CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: moasri

Kumpulan Diskusi Moasri

[Copy link]
 Author| Post time 21-1-2004 11:54 AM | Show all posts
Terjemahan surah At-Taubah: ayat 1 hingga 5

[1] (Ini adalah) pemutusan tanggungjawab (pembatalan perjanjian) dari Allah dan RasulNya terhadap kaum kafir musyrik yang kamu mengikat perjanjian setia (dengan mereka).

[2] Oleh itu hendaklah kamu (wahai kaum musyrik) bergerak di muka bumi (dengan bebasnya) selama empat bulan dan ketahuilah bahawa kamu tidak terlepas dari (azab seksa) Allah dan (ingatlah) sesungguhnya Allah akan menghina orang-orang yang kafir (dengan bala bencana di dunia dan azab seksa di akhirat).

[3] Dan inilah perisytiharan dari Allah dan RasulNya kepada umat manusia, (diisytiharkan) pada Hari Raya Haji yang terbesar, bahawa sesungguhnya Allah dan RasulNya memutuskan tanggungjawab terhadap orang-orang musyrik; oleh itu jika kamu (wahai kaum musyrik) bertaubat (dari kufur) maka yang demikian adalah baik bagi kamu dan jika kamu berpaling (ingkar), maka ketahuilah sesungguhnya kamu tidak akan dapat melepaskan diri dari (azab seksa) Allah dan khabarkanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang kafir (bahawa mereka akan ditimpakan) dengan azab yang tidak terperi sakitnya

[4] Kecuali mereka yang kamu mengikat perjanjian setia (dengannya) dari orang-orang musyrik, kemudian mereka tidak mencabuli perjanjian kamu itu sedikitpun dan mereka tidak menolong seorangpun yang memusuhi kamu, maka sempurnakanlah kepada mereka perjanjian mereka sehingga (habis) tempohnya. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertakwa.

[5] Kemudian apabila habislah (masa) bulan-bulan yang dihormati itu maka bunuhlah orang-orang musyrik itu di mana sahaja kamu menemuinya dan tawanlah mereka, dan juga kepunglah mereka, serta tunggulah mereka di tiap-tiap tempat mengintipnya. Kemudian jika mereka bertaubat (dari kekufurannya) dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka biarkanlah mereka (jangan diganggu). Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2004 04:10 PM | Show all posts
Ini laman web Syiah yang memuatkan kitab al-Muraja'ah (Dialog Sunni Syiah):

http://www.14masom.com/maktabat/maktaba-akaed/book44/index.htm

Ini pula laman web ASWJ yang memuatkan kitab jawapan kepada kitab tersebut yang ditulis oleh Abu Maryam bin Muhammad al-A'zami:

http://www.albrhan.com/

click: الحجج الدامغات لنقد كتاب المراجعات

Buku ini boleh dimuatturun.

==============

Ini contoh petikan dari kitab Syiah ttg Allah itu berkata-kata (sifat al-kalam).

http://www.14masom.com/maktabat/maktaba-akaed/book04/1.htm


العقائد الإسلامية (Aqidah2 Islam)
al-Imam al-Sayyid Muhammad al-Husaini al-Syirazi


Beliau berkata:

إنا نبدي عما في ضمائرنا بالكلام ـ في الأغلب ـ والوحوش تبدي ما في خلدها بالعجيج. لكن الله لا يحتاج إلى الكلام، فهو يتمكن من صنع الشيء بمجرد الإرادة. كما يتمكن من إفهام الملائكة والأنبياء بإلقاء ما يريده في أذهانهم. لكن ثبت ـ في القرآن والسنة ـ إن الله متكلِّم. وليس معنى كلامه: إن له لساناً وشفتين، وحنجرة ولهوات ، فإنه ليس بجسم، وليس له ما لنا من الفم والآلات ـ كما سيأتي ـ، فليس كلامه تعالى شبيهاً بكلامنا، يخرج من الفم. بل معنى إنه متكلم: إنه متى شاء الكلام خلق الصوت في الهواء أو في شجرة أو في شيء آخر، فيسمعه الملائكة أو الأنبياء، أو غيرهم ممن شاء.يقول القرآن الحكيم: {وكلَّم الله موسى تكليماً}. و
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2004 01:00 PM | Show all posts
memang ada dua pendapat tentang hadis Madinatul 'ilm ini. Itu dalam ASWJ sahaja. tetapi belum diambil kira riwayat Syiah lagi. Tetapi tentulah org2 ASWJ tidak akan menerima riwayat Syiah dengan pelbagai tuduhan. tetapi org2 Syiah tidak menjadikan hadis ini sebagai sumber terbesar kekhalifahan Imam Ali a.s kerana hadis2 lain tentang kelebihan Imam Ali a.s seperti Ghadir Khum dan sebagainya lebih kuat. tapi seperti biasalah, semuanya tetap ditolak. Terpulanglah kepada anda.

