[size=0.75em]Antara babak lakonan Sharnaaz Ahmad dalam filem Juvana lalu sebagai Lan Todak.
Dalam pada itu, Faisal turut menggalakkan ibu bapa untuk menonton karya itu bagi mengetahui apa sebenarnya yang dipaparkan sebelum menunding jari kepada filem tersebut.
"Saya galakkan ibu bapa datang tengok filem ini dan apa yang cuba saya paparkan adalah keganasan sebagai jalan terakhir untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
"Kadang-kadang ada situasi yang kita tidak boleh lari daripada keganasan dan setiap pertikaian yang saya tonjolkan dalam filem ini ada sebab tersendiri," katanya.
Sementara itu, ketika ditanya tentang watak Lan Todak yang dilakonkan oleh Sharnaaz Ahmad tidak dikekalkan dalam filem Juvana kali ini, Faisal berkata ia direhatkan buat sementara waktu.
"Pada Juvana lalu Lan Todak ditangkap, jadi saya rehatkan watak itu untuk Juvana 2 danJuvana 3 tetapi bukan kerana isu kes buli yang berlaku, sebaliknya kita mahu munculkan watak lain iaitu To Ki yang dilakonkan oleh Pekin iaitu kawan baik kepada Lan Todak.
"Beberapa pelakon asal lain seperti Johan As'ari, Zahiril Adzim dan Shera Ayob kami masih kekalkan," katanya.
Dalam pada itu, Faisal berkata, sebanyak 40 peratus babak aksi akan dipaparkan dalam filem tersebut.
Katanya, latar belakang cerita kali ini lebih banyak tertumpu di luar sekolah berbanding filem terdahulu.
"Kita membawa watak-watak lama dan kebanyakan mereka sudah besar dan bercerita tentang kehidupan mereka selepas keluar daripada sekolah pemulihan akhlak tersebut.
"Kali ini lebih kurang 40 peratus babak aksi dan ganas kita cuba paparkan, ada beberapa babak yang saya cuba masukan tetapi tidak tahu lepas atau tidak Lembaga Penapisan Filem," katanya.
Sementara itu, Faisal berkata penggambaran dilakukan selama 33 hari untuk dua filem sekali gus iaitu Juvana 2 dan Juvana 3 disekitar Kuala Lumpur.
Jelasnya, penggambaran dua filem tersebut adalah supaya filem Juvana 3 tidak terlalu lama memnanti tarikh tayangannya.
"Kita buat dua filem sekali gus supaya filem Juvana 3 dapat ditayangkan cepat iaitu beberapa bulan sahaja dari tayangan Juvana 2.
"Kita tidak mahu penonton menunggu lama untuk sambungan filem tersebut, jika tarikh tayangan Juvana 2 dapat pada Disember ini, saya harap Juvana 3 ditayangkan tiga bulan selepas itu," katanya.