CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: putr@polo

[Tempatan] Lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Malaysia-Sabtu, 26 April 2014

[Copy link]
Post time 26-4-2014 02:06 PM | Show all posts
zainuddinmaidin posted on 26-4-2014 02:05 PM
Dok tudoh ajen amrika lagi, hari kita bakal lihat siapa bespriend amrika sebernanya.

Kalo asia barat tu x abis2 kata dalang amereka..last2 smp wat live coverage jilat blk ludah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2014 02:07 PM | Show all posts
kecimpret posted on 26-4-2014 02:06 PM
Kalo asia barat tu x abis2 kata dalang amereka..last2 smp wat live coverage jilat blk ludah

Lebih dari itu, seoerti menjilat balik ludah yang mengandungi kahak!
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 02:08 PM | Show all posts
Apa depa nak jamu si obama? Adakah ikan patin masak lemak atau lobster?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 02:10 PM | Show all posts
tb3 gatai booreeet..bodek amareka la tu sampai buat coverage khas....
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 02:11 PM | Show all posts
Teruja haku nak tgk Kak ROs, cincin mana satu dia nak pakai jumpa michelle obama nanti,
Musti baju kak ros dah tempah awal2 khenn kat US sana....
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 02:12 PM | Show all posts
nnt kalau obama puji malaysia sebulan plak tb3 gatai boooreet dok ulang..
rasa muliaa la kot bila preshitden amareka puji, kembang habis lobang hidung pembaca berita tb3 mcm lobang hidung babiii
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2014 02:14 PM | Show all posts
ChildrenOfBodom posted on 26-4-2014 02:12 PM
nnt kalau obama puji malaysia sebulan plak tb3 gatai boooreet dok ulang..
rasa muliaa la kot bila p ...

Puji cincin bik mama cantik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2014 03:40 PM | Show all posts
Lawatan Obama ke Malaysia beri faedah bersama


PUTRAJAYA 25 April - Lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama ke Malaysia selama tiga hari mulai esok bakal membentuk satu hubungan dua hala yang akan membawa faedah, kebaikan dan kepentingan bersama.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, lawatan pemimpin nombor satu dunia itu ke Malaysia selepas beberapa kali ditunda adalah tepat pada masanya ketika tumpuan diberikan kepada peningkatan hubungan dua hala dan memperbaharui dan mengukuhkan hubungan yang sedia terjalin dalam bidang diplomatik dan ekonomi antara kedua-dua negara.

"Lawatan bersejarah ini akan memberi peluang kepada kedua-dua negara untuk melihat perkembangan hubungan dua hala dan membuka lembaran baharu dalam mengukuhkan hubungan antara kedua-dua negara pada masa depan

"Ini juga akan memastikan wujud perbincangan dua hala berkaitan ekonomi, keselamatan dan transformasi serta keterbukaan dalam hubungan rakyat dengan rakyat, hubungan yang membina dan produktif, sambil kita meneliti cara untuk meningkatkan hubungan dua hala kepada suatu perkongsian komprehensif," katanya pada taklimat media di Wisma Putra di sini hari ini sempena lawatan Obama ke Malaysia.

Kunjungan Obama ke Malaysia merupakan sebahagian daripada lawatan Obama ke Asia yang turut meliputi Jepun, Korea Selatan dan Filipina adalah yang pertama oleh seorang Presiden AS dalam tempoh 50 tahun selepas lawatan kali terakhir oleh Presiden Lyndon B. Johnson pada 1966.

Anifah berkata, lawatan Obama diadakan ketika Malaysia semakin menempatkan dirinya sebagai kepimpinan terkemuka di arena antarabangsa setelah berjaya menunjukkan kepimpinan dalam mengusahakan keamanan di wilayah selatan Filipina dengan termeterainya perjanjian damai bagi mewujudkan entiti Bangsamoro antara Pertubuhan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan kerajaan Filipina pada 27 Mac lalu.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... rsama#ixzz2zyZSryLa
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-4-2014 03:41 PM | Show all posts
Pos Malaysia keluarkan 25,000 sampul kenangan khas sempena lawatan Obama



KAKITANGAN Komunikasi Korporat Pos Malaysia Berhad,Nor Hasreen Hassan menunjukkan sampul surat kenangan khas sempena lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Malaysia semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Pos Malaysia, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/MOHD NAJIB MOHD NOR


KUALA LUMPUR 25 April - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) hari ini mengeluarkan 25,000 sampul kenangan khas bersempena lawatan sulung Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama ke Malaysia sejak beliau memegang jawatan tersebut pada 2008.