untuk kali ini, ini sahaja yg mampu diulas. Kita mungkin tidak akan bertemu lagi dalam forum ini. Semoga Allah mengasihani kita semua.
wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2004 02:07 PM | Show all posts
sesungguhnya Muktazilah jauh lebih cerdik daripada ASWJ
dan anda menghukum Syiah dan sesuatu yg diluar anda dengan menjadikan diri anda neracanya. padahal di dalam ASWJ malah ada yg lebih pelik lagi seperti boleh melihat Allah di akhirat, Nabi saaw tawar menawar dengan Allah mengenaii jumlah solat

p/s: dan Nabi Musa a.s lebih cerdik dan bijak dari Nabi muhammad saaw dalam peristiwa Israk Mi'raj ini. Nabi musa a.s adalah Nabi Bani israel dan beliau lebih bijak dari Nabi akhir zaman. Jelas sekali ada unsur2 Israiliyyat.


tapi nak buat macamana, ASWJ tak mau guna akal dalam agama, mereka kata nanti tersesat
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2004 03:21 AM | Show all posts
Originally posted by billionaire at 2004-1-22 02:07 PM:
sesungguhnya Muktazilah jauh lebih cerdik daripada ASWJ
dan anda menghukum Syiah dan sesuatu yg diluar anda dengan menjadikan diri anda neracanya. padahal di dalam ASWJ malah ada yg lebih pelik ...


sebenarnya anda terkejut sebab benda-benda macam ni anda tidak diberitahu. Anda tidak terdedah dgn permasalahan Tauhid dsbnya dalam Syiah sebab duk ralit dgn Hadis al-Thaqalain, Ghadir Khum, Thaqifah dsbnya yang diulang-ulang dalam kitab-kitab Di'ayah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2004 08:06 AM | Show all posts
Salam

dan Nabi Musa a.s lebih cerdik dan bijak dari Nabi muhammad saaw dalam peristiwa Israk Mi'raj ini. Nabi musa a.s adalah Nabi Bani israel dan beliau lebih bijak dari Nabi akhir zaman. Jelas sekali ada unsur2 Israiliyyat.


Wah... Apa tujuan si penulis ini berkata demikian? Merendahkan Nabi Muhammad S.A.W? Nabi Muhammad tidak cerdik dari nabi Musa? Malangnya penulis dah resign.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-1-2004 11:20 AM | Show all posts

Surah yg Hilang??

Salam,

Ulama syiah dari Najaf, Mirza Hussain bin Muhammad Taqi An-Nawari At-Tabarsi menulis kitab pada 1292 hijrah, Faslul Khitaab Fi Ithbatti Kitab Rabbil Arbaab. Ia dicetak di Iran pada 1298. Apabila ia dicetak, ia menimbulkan kontroversi di kalangan puak syiah sendiri bahawa fatwa ini tidak patut disebarkan dan patut diterhadkan kpd ulamak besar syiah sahaja. Sejurus itu, dia menulis buku lagi sbg menjawab bantahan yg bertajuk, Raddu Ba抎ush-Shubahaati抋n Fasli-Khitaabi Fee Ithbatti Tahreef Kitaabi Rabbil-Arbaab.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2004 11:23 AM | Show all posts
salam,

Satu surat yg dinamakan Tuhfatul Awaam Maqbool yg diperakui oleh 6 ulama terkemuka syiah termasuklah Khomeini dan Shariat Madari. Antara kandungan surat itu ialah melaknat Abu Bakr dan Umar dgn menuduh mereka mengubah Al-quran. 2 org sahabat ini bersama 2 org anak perempuan mereka dilaknat.

