CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: the_killer

[Tempatan] Angkara John, 4 Kanak-kanak Melayu di masukkan ke hospital

[Copy link]
Post time 6-7-2014 04:23 PM | Show all posts
Peniaga roti John mohon maaf

Shah Alam: “Selepas berita mengenai kejadian yang menimpa anak saya disiarkan Harian Metro dan tersebar di Facebook, peniaga roti John terbabit ada menghubungi saya semalam (kelmarin) dan melahirkan kekesalan serta memohon maaf atas apa yang berlaku.

“Peniaga terbabit benar-benar menyesal dengan apa yang berlaku kerana beliau juga turut mengalami sakit perut. Dengan permohonan maaf yang dibuat peniaga terbabit dan dengan kemuliaan Ramadan ini, saya membatalkan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya,” kata Hamdan Mohd Nasir, 40.

Beliau berkata, keputusannya itu turut dipengaruhi keadaan anak ketiganya Muhammad Qayyim yang semakin pulih walaupun masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HTAR.


“Muhammad Qayyim sudah sedar dan menunjukkan tindak balas ketika namanya dipanggil, pagi tadi (semalam) dan ini satu petanda positif walaupun doktor ada memaklumkan jangkitan kuman akibat keracunan itu boleh menyebabkan jangkitan pada otak,” katanya.


Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, satu siasatan menyeluruh dijalankan pihaknya kerana perkara yang berlaku adalah serius.

Menurutnya, jenis kuman yang terdapat dalam roti John yang didakwa menjadi punca empat beradik keracunan makanan Selasa lalu akan dikenal pasti terlebih dulu.


Katanya, bagi memastikan perkara sama tidak berulang, pihaknya akan terus menjalankan pemantauan di bazar Ramadan untuk memantau tahap kebersihan premis yang menjual makanan serta minuman.

“Kami memandang serius kejadian ini dan berharap perkara sama tidak akan berulang.


“Saya juga ingin menasihatkan orang ramai agar memberikan perhatian kepada tahap kebersihan gerai makanan kerana bimbang kualiti makanan juga terjejas,” katanya. Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Komunikasi Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Sharin Ahmad ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menunggu laporan daripada Jabatan Kesihatan Selangor terlebih dulu sebelum sebarang tindakan susulan diambil.


Harian Metro semalam melaporkan kegembiraan empat beradik menikmati roti John sebagai juadah berbuka bertukar episod hitam dalam hidup mereka apabila dikejarkan ke hospital selepas mengalami sakit perut sehari kemudian.



Hamdan adalah bapa kepada empat beradik Nurul Qaisarah Hamdan, 13, Muhammad Qayyim, 11, Nur Qatrunnada, 9, dan Nurul Qasihdayana, 4, yang terpaksa dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahiman (HTAR), Klang kerana mengalami keracunan makanan selepas menikmati juadah roti John yang dibeli di bazar Ramadan Taman Sri Muda, di sini, Ahad lalu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2014 04:24 PM | Show all posts
36 orang keracunan berbuka puasa

PUTRAJAYA 5 Julai - Sebanyak 36 pesakit dikenal pasti mengalami tanda-tanda keracunan makanan selepas makan roti John yang dibeli dari sebuah gerai di bazar Ramadan Taman Sri Muda di Shah Alam, Selangor.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah pesakit tersebut, sebanyak 24 orang dima­sukkan ke wad, manakala 12 orang sebagai pesakit luar tetapi kesemua berada dalam keadaan stabil.

Beliau berkata, keputusan awal ke atas lima spesimen klinikal didapati positif bakteria Salmonella spp, sementara ujian ke atas spesimen daripada pengendali makanan serta persekitaran belum diperolehi.

"Kementerian Kesihatan telah mengambil langkah pencegahan dan kawalan bagi membendung wabak ini termasuk terus bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk memastikan keselamatan makanan di semua bazar Ramadan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Sebuah keluarga yang membeli roti John dari bazar Ramadan berkenaan dilaporkan mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah selepas mengambil makanan itu sebagai juadah berbuka puasa.

Salah seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang makan roti John tersebut turut dilaporkan mengalami kekeja­ngan otot dan bermuka pucat sehingga perlu mendapat rawatan di unit rawatan rapi, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Dalam pada itu, Dr. Noor Hisham menasihatkan masyarakat menjadi pembeli yang bijak dengan mengutamakan kebersihan dan keselamatan makanan yang dibeli.