Ketua Pegawai Operasi One-Stop Solutions (OSS), Pos Malaysia Berhad, Bahaman Kamaruzzaman berkata, sampul kenangan khas itu hanya dijual di kesemua 705 buah cawangan pejabat pos seluruh negara pada harga RM2.50 bermula Isnin ini.

"Sesiapa yang memiliki sampul khas ini boleh menghantar surat ke seluruh dunia tidak kira sama ada Eropah, Asia Barat mahupun Asia Tenggara.

"Orang ramai digalakkan mengambil peluang untuk memiliki koleksi itu yang boleh dikatakan sebagai satu khazanah kepada negara kerana menjadi satu-satunya negara yang mengabdikan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Barack Obama pada sampul surat," katanya dalam sidang akhbar di Galeri Setem, Ibu Pejabat Pos Malaysia, Kompleks Dayabumi di sini hari ini.

Lawatan Presiden AS itu merupakan peristiwa bersejarah selepas lawatan terakhir pada tahun 1966 oleh Presiden Lyndon Johnson dalam membentuk satu hubungan baharu antara kedua-dua negara.

Kunjungan itu turut membawa makna besar bagi Malaysia kerana menggambarkan keyakinan AS terhadap negara ini di samping mengiktiraf kepimpinan Najib.

"Para pelanggan dan pengumpul setem digalakkan untuk mendaftar sebagai ahli Pesanan Akaun Tetap (SODA) bagi mendapatkan setem-setem dan produk filateli lain yang dikeluarkan Pos Malaysia tanpa perlu beratur di kaunter pos pada hari keluaran.

"Pelanggan juga dapat menikmati lebih kemudahan dalam talian untuk membuka akaun SODA, menambah nilai serta memeriksa baki akaun SODA dan mengemaskini butir-butir peribadi," katanya.

Kemudahan tersebut boleh didapati menerusi Philately Online di www.posonline.com my atau layari www.pos.com.my untuk keterangan lanjut.

Pelanggan juga boleh mengunjungi cawangan Pos Malaysia terdekat atau Bahagian Setem dan Filateli di Tingkat 1, Ibu Pejabat Pos Malaysia, Kompleks Dayabumi, Kuala Lumpur atau hubungi 03-22741122.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... Obama#ixzz2zyZb48FI
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2014 03:41 PM | Show all posts
Malaysia sokong TPPA bersyarat - Anifah


Oleh IRMAN HASHIM
[email protected]

PUTRAJAYA 25 April - Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman melahirkan harapan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan menjadi satu perjanjian perdagangan bebas yang meluas di Asia Pasifik dan membawa faedah kepada negara apabila kerajaan melaksanakan model ekonomi baharu bagi membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Beliau berkata, perjanjian tersebut perlu melalui proses perbincangan dan rundingan sebelum dimuktamadkan, dengan mengambil kira kepentingan kedaulatan negara, hak Malaysia untuk menentukan polisi domestik, perkara-perkara berkaitan perolehan kerajaan, penguasaan ke atas syarikat-syarikat milik kerajaan, hak harta intelek serta hak menyelesaikan pertikaian berkaitan pelaburan.

"Ketika kita percaya TPPA mungkin bagus untuk Malaysia, namun komitmen yang boleh diberikan oleh negara ini mempunyai hadnya dan tanpa menjejaskan kedaulatan dan kepentingan negara serta kemampuan untuk meneruskan pembangunan sosioekonomi.

"Malaysia berpendapat satu pendekatan yang fleksibel diperlukan bagi membolehkan Malaysia menyer-tai perjanjian itu dalam fasa yang sensitif ini," katanya semasa taklimat media di Wisma Putra di sini hari ini, sempena lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama ke Malaysia.

