Dah siap aku nye review.. @dauswq ssi please check.... kamsahamnida...
Rating Keseluruhan Drama: 6.8 + 7 + 6.5 + 3 + 2.5 = (6.45/10)
1. Cerita (6.8 /10)
- Sebuah cerita romantik komedi yang sangat comel dan ringan. Takperlu pening kepala nak fikir. Namun begitu, para pelakon sangat berjaya membawakan watak masing-masing dengan berkesan.
- Pada Episod pertama, pengarah telah berjaya memesongkan perhatian dan memberikan salah tanggapan tentang yang mana satu heroin sebenar serta pasangan yang sebenar. Good Job! Tak sangka langsung.
- Gong Ki Tae: Seorang doktor pakar kosmetik yang berjaya dan memiliki hospital ternama. Atas sebab-sebab tertentu dia tidak ingin terikat dengan perkahwinan. Ada seorang kekasih/bekas tunang bernama Kang Se Ah yang sangat obses dengan Ki Tae tetapi tidak dilayan cintanya dengan baik.
- Jang Mi: Seorang gadis yang naif dan setia mencintai seorang kekasih. Namun ditipu kekasihnya yang playboy. Pada mulanya saya menjangkakan dia akan kembali kepada bekas kekasihnya Lee Hon Dong. Saya juga sangat mengharapkan Jang Mi bercinta dengan Han Yeo Reum berikutan adegan kiss scene yang sangat romantika d’amor di dalam restoran Lee Hon Dong. Namun tekaan meleset. Watak Jang Mi sangat comel terutamanya sewaktu dia mabuk dan mengkucar kacirkan rumah Gong Ki Tae. Paling kelakar aksi di fish tank memanggil Nemo.
- Terlalu banyak aksi kelakar yang mencuit hati. Selain aksi fishtank memanggil Nemo, juga aksi memecahkan cincin pusaka serta aksi mengkucar-kacirkan majlis peringatan kematian datuk Gong Ki Tae.
- Paling best bagi saya, cerita ini reliable. Iaitu cerita yang berpaksikan kepada hakikat kehidupan sebenar. Tidak mempunyai unsur hiperbola dan angan-angan tak logik yang melampau.
- Ending cerita ni okay. Ia lari dari jangkaan asal iaitu sebuah perkahwinan yang gilang gemilang. Majlis perkahwinan yang dimulakan dengan perlambangan suasana gelap diiringi cuaca ribut memberikan gambaran sebenar majlis mereka. Disangkakan mereka tak jadi kahwin. Rupanya hanyalah latihan (rehearsal) sebelum perkahwinan. Pengarah bijak menjentik unsur terbalik/salah jangkaan dari jangkaan sebenar penonton.
2.Keberkesanan Lakonan (7/10)
Menariknya drama ini diisi dengan para pelakon yang sangat mantap. Selain Hero dan heroin, pelakon sampingan terutamanya emak Gi Tae, ayah Gi Tae, emak Jang Mi dan nenek Gi Tae sangat memberi impak besar kepada drama ini. Masing-masing berjaya membawakan watak yang menarik dan menimbulkan seribu satu pertanyaan kenapa watak mereka jadi begitu.
Han Groo (Joo Jang Mi) - Watak Joo Jang Mi sangat bersahaja. Saya tidak pernah mengenali Han Groo tetapi bermula Ep 1 hati sudah melekat untuk mengenali watak Joo Jang Mi yang dibawakan oleh Han Groo.
- Lakonan Han Groo just okay sahaja, memandangkan cerita ini adalah sebuah cerita yang sangat ringan dan ringkas. Tidak terlalu bermain dengan emosi. Sangat berharap Han Groo dapat sebuah watak yang berlainan daripada watak cinta. Dia ada potensi besar. Namun auranya masih kecil.
Yeon Woo Jin (Kong Gi Tae) - Watak Gi Tae sama seperti jejaka hero lain di dalam drama. Handsome, bergaya, kaya, berlagak.
- Lakonan Yeon Woo Jin okay sahaja, memandangkan cerita ini adalah sebuah cerita yang sangat ringan dan ringkas. Tidak terlalu bermain dengan emosi.
Kim Hae Sook (Shin BoYang) - Watak Shin Bo Yang sama seperti watak ibu-ibu orang kaya yang agak ego namun ada sedikit kelembutan kerana sanggup menerima Joo Jang Mi pada beberapa episod awal.
- Namun selepas beberapa episod berlalu barulah terlihat perbezaan dengan watak ibu-ibu lain dalam drama yang biasa kita lihat.
- Watak Shin Bo Yang dibina dengan baik. Daripada suka kepada Jang Mi, jadi tak suka, kemudian suka, kemudian tak suka. Pelbagai penampilan watak ditonjolkan dengan sangat baik sehingga kita tidak boleh menjangka apa sebenarnya yang bakal berlaku terhadap hubungan sesama mereka.
Pencalonan: Lakonan Kim Hae Sook sebagai Shin Bo Yang boleh diangkat sebagai calon Pelakon Pembantu Terbaik ataupun pelakon emak-emak terbaik.
3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi) (6.5/10)
- Dari segi perwatakan yang dicipta sangat menarik. - Teknik pengarahan yang simple dan direct to the point. - Lain2 aspek, biasa sahaja.
4. Skor muzik (3/5)
- Background music yang simple dan menarik. - Namun begitu, tiada lagu yang boleh membawa minat saya untuk turut sama terngiang-ngiang dalam cerita ini.
5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (2.5/5)
- Mungkin akan menonton semula kerana jalan cerita yang tak payahpening kepala. - Mungkin juga tidak. 50-50
Last edited by tuna_sandwic on 6-11-2014 10:15 AM
|