CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: harizs

Punca Penceraian sbb wanita tak tau mrk kena taat suami mcm anak taat Mak dia

[Copy link]
Post time 16-3-2014 10:47 PM | Show all posts
apam posted on 16-3-2014 06:32 PM
itu lebih kpd hukum umum org yg memberontak akan hukum syariat yg ditetapkan. Bukan hanya solat, m ...
itu lebih kpd hukum umum org yg memberontak akan hukum syariat yg ditetapkan. Bukan hanya solat, mereka yg menentang pemerintah secara bathil jugak boleh dibunuh. Pengertian solat juga mesti dipahami jugak. Apakah makna solat? Adakah ianya satu aksi yg ditontonkan kpd umum hanya utk dinilai oleh manusia lain sebagai bukti org yg beriman? atau sebagai bentuk demonstrasi mcm ade org kata? kekekeke........kalau tidak takkan la dinyatakan dlm quran "fawailullillmusolliin". Hatta ada ulamak yg tak pernah dilihat bersolat oleh anak muridnya. Jadi, alasan suami tak bersolat(bukan menentang) utk tuntutan fasakh selagi suami tak berlaku zalim kpd isteri hanyalah alasan yg diada-adakan oleh sesetengah manusia yg suka memandai-mandai. Kalau dek kerna kanyataan itu, berlaku kegoncangan dan penceraian rumahtangga, macam mana bro? sedangkan kita wajib mempertahankan rumahtangga.

maaf, Uncle kurang setuju dengan kenyataan Tuan...

1.
itu lebih kpd hukum umum org yg memberontak akan hukum syariat yg ditetapkan. Bukan hanya solat, mereka yg menentang pemerintah secara bathil jugak boleh dibunuh.

HUKUM BUNUH (dlm Mazahab Syafie ) BAGI YG MENINGGALKAN SOLAT bukanlah hukm umum spt yg Tuan nyatakan.


* Jumhur ulama’ daripada mazhab Maliki dan Syafie: Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dihukum bunuh walau pun meninggalkan satu fardhu sahaja. Disuruh agar bertaubat selama tiga hari, jika enggan dijatuhkan hukuman dengan dipenggal kepalanya. Selepas dibunuh, dimandikan dan disembahyangkan ke atasnya serta ditanam di tanah perkuburan orang Islam kerana dia tidak dikira kafir. Ini juga adalah pendapat yang rajih pada mazhab Hanbali sebagaimana dikatakan oleh Ibn Qudamah dalam Al-Mughni .


Kita lihat...kalau kita kata hukum umum Murtad, sudah pasti tak disembahyangkan.....

Maknanya...ini hukum yg berdiri sendiri (Tak bersebab oleh murtad)

Kita lihat, kalau org tak mau Puasa...tak dihukum bunuh......Tak Nak pergi Haji, tak dihukum bunuh...tapi..TAK NAK SOLAT..Walau satu waktu...Dihukum bunuh.





2.

Jadi, alasan suami tak bersolat(bukan menentang) utk tuntutan fasakh selagi suami tak berlaku zalim kpd isteri hanyalah alasan yg diada-adakan oleh sesetengah manusia yg suka memandai-mandai. Kalau dek kerna kanyataan itu, berlaku kegoncangan dan penceraian rumahtangga, macam mana bro? sedangkan kita wajib mempertahankan rumahtangga.

Kalau dah sebegitu HUKUM SYARA' bagi orang yg meninggalkan solat.
Iaitu , merupakan dosa besar, yg membawa Hukuman bunuh.
Makanya, mempertahankan rumahtangga tak sepatutnya menjadi satu isu, malahan dalam kes ini...rumahtangga sewajarnya diruntuhkan!





Siapa yg kata Rumahtangga wajib dipertahankan walaupun suami/pasangan tak mau solat?.....boleh Uncle tanya balik...MANA DALIL?


Bagi Uncle..inilah kepercayaan kepercayaan orang Melayu, yg salah & wajib dibetulkan!




Bilamana seorang tak mau solat, kalau tak jadi kafir pun mujur....dihukum mati tu dah kira "ringan".....apa pulak nak pertahankan rumahtangga org yg sebegini?..anggap sja "Bangkai Bernyawa" kalau terlepas hukum spt yg berlaku hari ini!



Kadang kadang, manusia ni memang rasa terlebik bijak daripada Allah swt sendiri...terlebih bijak drp Rasullullah s.a.w sendiri.
Apabila dihukumkan ...suruh di farak ...kita pulak yg memandai mandai kata...rumahtangga lebih penting...

Begitu juga...munkin isteri nak bertegang urat dgn suami utk paksa solat pun takut..konon konon nak jaga hati dsbnya..nak jaga keharmonian rumahtangga konon..

