ALFATIHAH: ANGGOTA URB TERKORBAN KETIKA KEJAR PENJENAYAH
Ketua Polis Negara serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham L/Kpl Mohd Azuan Abdullah, 25 tahun dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) IPD Kerian yang telah kembali ke rahmatullah selepas mengalami kecederaan parah dirempuh kereta suspek yang terlibat dalam kejadian samun, pagi tadi.
Dalam kejadian lebih kurang jam 9.30 pagi, pasukan URB yang dianggotai oleh Allahyarham berjaya mengesan suspek yang menaiki Toyota Wish dan Honda Civic yang terlibat dalam rompakan terhadap sebuah van yang membawa muatan rokok di Alor Pongsu, Bagan Serai.
Dalam insiden yang berlaku di kawasan Batu 10 menghala ke Alor Pongsu, Allahyarham dipercayai dilanggar dari arah belakang oleh suspek yang memandu kereta Honda Civic.
Orang ramai yang melihat kejadian dan mempunyai maklumat diminta menyalurkan maklumat tersebut kepada IPD Kerian di talian 05-7215222.
Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kampung halaman beliau di Air Bemban, Kulai, Johor untuk dikebumikan.
Allahyarham yang masih bujang dijadualkan melangsungkan perkahwinannya pada 1 Jun ini.
PDRM hari ini kehilangan seorang anggota yang sangat berani dan komited dalam menjalankan tugas.
Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa semoga roh beliau dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan mereka yang soleh dan beriman. Al-Fatihah.
ALFATIHAH: ANGGOTA URB TERKORBAN KETIKA KEJAR PENJENAYAH
Ketua Polis Negara serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham L/Kpl Mohd Azuan Abdullah, 25 tahun dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) IPD Kerian yang telah kembali ke rahmatullah selepas mengalami kecederaan parah dirempuh kereta suspek yang terlibat dalam kejadian samun, pagi tadi.
Dalam kejadian lebih kurang jam 9.30 pagi, pasukan URB yang dianggotai oleh Allahyarham berjaya mengesan suspek yang menaiki Toyota Wish dan Honda Civic yang terlibat dalam rompakan terhadap sebuah van yang membawa muatan rokok di Alor Pongsu, Bagan Serai.
Dalam insiden yang berlaku di kawasan Batu 10 menghala ke Alor Pongsu, Allahyarham dipercayai dilanggar dari arah belakang oleh suspek yang memandu kereta Honda Civic.
Orang ramai yang melihat kejadian dan mempunyai maklumat diminta menyalurkan maklumat tersebut kepada IPD Kerian di talian 05-7215222.
airfilterkotor posted on 27-5-2014 08:47 AM
Tapi penjenayah tu lupa satu benda. Takleh laa citer kat sini.
Kalu yang tau tu diamkan saja. Bia ...
Itu aje kesempatan yg dia da bro, penyamun ni pun tahu kalau kena tangkap mmg masak lah kat lokap, dah lah membunuh, anggota polis pulak tu...... Aku harap pihak polis akan segera tangkap penyamun ni, takut dia org akan bertindak lebih agresif.........
Bagan Serai: “Dia begitu teruja menanti kenduri kahwin kami Ahad ini dengan semua barang hantaran sudah disiapkan.”
Demikian kata Norfaizah Mohd Rejab, 22, tunang kepada Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah, 25, yang terbunuh ketika bertugas selepas motosikalnya dirempuh penjenayah di Jalan Bagan Serai-Alor Pongsu, jam 1.15 petang semalam.
Lebih menyedihkan, kejadian berlaku hanya selepas kira-kira dua jam mangsa menghubungi Norfaizah dan selepas dua hari arwah menyambut hari jadinya.
Semalam adalah hari terakhir Mohd Azuan, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian, bekerja sebelum bercuti panjang untuk berkahwin.
“Saya hampir pitam mendengar berita kematiannya kerana lebih kurang jam 11 pagi (semalam), dia mengirimkan SMS meminta saya makan ubat jika berasa kurang sihat.
“Saya tidak menyangka perkenalan sejak kira-kira empat tahun lalu berakhir dengan cara begini,” katanya.
Norfaizah bagaimanapun reda dengan pemergian arwah dan berharap pengorbanannya ketika berkhidmat kepada masyarakat mendapat ganjaran sewajarnya.
“Sekarang semuanya ibarat ‘nasi sudah menjadi bubur’ dengan majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung di Alor Setar, Kedah, hujung minggu ini, bertukar menjadi kenduri arwah,” katanya ketika ditemui semalam.
Mohd Azuan dan dua rakan masing-masing menaiki motosikal Kawasaki Ninja Unit Ronda Bermotosikal (URB) mengejar sebuah kereta Toyota Wish dinaiki tiga penjenayah yang dipercayai terbabit dalam rompakan van rokok di Jalan Bagan Serai-Alor Pongsu, dekat situ.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan, berkata motosikal mangsa dipercayai dirempuh sebuah kereta Honda Civic dinaiki rakan penjenayah itu.
Mangsa yang cedera parah di kepala, dada dan beberapa bahagian badan meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi rakannya tidak cedera.
Katanya, berdasarkan jarak pelanggaran dan kedudukan motosikal ditemui, polis percaya kejadian itu disengajakan dan dirancang.
“Polis masih mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga berlaku kematian.
“Saya juga terkilan tidak sempat bertemu arwah atas kesibukan kerja, sedangkan dia beberapa kali menyatakan hasrat bertemu saya bagi menyerahkan kad jemputan perkahwinan,” katanya.
Beliau berkata, jenazah mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat malam tadi sebelum di hantar ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 27, Kulaijaya, Johor untuk dikebumikan.