CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ladyFinger12

Cerpen: Cinta Merentas Benua (tamat sudah..)

[Copy link]
Post time 26-6-2014 03:48 PM | Show all posts
Mamat ereb tu ghupa gini...



Pujaan hati si @awanjingga  



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2014 04:56 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 26-6-2014 03:34 PM
Kita x chat

Sekali lagi Mohamad tersenyum. Mula-mula dulu dia ingat chat itu merujuk kepada semb ...

jgn stress mohamad... fokus2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2014 10:02 PM | Show all posts
menyambung apa yg tertinggal... (ptg td tiba2 bz)

-----


Oklah... g2g!

Belum puas nak bersembang, Katy Perry sudah mahu pergi. Tersengih-sengih Mohamad mengingatkan cinta hati. Kata-kata sahabatnya diimbas kembali.... “Anta tak akan menyesal?”

Tidak.... Sekali pun tidak. Jika cintanya ikhlas, Allah pasti perkenankan segala doanya. Khadijah sekarang bukan lagi Khadijah dahulu. Khadijah sekarang tertutup rapi. Semua gambar tanpa hijab dalam Facebook sudah dibuangnya. Alhamdulillah!

Kalau dari benih baik, hasilnya mesti baik juga... Hati kecilnya berkata-kata apabila teringatkan datuk Khadijah merupakan seorang guru agama.

Mengingatkan semula perbualan dengan Katy Perry sebentar tadi, Mohamad tiba-tiba hilang ceria.

“Benarkah dia dah ada pilihan hati?” Mohamad hela nafas berat lagi dalam. Kemudian mukanya diraup pula.

“Kalau dah jodoh tak ke mana...” Satu lagi kata-kata Abdul Rahman diingatkan kembali.

Tapi masalahnya Khadijah tak cintakan dia. Tak kan nak paksa? Zalim namanya. Perempuan juga mempunyai hak untuk memilih jodoh mereka. Mohamad tiba-tiba rasa buntu. Dalam seronok dia membina istana impian, nampaknya istana yang hampir siap dibina bakal roboh pula.

“Perlukah aku beritahu siapa aku?” Berkerut-kerut dahi Mohamad memikirkan. Liurnya ditelan kelat.

Khadijah... Biarlah aku memuja kamu dalam diam. Jika Khadijah takdir aku, dua jiwa pasti bersatu. Satu keputusan akhirnya dibuat.

**********

usu... l8r =  later

usu jugak... Apa yg katy perry tahu anggerik desa seorang perempuan... semua fren list katy perry perempuan, remember?
Last edited by ladyFinger12 on 26-6-2014 10:16 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2014 10:12 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 26-6-2014 03:48 PM
Mamat ereb tu ghupa gini...

Dgn Jay Ryan, siapa lagi hensem?




Esok lady akan bermusafir.... So lady nak ambil kesempatan utk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan, bulan yg mulia. Semuga amal kita thn ini lebih baik dr thn lepas...

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 10:40 PM | Show all posts
cerpen la sangat lady oiiiii
ini udah jadi cerpan.. silap2 jadi novel plok
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 09:25 AM | Show all posts
selamat menempuhi bulan yg mulia bulan Ramadhan Al Mubarak semua...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-6-2014 10:11 AM | Show all posts
cmf_conan posted on 26-6-2014 10:40 PM
cerpen la sangat lady oiiiii
ini udah jadi cerpan.. silap2 jadi novel plok




kan....cerpen kebenda gaya gini....

but i likeee...lagi panjang lagi suka...

sila panjang2kan lagi yer lady...





Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 02:35 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 26-6-2014 03:48 PM
Mamat ereb tu ghupa gini...

syhhhhhhh..dendiam sajo la....

@ladyFinger12  lebih kurang ja..cuma hat yg main bola ni chubby skit..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2014 07:42 AM | Show all posts
@ladyFinger12... bila nak sambung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2014 11:43 AM | Show all posts
cmf_conan posted on 26-6-2014 10:40 PM
cerpen la sangat lady oiiiii
ini udah jadi cerpan.. silap2 jadi novel plok

Tak ada maknanya novel... dah nak habis pun...

----

Bahagian 7

Yaman 2014

“Umi! Kenapa hidung dia besar?”

“Hidung siapa?”

“Hidung Mohamad lah...”

Mengekek tawa umi di hujung talian. Khadijah mencebik geram. Umi kata handsome. Mula-mula dia tak percaya sebab bukan dia tak tahu umi... Cukup pandai saiko orang. Bila Fatimah kata handsome, dia mula percaya dan terima jodoh yang diatur. Tapi ikutkan dalam gambar... mak aihhh! Khadijah merungut-rungut di hati.

