[size=0.9em]Gara-gara ditahan dalam serbuan polis di sebuah premis hiburan di Jalan P Ramlee, Kuala Lumpur pada 20 April lalu, pelakon Along Eyzendy, 35, mengakui dia kini lebih berhati-hati dalam setiap pergerakannya. [size=0.9em]Walaupun sudah terbukti dirinya tidak bersalah, pemilik nama sebenar Eyzendy Aziz ini mengakui namanya sedikit tercalar dengan insiden yang berlaku itu.
[size=0.9em]“Saya tidak mahu tuduh sesiapapun dengan dalam hal ini. Mungkin ada orang atau pihak yang cuba menganiaya saya dan sebagainya lagi.
“Jika dulu, saya bebas ke manapun kini selepas bergelar artis, saya sedar setiap gerak geri sentiasa mendapat perhatian ramai. Saya juga banyak belajar daripada apa yang berlaku dan tidak mahu pisang berbuah dua kali,” katanya. ![](http://w1.hmetro.com.my/myMetro/articles/Namatercalar/pix_gal1) [size=0.9em]Along impi jadi pengarah filem.
[size=0.9em]
Menurut Along, insiden itu turut memberi kesan kepada keluarganya di kampung. [size=0.9em]
“Emak yang paling risau bila mendapat tahu berita yang dilaporkan di akhbar itu. Namun, emak juga memahami bila saya memberitahu apa yang sebenarnya berlaku pada malam itu.
“Saya juga akur karier sebagai anak seni memang mudah dikaitkan dengan pelbagai cerita negatif. Mujur, isteri dan anggota keluarga lain cukup memahami dan sentiasa menyokong saya dari belakang sejak dulu,” katanya.
Ditanya sama ada dirinya dikenakan sebarang tindakan daripada pihak MIG, Along memberitahu, pihak pengurusannya tidak mengambil sebarang tindakan disiplin padanya.
“Pihak pengurusan MIG juga sudah dimaklumkan apa yang sebenarnya berlaku pada malam itu. Apa yang penting, mereka tahu saya tidak bersalah dalam hal itu selepas ujian air kencing dibuat.
“Terus-terang, saya berada di kelab malam berkenaan kerana menemani seorang rakan yang juga pembantu produksi bagi mencari tempat yang sesuai untuk menjalankan penggambaran drama.
“Apapun, saya perlu memaklumkan setiap aktiviti yang dilakukan kepada pihak pengurusan selepas ini. Saya juga terpaksa berhati-hati berkawan dengan orang dan sebagainya lagi,” katanya.
|