm dah cinta mati kt stacy. si stacy ni plak mcm separuh2 hati je. mebi die just play along je sbb x smp ati dgn kesungguhan & kesetiaan akim ni kot. mase akim announce yg dia cintakan stacy pon stacy pny respon pastu mcm ala2 je. haaiiii la akim.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 01:00 PM | Show all posts
enchikfitz replied at 26-5-2015 11:40 PM
Akim mmg ada gf kat jb tu. Tapi dia x la break dgn gf dia lepas AF. Dia break sekitar 2011 mcm tu. ...

ex gf die tu mcm mane orgnye? cantik x? muslimah ke or free hair pesen2 mcm stacy? mane cantik ngn stacy? bdk melayu ke? nape la drg putus gaknye ek....sbb stacy ke? huhuh
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian pulak dgn kisah cinta mcm ni.. terhalang sbb perbezaan agama.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 01:57 PM | Show all posts

Kan dah cakap. Benda2 mcm ni la buat kalut. Akim sila jangan buat statement2 bimbo pasal hubungan korang. Kalau ada jodoh korang kawen le. Jangan asyik duk pukul canang sana sini. Kalau x jadi, malu semalaya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.042743 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list