Anifah juga berkata, Malaysia tidak tergesa-gesa untuk memuktamadkan keputusan rundingan berhubung TPPA tersebut.

"Kita perlu mengutarakan beberapa isu. Kita perlu melihat dengan lebih mendalam kedaulatan negara dan hak kita dalam menentukan polisi domestik," katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga mempunyai pendirian tertentu berhubung beberapa perkara seperti perolehan negara, syarikat perniagaan milik kerajaan, penyelesaian pertikaian pelabur-kerajaan dan hak harta benda intelektual.

"Apa sahaja bentuk pada akhirnya, TPPA perlu dibentangkan di Parlimen terlebih dahulu bagi memastikannya dibahaskan dan diteliti secara menyeluruh," ujarnya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... nifah#ixzz2zyZoSRLa
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2014 03:42 PM | Show all posts
Letak Malaysia atas landasan diplomatik baharu


PUTRAJAYA 25 April - Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu meletakkan Malaysia atas landasan diplomatik yang baharu apabila Presiden Amerika Syarikat (AS) mengadakan lawatan buat kali pertama ke negara ini.

Dalam satu wawancara bersama akhbar AS, The Wall Street Journal semalam, Najib berkata, lawatan Obama yang bermula esok, merupakan satu cara Malaysia memulakan era baharu ketika negara ini dilanda musibah ekoran kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 bulan lalu dan dikritik oleh media China tentang cara pengendalian kes tersebut.

Selain itu, Najib menyatakan kesediaan Malaysia untuk memainkan peranan yang lebih besar sama ada di rantau Asia atau di peringkat dunia, selepas kejayaan Kuala Lumpur memainkan peranan dalam perjanjian damai antara kerajaan Filipina dan kumpulan pemisah Islam di selatan negara itu yang dimeterai baru-baru ini, sekali gus mengekang operasi militan al-Qaeda di rantau ini.

"Malaysia juga memainkan peranan penting dalam rundingan damai antara kerajaan Thailand dan kumpulan pemisah di selatan negara itu," katanya.

Kunjungan Obama selama tiga hari ke Malaysia merupakan sebahagian daripada rangka lawatan pemimpin No. 1 dunia itu ke Asia.

Najib ingin membentuk hubungan diplomatik dan perdagangan yang lebih kuat dengan AS dan beberapa negara lain.

"Saya rasa kunci kepada kestabilan dan kemajuan rantau ini adalah bagaimana untuk menguruskan hubungan antara AS dan China.

"Kepentingan AS adalah berdasarkan pasaran dan pelaburan asing secara langsung selain beberapa elemen keselamatan manakala China juga penting kerana ia merupakan sebuah enjin pembangunan ekonomi serantau dan ekonomi dunia.

"Kami tidak mahu berada di kedudukan di mana perlu memilih mana-mana pihak," katanya. - AGENSI



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... aharu#ixzz2zyZzFNUz
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2014 03:43 PM | Show all posts
Kehadiran Obama ke Cyberjaya tingkat imej bandar itu



CYBERJAYA 26 April - Kehadiran Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke Cyberjaya bagi melancarkan Pusat Kreativiti dan Inovasi Global Malaysia (MaGIC), yang dijadualkan esok, akan mengharumkan lagi imej dan peranannya sebagai antara bandar pintar terunggul di dunia.

Pengarah Urusan Cyberview Sdn Bhd Faris Yahaya berkata Cyberjaya yang dibangunkan sejak 1997, kini bukan sahaja berperanan sebagai hab global untuk pembangunan industri teknologi maklumat, bahkan juga sebagai hab penyelidikan dan pembangunan (R(amp)D) di rantau ini.

"Kehadiran Presiden Obama sudah pasti meletakkan Cyberjaya antara hab global teknologi penting di pentas dunia dan melonjakkan nama Cyberjaya sebagai tempat berprofil tinggi di global," katanya selepas menyertai Magic Ride bersama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, di sini hari ini.

Faris yakin selepas kehadiran bersejarah itu, lebih banyak syarikat antarabangsa berteraskan ICT dan R&D terutamanya dari Amerika Syarikat akan memilih Cyberjaya sebagai pangkalan operasi mereka.