Tuhfatul Awaam Maqbool




Just in case kalau tak nampak image di atas, boleh click URL di bawah:
TUHFATUL AWAAM MAQBOOL

[ Last edited by moasri on 26-1-2004 at 12:03 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-1-2004 11:27 AM | Show all posts
Salam,

Saya petik dari kitab besar ulamak syiah Al-Kulaini dlm Al-Kaafi.

Al-Kulaini meriwayatkan dlm Al-Kaafi, aku mendengar Abu Ja抋far berkata, 揟idak ada org mengiyakan bahwa dia telah mengumpul quran yg lengkap spt yg diturunkan kecuali dia seorang penipu. Tidak ada org yg mengumpul dan menghafaz Al-quran spt yg diturunkan(dgn lengkap) kecuali Ali bin Abi Talib dan para imam selepasnya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2004 02:13 PM | Show all posts
maksudnya ada surah yg termiss dalam quran ASWJ? surah apa tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2004 02:30 PM | Show all posts
Salam,

Nama Surah yg saya sertakan itu adalah Surah Al-Wilayaat. Surah yg menyatakan kekhalifahan Ali secara jelas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2004 04:59 PM | Show all posts
Salam,

Saya sertakan tafsir Ibn Katheer spt yg dijanjikan:
Surah ini adalah salah satu surah terakhir yang diturunkan kpd Nabi Muhammad S.A.W. Al-Bukhari meriwayatkan bahawa Al-Bara
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2004 05:01 PM | Show all posts
Firman Allah S.W.T:
[بَرَآءَةٌ مِّنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ]

[(Ini adalah) pemutusan tanggungjawab (pembatalan perjanjian) dari Allah dan RasulNya匽


[إِلَى الَّذِينَ عَاهَدْتُمْ مِّنَ الْمُشْرِكِينَفَسِيحُواْ فِى الاٌّرْضِ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ]
[卥epada  kaum kafir musyrik yang kamu mengikat perjanjian setia (dengan mereka). Oleh itu hendaklah kamu (wahai kaum musyrik) bergerak di muka bumi (dengan bebasnya) selama empat bulan匽 (Ayat 1 hingga 2).

Ayat ini merujuk kpd org musyrik yg melakukan perjanjian yg samar2 dan selainnya yg mana ia akan tamat dlm masa 4 bulan (أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ). Syarat Perjanjian2 ini hanya diterhadkan kpd 4 bulan sahaja. Dan syarat perjanjian damai yg menyatakan pada tarikh tertentu (selepas 4 bulan), maka perjanjian mereka juga akan tamat seperti yg dinyatakan dlm syarat, tidak kira selama mana ia kerana Allah S.W.T berfirman:
[فَأَتِمُّواْ إِلَيْهِمْ عَهْدَهُمْ إِلَى مُدَّتِهِمْ]

[卻empurnakanlah kepada mereka perjanjian mereka sehingga (habis) tempohnya匽 (Ayat 4).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2004 05:02 PM | Show all posts
Jadi, barangsiapa yang mengadakan perjanjian dgn Rasulullah S.A.W, maka ia masih lagi kekal sehingga tamat tempohnya, ini menurut riwayat dari Muhammad bin Ka`b Al-Qurazi dan selainnya. Abu Ma`shar Al-Madani berkata bahawa Muhammad bin Ka`b Al-Qurazi dan selainnya berkata, 揃aginda S.A.W telah menghantar Abu Bakr utk mengetuai ibadah hajj pada tahun ke 9 hijrah. Baginda S.A.W juga menghantar Ali bin Abi Talib dgn 30 atau 40 ayat dari Surah Bara抋h (At-Tawbah) dan dia (Ali) membacakan kpd mereka, memberikan masa selama 4 bulan kpd org musyrik bahawa mereka bebas bergerak di bumi ini. Dia membacakan ayat ini pada hari `Arafah (9 Zulhijjah). Org muysrik diberikan selama 20 hari (hingga akhir) dlm bulan Zulhijjah, Muharram, Safar, Rabi` Al-Awwal dan 10 hari dari Rabi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2004 05:03 PM | Show all posts
Allah berfirman, ini adalah pengisytiharan
[مِّنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ]
(dari Allah dan RasulNya), dan ia adalah amaran awal kpd mereka.

