CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mnm77

Semua masuk Syurga kecuali mereka yang Enggan

[Copy link]
Post time 11-5-2015 06:34 PM | Show all posts
salam

moga d'jauhi pendapat
  • Mu’tazilah,
  • Qadariah, dan
  • Jahmiah ..

sebagai ASWJ ..
wajib akhirat ada
  • syurga dan
  • neraka  ..

Dari Muadz bin Jabal Radhiallahu ‘Anhu,
bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:
من كان آخر كلامه لا إله إلا اللّه دخل الجنة
"Man kana akhiru kalamihi لا إله إلا اللّه dakhalal jannah"
“Barang siapa yang akhir ucapannya adalah لا إله إلا اللّه,
dia akan masuk syurga.”
(HR. Abu Daud No. 3116. Al Hakim No. 1299,
katanya: shahihul isnad (sanadnya shahih).
Syaikh Al Albani juga menshahihkan dalam Shahih Sunan Abi Daud, 3/190/3116)

Maksud ‘akhir ucapannya’ dalam hadits ini adalah ucapan menjelang kematian.
Imam Abu Daud meletakkan hadits ini dalam Bab At Talqin.
Sebagaimana kita ketahui bahwa d'sunahkan bagi orang yang sehat
untuk mentalqinkan orang yang sedang naza’ (sakaratul maut),
dan itu sebagai bimbingan baginya,
agar akhir ucapannya adalah kalimat tauhid.

nah .. adakah tidak ada seorang insan yang akhir kalam sebegini ..
maka jawaban nya adalah ia .. mustahil

maka syurga dan neraka sudah ada penghuni ..
berdasarkan hadith d'atas ..


wassalam


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2015 06:42 PM | Show all posts
mnm77 replied at 9-5-2015 03:43 PM
Bumi itu Syurga?

Bumi itu Neraka?
Mana BUKTINYA? Yang atas tu semua ANDAIAN KOSONG tanpa bukti!

Kamu nak kata Syurga Neraka semuanya di BUMI?
hmm..terpulang nak percaya atau tidak...tiada paksaan dalam agama...tapi itulah konsepnya....
komen komen sebelum telah dijelaskan sedikit sebanyak...

Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan Syurga yang luasnya seluas langit (samawaat: banyak/jamak bagi langit) dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa
(Aali 'Imran, 133)


Ayat tu jelas sebut perbandingan LUAS SYURGA, bukan luas keampunan. Bersegera kepada KEAMPUNAN, dan bersegera kepada Syurga.
jawapan kan ada dua disitu...kenapa pilih jawapan yang mudah dijawab saja...cuba fahamkan dulu betul betul

luas keampunan dan syurga adalah seperti langit dan bumi...1)ada luas yang ditentukan / 2) ada batas keampunan (seperti mana ayat selagi ada langit dan bumi...) ada waktu yang ditentukan..

Dan di bumi ini terdapat bahagian-bahagian (tanah) yang berdampingan (berdekatan), dan jannaat (taman-taman) anggur, tanaman-tanaman dan pohon korma yang bercabang dan yang tidak bercabang, disirami dengan air yang sama. Kami melebihkan sebahagian tanam-tanaman itu atas sebahagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.
(Ar-Ra'd, 4)
kalau konsep syurga itu dibumi kan selesai masalah...xde timbul kekusutan...hehe


Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 06:47 PM | Show all posts
Edited by zek007 at 11-5-2015 06:48 PM

bila mati hati...

pastilah kita akan berjumpa dengan kerajaan tuhan... (sistem tuhan)

yang memenangkan sistem tuhan itu pastilah rasul rasulnya..

dan bila rasul diutus pastilah masyarakat manusia ketika itu dalam jahiliyah..

itu semua adalah sunnatullah yang ada diceritakan dalam al quran...

tinggal lagi nak percaya atau tidak..

