CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anak_Nogori

[Tempatan] MH370 - Kapten Zaharie kembali menjadi suspek utama

[Copy link]
Post time 22-6-2014 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
" Fail simulator tersebut didapati dipadamkan, namun berjaya ditemui kembali oleh pakar-pakar yang menyiasatnya."

Bukan ke pulis jugak yg padamkan data pada awal serbuan kat romah kpt zahari tu?

Lepas sebulan jadik citer lain plak?
"fail dipadam berjaya ditemui semula"

Mungkin CIA (pulis antarabangsa) padam, pastu pulis kampong retrive balik?

.....explen pliss.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2014 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
prettymanja posted on 22-6-2014 05:50 PM
whatever.. dah seratus ari pesawat ilang asik tudoh menudoh je keje nye.. lau yg kene tudoh dah jd A ...

Siasatan kali ni bukan setakat nak cari flite.
Rasanya lebih bermotip kpd "siapa bertanggungjwb" dlm kes utk mudahkan pihak lain (klem insuran, tutup rekod2 lain).

Nak tuduh boieng, dorang mitak alasan celah mana yg tuduh flite rosak?
Silap2 mas/negara kene saman balik.

Nak tuduh perampas, takde sapa tggjwb.

So, last choice tuduh je la pilot sendiri.
Kalu kelorga pilot bising2 nati sumbatkan duit sket.
...atau tuduh je kelorga yg bising turut terlibat dlm perancangan (sbg ugutan).
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 06:55 PM | Show all posts
malas amik tau lg banyak sangat teori...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2014 07:13 PM | Show all posts
Menteri nafi Kapten Zaharie suspek utama
22 Jun 2014

Hishammuddin Tun Hussein. - Foto Sinar Harian oleh SHARUFUDIN Hishammuddin Tun Hussein. - Foto Sinar Harian oleh SHARUFUDIN

KLUANG - Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyangkal laporan sebuah akhbar di United Kingdom mengenai juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah sebagai suspek utama di sebalik kehilangan pesawat MH370.

Hishammuddin berkata, perbuatan akhbar terbabit yang melaporkan tanpa sumber sahih merupakan sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan bertujuan meningkatkan jualan akhbar.

"Kalau hendak layan akhbar di UK (United Kingdom), hari-hari mereka ada cerita baharu. Jika ada asas, pihak tertentu di UK kena beri kita bukti dan petunjuk. Kita akan siasat mengenainya dan tidak perlu heboh di akhbar," katanya kepada pemberita selepas majlis 1Veteran 1Malaysia: Jasa Mu Sentiasa Dikenang dan Dihargai, di sini hari ini.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata Malaysia sentiasa konsisten dari awal mengenai apa jua petunjuk kejadian itu dan setiap perkara yang perlu diperjelaskan kepada umum mesti mendapat pengesahan daripada pakar serta badan tertentu.

Beliau berkata, kesahihan sebarang perkembangan kejadian terbabit amat penting kerana kerajaan tidak mahu keluarga juruterbang mahupun anak kapal dan keluarga keseluruhan penumpang menerima pelbagai tuduhan yang boleh menjejaskan mereka.

"Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar juga sudah menegaskan bahawa kita menggunakan segala pertimbangan bila kita siasat juruterbang, anak kapal dan penumpang. Jadi kita jangan layan konspirasi teori kerana kalau ada perkara yang disembunyikan sudah tentu ada pihak lain yang akan membantah," kata Hishammuddin.

Akhbar Sunday Times, UK melaporkan polis Malaysia kini menganggap suspek utama di sebalik kehilangan pesawat MH370 adalah juruterbang penerbangan tersebut, Kapten Zaharie Ahmad Shah.

Akhbar itu melaporkan Zaharie menjadi sasaran kini selepas semua yang lain di atas pesawat tersebut dibersihkan.

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin menyifatkan desas-desus yang mengaitkan namanya untuk menggantikan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri sebagai perbuatan nakal dan tidak bertanggungjawab.

Naib Presiden Umno itu berkata, tindakan seumpama itu sengaja melaga-lagakan pemimpin dan bertujuan melemahkan parti.

"Kita tidak boleh ikut rentak ini kerana kita perlu rapatkan barisan dan memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada perdana menteri dan timbalan perdana menteri," katanya.

Sebelum ini, laman blog dan media sosial melaporkan kemungkinan Muhyiddin berundur bagi memberi perhatian kepada usaha memulihkan Umno.   

Ia juga timbul berikutan desas-desus rombakan Kabinet yang mungkin dilakukan perdana menteri khususnya untuk membawa masuk pemimpin daripada parti komponen Barisan Nasional iaitu MCA dan Gerakan. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 07:31 PM | Show all posts
Changa posted on 22-6-2014 04:06 PM
Felda pprt punya komentar.
kamu telah insult ummah yg dah berhabis uang dan tenaga mencari pesawa ...

ms biler lak dia insult??
bc tue biar bebetul..
pas2 sedap2 jer ckp stupid melayu sunni..
mcm dh bijak sgt..  
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 07:36 PM | Show all posts
beautifulliar posted on 22-6-2014 03:57 PM
Mgkin kbetulan je kejadian nih ngn apa yg ada pd simulator kt rumah capt tu..sbb tu dia dipergun ...

simulator tu boleh evidence .

maksud kak, fbi cia boleh create fake evidence.

alangkah orang curi pasport gambar mereka guna photoshop?

inkan bukti dalam komputer kapten zaharie.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2014 08:22 PM | Show all posts
Kapten Zaharie tu baik orangnya
Tak tinggal solat
Hormat orang tua
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Takpe...kat sane nnti tak boleh konar baring daaaa...ahhahahahahah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2014 08:32 PM | Show all posts
teringat kate  Agent Concklin to his crew investigators in bourne  identity...i want bourne and...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 08:35 PM | Show all posts
Lapor media itu, polis sudah menemu bual lebih 170 orang dan mendapati Kaptan Zaharie, seorang yang periang, suka kepada gajet dan selalu membuat posting dalam media sosial serta tidak membuat sebarang komitmen sosial atau kerja di masa depan.Ia berbeza dengan pelbagai perancangan yang dibuat oleh pembantu pilot, Fariq Hamid dan anak kapal pesawat itu, lapor The Sunday Times.



so depa buat profile dissection , ke? macam the Intepreter tu masa Agent kelly ( sean penn) cerita ttg profile  org yg suka buat serangan berani mati , ni?