Katanya, ketika ini Cyberjaya menjadi pilihan kepada lebih 800 syarikat termasuk 43 syarikat multinasional berteraskan ICT tersohor menempatkan pangkalan operasi mereka di sini, sekali gus membantu mencetuskan persekitaran inovatif dan kreatif. - BERNAMA



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... r-itu#ixzz2zyaBsIyc
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2014 03:45 PM | Show all posts
Selamat Datang Daripada Rakyat Malaysia

Diterbitkan: Sabtu, 26 April 2014
10:33 AM



APABILA pesawat Air Force One mendarat di pangkalan TUDM Subang tengah hari ini, ia benar-benar akan menjadi detik bersejarah bagi Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia.

Lawatan Presiden AS, Barack Obama yang pada asalnya dijadualkan pada Oktober tahun lepas, merupakan yang pertama sejak 1966 selepas Presiden Lyndon B. Johnson mendarat di lapangan terbang yang sama pada 30 Oktober tahun berkenaan.

Menariknya ketika menyampaikan ucapan ringkas di lapangan terbang semasa ketibaan Johnson berkata: "Saya rasa saya tahu anda kerana Malaysia, seperti Amerika Syarikat adalah sebuah kerajaan persekutuan yang pernah menjadi tanah jajahan British.

"Malaysia sama seperti yang Amerika Syarikat iaitu sebuah negara yang mempunyai ramai masyarakat bebrilang agama, bangsa dan budaya.

"Di sini, seperti di Amerika, anda sedang berusaha untuk mengurangkan ketegangan antara kaum supaya semua rakyat boleh hidup dengan aman antara satu sama lain."

Sesungguhnya, kata-kata Johnson itu tepat kerana komitmen untuk rakyat Malaysia hidup bersama-sama dalam harmoni membebaskan kita daripada terus dibelenggu penjajah.

Sejak itu banyak yang berubah bagi kedua-dua buah negara.

Obama akan melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang bergerak ke arah negara maju dengan pembangunan infrastrukturnya.

Seperti Johnson, Obama akan gembira dalam kepelbagaian kerana Malaysia sentiasa berjaya mempamerkan imej yang sentiasa hidup, berkembang maju walaupun mempunyai rakyat berbilang kaum, bahasa dan agama.

Bagaimanapun masih banyak yang boleh kita belajar daripada satu sama lain dalam menguruskan kepelbagaian dalam masyarakat.

Negara kita, dalam sudut pandangan yang unik boleh disifatkan telah mendahului AS.

Kita mendapat hak demokrasi apabila diberi kemerdekaan pada 1957. Dan pada ketika itu semua rakyat berbilang kaum layak mengundi dan bertanding dalam pilihan raya.

Dalam dunia global, kerajaan dan rakyat Malaysia sudah mengetahui banyak perkara antara satu sama lain.

Banyak kepentingan terhadap kunjungan kali pertama Obama ke Malaysia.

Terdapat banyak objektif yang dikongsi bersama akan dipertingkatkan apabila Presiden AS itu memijak tanah Malaysia.

Presiden AS itu dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai hubungan peribadi dan kerja yang cemerlang.

Dan Obama memang sangat popular di Malaysia.

Selamat Datang, Tuan Presiden.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2014 03:48 PM | Show all posts
Obama Jawab Soalan Tentang Kerjasama M'sia-AS

Diterbitkan: Sabtu, 26 April 2014
1:17 PM



Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya sudah bersiap sedia menerima kunjungan rasmi Presiden Barack Obama selama tiga hari bermula Sabtu, 26 April 2014.


KISAH Barack Obama sentiasa bermula dengan 'yang pertama'. Beliau menjadi editor Makalah Undang-Undang Universiti Harvard yang pertama dan presiden Amerika yang pertama dari kalangan masyarakat Amerika-Afrika. Beliau juga adalah presiden Amerika Syarikat (AS) yang pertama datang dari kepulauan Pasifik iaitu Hawaii. Hari ini, Sabtu, 26 April 2014, beliau juga menjadi presiden AS yang pertama untuk melawat Malaysia sejak Lyndon B. Johnson berbuat demikian pada 1966. Sempena lawatan tiga harinya ke sini, Barack Obama menjawab beberapa soalan eksklusif daripada Pengarang Bersekutu The Star, SANTHA OORJITHAM.