al quran bukan cerita cerita dongeng / khayalan yang hanya layak untuk dimusabaqahkan atau ditilawahkan (pertandingan/disyairkan)

iqra -disuruh membaca...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 07:12 PM | Show all posts
Edited by NorAddin at 11-5-2015 07:13 PM
hantukiller replied at 8-5-2015 11:23 AM
Terimakasih, jawapan yang baik, tiada yang kekal selain DIA,  Dan yang ada disisinya

Cuma akan  ...

salam

Cuma akan ada persoalan, kalau semuanya binasa, yg tinggal hanya Dzat Allah, adakah bermaksud balasan pada manusia yg Allah beritau kekal selama lamanya tu hanya dusta???
pada pandangan saya yang dhaifa .. tidak !
إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُخۡلِفُ ٱلۡمِيعَادَ
Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya


Allah Taala tiada mengambil suatu kainat d'atas ketaatan seorang hamba
dan jugak segala amalan seorang hamba ..
baik d'balas baik
jahat d'balas jahat


wassalam



Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 07:35 PM | Show all posts

salam

"Dan janganlah engkau menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah. Tiada Tuhan melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan  Allah. BagiNyalah kuasa memutuskan segala hukum dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan (untuk dihitung amal masing-masing dan menerima balasan)."Al Qashash 88


Bilakah kebinasaan ini terjadi, semasa kiamat??? atau?????akhirat????
akhirat .. fana' .. hancur
qiamat .. baqa' .. kekal
كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ
Semua yang ada di bumi itu akan binasa
وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ
Dan tetap kekal Dzat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan

hari qiamat .. hari penghisaban
اول مايحاسب عليه العبد يوم القيامة الصلاة
amal pertama yang d'hisab dari seorang hamba pada hari qiamat adalah sembahyang ..

hari akhirat .. hari pembalasan
  • syurga atau
  • neraka

wassalam


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2015 10:27 AM | Show all posts
Edited by mnm77 at 12-5-2015 11:16 AM
zek007 replied at 11-5-2015 06:42 PM
hmm..terpulang nak percaya atau tidak...tiada paksaan dalam agama...tapi itulah konsepnya....
kom ...

Ye terupulang lah pada saudara untuk berpegang kepada konsep andaian saudara itu. Kalau saudara ada bukti dari Al-Quran itu sendiri sila lampirkan penjelasan tentang JANNAAT dari 3 ayat yang saya dah berikan, bagaimana saudara boleh kata konsepnya Syurga Neraka itu di bumi.

jawapan kan ada dua disitu...kenapa pilih jawapan yang mudah dijawab saja...cuba fahamkan dulu betul betul

luas keampunan dan syurga adalah seperti langit dan bumi...1)ada luas yang ditentukan / 2) ada batas keampunan (seperti mana ayat selagi ada langit dan bumi...) ada waktu yang ditentukan..

Saudara masih timbulkan kekeliruan tentang keluasan yang dimaksudkan dari ayat tersebut. Cuba saudara letak teks Arabnya, dan berikan terjemahan saudara dari ayat itu.

kalau konsep syurga itu dibumi kan selesai masalah...xde timbul kekusutan...hehe

Saudara dah timbulkan banyak kekususutan bila buat konsep macam tu. Antara kekusutannya saudara buat kefahaman baru kononnya Bumi itu Syurga, bumi itu Neraka, TANPA BUKTI. Ini bercanggah dengan ayat-ayat Al-Quran sendiri, contohnya 3 ayat yang saya dah beri sebelum ini, belum termasuk banyak ayat yang lain lagi....



Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-5-2015 11:06 AM | Show all posts
Edited by mnm77 at 12-5-2015 11:15 AM

Salam

"Dan janganlah engkau menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah. Tiada Tuhan melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan  Allah. BagiNyalah kuasa memutuskan segala hukum dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan (untuk dihitung amal masing-masing dan menerima balasan)."Al Qashash 88


Bilakah kebinasaan ini terjadi, semasa kiamat??? atau?????akhirat????