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Senangnya carik scapegoat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2014 09:10 PM | Show all posts
ultra78 posted on 22-6-2014 08:22 PM
Kapten Zaharie tu baik orangnya
Tak tinggal solat
Hormat orang tua

ko perli ke apa ni?..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannyaaa..aku yakin suatu hari nanti jawapan yg sebenar akan muncul jua..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2014 09:32 PM | Show all posts
Selepas Menteri nafikan...rakan plak berang...dgn Sunday times.



Rakan berang laporan kaitkan Kapten Zaharie
WARTAWAN SINAR HARIAN
22 Jun 2014
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services
0
Kapten Zaharie Kapten Zaharie
< 1 / 1 >
SHAH ALAM – Ahli keluarga dan rakan-rakan juruterbang Malaysia Airlines MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah berang dengan laporan akhbar Sunday Times, di United Kingdom (UK) hari ini yang menamakan beliau sebagai suspek utama dalam kehilangan pesawat itu.

Mereka juga telah menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadap Kapten Zaharie dalam laporan itu sambil menyifatkannya sebagai laporan tersebut tidak bertanggungjawab kerana tidak menamakan sumber.

"Ia hanya disebut polis cawangan khas. Beri kami nama, yang merupakan seorang yang berkata semua ini? Polis Malaysia juga perlu datang dengan satu kenyataan mengenai perkara ini.

"Kami tidak mempertahankan Kapten Zaharie membuta-tuli tetapi setiap kenyataan perlu disokong oleh bukti yang besar dan bukti atau jika tidak, ia akan berakhir menjadi spekulasi lain,” kata Dr Mohd Ghouse Mohd Noor, seorang kawan keluarga juruterbang itu.

Dr Mohd Ghouse berkata, keluarga kapten itu kecewa selepas membaca laporan berita awal hari ini.

Laporan itu menyebut bahawa kegagalan mekanikal atau keganasan tidak dapat diketepikan, tetapi polis percaya jika ia adalah hasil daripada tindakan manusia dan kemungkinan pelakunya adalah Kapten Zaharie.

Akhbar itu turut melaporkan bahawa polis cawangan khas Malaysia telah memberi tumpuan kepada siasatan terhadap Kapten Zaharie selepas pemeriksaan perisikan gagal untuk menyokong apa-apa syak wasangka tentang orang lain di atas kapal.

Dalam pada itu, laporan akhbar itu turut dianggap sebagai satu ejekan apabila ia disifatkan sebagai satu contoh ‘kewartawanan longkang’. Dr Mohd Ghouse berkata, apabila laporan itu diteliti, ia sangat kabur dengan mengatakan Kapten Zaharie adalah suspek utama jika kehilangan pesawat itu disebabkan tindakan manusia.

“Mereka tidak tahu apa yang terjadi kepada pesawat itu. Cari kotak hitam, cari kapal terbang dahulu dan letakkan segala-galanya di atas meja sebelum keluar (laporan) untuk menyalahkan Kapten Zaharie,”katanya.

Beliau berkata terdapat ruang kosong dalam laporan itu yang hanya membuka pintu kepada spekulasi dan tuduhan.

“Artikel seperti ini akan digunakan oleh entiti berita lain seperti Daily Mail dan Mirror, apa sahaja adalah dalam artikel hari ini hanya mengulangi dakwaan sebelum ini yang telah dinafikan oleh pihak polis,” kata Dr Mohd Ghouse.

Menurut laporan itu, keputusan awal siasatan itu belum diterbitkan tetapi telah dikongsi dengan kerajaan asing dan penyiasat. Mereka telah didedahkan oleh orang-orang dalam industri penerbangan dan pegawai kerajaan di Asia Tenggara.

Laporan itu memetik seorang jurucakap polis Malaysia sebagai berkata siasatan polis masih lagi dijalankan.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang dari radar pada 8 Mac selepas ia telah berangkat dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing, China.

Satu operasi carian antarabangsa besar-besaran setakat ini gagal untuk mencari apa-apa kesan pesawat Boeing 777-200ER.

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang sah2 guna passport palsu tu bukan saspek k??
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
U S. Kuda tunggangan yahudi telah mula tabur fitnah lagik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2014 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
alinone78 posted on 22-6-2014 09:40 PM
Yang sah2 guna passport palsu tu bukan saspek k??

Pàssport pelsu tu ciptaan rekaan amerika...msia pun iyakan aje bila us suruh..walhal kita semua dah nmpk sedikit demi sedikit konspiransi amerika ke atas msia yg disasarkan adalah org islam

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2014 10:04 PM | Show all posts
intanku posted on 22-6-2014 09:54 PM
Pàssport pelsu tu ciptaan rekaan amerika...msia pun iyakan aje bila us suruh..walhal kita semua d ...

nampak sikit2 tu macam mana ek?..boleh tolong explain?..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 10:16 PM | Show all posts
Bila masa lak ada passport palsu dlm kes MH370 nie? Passport adalah tulin tp digunakan oleh org lain.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 10:28 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.068571 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list