SOALAN: Tuan akan menjadi Presiden AS yang pertama melawat Malaysia sejak Lyndon B.Johnson pada 1966. Enam tahun sebelum kedatangan Johnson, Malaysia telah mengisytiharkan Darurat (1960) dan Johnson sendiri berkata yang AS boleh mempelajari sesuatu daripada kejayaan Malaysia menangani Darurat ketika Amerika bergelut dengan perang di Vietnam. Bagaimana Tuan melihat hubungan bilateral sekarang dan apakah mesej yang ingin Amerika sampaikan kepada Malaysia?

OBAMA: Saya sebenarnya berasa bangga menjadi presiden Amerika yang pertama untuk melakukan lawatan rasmi ke Malaysia dalam tempoh 50 tahun. Ini memperbaharui peranan kepimpinan yang dimainkan oleh AS untuk rantau Asia Pasifik.

Sejak saya mengambil alih jawatan presiden, saya telah memastikan yang AS melebarkan lagi rangkaian persahabatannya dengan negara-negara rantau Asia Tenggara sebagai satu keutamaan. Dengan penduduk yang berjumlah ratusan juta orang, dengan pertumbuhan ekonomi serta laluan samudera yang strategik, Asia Tenggara menjadi semakin penting kepada aspek keselamatan dan kemakmuran bukan sahaja kepada AS tetapi juga seluruh dunua. Dan di rantau inilah Malaysia memainkan peranan yang penting dan utama untuk masa kini dan juga akan datang.

Perlu saya nyatakan bahawa saya juga membuat keputusan untuk datang ke Malaysia dalam usaha untuk meneruskan transformasi perhubungan di antara kedua-dua buah negara ini. Di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Malaysia telah berusaha untuk meningkatkan perhubungan dengan AS dan di sebelah saya juga, saya telah mengarahkan agar kerjasama ini dipertingkatkan.

Dan hari ini, kedua-dua buah negara ini sedang bekerjasama dengan lebih rapat mencakupi semua bidang. AS adalah di antara pelabur luar terbesar di Malaysia dan eksport AS ke Malaysia turut membantu pertumbuhan di Amerika sendiri.

Pada masa yang sama, kami juga sedang berusaha untuk mempromosikan kerjasama maritim dan kestabilan serantau. Kami juga sedang berusaha untuk meningkatkan Kerjasama Trans-Pasifik (TPP) dalam usaha untuk meningkatkan dagangan. Oleh yang demikian saya melihat lawatan saya ini sebagai satu peluang untuk menyeragamkan kerjasama yang komprehensif dan meletakkan batu asas kepada kerjasama yang lebih kukuh pada masa depan.

Mesej utama saya ialah, AS sentiasa mengalu-alukan sumbangan pertumbuhan Malaysia kepada keselamatan serantau dan juga kemakmuran serantau. Dan pada ketika kami meningkatkan lagi kerjasama kami dengan kerajaan Malaysia, kami juga melihat ke hadapan untuk terus berinteraksi dengan masyarakat Malaysia termasuklah kumpulan masyarakat sivil dan generasi muda Malaysia yang merupakan pemangkin kepada masa depan negara ini dan juga serantau.

SOALAN: Tuan secara peribadi mempunyai hubungan yang kukuh dengan Perdana Menteri Najib. Hasil daripada perbincangan yang terjalin di antara kedua-dua pemimpin negara ini, akhirnya kita dapat saksikan kumpulan pertama Program Bantuan Mengajar Bahasa Inggeris Fulbright telah dihantar ke Malaysia mulai 2012. Apakah bentuk komitmen dan cadangan yang akan dibawa oleh Tuan dalam lawatan rasmi ini dan apakah sasaran hubungan kerjasama dua hala yang Tuan harapkan untuk tempoh 10 tahun dari sekarang?