Padahal..apa yg berlaku, menjaga keredoan manusia melebihi keredhoan Allah swt..Allah MUrka tak apa..jangan suami murka...



Entahlah.....munkin ramai yg tak bersetuju..tapi pada Uncle...apa yg menjadi "MIND SET" Umat Islam hari ini tentang menjaga Rumahtangga dan Menjaga Hukum (khususnya Solat) adalah tersasar jauh daripada apa yg sepatutnya.
Kalau Uncle ada kuaa..mau saja Uncle farakkan semua pasangan pasangan yg kononnya atas dasar menjaga Rumahtangga, mengorbankan hukum hukum agama...
Tapi menulis begini sja memang terasa ganjil..

so please help me Tuan PitMie...What say u?...  @PitMie


Last edited by burungantu on 16-3-2014 10:50 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2014 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam.

Byk post2 yg menarik utk dibaca di page ini. Baru kejap tadi saya beri isteri saya membaca dan ini jawapan darinya `post TT dari kacamata lelaki`.

Disini saya terpanggil utk memberikan pandangan yg tidak seberapa.

Kepada yg beriman kpd Kitab Alquran, sudah tentu tahu Allah swt menjelaskan suami adalah pemimpin kpd ahli keluarganya. Maka mentaati pemimpin merupakan suatu bentuk tuntutan yg dikehendaki olehNya. Maka mana2 statement yg menyalahi ketetapan Allah samalah maksudnya kufur kpdNya.

Dlm TT ini, kita sedia maklum, suami atau isteri diberi kebebasan olehNya utk menguruskan rumahtangga mereka samaada mengikut acuan agama atau sebaliknya. Punca permasaalahan rumahtangga adalah memahami ilmu yg menyentuh hal ehwal kejujuran dan sifat amanah pasangan yg terlibat berdasarkan apa yg diniatkan.

Perspektif TT menyentuh hal ehwal apa yg sedang berlaku kpd para isteri zaman ini. Para isteri pada zaman ini tidak sepatutnya bersifat offensive dan defensive ketika bersama suami. Sifat2 ini akan menyebabkan si suami kurang memberi perhatian kepada si isteri. Si isteri zaman ini mahukan suami yg mudah mengikut telunjuknya sehingga terlupa tidak layak langsung si pemberi nasihat iaitu isteri menjadi pemimpin keluarga.

Contoh, si isteri minta tolong si suami membeli kuih. Dan jika si suami tidak membelikan kuih, si isteri TIDAK LAYAK LANGSUNG MARAH KERANA PERBUATAN SUAMI. Maksudnya, pemimpin (suami) pasti memberi jawapan (contoh), nasi masih ada buatlah nasi goreng atau si suami lewat ke tempat kerja. Jawapan jenis in keluar jika si isteri berusaha menjadi pemimpin.

Membimbing pemimpin adalah amat mudah jika si isteri tahu teknik2 berumahtangga.
1) apa yg suami suka (yg tidak melanggar ketetapan Allah)
2) Apa yg suami tidak suka

Jika tahu suami suka berasmara dgn kamu, maka kamu kena suka apa yg suami suka.

Jika kamu tahu suami tidak suka kamu tinggalkan solat, maka bersolatlah dari mendiamkan diri sambil berbisik2 pd hati `mcm ler bagus sgt solat tu`

Mari kita fikir, perempuan mempunyai 9 nafsu manakala lelaki hanya ada 1 nafsu. Nafsu lelaki adalah keseronokkan. So wahai isteri2, nak bahagia? bagilah si suami seronok berdasarkan Alquran dan Sunnah.

Kpd suami pula, jgnlah terlalu mementingkan diri sendiri dgn keseronokkan. Bertolak-ansurlah dgn isteri anda jika si isteri bertindak seperti pemimpin



Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2014 12:31 PM | Show all posts
burungantu posted on 16-3-2014 10:47 PM
maaf, Uncle kurang setuju dengan kenyataan Tuan...

1.

wah! senangnya nak buat sesuatu penafsiran sesuatu hukum. Hanya berdasarkan bukak kitab, terus buat kesimpulan. Padahal tak dihuraikan pun atas keadaan macam mana ulamak2 tersebut menyatakan hukuman tersebut jatuh. Adakah pasal si isteri mengadu dgn tok kadi yg suaminya tak solat? atau pun si isteri mengadu dgn tok kadi yg suaminya memperlekehkan solat? atau si isteri mengadu tok kadi si suami enggan solat di depan isteri akibat menyampah dgn leteran isteri? dan beribu keberangkalian lagi. Tapi bagi sesetengah org yg terperasan ilmu mereka melebihi org kebanyakan, mereka dgn sewenang-wenangnya mengeluarkan satu judgement umum yg kalau dibaca oleh org awam akan bingung. Org2 camgini bukan pedulik pun akan akibat kpd org lain jika pendapat mereka silap. Padahal ulamak2 teramat berhati dlm sesuatu perkara dgn mempertimbangkan pelbagai keadaan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2014 12:38 PM | Show all posts
burungantu posted on 16-3-2014 10:47 PM
maaf, Uncle kurang setuju dengan kenyataan Tuan...

