ResellerMaxis posted on 12-12-2014 04:49 PM
cuba uol masukkan daun tu dalam air garam..tengok jadi apa plak..
basuh sayur dengan air garam kita bacer2 kata nya boleh mengurangkan sisa2 racun perosak tanaman yang pekebun selalu guna
bila terbaca tang tu
dan bacer tentang lintah tu
iols terpikir sendiri teori bunuh siput dengan garam
siput mati kena garam
rasa2 nya kot2 mai jugak si lintah tu
tu iols nyer teori
Mencuci sayur merupakan hal biasa yang kita buat setiap hari. Namun, adakah cara kita mencuci sayur itu betul untuk mengekalkan khasiatnya? Ada orang suka memotong sayur terlebih dahulu dan selepas itu baru mencucinya. Mereka menganggap cara ini boleh mencuci sayur dengan lebih bersih. Tetapi cara ini tidak betul kerana banyak khasiat makanan akan keluar dan terbuang. Sebenarnya, ada tiga cara atau kaedah yang betul untuk mencuci sayur.
A. Rendam dengan air garam.
Rendam sayur dalam air garam selama satu hingga dua jam, kemudian cuci sekali dengan air bersih.
B. Celur dengan air panas
Untuk mencuci cili hijau, bunga kubis, kacang tunggak dan daun seladeri, kita perlu mencelurnya kira-kira satu atau dua minit sebelum memasaknya. Prpses ini boleh menghapuskan 90% sisa racun perosak.
C. Rendam dengan air cucian beras
Rendam sayur dalam air cucian beras kira-kira 10 minit. Kemudian, cucilah dengan air bersih. Langkah ini juga membantu menghapuskan sisa racun perosak dengan berkesan.