|
al-asil posted on 17-6-2014 06:32 PM
mesti skrg badan dia kurus gila. ada sedara tahun lepas 3 bulan terbaring kat spital pun dah kurus k ...
ada baca dia dah shed 25% off his body weight
la musti lagi kerempeng lah
sbb itu citer 2,3bln lepas
|
|
|
|
|
|
|
|
haha macam2 la korang ramal time koma dia jumpa apa |
|
|
|
|
|
|
|
tentu ramai yg mendoakannya dan berharap dia akan segera sedar dr koma |
|
|
|
|
|
|
|
Schumacher Buat Isyarat Angguk, Respon Suara Isteri
Diterbitkan: Khamis, 19 Jun 2014 5:56 PM
BEKAS juara dunia tujuh kali Formula Satu (F1), Michael Schumacher menunjukkan tanda lebih positif selepas membuat isyarat angguk sebagai cara berkomunikasi dengan doktor dan staf.
Schumacher ,45, turut membuka mata dan berada dalam keadaan sedar ketika proses pemindahannya dari sebuah hospital di Perancis ke sebuah hospital pemulihan di Switzerland.
Pada Isnin lalu, Schumacher dipindahkan ke Lausanne dari Hospital Universiti Grenoble yang menjadi pusat pemulihannya selepas mengalami kecederaan otak akibat kemalangan ketika bermain ski Disember lalu.
Hospital Universiti Lausanne yang menempatkan Schumacher untuk proses pemulihan.
Agensi berita Swiss berkata, sepanjang perjalanan itu, Schumacher tidak bercakap tetapi hanya mengangguk sebagai isyarat kepada doktor dan kakitangan ambulan.
"Sepanjang perjalanan 120 batu (193 kilometer) dia membuka matanya untuk tempoh yang lama," jelas agensi berita Swiss itu.
Sementara itu, Pengarah Unit Neuroscience Hospital Universiti Lausanne, Dr Richard Franckowiak, berkata: "Perjalanan Schumacher berjalan sangat lancar".
Tambah Dr Franckowiak, pihaknya amat komited untuk melindungi privasi Schumacher serta keluarganya.
Dalam pada itu, Schumacher dilihat memberi tindak balas terhadap suara isterinya, Corinna.
Suara Corinna dikatakan mampu memberi kesan kepada Schumacher berbanding orang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
R2D2 posted on 20-6-2014 07:58 AM
Schumacher Buat Isyarat Angguk, Respon Suara Isteri
Diterbitkan: Khamis, 19 Jun 2014 5:56 PM
idup sekadar jadi sayur jah ni
nyawa jah yg masih liat
|
|
|
|
|
|
|
| |
|