"Masyarakat perlu memilih makanan yang dijual oleh peniaga yang menguta­makan kebersihan serta menegur penjual yang mengabaikan soal kebersihan.

"Orang ramai juga perlu melaporkan penjaja yang kotor kepada pejabat kesihatan atau PBT," katanya.


Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 04:26 PM | Show all posts
ban je peniaga tu dari berniaga..

tahu nak kena saman,pandai minta maaf
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasti kedai roti john kat pasar tu sume xlaku kan....pdn muka..jual mahal plak tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 04:37 PM | Show all posts
Sampai kejang otot muka, itu macam dah makan racun bukan keracunan makanan ...... aku paling teruk pon hanyalah kejang otot j.ubur aja ....
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Salmonella ni basuh berak tak cuci ni pastu GI bancuh dgn tgn..euwwwe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2014 06:52 PM | Show all posts
poison_paradise posted on 6-7-2014 06:26 PM
Salmonella ni basuh berak tak cuci ni pastu GI bancuh dgn tgn..euwwwe

Boleh jadi jugak from telur ayam yg tak dibersihkan...


Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 07:06 PM | Show all posts
roti john + tahi ayam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2014 12:06 PM | Show all posts
campur dgn taik ayam yg melekat kat teloq
kat kedai mamak pun, kalu korang perhati, ade najis ayam melekat kat kulit telur
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 01:09 PM | Show all posts
secretservice posted on 5-7-2014 05:21 AM
john johnny jonathan tara pam pam pam pam pam

ko sama ngan aku.... haha.... tibe2 teringat citer ni... kuikuikui

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 01:13 PM | Show all posts
huhu.. kesiannya..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 01:18 PM | Show all posts
mostly makanan kat bazar 1st day jah fresh..hari berikutnya resycle semalam punya
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 01:25 PM | Show all posts
lps aku bc psl ni...gigih aku buat roti john...
lg sedap kot...mayonis aku ganti gnti dgn chesee...perrrghhh
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 01:26 PM | Show all posts
kebetulan terkena kat 4 beranak ni kut.......org lain bernasib baik...
sayur kah? telur? roti?

kalau sos tak mungkin...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 01:43 PM | Show all posts
noor2 posted on 7-7-2014 01:26 PM
kebetulan terkena kat 4 beranak ni kut.......org lain bernasib baik...
sayur kah? telur? roti?

...

taklah noor, akak ada dgr radio jummat lepas katanya ramai yg dptkan rawatan kat
hospital. tak silap around 30 people?? tapi tak heboh pun benda ni.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 01:45 PM | Show all posts
harap ada la jabatan kesihatan check semua bazar ramadan..at least peniaga pun tak la boleh amik kesempatan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2014 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 posted on 7-7-2014 01:26 PM
kebetulan terkena kat 4 beranak ni kut.......org lain bernasib baik...
sayur kah? telur? roti?

...

Ada 36 org lain yg kena..si bapak plak x nk amik tindakan sbb si peniaga plak dah mntk maaf dan dia pon sakit perut mkn roti john sendiri..
Klu aku la..saman je peniaga ni sampai tinggal spender
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 01:48 PM | Show all posts
saladin780 posted on 7-7-2014 01:46 PM
Ada 36 org lain yg kena..si bapak plak x nk amik tindakan sbb si peniaga plak dah mntk maaf dan di ...

so betullah yg saya dengar akt radio tu..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 01:48 PM | Show all posts
saladin780 posted on 7-7-2014 01:46 PM
Ada 36 org lain yg kena..si bapak plak x nk amik tindakan sbb si peniaga plak dah mntk maaf dan di ...

owh...kisahnya....patut disaman ja peniaga tak jujur ni..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 01:49 PM | Show all posts
arasham posted on 7-7-2014 01:43 PM
taklah noor, akak ada dgr radio jummat lepas katanya ramai yg dptkan rawatan kat
hospital. tak si ...

peniaga ni jenis tak jujur ni kak ara.....geramnya....boleh menyebabkan kematian

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 07:08 AM GMT+8 , Processed in 0.337590 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list