Kebinasaan terjadi semasa Kiamat. Bumi matahari bulan bintang langit semua akan binasa... kemudian Neraka dinyalakan dan Syurga didekatkan.

Surah At-Takwir

Apabila matahari digulung, (1)
dan apabila bintang-bintang berjatuhan, (2)

dan apabila gunung-gunung dihancurkan, (3)

dan apabila unta-unta yang bunting ditinggalkan [tidak dipedulikan], (4)
dan apabila binatang-binatang liar dikumpulkan, (5)
dan apabila lautan dipanaskan, (6)
dan apabila ruh-ruh dipertemukan [dengan tubuh], (7)
apabila bayi-bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya, (8)
kerana dosa apakah dia dibunuh, (9)

dan apabila catatan-catatan [amal perbuatan manusia] dibuka, (10)

dan apabila langit dilenyapkan, (11)
dan apabila neraka Jahim dinyalakan, (12)
dan apabila Syurga didekatkan, (13)

maka tiap-tiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakannya. (14)
Sungguh, Aku bersumpah dengan bintang-bintang, (15)

yang beredar dan terbenam, (16)

demi malam apabila telah hampir meninggalkan gelapnya, (17)

dan demi subuh apabila fajarnya mula menyingsing, (18)
sesungguhnya Al Quran itu benar-benar firman [Allah yang dibawa oleh] utusan yang mulia [Jibril], (19)
yang mempunyai kekuatan, yang mempunyai kedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai ’Arsy, (20)

yang ditaati di sana [di alam malaikat] lagi dipercayai. (21)

Dan temanmu [Muhammad] itu bukanlah sekali-kali orang yang gila. (22)

Dan sesungguhnya Muhammad itu melihat Jibril di ufuk yang terang. (23)

Dan Dia [Muhammad] bukanlah seorang yang bakhil untuk menerangkan yang ghaib. (24)

Dan Al Quran itu bukanlah perkataan syaitan yang terkutuk, (25)
ke manakah kamu akan pergi? (26)
Al Qur’an itu tiada lain hanyalah peringatan bagi semesta alam, (27)
[iaitu] bagi siapa di antara kamu yang mau menempuh jalan yang lurus. (28)
Dan kamu tidak dapat menghendaki [menempuh jalan itu] kecuali apabila dikehendaki Allah, Tuhan semesta alam. (29)

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2015 11:25 AM | Show all posts
Edited by zek007 at 12-5-2015 11:26 AM
mnm77 replied at 12-5-2015 10:27 AM
Ye terupulang lah pada saudara untuk berpegang kepada konsep andaian saudara itu. Kalau saudara ad ...
Ye terupulang lah pada saudara untuk berpegang kepada konsep andaian saudara itu. Kalau saudara ada bukti dari Al-Quran itu sendiri sila lampirkan penjelasan tentang JANNAAT dari 3 ayat yang saya dah berikan, bagaimana saudara boleh kata konsepnya Syurga Neraka itu di bumi.

ketiga tiga ayat tu kalau kita faham bahawa syurga yang nak kita tegakkan itu (sistem tuhan) adalah dibumi maka mudahlah kita memahaminya...bukan syurga sekejap dibumi sekejap di tempat lain (alam kayangan) spt yang manusia bayangkan..
Saudara masih timbulkan kekeliruan tentang keluasan yang dimaksudkan dari ayat tersebut. Cuba saudara letak teks Arabnya, dan berikan terjemahan saudara dari ayat itu.

Sudah dijelaskan..

