|
[Tempatan]
Update Adik Firdaus #78 Impian Lolanopita Kembali Bersatu Tak Kesampaian
[Copy link]
|
|
Syd replied at 14-10-2015 01:32 PM
Ondscene Shamsul
12 mins · Twitter ·
Ade kes besat ker abg @Syd ? |
|
|
|
|
|
|
|
tak sure. ni ai kat fb
nampak status ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
aminn![](static/image/smiley/default/innocent0001.gif)
selamt menyambut tahun baru mommy n selamat bercuti
|
|
|
|
|
|
|
|
mak_wa95 replied at 14-10-2015 02:05 PM
aminn
selamt menyambut tahun baru mommy n selamat bercuti
Tq mak wa.... untuk mak wa jugak...selmt thun baru... n selmt bercuti... |
|
|
|
|
|
|
|
sama2..hajah laba cuti panjang ke..lama xnampak..
trisna balik indon ke...giler dlm thread pengantin jimat kos tu, doa bg rumahtangga pengantin punah..
pengantin tu ada kait dgn dia ke..
hati busuk..saya xbaca pn post dia tapi ada forumer tegur dia pasal doa tu
|
|
|
|
|
|
|
|
mak_wa95 replied at 14-10-2015 02:11 PM
sama2..hajah laba cuti panjang ke..lama xnampak..
trisna balik indon ke...giler dlm thread pengan ...
Hajah labia tu xde masuk tp nmpklh partner dia hj kerang tu ada....
Thread mn mak wa? Isk3..sewel dah gamaknya...... Katanya mak si firdaus ni asal sabah.. ntah2 indon..nm pon pelik semacam.. |
|
|
|
|
|
|
|
dekat bharian online update adik ni dah meninggal sebab sawan |
|
|
|
|
|
|
|
Dah meninggal dah adik nih.
I think he's better off that way kot - insyaallah, mudah2an syurga buat dia.
kalau dia masih hidup pun, tak tau kalau ada family yang sanggup jaga dia. Mak dia sendiri pun tak boleh nak jaga dia elok-elok. Diabaikan ada lah.. That is why aku sangsi bila ada kata2 "syurga dibawah telapak kaki ibu" tu.. kerana syurga tu terlalu mulia nak diletak kt tapak kaki manusia (tempat kotor). And true enough, kata2 tu adalah hadis palsu, sama macam 'payung emas'...
|
|
|
|
|
|
|
|
Malnourished special needs teenager Muhammad Firdaus dies 14 OCTOBER 2015 @ 3:16 PM SEREMBAN: The malnourished special needs teenager Muhammad Firdaus Dullah, 16, who was found in a deplorable state last year has died today due to a seizure. State Welfare, Women and Families Development Committee chairman Datuk Norhayati Omar when contacted confirmed the matter.
Muhammad Firdaus was found covered in faeces by immigration officers in a room at Taman Semarak Flats in Nilai on June 21 last year. Left there in the flat by his mother, he weighed just 3.3kg. He was brought to Tuanku Jaafar Seremban Hospital (HTJS) for treatment before being discharged on July 25 that year. His health gradually improved, and he weighed 14kg when he was discharged. Since then, Firdaus was placed at Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah Negri Sembilan, an institution for the disabled. His mother Lolanopita Sadi, 40, was sentenced to four months jail and fined RM10,000 for neglecting and leaving her son unattended by the Seremban Sessions court on Nov 17 last year.
Read More : http://www.nst.com.my/news/2015/10/malnourished-special-needs-teenager-muhammad-firdaus-dies
|
|
|
|
|
|
|
|
akubest replied at 14-10-2015 03:05 PM
innalillah hiwalinna ila hirojiun....
sedinya ahak dengo meninggal anak syurga ni...