OBAMA: Saya sebenarnya mengalu-alukan kedatangan Perdana Menteri Najib ke Washington pada Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear yang pertama empat tahun lalu, juga ke negeri asal kelahiran saya iaitu Hawaii untuk Sidang Apec dan kami telah bekerjasama dalam beberapa lagi sidang kemuncak serantau yang lain. saya dapati Najib sangat serius dan komited untuk mengukuhkan lagi kerjasama dua hala di antara Malaysia dan AS malah membuka era baru.

Secara khusus, saya memandang tinggi usaha Najib untuk menjadikan ekonomi Malaysia lebih dinamik dan kompetatif termasuk sokongan yang telah ditunjukkannya kepada pembangunan usahawan muda. Malah saya secara peribadi terhutang budi kepada Najib dan Malaysia kerana menjad hos Sidang Kemuncak Keusahawanan Global tahun lalu kerana ia adalah inisiatif yang saya sendiri mulakan dan sangat rapat di hati saya.

Dalam pertemuan kami pada September 2010 di New York ketika berlangsungnya Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Perdana Menteri dan saya telah duduk berbincang untuk memulakan satu program yang hampir serupa yang pernah dilakukan oleh AS iaitu the Peace Corps - satu program yang akan membawa generasi muda Amerika ke Malaysia bagi membantu mengajar bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah Malaysia. Hasilnya kami telah memperkenalkan Program Bantuan Mengajar Bahasa Inggeris Fulbright.

Sejak dua tahun yang lalu, hampir 200 warga Amerika telah dihantar ke Malaysia di bawah program ini. Mereka bukan sekadar mengajar bahasa Inggeris, malah mereka telah menjalinkan satu perhubungan yang erat dengan para pelajar mereka, malah keluarga mereka dan juga masyarakat sekitar. Dan saya berharap yang kami akan dapat menghantar lebih ramai warga kami untuk datang ke Malaysia dan mengajar bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar di sini kerana inilah kerjasama yang akan membantu merapatkan lagi jalinan di antara rakyat kedua-dua buah negara ini.

Memandang ke hadapan, saya berpendapat kerjasama yang lebih erat dalam pelbagai bidang di antara AS dan Malaysia bermakna bertambahnya kemakmuran dan keselamatan untuk kedua-dua negara dan dengan lebih banyak kerjasama dagangan dan pelaburan menerusi TPP, kita akan dapat mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dan menjadi pemain global yang lebih kompetatif.

Dan bertambahnya kerjasama keselamatan bermakna kita akan dapat mempromosikan kestabilan di rantau ini dan juga Pasifik dan kita juga akan dapat menentukan yang semua pihak mendapat keadilan sejagat di bawah peraturan yang sama, dan sebarang perbalahan akan dapat diselesaikan menerusi rundingan dan aman. Saya berharap, AS dan Malaysia akan dapat melancarkan beberapa inisiatif baru ketika saya berada di sini dan juga rantau Asean.



Najib dan Obama bertemu di East ASIA Summit Indonesia, Nusa Dua, Bali pada November 2011.


SOALAN: Salah satu matlamat utama Tuan adalah untuk melakukan transformasi TPP tetapi apakah ini boleh dicapai tanpa penyertaan  China dan juga Indonesia?
OBAMA: Saya komited kepada TPP kerana ia akan membuka lebih banyak pasaran kepada barangan kita, merancakkan eksport dan peluang pekerjaan serta pertumbuhan ekonomi bukan sahaja kepada AS dan juga Malaysia, tetapi melangkaui rantau ini. Untuk mencapai persetujuan sebesar ini yang melibatkan 12 buah negara atau lebih serta melibatkan 40% daripada dagangan global bukannya mudah.

Ia menuntut keputusan yang penting dan kadang kala sukar, serta komitmen daripada seluruh anggota negara TPP termasuklah Malaysia, untuk menentukan standard yang tinggi. Isu ini akan turut dibincangkan dengan Perdana Menteri Najib nanti dan saya percaya kita akan dapat mencapai matlamat ini.