Selama ini dia tak pernah lihat wajah Mohamad. Setiap kali Mohamad datang berziarah, dia duduk dalam bilik. Tak keluar-keluar sehinggalah Mohamad balik.

“Duhhh... Macam mana ni?”

“Khadijah, Mohamad tu dah jadi tunang Khadijah pun. Besar tak besar, Khadijah kena terima. Dulu Khadijah juga yang nak, kan?”

Khadijah terdiam apabila diingatkan tentang itu. Kali ini dia tak boleh kompelin kerana kali ini umi dan abi tak guna kuasa veto. Bila Fatimah bocor rahsia Mohamad yang tergila-gilakan dia itu ialah Anggerik Desa, dia terima dengan hati yang terbuka. Tambah pula Fatimah kata handsome, semakin terujalah dia. Jay Ryan kau, gila tak nak?

Huh! Nak kena Fatimah ni...

**********



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2014 11:47 AM | Show all posts
Kenangan setahun yang lalu diimbasnya kembali. Kini sudah setahun dia menjadi tunangan kepada Mohamad. Lelaki yang menyintainya sejak dulu lagi. Kemudian Khadijah ambil pula telefon cap ayam miliknya. Mesej dari tunangnya Mohamad dibaca.

Kalau Tijah rasa saya tak sesuai dengan Tijah, saya tak paksa. Tijah mempunyai banyak masa untuk memikirkannya. Apa pun keputusan Tijah, saya terima.

Sudahlah tak handsome, kampung pulak tu! Khatijah menggeleng apabila nama Katy Perry bertukar Tijah. Kalau Khadijah sedap juga didengar.

Saya akan keluar fisabilillah untuk korban diri, masa dan harta kerana Allah. Sedalam mana pun cinta saya pada Tijah, cinta saya kepada Allah lebih dalam. Selama tempoh setahun ini, fokus saya hanya kepada agama. Mohon Tijah faham.

Khatijah hela nafas dalam-dalam. Tempoh setahun merupakan tempoh pengujian cinta, kata Mohamad. Jika dalam tempoh masa itu Khadijah masih tidak dapat menerimanya, Mohamad sedia pertunangan mereka diputuskan.

Dalam tempoh setahun itu jugalah, Facebook Angerik Desa tidak pernah lagi dikemaskini. Tiba-tiba Khatijah rasa sunyi. Tiba-tiba Khatijah rasa kehilangan. Khadijah sedar bahawa dia sangat merindui Anggerik Desa!

Besar pun besarlah! Khadijah reda. Bukan senang nak cari lelaki yang benar-benar menyintainya. Dan bukan senang nak dapat lelaki yang kuat iman sehingga menyintai Allah lebih dari segala-galanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2014 11:52 AM | Show all posts
Kuala Lumpur, 2014

Alhamdulillah! Sempurna sudah upacara ijab dan kabul. Hati kecil Mohamad berbunga-bunga. Akhirnya si dara pujaan kini dimiliki.

Majlis akad nikahnya dilakukan di masjid namun Khadijah tidak hadir sekali. Bukan sahaja Khadijah, adik, umi dan kesemua para wanita juga tidak hadir. Mereka menunggu di rumah sahaja untuk mengelakkan percampuran di antara lelaki dan perempuan, agar perkahwinannya lebih barakah. Apa yang penting pengantin lelaki dan perempuannya wujud dan diketahui. Disertai dengan wali, saksi dan tok kadi maka sempurnahlah sebuah perkahwinan di dalam Islam. Lagi pun jarak rumah Khadijah dengan masjid sekadar 5 minit perjalanan dengan kereta. Mudah, tak perlu bersesak-sesak mahu ke masjid semuanya. Pengantin perempuan pula masih boleh mendengar lafaz akad melalui telefon bimbit. Unik sekali majlis akad nikahnya.

“Alhamdulillah! Khadijah sekarang bukan lagi tanggungjawab umi dan abi. Khadijah sekarang di bawah tanggungjawab Mohamad. Khadijah wajib taat kepada suami.” Pesan uminya membuatkan Khadijah rasa sebak. Kini dia sudah menjadi seorang isteri.

**********

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.” Khadijah membalas perlahan sambil tertunduk malu. Jantungnya berdebar saat suaminya melabuhkan duduk di sisi.

Bahu Khadijah disentuh lalu dipusingkan agar mengadap ke arahnya. Khadijah hulurkan dua tangan. Mohamad sambut. Khadijah cium pula tangan suami. Mohamad membalas dengan ciuman di dahi. Setelah itu Mohamad menyingkap tabir pada wajah isterinya. Khadijah masih lagi menunduk, malu-malu. Dagu milik isterinya itu pula dicuit. Kepala Khadijah didongakkan. Empat mata kini bertentang. Mula-mula kecil kemudian luas membundar. Masing-masing terperanjat.