Saudara dah timbulkan banyak kekususutan bila buat konsep macam tu. Antara kekusutannya saudara buat kefahaman baru kononnya Bumi itu Syurga, bumi itu Neraka, TANPA BUKTI. Ini bercanggah dengan ayat-ayat Al-Quran sendiri, contohnya 3 ayat yang saya dah beri sebelum ini.

xde yang bercangggah...syurga tu sebenarnya dibumi bila kerajaan tuhan tertegak...bila sistem syaitan yang memerintah maka spt nerakalah bumini...

contohnya umat islam hari ni menjadi sangat lemah dan hina di muka bumi kerana x mahu ikut kitabullah..sbb tu kedudukan mereka dalam tingkatan bawah neraka (jahannam) (munafik)sbb mereka hanya berpura pura hendakkan islam tapi pengamalan tidak berlandaskan "islam" sebenar...

memang susah nak faham dan terima jika selama ini telah didoktrinasikan dgn fahaman agamawan yang memecah belah...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2015 12:18 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2015 12:21 PM | Show all posts
Syurga dan neraka telah ujud, dan masih ujud, serta akan terus ujud atau kekal ujud.

Syurga dunia pun ada, neraka dunia pun ada.



Tapi dimana syurga dan neraka tu sekarang ni????? walhal Rasul telah ditunjuki?????? bolehkah kita meninjau ninjaunya????



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2015 12:41 PM | Show all posts
Edited by mnm77 at 12-5-2015 12:54 PM
zek007 replied at 12-5-2015 11:25 AM
ketiga tiga ayat tu kalau kita faham bahawa syurga yang nak kita tegakkan itu (sistem tuhan) adalah dibumi maka mudahlah kita memahaminya...bukan syurga sekejap dibumi sekejap di tempat lain (alam kayangan) spt yang manusia bayangkan..

Kamu bermodalkan salah faham ayat itu, sambil tidak mengemukakan bukti ayat-ayat yang menyokong hujjah kamu.

Apa buktinya Syurga dan Neraka tu di bumi? Apa buktinya TIADA Syurga & Neraka setelah bumi dan langit dimusnahkan? Ayat ke berapa, surah apa?

xde yang bercangggah...syurga tu sebenarnya dibumi bila kerajaan tuhan tertegak...bila sistem syaitan yang memerintah maka spt nerakalah bumini...

Itu andaian permisalan semata-mata. Kalau nak kata 'syurga dunia' dan 'neraka dunia' sebagai permisalan kehidupan di dunia, itu tak menjadi isu aqidah kerana memang ia tidak kekal.

Kalau MENAFIKAN Syurga dan Neraka di alam akhirat, dah tergelincir aqidah.

Adakah kamu MENAFIKAN adanya Syurga setelah langit dan bumi dimusnahkan?

Surah At-Takwir
dan apabila langit dilenyapkan, (11)
dan apabila neraka Jahim dinyalakan, (12)
dan apabila Syurga didekatkan, (13)


Sila jelaskan apa yang kamu faham dari terjemahan ayat di atas?

contohnya umat islam hari ni menjadi sangat lemah dan hina di muka bumi kerana x mahu ikut kitabullah..sbb tu kedudukan mereka dalam tingkatan bawah neraka (jahannam) (munafik)sbb mereka hanya berpura pura hendakkan islam tapi pengamalan tidak berlandaskan "islam" sebenar...

memang susah nak faham dan terima jika selama ini telah didoktrinasikan dgn fahaman agamawan yang memecah belah...

Yang saya beri itulah dari kitabullah. Kemudian kamu salahkan doktrin agamawan tanpa membawa bukti dari kitabullah tentang kononnya syurga dan neraka tu hanya pada satu tempat di bumi.

Kalau saya nak buat seperti kamu, saya pun boleh tuduh kamu bawa doktrin kefahaman yang menyeleweng yang memecah-belahkan umat.

Apa gunanya menyeru kepada kitabullah dan hanya pandai tuduh orang lain tetapi diri sendiri tak dapat bawa bukti dari kitabullah itu sendiri?


Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2015 02:12 PM | Show all posts
mnm77 replied at 12-5-2015 12:41 PM
Kamu bermodalkan salah faham ayat itu, sambil tidak mengemukakan bukti ayat-ayat yang menyokong hu ...

Sepatutnya @zek007 jelaskan dan cerita serba sedikit asal usul ilmu yang dia sedang sampaikan dalam thread ini.