[يَوْمَ الْحَجِّ الاٌّكْبَرِ]
(pada Hari Haji Akbar), pada hari Adha, hari yang terbaik dan paling jelas utk ibadah hajj yg mana ia adalah perhimpunan besar diadakan,

[أَنَّ اللَّهَ بَرِىءٌ مِّنَ الْمُشْرِكِينَ وَرَسُولُهُ]
(Bahawa sesungguhnya Allah berlepas dari org2 musyrik dan begitu juga rasulNya)
juga bebas dari segala tanggungjawab terhadap mereka. Allah Taala kmdn mengajak org musyrik bertaubat,

[فَإِن تُبْتُمْ]
(Jadi sekiranya kamu bertaubat) dari kesesatan dan syirik yg mereka lakukan,




[فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَإِن تَوَلَّيْتُمْ]

(Ia adalah baik utk kamu tetapi jikalau kamu berpaling), dan berkeras di atas jalan mereka,

[فَاعْلَمُواْ أَنَّكُمْ غَيْرُ مُعْجِزِى اللَّهِ]
(Kmdn ketahuilah bahawa kamu tidak boleh berlepas diri dari Allah) Malah, Allah berkuasa ke atas mereka dan mereka semua berada dlm genggamanNya, di bawah kekuasaanNya dan kehendakNya,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2004 05:04 PM | Show all posts
[وَبَشِّرِ الَّذِينَ كَفَرُواْ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ]
(...dan khabarkanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang kafir (bahawa mereka akan ditimpakan) dengan azab yang tidak terperi sakitnya) bahawa mereka akan diberikan penghinaan dan menderita dlm hidup ini dan diazab dgn rantai dan batang besi panas selepas Hari Kemudian.

Al-Bukhari meriwayatkan bahawa Abu Hurayrah berkata, 揂bu Bakr menghantar aku pada musim hajj itu bersama rombongan pada hari Adha utk mengisytiharkan di Mina bahawa org musyrik tidak lagi dibenarkan menghadiri hajj selepas tahun ini, dan juga org yg bertelanjang tidak lagi dibenarkan melakukan tawaf.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-1-2004 05:05 PM | Show all posts
[إِلاَّ الَّذِينَ عَـهَدتُّم مِّنَ الْمُشْرِكِينَ ثُمَّ لَمْ يَنقُصُوكُمْ شَيْئاً وَلَمْ يُظَـهِرُواْ عَلَيْكُمْ أَحَداً فَأَتِمُّواْ إِلَيْهِمْ عَهْدَهُمْ إِلَى مُدَّتِهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَّقِينَ ]
[Kecuali mereka yang kamu mengikat perjanjian setia (dengannya) dari orang-orang musyrik, kemudian mereka tidak mencabuli perjanjian kamu itu sedikitpun dan mereka tidak menolong seorangpun yang memusuhi kamu, maka sempurnakanlah kepada mereka perjanjian mereka sehingga (habis) tempohnya. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertakwa.] (Ayat 4)

Ayat ini memberikan pengecualian dlm melaksanakan tempoh perjanjian dlm tempohnya utk mereka dlm perjanjian (yg tidak disebut tempohnya) diterhadkan kpd 4 bulan. Mereka mempunyai masa 4 bulan utk mengembara mencari tempat tinggal utk diri mereka di mana mereka kehendaki. Dan pada perjanjian yg menyebut syarat yg terhad, maka tempohnya hanya diterhadkan sehingga tamat tempoh perjanjian. Hadith dlm perkara ini didahulukan. Barang siapa yg mempunyai perjanjian dgn Rasulullah S.A.W, maka ia akan tamat pada tarikh yg dinyatakan dlm perjanjian. Bagaimanapun, mereka yg termasuk dlm kategori ini dikehendaki tidak melanggar syarat dlm perjanjian dgn muslim dan dilarang menolong kafir menentang muslim. Perjanjian damai spt ini dgn org Islam dikekalkan sehingga tamat. Allah memandang tinggi terhadap perjanjian ini dan berfirman:

[إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَّقِينَ]
(Sesungguhnya Allah menyintai pada mereka yang bertaqwa) yakni mereka yg berpegang kpd pada janji,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2004 05:07 PM | Show all posts
[فَإِذَا انسَلَخَ الأَشْهُرُ الْحُرُمُ فَاقْتُلُواْ الْمُشْرِكِينَ حَيْثُ وَجَدتُّمُوهُمْ وَخُذُوهُمْ وَاحْصُرُوهُمْ وَاقْعُدُواْ لَهُمْ كُلَّ مَرْصَدٍ فَإِن تَابُواْ وَأَقَامُواْ الصَّلَوةَ وَءاتَوُاْ الزَّكَوةَ فَخَلُّواْ سَبِيلَهُمْ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ ]