Aikk? Tak besar pun, Elok aje... Khadijah pandang sekali lagi untuk kepastian. Tak dapat Arab, mamak pun jadi lah! Boleh lah... Janji hidung mancung dan tak besar.

Salah orang? Biar betul! Mohamad pasti wajah yang dia pernah lihat dalam Facebook bukan seperti yang sedang dia tatap sekarang ini. Lekas-lekas Mohamad bangun. Fuhh! Tak pasal kalau salah orang. Dah pegang-pegang... Dah cium-cium. Mohamad terasa menggigil. Lekas-lekas Mohamad bangkit dari katil.

Tapi tadi umi juga yang tunjukkan bilik ni... Hati kecilnya berkata. Bimbang juga jika dia tersalah masuk bilik Fatimah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2014 11:53 AM | Show all posts
sambung lg TT... tak puas baca...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2014 11:56 AM | Show all posts
“Anggerik Desa tak salah orang. Kita lah Katy Perry...” Khadijah memberanikan diri bersuara.

Mohamad segera berpaling. Wajah Khadijah dipandangnya semula. Lama ditatapnya dengan dahi yang masih lagi berkerut-kerut. Khadijah faham kenapa suaminya itu tak percaya. Lantas tangan suaminya diraih. Bagaikan orang yang sedang dipukau, Mohamad menurut. Duduknya dilabuhkan kembali di sisi isteri.

“Awak terkejut sebab kita tak secantik dalam FB?” Khadijah bertanya.

“Tapi...” Mohamad hilang kata-kata. Dia yakin gambar tanpa hijab dan tanpa niqab yang pernah dilihatnya sebelum ini langsung tak sama dengan Khadijah di depan mata. Walau pun gambar-gambar itu sudah dibuang oleh Khadijah tapi dia masih tak lupa dengan wajah itu.

“Gambar profil yang kita pernah guna tu bukan gambar kita. Itu gambar Neelofa.” Khadijah menjelaskan. Mohamad terus berdiam. Cuma dua keningnya bertaut.

Neelofa mana pulak ni?

“Awak tak kenal Neelofa?”

Geleng.

“Walau pun kita tak tahu guna fungsi private, tapi kita tak bodohlah nak letak gambar kita tak pakai hijab. Umi kita marah.”

Kali ini Mohamad tersenyum. Subhanallah. Isterinya wanita terpelihara rupanya. Alhamdulillah! Kesyukuran dipanjat dalam hati.

“Awak menyesal kahwin dengan kita?” Khadijah bertanya.

Mohamad masih senyap. Dia masih tak percaya.

“Kita tahulah kita tak secantik Neelofa.”

“Kecantikan wanita terletak pada akhlaknya...” Akhirnya suaranya dapat keluar juga dari peti.

Khadijah senyum.

“Kenapa awak tipu kita?” soal Khadijah.

“Tipu pasal Anggerik?”

Geleng. “Pasal gambar hidung besar.”

Mohamad tertawa geli hati. Sengaja dia mahu menguji Khadijah sebenarnya. Dia mahu tahu sejauh mana Khadijah menerima dan menyukai apa yang Allah beri kepadanya. Nampaknya Khadijah sudah mempunyai sifat reda.

“Saja!”

“Tak baik tau. Geram kita.” Pukk! Selepuk Mohamad kena di bahu. Namun M0hamad cuma tertawa.

**********
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2014 12:00 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 30-6-2014 11:53 AM
sambung lg TT... tak puas baca...

Nak sambung bg perabih la ni...

-----

Yaman, 2014.

“Umi! Kita geram ni...”

“Geram apa?”

“Abang kata mudir nak kahwinkan anak dia dengan abang.”

“Dia main-main aje tu.”

“Betul! Nama anak mudir tu Aeisyah.”

“Mohamad tak cakap apa-apa pun dengan umi dan abi. Dia saja main-mainlah tu.”

“Umi! Kita nak balik.” Khadijah tak peduli. Dia mahu balik ke Malaysia juga. Dia tak sanggup bermadu. Jika ikut sirah Nabi, Aeisyah merupakan isteri Nabi. Khadijah jadi tak menentu sejak suaminya menyatakan tentang hasrat mudirnya itu. Orang yang cintakan Allah lebih dari segala-galanya pasti sanggup berbuat sedemikian. Khatijah benar-benar khuatir kerana dia tahu dirinya di tempat ketiga dalam hati Mohamad selepas Allah dan Rasul.

“Pulak dah... habis pelajaran Khadijah macam mana?”

“Lantaklah...”

