|
Mahu lupakan sengketa,Marina dah anggap Zizan seperti adik #pg8
[Copy link]
|
|
entah2 tak bayar income tax syarikat. |
|
|
|
|
|
|
|
emma jijang mmg annoying... tak tau nape...
like dorg bkn in love sgt pn... cm cinta seasonal je |
|
|
|
|
|
|
|
lumie posted on 27-6-2014 03:09 AM
emma jijang mmg annoying... tak tau nape...
like dorg bkn in love sgt pn... cm cinta seasonal je
Tah2 cinta settingan...hahaha mcm kat indon... sebab nak jadi bahan gosip atau sbb nak pemas buat la cinta setting-an.. bercinta yg dibuat2 dpn org ramai.. padahal target nak pemas je.. kat indon ramai artis buat mcm tu.. infact ada artis yg canang mereka bertunang.. lepas pemas baru la buka cerita sebenar yg mereka x bertunang betul.. sekadar buat cerita biar org kenal.. tp masa dlm setting-an tu mesti buat mcm kapel bercinta. Peluk2..cium2..mcm belangkas kesana kemari |
|
|
|
|
|
|
|
x profesional lsg la zizan oi.. da nama rakan kongsi, xble bawa bincang ker..
|
|
|
|
|
|
|
|
byk duit pulak jadi camni. |
|
|
|
|
|
|
|
pasni nak pecah syarikat ke? bwk haluan masing2?
tuelah kalau portion duit kita bnyk dlm company tapi bukan kita yg 100% manage 24/7 mmg sshlaa.... possibility utk org seleweng duit tue sgt tinggi...
|
|
|
|
|
|
|
|
nak buka syarikat ngan maembong letteeewww ... |
|
|
|
|
|
|
|
peguam company dorg peguam hanes soraya kah? |
|
|
|
|
|
|
|
suka sgt bercinta ngan budak tak sekolah, ko pun jadi mengarut zizan. ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
kesian, lepas kapel ngan emma terus mcm2 hal zizan ni. |
|
|
|
|
|
|
|
zizan..ko x perasan ke sejak ko ngan emma, populariti ko makin jatuh?
ko dah x best (dulu pon x best, sekarang lagi lah bertambah x best)
aku cuma nak bagitahu kat ko zizan, apesal lah ko join karoot komedia, ko x best doe!
mintak johan dan jehan masuk balik.. macam karoot komedia first sesaon..
sorry OT jap ..nak luahkan perasaan jerr |
|
|
|
|
|
|
|
bedahmulutpuaka posted on 27-6-2014 09:46 AM ![](static/image/common/back.gif)
zizan..ko x perasan ke sejak ko ngan emma, populariti ko makin jatuh?
ko dah x best (dulu pon x b ...
ha?seyes zizan join Karoot?
dah lama tak tengok.
dolu dolu suke tengok musim 1 yang ada johan.
tengok muka dia dah boleh gelak.
yang musim 2 nabil masuk dah tak best sangat.
|
|
|
|
|
|
|
|
makin lama makin merudum nampak si zizanxbest ni... |
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 27-6-2014 10:26 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
bedahmulutpuaka posted on 27-6-2014 09:46 AM
zizan..ko x perasan ke sejak ko ngan emma, populariti ko makin jatuh?
ko dah x best (dulu pon x b ...
Khenn..bleh plak die gi nyemak kt kkx tuh..ni mesti pasal kitkat yg jdik sponsor..dah malas nak tgk! |
|
|
|
|
|
|
|
apa kata lepas ni zizang.. engko buka company partner gf engko, artis naungan adik2 gf engko jer..
|
|
|
|
|
|
|
|
Bisnes kongsi ni memang banyak masalah, banyak pertikaian....
Awal bisnes, semuanya ok ...lepas tu, satu persatu masalah akan timbul...dah banyak kali dah aku duk perhatikan masalah yg melibatkan bisnes kongsi ni....ada sesetengah tu asalnya kawan rapat, boleh bergaduh akhirnya |
|
|
|
|
|
|
|
Serabut ngat mung ni mat jang |
|
|
|
|
|
|
|
naya je kat staff yg xleh nak amik gaji |
|
|
|
|
|
|
|
Emma punca kemelut Zizan-Marina?
[url=]<[/url] 1 / 2 [url=]>[/url]
KEMELUT membabitkan Zizan Razak dan Marina Juki yang juga rakan kongsi serta pengurusnya kembali menjadi perhatian, setelah Zizan dikatakan membekukan dua akaun syarikat Wire Fame Entertainment Sdn. Bhd. (WFE), sehingga urusan pembayaran artis dan pekerja tidak dapat dilakukan.
Jika diimbas semula, kemelut membabitkan Zizan, Marina dan WFE mula hebat diperkatakan sejak awal Februari lalu.
