CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7881|Reply: 75

[Tempatan] Najib Perjelas Rasional Lebuh Raya Pan Borneo Tak Dikenakan Tol

[Copy link]
Post time 31-3-2015 01:36 PM | Show all posts |Read mode
Edited by ib-instaforex at 31-3-2015 01:37 PM


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melawat pameran pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak selepas merasmikan majlis pelancarannya dekat sini hari ini. - Foto BERNAMA

BINTULU – Kerajaan persekutuan memberi jaminan Lebuhraya Pan Borneo tidak akan dikenakan tol kerana ia adalah laluan utama pengguna jalan raya kedua-dua negeri Sarawak dan Sabah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata berbeza dengan di Semenanjung yang lebuh rayanya dikenakan tol, kerana ada laluan alternatif disediakan, iaitu jalan yang dibina oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) yang boleh digunakan oleh pengguna jalan raya.

“Lebuhraya Pan Borneo ialah laluan utama, tidak ada jalan alternatif, ini perlu diperjelaskan kenapa tol tidak dikenakan di sini. Di Semenanjung, laluan utama ialah lebuh raya utara selatan yang ada juga jalan alternatif,” katanya semasa merasmikan fasa pertama projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak bernilai RM13 bilion di sini hari ini.

Najib berkata di Semenanjung, pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan laluan utama yang dikenakan tol untuk cepat sampai ke destinasi tertentu, atau memilih jalan alternatif yang mungkin jauh jaraknya.

Beliau berkata fasa seterusnya projek lebuh raya ini akan dilaksanakan pada tahun ini juga dengan pelancaran dijangka pada bulan September.

Perdana menteri berkata apabila siapnya projek lebuh raya ini nanti ia bukan sahaja menambah baik infrastruktur Sarawak, tetapi membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada semua rakyat di negeri ini.

Beliau menafikan projek Lebuhraya Pan Borneo ialah projek mega yang membazirkan wang rakyat kerana projek itu bakal membawa faedah jangka panjang penduduk negeri ini.

Dibina dengan kos keseluruhan RM27 bilion, projek Lebuhraya Pan Borneo akan melibatkan pembinaan dan penambahbaikan jalan raya sepanjang 1,663 km dari Sarawak ke Sabah iaitu 936 km jalan di Sarawak dan 727 km untuk Sabah.

Bagi Sarawak, skop pelaksanaan projek kali ini ialah pembinaan jalan 919 km untuk pembangunan jalan satu lorong dari Tanjung Datu ke Sematan dan pembinaan jalan dua lorong dari Sematan ke Merapok.

Pembinaan secara rasmi bermula di Sarawak pada hari ini dengan fasa pertama bermula untuk jalan sepanjang 43 km Nyabau ke Bakun yang dijangka siap penghujung 2017 diikuti jalan Tanjung Datu-Sematan-Miri-Limbang-Lawas dengan tempoh semua projek siap dijangka dalam masa lapan tahun iaitu pertengahan 2023.

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem yang turut berucap berkata perundingan dengan konsesi tol di Kuching, Sibu dan Miri masih belum membuat sebarang keputusan sama ada hendak menurun atau menghapuskan kutipan tol bagi ketiga-tiga syarikat berkenaan.

“Kalau boleh tol dihapuskan, tapi ini belum diputuskan, kita mahu meringankan beban pengguna jalan raya yang terpaksa membayar cukai jalan dan mengurangkan kos sara hidup,” katanya.

Beliau berkata tindakan kerajaan persekutuan tidak mengenakan tol ke atas Lebuhraya Pan Borneo adalah keputusan tepat memandangkan ia akan menjadi laluan penting bagi penduduk Sarawak untuk tujuan ekonomi dan sosial.

Beliau berkata pembinaan Lebuhraya Pan Borneo adalah bukti kukuh komitmen kerajaan persekutuan menunaikan janji seperti yang termaktub dalam manifesto Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa, menteri kabinet persekutuan dan negeri, ketua jabatan dan ketua kaum di sini. – BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2015 01:47 PM | Show all posts
betul ke takde jalan alternatif hubungkan sabah sarawak?..org borneo komen
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 01:50 PM | Show all posts
skg takde tol la....dah siap kang ada la tol..tak dapat dielakkan katanya....
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 01:53 PM | Show all posts
kecimpret replied at 31-3-2015 01:47 PM
betul ke takde jalan alternatif hubungkan sabah sarawak?..org borneo komen

Ada tu memang la ada, tapi hutan, ko naik 4WD boleh lar, naik myvi? Tinggal je la kerete tu dalam hutan.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 01:56 PM | Show all posts
dinamokiev replied at 31-3-2015 01:53 PM
Ada tu memang la ada, tapi hutan, ko naik 4WD boleh lar, naik myvi? Tinggal je la kerete tu dalam  ...

wakaka..x sangka plak aku takde jalan proper hubung sabah-sarawak..dah lebih 50 tahun merdeka weyyyy
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 01:59 PM | Show all posts
kecimpret replied at 31-3-2015 01:47 PM
betul ke takde jalan alternatif hubungkan sabah sarawak?..org borneo komen

Memang takde @kecimpret..

Ni jalan alternatif yg pertama..


Before this, ada jalan yg perlu melalui Brunei dulu..


