"yang tahu kejadian yg sebenar benarnya hanya lah ANUAR, SEPOL DAN ALLAH SAHAJA.."
Dah tu yg ramai2 duk jadi burung belatuk dah kenapa? pakat2 mengangguk2 megiyakan seolah2 berlakunya liwat tu...tak nampak kan? tak ada saksi yg benar kan? kalau kita pun turut sebar lepas tu duk angguk2 mcm iya2 maknanya kita pun sama bersubahat sebarkan fitnah...so STOP lah..lebih baik diam dari berkata2 seolah2 memang benar liwat tu berlaku...ni bukan tuduhan curi ke bunuh ke tapi tuduhan zina...ia termasuk dlm dosa2 besar..kalau tak dpt buktikan si penuduh kena sebat 80 kali..
Menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan empat orang saksi lelaki yang adil hukumnya adalahharam dan termasuk dalam dosa besardan wajib dikenakan hukuman had Qazaf (sebat) sebanyak 80 kali sebat, dan tidak boleh diterima penyaksiannya selama-lamanya kerana dia adalah orang fasiq. Sebagaimana Firman Allah Taala yang bermaksud: ”Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi. Maka sebatlah mereka 80 kali sebat, dan janganlah kamu terima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka itu adalah orang yang fasiq”.
(Surah An- Nur ayat 4)
|