CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: putr@polo

[Tempatan] LIWAT 2- Rayuan Kes Liwat Anwar: Keputusan Ditangguhkan(UPDATE)

[Copy link]
 Author| Post time 27-10-2014 10:57 PM | Show all posts


Siswa, penyokong Anwar rempuh pintu UM

Anne Muhammad & Adrian Wong | 8:15PM Oct 27

dikemaskini 10.47pm Kira-kira 2,000 berarak bersama Anwar menuju ke Dewan Tunku Canselor.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2014 10:57 PM | Show all posts
Aku sokong Saiful

Sebagai seorang Islam beliau telah bersumpah atas nama kitab syuchi Al-Quran malah depan Kaabah pun telah,

semata-mata untuk membersihkan nama beliau.

Anwaq ???

Bukan setakat sumpah, amoi cina berak tak ceboq tanya - are you gay or bi ? pun terketaq-ketaq konar sana konar sini...ujung-ujung satu haram pun tak jawab.

Dasar dayusss..

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 10:58 PM | Show all posts
tak sangka ada yang taksub sangat dengan politik

woi meleis, sama je BN ka PR ke
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Seribu je....ingat seratus ribu mcm dulu2...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 11:05 PM | Show all posts
diorang tak kerja ke esok? Last edited by azre on 27-10-2014 11:07 PM

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 11:07 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 27-10-2014 10:58 PM
Seribu je....ingat seratus ribu mcm dulu2...

ramai dah mula jadi pandai la tu...





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2014 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
sunsilklady posted on 27-10-2014 09:55 PM
If I were to talk about this Anwar's story to my foreign colleague... What would they think bout an  ...

maksud u ape ye? x fhm.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
lavaroyal posted on 27-10-2014 11:07 PM
ramai dah mula jadi pandai la tu...

Bajet byr pendemo suruh datang pun tentu lah kurang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2014 11:12 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 27-10-2014 11:10 PM
Bajet byr pendemo suruh datang pun tentu lah kurang..

ada je dgn rela hati datnag bagi support cam si boya gombak tu...tawww...

kipas sampai mati..







Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
lavaroyal posted on 27-10-2014 11:12 PM
ada je dgn rela hati datnag bagi support cam si boya gombak tu...tawww...

kipas sampai mati..

Saya. Take yakin dia akan nadir sekiranya dia staff gomen atau swasta...kena cekup kalu...penjara 1 hari kerja boleh dibuang...lain pendemo berbayar kerja sepenuh masa utk berdemo tu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 11:28 PM | Show all posts
TuntungReturn posted on 27-10-2014 10:28 PM
la bkn zaman reformasi..org tua dh bis kne kencing..budak2 la jdk mngselol:lol

Golongan tua yg seangkatan dgn bang non dah 40 tahun mandi kencing sekarang giliran budak budak muda lepasan spm dan stpm pulak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2014 07:57 AM | Show all posts
Saya sudah dewasa, kata Anwar Ibrahim

NIZAM ZAIN & MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
28 Oktober 2014



Anwar ketika menyampaikan pidatonya di Dewan Dataran Tunku Canselor sebentar tadi. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM Anwar ketika menyampaikan pidatonya di Dewan Dataran Tunku Canselor sebentar tadi. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

PETALING JAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak gentar dengan segala ugutan daripada musuh politiknya.

Anwar berkata, pelbagai cabaran dan pengalaman yang dilaluinya sepanjang menceburi bidang politik selama ini 'mendewasakannya'.

"Saya dikecam selama 16 tahun, di sekat, tetapi apa salahnya saya diberi untuk berucap selama 20 minit.

"Ini penguasa angkuh...ingat Anwar sudah dewasa, Anwar tidak gentar. Ini masa hadapan kita, hendak dialog tidak boleh, hendak debat tidak boleh...ini apa? Rramai kenalan saya di UK,di Turki suruh saya tinggal di sana kerana takut saya diapa-apakan, tetapi saya kata tidak, kerana saya tidak gentar untuk meneruskan karier politik saya di bumi Malaysia," katanya ketika menyampaikan pidatonya di Dataran Canselori UM malam tadi.

Anwar sebelum itu tiba jam 9.35 malam dengan ditemani isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anak sulungnya, Nurul Izzah Anwar kemudiannya berarak ke Dataran Dewan Tunku Canselor menggunakan kereta pacuan empat roda.

Ia diiringi penyokongnya yang dianggarkan hampir 1,000 orang yang mula berkumpul pada jam 8 malam.

Hujan renyai-renyai sebelum itu tidak menghalang penyokongnya untuk berkumpul bagi menyambut kehadiran tokoh pembangkang itu.