“Empat bulan saja lagi Khadijah. Dah nak final exam ni, kan? Sayang kalau tak habiskan.”

“Habis tu, kalau abang kahwin lagi?”

“Mana ada dia nak kahwin lagi...”

“Kita tak peduli. Kita nak balik jugak. Nanti abang kahwin lain.” Khadijah tak malu mengongoi. Hatinya benar-benar sakit dengan suaminya. Konon cintakan dia sampai sanggup tunggu 3 tahun. Bila semua dah dapat, nak tunggu 4 bulan pun tak boleh. Sunyi konon. Cinta taik kucing!



Last edited by ladyFinger12 on 30-6-2014 12:01 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2014 12:11 PM | Show all posts
Kuala Lumpur.

“Ikut sukalah Khadijah! Khadijah dah jadi isteri orang. Keputusan di tangan suami Khadijah. Kalau dia kata balik, Khadijah balik.” Penat betul melayan kerenah Khadijah. Ingat dah jadi isteri orang dah tak buat hal. Asiah menggeleng. Talian dimatikan. Kemudian menantunya dipandang.

“Ni apa cer?” soal Asiah. Menantunya tertawa.

“Saja... Dia seronok bercerita pasal mamat Arab handsome, sesekali biar dia pulak rasa...” Walau pun Khadijah bukanlah Neelofa, tapi Khadijah jauh lebih cantik dari Neelofa. Mohamad berasa bertuah kerana memiliki Khadijah tapi dalam pada itu hatinya sakit apabila Khadijah tak sudah-sudah bercerita tentang mamat Arab handsome yang mukanya macam Jay Ryan.

“Lantak koranglah! Umi tak nak masuk campur.” Asiah menggeleng-geleng lagi. Kemudian dia tertawa. Menantunya pun sama peel macam Khadijah. Pada hal dah 26 tahun.

Mohamad keluarkan telefon bimbitnya. “Umi baca ni...” Telefon bimbitnya dihulur.

Kalau kita tahu macam ni, baik kita pilih mamat Arab Handsome.

“Khatijah ni dah kahwin pun masih buat perangai. Pandai-pandailah kamu didik dia.”

“Insya-Allah. Bukan senang nak wujudkan Generasi Quran umi. Pasti ada ujiannya.”

Asiah menghadiahkan senyuman buat menantunya yang banyak membantu. Jika diikutkan, dia sememangnya sudah mengalah lama dahulu. Alhamdulillah, Allah hantar seseorang yang mampu mendidik Khadijah.

“Saya nak ke Yaman esok sebenarnya umi.”

“Esok?” Bulat dua biji mata Asiah. Terkejut dengan keputusan menantunya yang secara tiba-tiba. Mohamand angguk.

“Habis madrasah macam mana? Tak kanlah sebab Khadijah, kamu nak berhenti? Jangan diikutkan sangat peel si Khadijah tu. Nanti kamu juga yang susah.”

“Sebenarnya umi, saya dapat offer yang lebih baik tapi saya mintak tangguh dulu. Tunggu sampai Khadijah habis belajar.”

“Kat mana pulak?”

“Mengajar dan jadi imam di Korea.”

“Masya-Allah! Bagus tu...”

Demi cinta kepada Allah, ke benua mana dia dicampak, pasti akan dia sahut seruan itu. Dia juga pasti Khadijah akan setia berada di sisi. Mamat Arab handsome entah kan wujud entahkan tidak. Mohamad melakarkan senyuman...

Khadijah... tunggu abang datang!


***** Tamat ****

Mod, nak tacang buat berbuka!

(ikut stail nicki...) Last edited by ladyFinger12 on 30-6-2014 12:12 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2014 12:18 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 30-6-2014 12:00 PM
Nak sambung bg perabih la ni...

-----

hahahahaha... mohamad ni... takkan nak tambah lg... haish... sengsara si khadijah... thank u TT... big HUG for u... hihihihihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2014 12:31 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 30-6-2014 12:18 PM
hahahahaha...  mohamad ni... takkan nak tambah lg... haish... sengsara si khadijah... thank u ...

sama2... Terima kasih kerana sudi membaca.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2014 12:35 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 30-6-2014 12:31 PM
sama2... Terima kasih kerana sudi membaca.

suka sgt endingnya... tahniah TT... kalau ada cite baru boleh tempek kt cni lg ya...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2014 01:29 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 30-6-2014 12:11 PM
Kuala Lumpur.

“Ikut sukalah Khadijah! Khadijah dah jadi isteri orang. Keputusan di tangan suami  ...

Nak tacang...pi lah tag Momod.....



Kadang-kadang, senang berjodohan....

Simple jah story.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.052435 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list