1.

Bilamana seorang tak mau solat, kalau tak jadi kafir pun mujur....dihukum mati tu dah kira "ringan".....apa pulak nak pertahankan rumahtangga org yg sebegini?..anggap sja "Bangkai Bernyawa" kalau terlepas hukum spt yg berlaku hari ini!



Kadang kadang, manusia ni memang rasa terlebik bijak daripada Allah swt sendiri...terlebih bijak drp Rasullullah s.a.w sendiri.
Apabila dihukumkan ...suruh di farak ...kita pulak yg memandai mandai kata...rumahtangga lebih penting...

Begitu juga...munkin isteri nak bertegang urat dgn suami utk paksa solat pun takut..konon konon nak jaga hati dsbnya..nak jaga keharmonian rumahtangga konon..

Padahal..apa yg berlaku, menjaga keredoan manusia melebihi keredhoan Allah swt..Allah MUrka tak apa..jangan suami murka...



.............................................................................................................................
Adakah begini ajaran Islam yg dibawa oleh Nabi saw? .........




Last edited by apam on 17-3-2014 12:41 PM

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2014 12:45 PM | Show all posts
Tiada paksaan dalam agama . Nak kawin , kawin , nak bercerai pun bercerai ..



Anggap semua ini ujian dari Allah swt . Sebab bukan senang nak masyuk ke dalam syurga . Kecuali orang2 yang beriman dan bertaqwa. Serta redha dengan ketentuan Illahi . Lebih senang terjun ke dalam api neraka .



Sebab di penghujungnya syurga atau neraka yang bakal menanti .   Tepuk dada tanya sejauh mana ilmu , iman dan redha anda .




.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2014 12:50 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2014 12:15 PM | Show all posts
shernazz posted on 5-3-2014 01:57 PM
dia ni hamba pada laki dia ke?
ade juga suami yang ringan tangan tolong sebab dia tau bini dia x se ...

Aku tambah skit.......................kasi mantap.

Buat lah sesuatu itew kerana ALLAH swt. (yakni IKHLAS)




Assalamualaikum

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 01:56 PM | Show all posts
niceghost2005 posted on 20-3-2014 12:15 PM
Aku tambah skit.......................kasi mantap.

Buat lah sesuatu itew kerana ALLAH swt. (yak ...


kekadang sian juga pada depa2 yang buat segalanya tapi x dihargai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2014 03:06 PM | Show all posts
shernazz posted on 20-3-2014 01:56 PM
kekadang sian juga pada depa2 yang buat segalanya tapi x dihargai

Siapa kata tak di hargai ? Kan ada syurga dan neraka ? Itu semua balasan dan  penghargaan dari Allah swt .  Janji ikhlas .


Penghargaan dari Allah jua sebaik2 penghargaan . Dari manusia itu semua sementara jer
Last edited by Ayun_Maiden on 20-3-2014 03:11 PM

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 04:15 PM | Show all posts
shernazz posted on 20-3-2014 01:56 PM
kekadang sian juga pada depa2 yang buat segalanya tapi x dihargai

Kalau manusia (yakni suami/isteri) x hargai....................aku no hal.
Insyaallah

Aku lagi takut kalau Allah swt "TAK HARGAI" aku di Padang Mayshar!!!

Aku dah pesan kat anak anak aku................apa yg aku buat ini adalah kerana Allah swt.
Hangpa x nak bela aku............time aku tua nnt, itu hangpa punya pasai.

Insyaallah aku x  akan ungkit apa yg aku buat kat hangpa.
Itew adalah tanggungjawab aku yg di beri Allah swt.
Aku cuba yg terbaik n setakat mana kemampuan aku.

Kat bini aku, pung aku pesan yg sama.
Apa aku makan, hang makan.
Kat mana aku tinggai, hang tinggai.
Aku nak bawak hangpa semua ke syurga Allah swt.
Insyaallah

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 05:17 PM | Show all posts
tt stress ni... harap2 isteri tt tak mcm tu...

apapun, aku bertuah sebab dikurniakan seorg suami
yang super duper terbaik...perfect.
syukur ya Allah.

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2014 03:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Kita hidup dizaman yg memerlukan kita utk memohon keampunan kerana kita tidak terlepas langsung daripada melakukan dosa.