Kalau diterangkan mungkin senang lah nak faham.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2015 03:18 AM | Show all posts
ibnur replied at 12-5-2015 02:12 PM
Sepatutnya @zek007 jelaskan dan cerita serba sedikit asal usul ilmu yang dia sedang sampaikan dala ...

semua yang diperjelaskan ada dalam al quran kalau difungsikan dan dibaca berulang ulang serta difahamkan...

tuhan tidak ciptakan segala apa yang ada dilangit dn dibumi dengan sia sia...semuanya ada tanda bagi org org yang berfikir...

mengapa tuhan jadikan malam dan siang silih berganti dn sebagainya..

jika hanya faham ayat secara permukaan / tersurat maka tidak akan menggenapi ayat ini...

Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah.  

(  سورة الذاريات  , Adh-Dhariyat, Chapter #51, Verse #49)




Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2015 03:30 AM | Show all posts
mnm77 replied at 12-5-2015 12:41 PM
Kamu bermodalkan salah faham ayat itu, sambil tidak mengemukakan bukti ayat-ayat yang menyokong hu ...

jalan yang lurus / titian sirat tu ada dimana?

hidup di dunia bagai ahli neraka ada cita cita nak masuk syurga?

mana dulu yang perlu diberi penekanan / keutamaan syurga disini atau disana?

Dan bagi orang yang takut akan saat menghadap Tuhannya ada dua surga  

(  سورة الرحمن  , Ar-Rahman, Chapter #55, Verse #46)


Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka.  

(  سورة النساء  , An-Nisa, Chapter #4, Verse #120)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2015 08:14 AM | Show all posts
Edited by mnm77 at 15-5-2015 08:31 AM
zek007 replied at 15-5-2015 03:30 AM
jalan yang lurus / titian sirat tu ada dimana

Jalan yang Lurus (Sirat Al-Mustaqim) ialah Hidayah dalam Agama Islam. Di mana? Semasa hidup di dunia.

'Titian Sirat' pula bukannya 'Sirat Al-Mustaqim'. Titian ini di akhirat.  

hidup di dunia bagai ahli neraka ada cita cita nak masuk syurga?

Kalau jadikan hawa nafsu sebagai tuhan, kalau syirikkan Allah, kalau engkar pada Allah, kalau putar belit ayat Allah.... ini antara contoh hidup di dunia BAGAI AHLI NERAKA

mana dulu yang perlu diberi penekanan / keutamaan syurga disini atau disana?

Di dunia TIADA 'syurga kekal'... di dunia ada tempat yang ada taman-taman yang mengalir sungai dan ada buah-buahan, sebagai bayangan syurga akhirat yang jauh lebih sempurna dan kekal.

Di akhirat baru Syurga kekal. Bukan setakat 2 Syurga kekal di akhirat untuk setiap orang yang memasukinya, bahkan lebih dari itu. Yang mana yang UTAMA?

Fikirkanlah... yang kekal atau yang fana (musnah)!

Dan bagi orang yang takut akan saat menghadap Tuhannya ada dua surga  

(  سورة الرحمن  , Ar-Rahman, Chapter #55, Verse #46)

Bukan setakat 2 Syurga sahaja, BAHKAN ada tambahan 2 lagi Syurga...Bacalah lagi pasal 2 Syurga yang mula itu dan tambahan 2 Syurga lagi...

Di manakah 4 Syurga itu yang dalamnya terdapat BIDADARI YANG TAK PERNAH DISENTUH MANUSIA MAHUPUN JIN?

