|
Uols.... Tok Pah admit kat hospital semula la... ai terbace kat FB Fan Page Tok Pah. sian dia.. mari kita sama2 doakan semoga dia cepat sembuh.
DATUK SHARIFAH AINI (The Official Fan Page)
12 hrs ·
AsSalam Keluarga FB yang diKasihi & diRahmati ALLAH SWT.
SILA SHARE:
Saya Khalilah sahabat baik Datuk Sharifah Aini (Kak Pah)
Terlebih dahulu, saya ingin mengingatkan keluarga FB yang budiman...jika ingin comment...saya dengan rendah hati memohon, tulislah dengan bermaruah dan beradab. Itu menunjukkan siapa kita dan keturunan kita. Jaga percakapan dan ingatkan DOSA. Jika terasa nak menulis yang tidak elok...beristighafar & tahan nafsu yang jahat...Saya tidak mahu anda menanggung dosa yang anda sendiri akan bawa ke liang lahad...maka rugilah semua pahala Amalan anda selama ini diberikan kepada orang yang kita umpat dan khianati.
Saya ingin memberitahu Kak Pah pada waktu ini berada di Hospital Swasta dan sedang menjalani rawatan rapi dari Pakar perubatan. Beliau sempat menitipkan pesanan dan salam kasih sayangnya kepada anda semua. Selama beliau berinteraksi dengan anda, keluarga FB yang AMAT beliau kasihi, jika ada sebarang kesilapan, bicara yang menyinggung perasaan atau keterlanjuran bahasa, Kak Pah dengan setulus hati memohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. Kerana kita manusia tidak selalu sempurna...kita manusia selalu mendambakan maaf dan keampunan dariNYA, oleh itu ikhlaskanlah hati untuk memaafkan sesama manusia...moga Allah memaakan segala kekhilafan kita.
Inilah pesanan Kak Pah:
"Setiap dari kita tidak tahu bila kita akan dijemput olehNYA...Jika ditakdirkan ALLAH, sampai masanya untuk saya pulang ke RahmatuLLAH, jika ditakdirkan ujian yang ALLAH berikan ini berakhir dengan saya keluar sebagai jenazah...dengan hati yang damai, saya tenang dan REDHA dengan apa yang telah ditetapkan. Doakan saya berakhir dalam KHUSNUL KHOTIMAH. Sesuatu yang saya ingin anda, keluarga FB saya tahu ialah...saya TERAMAT SAYAAAAAAAAAAAAAAANGKAN ANDA SEMUA...saya sangat menghargai segala kasih sayang, ingatan, doa dan budi baik yang telah anda curahkan kepada saya selama ini. Doakanlah kesejahteraan saya, sedekahkanlah Al-Fatihah, ingatlah saya dalam setiap DOA anda. In Shaa ALLAH, kita semua akan menjadi keluarga semula di JANNAH!
Satu pesanan saya, seandainya saya sudah tiada...gunakanlah FB ini kearah kebaikkan...untuk menjaga Silaturrahim...untuk saling menasihati...bukan untuk mengumpat...menabur fitnah...dan segala perbuatan yang sia-sia dan mendatangkan dosa. Kasihanilah diri anda sendiri.
Begitu pantas masa berlalu...45 tahun saya bergelar anak seni.......terlalu banyak kenangan, terlalu banyak pengalaman...pahit dan manis...begitu ramai yang telah membesar dengan lagu-lagu saya... namun yang pasti, perjalanan panjang penuh berwarni-warni yang telah saya lalui ini tidak akan terjadi tanpa kehadiran anda, peminat-peminat yang sentiasa memberi sokongan tidak pernah berbelah-bagi selama keberadaan saya dalam dunia seni. Anda adalah pembakar semangat, pendorong untuk saya untuk terus bertahan. Tanpa anda siapalah saya. Ketahuilah, sedari mula saya melangkahkan kaki dalam dunia seni sehingga ke hari ini, niat saya tidak pernah berubah, ikhlas untuk menggunakan anugerah suara yang telah dikurniakan ALLAH ini dengan sebaik mungkin. Always remember that I sing with LOVE! Walau apapun yang berlaku, saya ingin anda tahu yang saya teramat hargai kehadiran, kasih sayang dan sokongan anda selama ini. Segala kebaikkan anda tidak akan pernah luput dari ingatan, dan akan saya bawa hingga ke akhir hayat.
Doakan kesejahteraan saya dunia dan akhirat sebagaimana saya sentiasa mendoakan kebaikkan dan kesejahteraan buat semua keluarga dan peminat-peminat saya di sini. In Shaa Allah, jika dipanjangkan usia dan diizinkankan Allah, kita akan berjumpa lagi.
Salam Santun Erat Silaturahim Wa Ukhuwah Fillah & Salam Teramat Sayang Untuk Adik-Adik Kak Pah dan Semua Anak-Anak Ummie Sharifah yang dikasihi di FB ini."
Last edited by leon_mclaren78 on 21-5-2014 09:27 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Orang kena jangkitan H1N1 ni tak boleh sembuhkah...............?????
Atau mungkin antibody Tok Pah tak kuat.........????
Apa pun, doa yang terbaik untuk Tok Pah. |
|
|
|
|
|
|
|
memang dia masih x fully recover ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
caramello posted on 21-5-2014 10:03 AM
memang dia masih x fully recover ke??
Badan dia over weight, tentulah banyak complication.
Mungkin dah ada penyakit tiga serangkai, ditambah lagi
dengan virus H1N1. Masok keluar spital jelah kejanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Better kalau sakit tak payah merayaplah. Terutama batuk dan selsema. Aku pantang org sakit 2 penyakit ni dekat dengan aku sebab aku senang menyerap penyakit ni. |
|
|
|
|
|
|
|
H1N1 ni dah ada lam badan seme org dah..cuma tunggu masa dia nak active jer...itu kata doc pakar yg merawat anak aku ms anak aku kene H1N1 dulu... |
|
|
|
|
|
|
|
Sharifah Aini terlantar di hospital
PENYANYI lagenda, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar, 61, kini dilaporkan terlantar di sebuah hospital swasta di ibu negara disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru.
Bagaimanapun keadaannya dilaporkan stabil. Penyanyi bersuara lunak ini sebelum ini dijangkiti virus Influenza A (H1N1), lima bulan yang lalu.
Menurut portal hiburan, walaupun keadaan Sharifah Aini stabil, namun dia belum bersedia untuk menerima pelawat disebabkan daya tahan tubuhnya yang agak lemah.
"Setiap daripada kita tidak tahu bila akan dijemput oleh-Nya. Jika ditakdirkan ALLAH, tiba masanya untuk saya pulang ke rahmatullah dan keluar daripada hospital sebagai jenazah, dengan hati yang damai dan tenang saya reda apa yang telah ditetapkan.
"Hanya satu saya pinta, doakan saya berakhir dalam khusnul khotimah (mati dalam keadaan yang baik). Di kesempatan ini juga, saya ingin memberitahu pada semua bahawa saya amat menyayangi dan menghargai kasih sayang serta doa daripada anda semua," katanya yang dipetik melalui laman sosialnya.
Sama-sama kita mendoakan agar Sharifah Aini cepat sembuh.
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga kak Pah boleh sembuh drpd penyakit H1N1 ni. Dia ada radang paru-paru. Jadi senanglah nak kena jangkitan.
Tak mahulah kehilangan dia pulak dlm masa terdekat ni. Kalau tak salah aku, dalam sebulan dua ni, sudah 4 orang artis kita yang pergi buat selama-lamanya. Sedih...
Doakan yang terbaik.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|