Sementara itu, ketika menyentuh mengenai keputusan kes liwat duanya yang akan diketahui pada 29 Oktober ini, Anwar berharap beliau dibebaskan.

"Saya berdoa agar saya dibebaskan, saya yakin saya tidak bersalah," katanya.

Larangan program berkenaan dibuat UM kerana difahamkan penganjurnya, Persatuan Mahasiswa UM tidak mengemukakan permohonan kepada pengurusan universiti.

UM antara destinasi terakhir Anwar sebelum berhadapan dengan keputusan kes liwatnya terhadap bekas pembantu, Saiful Bukhary Azlan oleh Mahkamah Persekutuan Rabu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2014 08:02 AM | Show all posts


Sinar Harian
Liked · 21 mins ·


Kelihatan sekumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim mula bergerak dan berkumpul di Istana Keadilan dengan memakai baju merah dan hitam tertulis 'Keadilan untuk Anwar'. - Foto Sinar Harian oleh SITI AZIELAH WAHI — with Hamzah Salleh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2014 08:03 AM | Show all posts


Sinar Harian
Liked · 36 mins ·


Semua jalan ke arah Istana Kehakiman di Putrajaya mula dikawal ketat oleh pihak polis. - Foto Sinar Harian oleh SITI AZIELAH WAHI — with Hamzah Salleh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2014 08:04 AM | Show all posts


Sinar Harian
Liked · 35 mins ·


Pihak media sudah mula berkumpul seawal jam 6 pagi untuk menunggu pintu masuk utama ke Istana Kehakiman di Putrajaya dibuka kepada orang awam. Foto Sinar Harian oleh SITI AZIELAH WAHI — with Hamzah Salleh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2014 08:33 AM | Show all posts
Penyokong Anwar mula berkumpul di masjid sekitar Putrajaya
  


Penyokong mula bergerak dan berkumpul di hadapan istana kehakiman. - Foto NSTP

Putrajaya: Lebih 100 penyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mula berkumpul di perkarangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) di sini, bermula jam 7 pagi.

Sebahagian besar daripada mereka datang menaiki bas dan dipercayai tiba sejak malam tadi dan awal pagi ini.

Segelintir daripada penyokong turut kelihatan membawa peralatan untuk mandi di masjid berkenaan.



Sekumpulan penyokong sudah mula berarak ke Istana Kehakiman dengan membawa sepanduk dan kain rentang menyatakan sokongan terhadap Anwar.

Kumpulan penyokong sedikit demi sedikit mula bergerak menuju ke Istana Kehakiman, antaranya Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-10-2014 08:35 AM | Show all posts


Penyokong mula bergerak dan berkumpul di hadapan istana kehakiman. - Foto NSTP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2014 08:36 AM | Show all posts







Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 08:45 AM | Show all posts
putr@polo posted on 27-10-2014 10:54 PM
Anwar berucap di hadapan kira-kira 1,000 peserta

Seribu jer. ha ha ha ha takdelah ramai mana pun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2014 08:49 AM | Show all posts
Khalid ingatkan jangan ganggu prosiding

HAMIZAH BASIR
28 Oktober 2014



Khalid (dua, kiri) di Majlis Penghormatan kepada ‘Unsung Heroes’ Pasukan Penyelamat MH17, di Seremban, semalam. Khalid (dua, kiri) di Majlis Penghormatan kepada ‘Unsung Heroes’ Pasukan Penyelamat MH17, di Seremban, semalam.


SEREMBAN – Penyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diingatkan agar tidak mengganggu prosiding Mahkamah Persekutuan, hari ini dan esok.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, semua pihak perlu menghormati proses undang-undang negara.

“Saya terima maklumat ada NGO dijemput untuk hadir beramai-ramai di Mahkamah Persekutuan.  Ini adalah satu proses undang-undang biasa, kita semua patut beri ruang kepada mahkamah untuk bersidang dalam keadaan aman tanpa gangguan mana-mana pihak baik di dalam atau luar mahkamah.

“Mana-mana tidak berkenaan, tidak perlu ganggu mahkamah, biarlah mahkamah bersidang dengan aman dan buat keputusan,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Penghormatan kepada ‘Unsung Heroes’  Pasukan Penyelamat MH17 di Dewan Terbuka D’Sury, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampangan, di sini, semalam.

Menurutnya, polis sudah bersedia untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan yang akan berlaku pada hari perbicaraan.

Mahkamah Persekutuan di Putrajaya pada hari ini dan esok akan bersidang bagi pendengaran rayuan Anwar terhadap hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.255496 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list