Betul. Untuk dijadikan pengajaran semua org. besar ujian menjaga budak OKU. Lagi2 yg tak tahu menguruskan diri. Klau yg kaya bolehla upah org uruskan tpi yg tak berduit lg tinggi ujian nya. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah utk adik firdaus
mudah2an syurga la tmpat adik firdaus
Allah lebih mngetahui kan..mungkin inila yg terbaik utk dia.
kalu dh besar nanti mungkin byak ksusahan |
|
|
|
|
|
|
|
Jenazah Firdaus disolatkan tengahari ini
SEREMBAN - Jenazah Allahyarham Muhammad Firdaus Dullah, 16, akan disolatkan di Masjis Negeri selepas solat Zohor sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Haji Mohd Said.
Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)-Datuk Zulkefli Ramli berkata, mayat kini sedang dibedah siasat di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) dan selepas selesai dibawa ke Masjid Negeri.
Katanya, pihaknya mendapat kebenaran ibu remaja kurang upaya itu, Lolanopita Sadi, 41 untuk menguruskan jenazah anaknya.
Tambahnya lagi, bermula malam tadi majlis tahlil telah diadakan di Rumah Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di HTJ, Seremban pagi tadi. |
|
|
|
|
|
|
|
Impian Lolanopita Kembali Bersatu Dengan Remaja OKU Tidak Kesampaian
SEREMBAN: Ibu kepada remaja orang kurang upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah yang ditemui dalam keadaan terabai pada tahun lalu, sudah tentu mengimpikan untuk meluangkan masa yang lebih berkualiti dengan anaknya itu selepas dibebaskan dari penjara.
Namun, kini, impian Lolanopita Sadi, 41, tidak kesampaian.
Muhammad Firdaus disahkan meninggal dunia akibat diserang sawan ketika makan tengah hari di Rumah Sinar Harapan, Tunku Ampuan Najihah dekat sini pada Rabu.
Ibu remaja terbabit dihukum penjara empat bulan dan didenda RM10,000 selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan kerana mengabaikan anaknya itu.
Kisah Muhammad Firdaus terbongkar selepas pegawai Imigresen melakukan serbuan di kawasan tersebut untuk mengesan pendatang asing tanpa izin di sebuah kawasan perumahan di Taman Semarak, Nilai pada Jun tahun lalu.
Suasana pilu menyelubungi bilik mayat Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) apabila Lolanopita menangis tanpa henti.
Wartawan yang cuba mendekati beliau ditolak secara baik kerana beliau cuba ditenangkan dalam pelukan salah seorang saudaranya.
Pengarah HTJ, Dr Ariffin Mohamad berkata, mereka menerima satu panggilan kecemasa kira-kira pukul 12.22 tengah hari.
"Ambulans segera dihantar ke sana," katanya.
Dr Ariffin berkata seorang kakitangan perubatan cuba memulihkan Muhammad Firdaus sehingga dia tiba di hospital pada pukul 12.57 tengah hari.
"Namun, dia disahkan meninggal dunia kira-kira 1.15 petang," katanya.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan, Mohamad Hapil berkata ibu Muhammad Firdaus, Lolanopita Sadi menyerahkan kepada pihaknya untuk menguruskan pengebumian anaknya.
"Kami akan menguruskan jenazah dan pengebumiannya selepas bedah siasat dilakukan dan tempat pengebumian masih dalam perbincangan lagi," katanya.
Beliau berkata, ketika rondaan dilakukan oleh pengetua Rumah Sinar Harapan, Muhammad Firdaus dalam keadaan sihat.
"Ketika sedang makan tengah hari bersama-sama rakan-rakanya, arwah diserang sawan dan pihak kami terus memanggil ambulans.
"Mengikut rekod, Muhammad Firdaus dimasukkan ke Rumah Sinar Harapan pada 21 Ogos tahun lepas dan berat terkini arwah ialah 27 kilogram," katanya.
Sementara itu, Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Norhayati Omar berkata, kos pengurusan pengebumian Muhammad Firdaus akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri.
"Saya telah maklumkan perkara ini kepada Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.
"Saya ucapkan takziah kepada keluarga arwah dan terima kasih kepada pihak Rumah Sinar Harapan yang menjaganya dengan baik selama ini dan kita sememangnya terasa kehilangan adik istimewa ini," katanya.
Sumber |
|
|
|
|
|
|
|
tajuk citer pasal si lola ni tapi sampai habis artikel tak beritahu bila dia akan keluar penjara tu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|