|
[Tempatan]
Isle terhina lagi, tandas ada kubah mesjid katanya! Update : kubah dah takde!
[Copy link]
|
|
kalau islam rs terhina sbb pakai design kubah.
bermakna kubah boleh melambangkan islam..
bangunan JPM putrajaya guna kubah dlm design
patutnya org MCA DAP marah gila.. sbb kita bukan negara islam
tp ofis PM guna kubah lambang islam lak.. haha |
|
|
|
|
|
|
|
kazaraf posted on 5-5-2014 10:57 AM 
kalau islam rs terhina sbb pakai design kubah.
bermakna kubah boleh melambangkan islam..
bangunan ...
kubah pon leh terhina ka....adui......sensitip nak mampus.....kubah tu adalah design arkitek sahaja.....majoriti masjid di malaysia pakai budaya arab...kerana islam pon asal sana....tp di china dan negara lain...depa pakai ikut budaya sendiri....
|
|
|
|
|
|
|
|
Acong posted on 5-5-2014 01:10 AM 
terhina tak bila masj*d sama design cam tokong?
Ni hina sunni ni, hadhari bila nak demo |
|
|
|
|
|
|
|
Acong posted on 5-5-2014 01:10 AM 
terhina tak bila masj*d sama design cam tokong?
ni kat mana ni cong?
|
|
|
|
|
|
|
|
the_killer posted on 5-5-2014 11:04 AM 
kubah pon leh terhina ka....adui......sensitip nak mampus.....kubah tu adalah design arkitek sahaj ...
tu yg pelik.. mungkin ustad diorg ajar kubah tu utk masjid.. xde kubah tak islamik!!
|
|
|
|
|
|
|
|
kazaraf posted on 5-5-2014 11:18 AM 
tu yg pelik.. mungkin ustad diorg ajar kubah tu utk masjid.. xde kubah tak islamik!!
ini lah yang dikatakan tidak ikut ajaran sebenar...kubah tu budaya sahaja...bukan lambang agama.....masjid bukan terletak pada design nya tetapi fungsinya....rumah petak takda apa2.. pon boleh buat masjid....janji fungsinya....heran juga....
|
|
|
|
|
|
|
|
kazaraf posted on 5-5-2014 10:57 AM 
kalau islam rs terhina sbb pakai design kubah.
bermakna kubah boleh melambangkan islam..
bangunan ...
bangunan tandas tu mcm surau/masjid... itu jer isunya
yang bengong siap citer pasal kubah, sejarah masjid negara, budaya kubah janji post tunjuk intelektual 
|
|
|
|
|
|
|
|
klu villa dah bila pon org johor indon dna boleh berkampung srmbang kencang... inikan pula kubah |
|
|
|
|
|
|
|
vespa_oren posted on 5-5-2014 11:21 AM 
bangunan tandas tu mcm surau/masjid... itu jer isunya
yang bengong siap citer pasal kubah, seja ...
nak buat tandas pon boleh....tp kalo ngk betul2...orang ingat surau....memang dah jadi budaya juga bila ada kubah ja..orang ingat surau..si arkitek pon satu....
|
|
|
|
|
|
|
|
freebird posted on 5-5-2014 10:19 AM 
masjid nabawi pakai payung2 besar...
sama macam tandas dia...
tandas di johor kotor, tandas di mekah bersih.
|
|
|
|
|
|
|
|
pejadahnya arkitek ni.. takde la rasa terhina tapi rasa not right.macam weirddddd |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap posted on 5-5-2014 11:41 AM 
tandas di johor kotor, tandas di mekah bersih.
bagitau aku tandas masjid mana dekat johor yang kotor? 
90 peratus tandas masjid kotor
KOTA BHARU 30 Dis. - Kebersihan tandas di masjid-masjid di negeri ini masih berada di tahap yang rendah dengan 90 peratus daripadanya adalah kotor.
Presiden Persatuan Pelindung Pengguna Kelantan (PPPK), Ahmad Othman berkata, kebanyakan tandas masjid dan surau di negeri ini tidak dijaga dengan baik.
"Sejak menjelajah 70 masjid di seluruh negeri ini untuk memberi penerangan mengenai konsep pengguna bijak bestari, kita mendapati 90 peratus tandas masjid adalah kotor.
"Sememangnya kita kesal dengan situasi itu kerana membuatkan para jemaah surau atau masjid tidak selesa sewaktu menggunakan kemudahan itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... 2.htm#ixzz30oFcXghm
© Utusan Melayu (M) Bhd
|
|
|
|
|
|
|
|
vespa_oren posted on 5-5-2014 11:47 AM 
bagitau aku tandas masjid mana dekat johor yang kotor?