Tentang China dan Indonesia pula, memang buat masa ini mereka bukan sebahagian dari TPP tetapi kami telah pun menyatakan dengan jelas bahawa TPP pada akhirnya akan terbuka kepada semua ekonomi serantau yang bersedia untuk memenuhi standard yang tinggi.

Ini bermakna mengurangkan halangan kepada urusan dagangan dan pelaburan dan pada masa yang sama memastikan perlindungan yang kuat untuk tenaga kerja serta alam sekitar, juga padang permainan yang sama rata untuk syarikat-syarikat yang melabur apabila mereka perlu bersaing dengan syarikat milik negara dan perlindungan yang kukuh ke atas harta intelek. Kita ingin melihat dagangan dapat dilakukan secara bebas dan saksama yang menyaksikan setiap negara perlu patuh kepada peraturan yang sama.

SOALAN: AS telah memainkan peranan yang utama dalam usaha untuk menjejaki pesawat MH370. Jurucakap Inmarsat, Chris McLaughlin menyatakan, sejak tenggelamnya Titanic, undang-undang mengenai keselamatan nyawa di lautan telah diperkenalkan. Kita berharap perkara yang sama dapat dilakukan selepas tragedi MH370, bahawa semua pesawat harus sentiasa dapat dikesan. Komen Tuan.

OBAMA: Lawatan saya ke Malaysia merupakan satu peluang untuk saya sampaikan simpati kami semua kepada mereka yang terjejas akibat daripada kehilangan pesawat Malaysia MH370. Ini termasuklah kepada keluarga, rakan-rakan semua penumpang dan anak kapal. Ia adalah satu tragedi yang amat dahsyat yang menyentuh jiwa dan perasaan setiap lapisan masyarakat di seluruh dunia.

Sebagai sahabat dan rakan kepada Malaysia, AS adalah di antara negara yang pertama untuk turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat yang hilang itu. Aset Tentera Laut AS, pesawat dan kakitangan kami masih terus dalam usaha menjejaki pesawat berkenaan. Malah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), sedang bekerja rapat dengan Malaysia dalam siasatan berhubung apa yang menjadi punca kepada kehilangan pesawat itu. Dan AS akan terus menawarkan sokongan dan bantuan selagi usaha mencari dan menyelamat ini berterusan.

Apabila tragedi seumpama ini terjadi, kita juga turut mengimbau apa yang boleh kita lakukan untuk menghalang ia daripada berulang semula. Perbincangan tentang ini sudah pun bermula di Malaysia dan juga di seluruh dunia dan sudah pastinya kita akan melihat apakah bentuk penambahbaikan yang dapat disyorkan untuk meningkatkan lagi keselamatan penerbangan.

Satu perkara yang sudah pun jelas ialah, operasi mencari sebesar ini di peringkat antarabangsa mendapat faedah hasil daripada kerjasama yang telah sedia ada di antara negara-negara. Lebih banyak kita meningkatkan sikap bekerjasama dan bersedia untuk bekerja bersama di antara negara, kita akan menjadi lebih bersedia ketika dan saat malapetaka dan krisis melanda.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 03:49 PM | Show all posts
bila pesawat dia nak mendarat??
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 03:50 PM | Show all posts
Aku tak tahu pun dia nak datang hari ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2014 03:52 PM | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 25-4-2014 11:30 PM
OBAMA LEBIH BAGUS DR KAPAL SING....

The Kenyan grandmother of US President Barack Obama who was o ...

dia request nak jumpa imam masjid negara. moga2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2014 03:54 PM | Show all posts

King Jason

2 hrs · Edited ·

Ruang udara lapangan terbang Subang akan ditutup sekitar jam 1625-1655
Dan sepanjang tempoh itu,ruang udara diisytiharkan NO FLYING ZONE
Mana2 penerbangan masuk keluar ke lapangan terbang Subang adalah tak dibenarkan
1625-1655 adalah tempoh untuk Air Force One dijangka mendarat di Pangkalan TUDM,Subang


★Gambar hiasan

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 04:01 PM | Show all posts
Obama ni hensem kot.

kalau berlakon filem pun laku rasanya...

memenuhi syarat tall, dark & hensem gitu...

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 04:02 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.073266 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list