Miri - Brunei - Limbang - Sabah


Jadi, perlu ada passport la utk melalui Brunei ni. dgn adanya jalan ni, maybe more better kot sbb xpyh guna passport lagi.


Just that hopefully jalan Pan-Borneo ni betul2 dlm condition yg ok (bukan yg cepat berlubang punya)..


Cuma mungkin kurang sesuai dpanggil lebuhraya sbb jalanraya yg kecik je..


Apa2 pun, bersyukur jugak la.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2015 02:00 PM | Show all posts
kecimpret replied at 31-3-2015 01:56 PM
wakaka..x sangka plak aku takde jalan proper hubung sabah-sarawak..dah lebih 50 tahun merdeka weyy ...

skrg br nak bg yg munteri ckp dah siap dulu refer pd apa? btw busuk2 pun syukur la sabah sarawak duk dlm msia... klau join yindon haru la....hbis reta diratah jawa tanpa belas ikhsan...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 02:01 PM | Show all posts
dah punya lama baru nak ada jalan yang mudah untuk berhubung dari setiap kawasan.... kesian rakyat sana, huhu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2015 02:01 PM | Show all posts
bolehlah road trip dr tawau ke kuching pas ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 02:02 PM | Show all posts
Edited by Simunggu at 31-3-2015 02:05 PM
kecimpret replied at 31-3-2015 01:47 PM
betul ke takde jalan alternatif hubungkan sabah sarawak?..org borneo komen

kalau jalan darat..satu ini ja lah....

di sabah banyak jalan 1 ja...cuma jalan keutara..tuaran..dah bertambah banyak...tapi keselatan..papar/membakut/beaufort...jalannya hanya 1 dari zaman BERJAYA sampai skg.......org sabah masih boleh senyum..ketawa.....sbb org belah selatan majority melayu brunei penyokong kuat UNSO/UMNO dari zaman british...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 02:04 PM | Show all posts
missdara replied at 31-3-2015 01:59 PM
Memang takde @kecimpret..

Ni jalan alternatif yg pertama..

jalan tu musti turun naik punya kan.... lpt trg pun makan 10 tahun kot nak siap.... hope siap..... n klau pusat mungkir janji sila undi pembangkang....
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 02:07 PM | Show all posts
mujurlah peribumi di sabah dan sarawak
tak tersalah pilih pakatan haprak masa PRU

kalo tak usahkan lebuh raya PAN borneo,

kuali @ frying PAN kat umah masing2
pun silap2 tak berasap
dikencing dek pembangang



Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 02:07 PM | Show all posts
dino replied at 31-3-2015 02:00 PM
skrg br nak bg  yg munteri ckp dah siap dulu refer pd apa?  btw busuk2 pun syukur la sabah  ...

kalo swk dalam indon agak2 byk lagi jalan penghubung..

tu tak termasuk jalan tikus lagi tu
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 02:11 PM | Show all posts
leylapple replied at 31-3-2015 02:07 PM
kalo swk dalam indon agak2 byk lagi jalan penghubung..

tu tak termasuk jalan tikus lagi tu

kalo mak ko ka
nenek ko ka bawak hasil hutan
ka sungai ka manuk ka, atas kareta ka motor
ka jalan kaki ka,

tak kan nak kenakan tol jugak

sik logik

itu juga antara sebab lebuh raya
baharu ini tak bertol sebab ia
sangat basic untuk kedua2 buah
negeri
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 02:12 PM | Show all posts
d'zeck replied at 31-3-2015 02:07 PM
mujurlah peribumi di sabah dan sarawak
tak tersalah pilih pakatan haprak masa PRU

ko ni pemimpin umno kencing ko buat2 tak nmpk
btw aku kutuk je pkr ka bn ka.... slh kutuk...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 02:13 PM | Show all posts
kecimpret replied at 31-3-2015 01:56 PM
wakaka..x sangka plak aku takde jalan proper hubung sabah-sarawak..dah lebih 50 tahun merdeka weyy ...

akui je la yang banyak sangat
benda2 asas pasal sejarah, geografi

apatah lagi pengetahuan am lain,

berkenaan semenanjung, sabah dan
sarawak,

yang ko tak tahu


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2015 02:14 PM | Show all posts
dino replied at 31-3-2015 02:12 PM
ko ni pemimpin umno kencing ko buat2 tak nmpk
btw aku kutuk je pkr ka bn ka.... slh kutuk... : ...

semua manusia kencing

tapi ada ada beza jelas
antara kencing kat tempat sepatutnya
terutamanya tandas,

dengan kencing kepada macai2 dahagakan
info sahih macam kecimpret dan geng
yang lain

keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 02:15 PM | Show all posts
dino replied at 31-3-2015 02:12 PM
ko ni pemimpin umno kencing ko buat2 tak nmpk
btw aku kutuk je pkr ka bn ka.... slh kutuk... : ...

Mmg tak penah nmpk pon...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 02:18 PM | Show all posts
d'zeck replied at 31-3-2015 02:14 PM
semua manusia kencing

tapi ada ada beza jelas

hr tu kan dgr bijan cite minyak takkan naik.... tup2 naik plak.... takpe la ko nak tadah pemimpin pembohong camtuh...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 02:19 PM | Show all posts

orang kencing dalam tandas

ini
PR kencing dalam the malaysian insider,

ceramah, internet, merata2

pasal tu senang nampak
kencingnya


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.701691 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list