Ia bermula dengan khabar angin Emma Maembong yang juga salah seorang artis di bawah pengurusan WFE disingkir pada bulan Februari lalu, kerana sering menimbulkan masalah kepada syarikat pengurusannya.
Kemudian diikuti perseteruan Zizan dan Marina yang menjadi perhatian ramai selepas ura-ura mula kedengaran bahawa Zizan bakal beralih ke bawah pengurusan Astro biarpun mempunyai syarikat pengurusan sendiri.
Tidak berakhir setakat itu sahaja, Zizan dan Marina memberi dua kenyataan berbeza apabila terdengar ura-ura Emma bakal disaman WFE kerana melanggar kontrak syarikat, diikuti pengakuan Zizan beralih di bawah pengurusan Astro tidak lama selepas itu.
Biarpun kedua-duanya menafikan berseteru, namun banyak pihak khasnya media menghidu kerenggangan hubungan Zizan dan Marina.
Terbaru, luahan rasa tidak puas hati melibatkan dua lagi artis di bawah naungan WFE iaitu Johan As'ari dan Kaka Azraff kerana bayaran gaji mereka tidak dapat dibuat selepas Zizan membekukan akaun.
Bagi menjelaskan kemelut yang melanda, Marina bersama peguamnya; Harjit Singh Sandhu dan Wan Nurliyana daripada Tetuan Harjit Sandhu bersama Sasha Lyna Abdul Latif dari Tetuan Sasha Lyna yang merupakan peguam syarikat WFE dan Azlan Karim juga juruaudit akaun WFE mengadakan sidang media di Holiday Villa Hotel, Subang, petang semalam.
"Saya sangat terkejut apabila mendapat tahu kedua-dua akaun syarikat dibekukan atas arahan Zizan ketika saya mahu mendepositkan cek pada awal Jun iaitu selepas seminggu Zizan mengeluarkan arahan membekukan akaun.
"Apatah lagi, Zizan langsung tidak berbincang mengenai hal itu dengan saya biarpun dia pemegang saham terbesar dalam syarikat.
"Lebih mengejutkan saya, apabila ada pihak menyampaikan kepada saya, Zizan mendakwa saya menyeleweng duit syarikat. Padahal penyata akaun bagi 2013 belum lagi dikeluarkan. Namun bagi penyata, akaun 2011 dan 2012, tidak ada sebarang masalah penyelewengan," katanya.
Marina berkata, selain Kaka dan Johan yang sudah membuat laporan polis mengenai perkara itu, dia juga sudah membuat laporan polis.
Tidak dapat menyembunyikan lagi kemelut yang melanda, Marina akhirnya mengakui bahawa hubungannya dengan Zizan berantakan semenjak bulan Februari lalu.
"Sebenarnya ada sedikit salah faham membabitkan saya dan Zizan, ketika kami bersama Emma serta beberapa individu lain berada di Amerika Syarikat pada Februari lalu.
"Balik sahaja dari bercuti, Emma menyatakan hasrat untuk berundur. Jadi dari satu salah faham, ia seperti berpanjangan kerana kami masih belum sempat untuk duduk berbincang.
"Saya agak sedih kerana saya dan Zizan sudah berkawan rapat sejak empat tahun lalu. Kami dah macam adik beradik dan kami jatuh bangun bersama.
"Tapi kerana salah faham itu, saya dan Zizan tidak bercakap sejak bulan Februari. Namun, saya harap hal ini dapat diselesaikan dengan segera," ujarnya sambil menahan sebak.
Selesai cara baik
Marina berkata, dia sudah menghantar surat kepada pihak bank bagi mendapatkan penjelasan mengapa akaun itu dibekukan tanpa mendapat persetujuan daripadanya yang juga pemegang 30 peratus saham syarikat.
Dia juga menanti kepulangan Zizan dari Jepun untuk menyelesaikan isu ini secara baik.
"Saya harap Zizan dapat luangkan masa bertemu saya dan jelaskan beberapa perkara. Pertama mengenai pembekuan akaun syarikat.
"Kedua, saya minta Zizan tampilkan bukti andai benar saya membuat penyelewengan dalam syarikat dan ketiga, saya harap Zizan dapat jelaskan hasratnya sebelum ini yang mahu berundur sebagai salah seorang pengarah WFE.
"Saya tiada perancangan membawa perkara ini ke peringkat yang serius dan hanya berhasrat menyelesaikan dengan cara baik," akhirinya.
|
|
|
|
|
|
|
|
akieys posted on 26-6-2014 10:32 PM ![](static/image/common/back.gif)
yup klo sdn bhd at least kene 2 director & majoriti director setuju.. klo 2 org director, 1 setuju ...
klu mcm tu, mmg tak sah la arahan beku tu...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|