[Kemudian apabila habislah (masa) bulan-bulan yang dihormati itu maka bunuhlah orang-orang musyrik itu di mana sahaja kamu menemuinya dan tawanlah mereka, dan juga kepunglah mereka, serta tunggulah mereka di tiap-tiap tempat mengintipnya. Kemudian jika mereka bertaubat (dari kekufurannya) dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka biarkanlah mereka (jangan diganggu). Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.] (Ayat 5)

Mujahid, Amr bin Shu`aib, Muhammad bin Ishaq, Qatadah, As-Suddi dan Abdur-Rahman bin Zaid bin Aslam berkata bahawa bulan haram (الأَشْهُرُ الْحُرُمُ) yg disebut dlm ayat ini adalah 4 bulan tempoh tempoh bertenang (damai) spt yg disebut ayat sblm ini

[فَسِيحُواْ فِى الاٌّرْضِ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ]
(Berjalanlah dgn bebasnya selama 4 bulan di bumi ini). (Ayat 2)

Allah berfirman lagi:

[فَإِذَا انسَلَخَ الأَشْهُرُ الْحُرُمُ]
(Apabila berlalu bulan2 haram) maksudnya, 揂pabila tamat tempoh 4 bulan di mana Kami melarang kamu berperang dgn musyrik yg mana 4 bulan tempoh bertenang(damai) yang Kami berikan, maka perangilah dan bunuhlah penyembah berhala di mana sahaja kamu berjumpa dgn mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2004 05:08 PM | Show all posts
Firman Allah lagi,
[فَاقْتُلُواْ الْمُشْرِكِينَ حَيْثُ وَجَدتُّمُوهُمْ]

(Kmdn perangilah org musyrik di mana sahaja kamu jumpa), maksudnya, bumi secara amnya kecuali Tanah Haram kerana Allah berfirman:

[وَلاَ تُقَـتِلُوهُمْ عِندَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ حَتَّى يُقَـتِلُوكُمْ فِيهِ فَإِن قَـتَلُوكُمْ فَاقْتُلُوهُمْ]

(Dan jgnlah kamu perangi mereka di Masjidil Haram kecuali mereka memerangi kamu di sana. Tetapi sekiranya mereka menyerang kamu, maka perangilah mereka.) (Surah Al-Baqarah: ayat 291)

Allah berfirman lagi:
[وَخُذُوهُمْ]

(Dan tangkaplah mereka), jatuhi hukuman terhadap sbgnnya dan sbgn yg lainnya menjadi tawanan.



[وَاحْصُرُوهُمْ وَاقْعُدُواْ لَهُمْ كُلَّ مَرْصَدٍ]

(卍an juga kepunglah mereka, serta tunggulah mereka di tiap-tiap tempat mengintipnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2004 05:09 PM | Show all posts
[فَإِن تَابُواْ وَأَقَامُواْ الصَّلَوةَ وَءاتَوُاْ الزَّكَوةَ فَخَلُّواْ سَبِيلَهُمْ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ]

(Tetapi sekiranya mereka bertaubat dan melakukan solat, dan memberikan zakat, maka mereka bebas (tidak diganggu). Sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani).

Abu Bakr As-Siddiq menggunakan ayat ini dan bbrp ayat  lain sbg bukti utk memerangi org yg enggan membayar zakat. Ayat2 ini membenarkan memerangi manusia kecuali dan sehingga mereka memeluk Islam dan melaksanakan ajaran2 dan tanggungjawabnya. Allah memberitahu bahawa ini adalah aspek paling penting dalam Islam. Sesungguhnya unsure/elemen tertinggi dlm Islam selepas 2 kalimah syahadah adalah solat yang mana ia adalah Haq Allah yang Maha Tinggi, kmdn zakat yg memberi faedah kpd golongan faqir dan miskin. Ini adalah perbuatan yg paling tinggi sbg hamba dan sebab itulah Allah selalu menyebut solat dan zakat bersama-sama. Dlm 2 sahihain, ia diriwayatkan bahawa Ibn Umar berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.306625 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list