Adakah kamu masih nak sebarkan fahaman kamu kononnya Syurga itu di dunia? Bacalah dengan HATI YANG TENANG AKAN AYAT-AYAT ALLAH

Oleh kerana kamu ambil terjemahan INDON sebagai rujukan terjemahan kamu, maka saya ambil SAMBUNGAN terjemahan INDON juga:

Surah Ar-Rahman:
Dan bagi orang yang takut akan saat menghadap Tuhannya ada dua surga  (46)
Maka ni’mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?, (47)

kedua surga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan. (48)
[
Maka ni’mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (49)
Di dalam kedua surga itu ada dua buah mata air yang mengalir. (50)
Maka ni’mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (51)
Di dalam kedua surga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan. (52)

Maka ni’mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (53)

Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutra. Dan buah-buahan kedua surga itu dapat [dipetik] dari dekat. (54)

Maka ni’mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (55)

Di dalam surga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka [penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka] dan tidak pula oleh jin. (56)

Maka ni’mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (57)

Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan. (58)
Maka ni’mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (59)
Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan [pula]. (60)
Maka ni’mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (61)

Dan selain dari dua surga itu ada dua surga lagi. (62)

Maka ni’mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?, (63)
kedua surga itu [kelihatan] hijau tua warnanya. (64)
Maka ni’mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (65)
Di dalam kedua surga itu ada dua mata air yang memancar. (66)
Maka ni’mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (67)

Di dalam keduanya ada [macam-macam] buah-buahan dan kurma serta delima. (68)

Maka ni’mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (69)

Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik. (70)

Maka ni’mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (71)

[Bidadari-bidadari] yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah. (72)

Maka ni’mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (73)

Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka [penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka] dan tidak pula oleh jin. (74)

Maka ni’mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (75)
Mereka bertelekan pada bantal-bantal yang hijau dan permadani-permadani yang indah. (76)
Maka ni’mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (77)

Maha Agung nama Tuhanmu Yang Mempunyai kebesaran dan karunia. (78)


Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka.  

(  سورة النساء  , An-Nisa, Chapter #4, Verse #120)

Tipu daya Syaitan termasuklah membawa kepercayaan kononnya syurga hanya di dunia.... supaya manusia kufur kepada ayat Allah... lalu jadilah seperti Syaitan jua kufur kepada perintah Allah

WAllahu a'lam

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2015 08:24 AM | Show all posts
Edited by mnm77 at 15-5-2015 08:27 AM
ibnur replied at 12-5-2015 02:12 PM
Sepatutnya @zek007 jelaskan dan cerita serba sedikit asal usul ilmu yang dia sedang sampaikan dala ...

Dah tanya kaedah yang dia pakai, tapi tak dijawab...

Nampaknya kaedah yang dia bawa persis seperti golongan 'quranist' atau golongan yang tolak (sebahagian besar) hadith, berdasarkan kefahaman bacaan dari terjemahan Al-Quran semata-mata, tanpa mahu ambil tahu bahasa Arab dan menolak tafsir Al-Quran yang dianggap sebagai pendapat Ulama..

Dulu ada golongan anti hadith yang guna terjemahan Lane's concordance...  saudara zek007 setakat ni guna terjemahan literal INDON semata-mata.

Terjemahan Indon 'surga' yang dia ambil tu dia pukul rata semuanya dia anggap tempat syurga di dunia. Sebabnya terjemahan indon 'jannaat' diterjemah surga-surga walaupun konteks di dunia, sebaliknya dalam Bahasa Melayu diterjemah 'taman-taman' atau 'kebun-kebun' bila merujuk konteks di dunia. Dalam Bahasa Melayu, 'jannaat' dalam konteks di akhirat diterjemahkan Taman-Taman Syurga.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2015 08:47 AM | Show all posts
mnm77 replied at 15-5-2015 08:14 AM
Jalan yang Lurus (Sirat Al-Mustaqim) ialah Hidayah dalam Agama Islam. Di mana? Semasa hidup di dun ...
Jalan yang Lurus (Sirat Al-Mustaqim) ialah Hidayah dalam Agama Islam. Di mana? Semasa hidup di dunia.

'Titian Sirat' pula bukannya 'Sirat Al-Mustaqim'. Titian ini di akhirat.  
Jalan yang lurus ialah jalan orang orang yang ditunjuki...

dan pasti kami tunjuki mereka kepada jalan yang lurus.  