90 peratus tandas masjid k ...
kesian akak tengok mental ni?
akak buat comparison dengan mekah?
tetiba ada artikel dekat kelantan.
simpan sedikit otak udang tu. 
|
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap posted on 5-5-2014 12:37 PM 
kesian akak tengok mental ni?
akak buat comparison dengan mekah?
eh dah cakap masjid nabavvi xada kubah pastu ckp tandas kt johor kotor, suro ckp tandas mana xbgtau lak 
|
|
|
|
|
|
|
|
Kubah atas tandas diturunkan
2014/05/05 - 07:06:26 AM Oleh Badrul Kamal Zakaria dan Mohd Fahmi Mohd Yusof Cetak Emel Kawan

Kubah atas tandas diturunkan
Rekaan kubah yang menyerupai masjid diturunkan oleh pihak pengurusan resort, di Kota Tinggi semalam. - Foto Roslan Khamis
Kota Tinggi: Reka bentuk tandas sebuah resort di Desaru di sini, yang dilengkapi kubah menyerupai masjid, menimbulkan persoalan hingga mencetuskan perdebatan, dalam laman sosial sejak kelmarin.
Susulan pelbagai komen dan rasa tidak puas hati orang ramai yang disuarakan menerusi blog dan laman sosial, pengurusan resort itu bertindak menurunkan tiga kubah itu, pagi semalam.
Tinjauan BH mendapati binaan tepi kolam renang yang dijadikan tandas itu, kini tidak lagi mempunyai kubah dan kerja menurunkannya hanya mengambil masa kira-kira sejam, sekali gus membuatkan bangunan itu tidak lagi menyerupai sebuah masjid.
Kekalkan binaan
Pengurusan resort ketika ditemui, menafikan sengaja mencemarkan imej Islam, sebaliknya bangunan itu hanya dikekalkan dan dibaik pulih daripada pemilik asal resort berkenaan sebelum ini.
Dakwanya, bangunan itu dibina sejak 1998 berdasarkan konsep seni bina Maghribi oleh pemiliknya, yang dipercayai berasal dari Singapura.
Selepas diambil alih sejak 2008, pemilik baru mengekalkan bangunan asalnya, selain mengecatnya semula termasuk kubah yang dicat kuning keemasan.
Difahamkan pengurusan resort mengarahkan kubah itu diturunkan jam 8 pagi semalam, selepas dimaklumkan kakitangannya mengenai isu itu hangat dalam laman sosial.
Pihak polis dan Jabatan Agama Johor (JAJ) turut meninjau keadaan bangunan terbabit.
Malah pengurusan resort turut menafikan berniat mempersenda atau mencemarkan imej Islam, selain selama ini tidak pernah menerima rungutan berhubung reka bentuk bangunan berkenaan.
Tindakan biadab
Sementara itu, Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Noh Gadot, menyifatkan isu binaan tandas yang menyerupai masjid yang menjadi tempat paling suci bagi umat Islam sebagai sesuatu yang tidak boleh dimaafkan dan biadab.
“Mereka (pemilik atau pengurusan) resort itu sepatutnya sudah faham dan peka mengenai sensitiviti umat Islam kerana tinggal di negara dan negeri Islam.
“Mereka juga sepatutnya mengetahui dan faham, Islam bukan sekadar agama rasmi tetapi juga termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dan juga Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895,” katanya.
Noh berkata, beliau juga kesal kerana reka bentuk kubah itu dikatakan sudah lama dibina dan digunakan sejak beberapa tahun lalu. Tegasnya, umat Islam yang menyedari perbuatan itu sepatutnya sudah lama melaporkan keadaan itu supaya tindakan sewajarnya diambil segera.
Mengulas alasan pihak tertentu yang menyamakan binaan kubur di Taj Mahal turut menyerupai masjid, Noh menegaskan, kubur dan tandas adalah dua binaan yang berbeza.
Katanya, Taj Mahal dibina atas dasar kasih sayang dan cinta seorang suami kepada isterinya, manakala tandas pula tempat yang kotor.
|
|
|
|
|
|
|
|
Melayu mmg cpt rasa terhina kan.. rasa kelakar la plak.. |
|
|
|
|
|
|
|
mestilah tersentap mantap..
sebab tu salah satu bukti kecintaan dan perjuangan tanpa kenal penat mereka menaikkan syiar Islam |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 posted on 5-5-2014 07:21 AM 
Sampai bab doktor sentuh pesakit dengan kayu pembaris tu aku tak tahan dah. Betul ke ni? Klinik pe ...
nko tak tau ekkk? sampai dr mahathir tegur suruh benti dari jadi doktor..tu laaaa melayyu mudah lupa
tu seme doktor taliban..arap2 doktor lam porem ni macam doktor red dan doktor cak aaa bukan doktor taliban hahahaha
|
|
|
|
|
|
|
| |
|