(  سورة النساء  , An-Nisa, Chapter #4, Verse #68)

itulah jalan yang diwarisi / dipusakai para rasul..
yaitu orang orang yang telah mendapat nikmat (kemenangan)

aitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


(  سورة الفاتحة  , Al-Fatiha, Chapter #1, Verse #7)


Kalau jadikan hawa nafsu sebagai tuhan, kalau syirikkan Allah, kalau engkar pada Allah, kalau putar belit ayat Allah.... ini antara contoh hidup di dunia BAGAI AHLI NERAKA
orang yang jadikan hawa nafsu (fikiran) sendiri yang mensyirikkan ALLAH apakah ia?

yaitu orang-orang yang memecah belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka.  


(  سورة الروم  , Ar-Room, Chapter #30, Verse #32)

Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan 'Isa yaitu: Tegakkanlah agama (sistem tuhan) dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang MUSYRIK agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali (kepada-Nya).  


(  سورة الشورى  , Ash-Shura, Chapter #42, Verse #13)

ITULAH ORANG ORANG YANG BERPECAH KEPADA PELBAGAI MAZHAB DAN SEKT...

Di dunia TIADA 'syurga kekal'... di dunia ada tempat yang ada taman-taman yang mengalir sungai dan ada buah-buahan, sebagai bayangan syurga akhirat yang jauh lebih sempurna dan kekal.

Di akhirat baru Syurga kekal. Ada 2 Syurga kekal di akhirat untuk setiap orang yang memasukinya. Yang mana yang UTAMA? Fikirkanlah... yang kekal atau yang fana (musnah)!
telah diperjelaskan melalui ayat sebelum ini...

yang dimaksudkan "kekal" selagi selagi ada langit dan bumi..(Selagi sistem tuhan tertegak)

kalau x dapat masuk syurga yang dibumi, (bila sistem tuhan tertegak)
kalau x tegakkan syurga dibumi, ada harapan ke masuk syurga sana?

atau sekadar berangan angan dan bersangka sangka?

kalau x ikut cara rasul menangkan agama (sistem tuhan) adakah dikira berguna amalan amalannya?

hmm? cuba cari jawapannya dalam al quran...

JADI YANG MANAKAH LEBIH UTAMA?...

Bukan setakat 2 Syurga sahaja, BAHKAN ada tambahan 2 lagi Syurga...Bacalah lagi pasal 2 Syurga yang mula itu dan tambahan 2 Syurga lagi...

Di manakah 4 Syurga itu yang dalamnya terdapat BIDADARI YANG TAK PERNAH DISENTUH MANUSIA MAHUPUN JIN?

Adakah kamu masih nak sebarkan fahaman kamu kononnya Syurga itu di dunia? Bacalah dengan HATI YANG TENANG AKAN AYAT-AYAT ALLAH

Oleh kerana kamu ambil terjemahan INDON sebagai rujukan terjemahan kamu, maka saya ambil SAMBUNGAN terjemahan INDON juga:

sy pon tahu ada 2 syurga lagi...sekadar nak menerangkan bahawa kalau xde syurga disini maka xdelah syurga disana...jangan bersangka sangka ye nk dapat syurga...kalau x mahu ikut jalannya rasul..

salam...



Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2015 03:12 PM | Show all posts
mana pergi r1122????dah pergi berperang sama yoda ke?

zek007, kamnu ni abangcute ke? yg satu ketika dulu penuh dgn ayat2 ancaman dan sumpah seranah readers?
sekadar bertanya saja....
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2015 08:02 PM | Show all posts
rantaikendoq replied at 15-5-2015 03:12 PM
mana pergi r1122????dah pergi berperang sama yoda ke?

zek007, kamnu ni abangcute ke? yg satu ...

siapa abg cute?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2015 07:31 AM | Show all posts

adakah dengan ini bermakna kamu menafi diri kamu sbg abangcute?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.068019 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list