Kebahagian itu bukan terletak kepada kemewahan, keturunan, bangsawan, pangkat atau kuasa akan tetapi terletak kpd kasih sayang Allah kpd kita mengikut undang2 dan ketetapan qada qadarNya.

Ada manusia yg bahagia di dunia akan tetapi diseksa di akhirat kelak. Ada manusia yg bahagia di dunia dan mendpt kenikmatan yg dijanjikan olehNya. Pun begitu yg susah di dunia ada juga yg disiksa diakhirat ataupun mendpt nikmat diakhirat olehNya. Semuanya bergantung kpd amalan dan rahmat dariNya ketika di dunia dan akhirat.

Saya kurang setuju dgn post2 yg dinyatakan (berhukum) pada maksud perkara ghaib yg merujuk kpd qada dan qadar. Allah menciptakan alam ini penuh dgn rahsia yg hanya Dia sahaja yg Maha Mengetahui.

Utk pengetahuan umum, saya antara manusia yg sebelum ini boleh dihukumkan kufur (sebelum digerakkan hati olehNya) berdasarkan apa yg terdpt di dlm Alquran dan hadis2 baginda. Bagaimana kita sanggup berhukum kufur jika kita tidak diberi pengetahuan perkara2 ghaib olehNya tanpa menempuhi apa yg Dia kehendaki sebagai suatu bentuk kefahaman manusia ditadbir olehNya mengikut undang2 dan ketetapanNya? Sebelum mana2 kita hendak berhukum apa yg dinyatakan olehNya, bertanyalah diri sendiri : sudahkah kita dijanjikan sesuatu olehNya? Jika belum, alangkah bijak jika kita tidak berhukum akan tetapi menyatakan hukum dari kaca kata agama semata2.

Maksudnya begini, ada manusia Allah beri pilihan utk menyatakan ilmuNya. Ada pula manusia yg Allah tidak beri pilihan ketika menyatakan ilmuNya. Antara kedua2 ini, manusia sebenarnya diberi pilihan utk menetapkan taqwa ataupun sebaliknya.

Mungkin bahasa agak dlm. Saya beri contoh mudah. Si A adalah lelaki. Dilahirkan Islam akan tetapi Allah menetapkan di tidak beriman sewaktu mudanya dgn apa yg dimaksudkan rukun Islam, Iman dan Ihsan. Bolehkah kita hukumkan si A ini jika kita tidak diberitahu perkara2 ghaib olehNya? Apa kata kamu jika si A ini sesudah berkahwin barulah si A beriman dan bertaqwa kpdNya atas kehendakNya? Apa kata kamu jika si A hanya berubah dgn doa dan izinNya? Dan apa kata kamu jika dia takkan boleh berubah kerana Dia sudah tetapkan? Si B adalah si isteri si A. Apa kata kamu si B ini adalah ujian kpd si A ketika si A beriman dan bertaqwa kpd Allah? Dan apa kata kamu si A adalah ujian bagi si B?

Wahai isteri2 yg mempunyai masaalah suami yg bermasaalah. Saya ajarkan kamu satu doa "Insya'allah" jika solat wajib yg dilakukan itu sebenar2 solat yg diterima olehNya, si suami PASTI akan kembali beriman kpd Allah mengikut undang2 dan ketetapanNya.

Doa tambahan adalah seperti berikut :

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim: Aku adalah orang yg selalu membuat dosa. Aku memohon keampuan dariMu untuk diriku, kedua ibu bapa ku, isteri/suami dan anak2ku, kedua ibu mertua ku, seluruh kaum kerabatku, muslimin dan muslimat dan org2 yg Engkau kehendaki dari dahulu, kini dan akan datang. Ya Allah, permudahkanlah urusan kami di dunia dan akhirat.

Di dlm Alquran, Allah menyatakan byk perkara perihal doa2. Perkara ini wajib diketahui jika kita mahu mendengar dan taat perintah Allah. Yg paling penting bersabarlah. Jika ada perasaan marah, serta-merta jualah kita istighfar dan lekas2 minta maaf sesama makhluk walaupun terhadap anak sendiri. Dan jgn sombong jika mahukan perubahan. Semuanya dgn izin Allah.

Ingatlah, kita hidup di dunia ini utk diuji olehNya. KepadaNya jualah kita akan dikembalikan. Last edited by Abangcute on 27-3-2014 03:11 AM

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2014 03:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Antara faktor utama penceraian adalah kejahilan ilmu agama. Jahil ilmu sambil beramal dan jahil ilmu tanpa beramal. Maka inilah yg dimaksudkan jalan kezaliman dan jalan kesesatan.

Hari ini ramai yg mahu menegakkan agama. Cuba kita tanya diri kita setakat mana kita benar2 cinta kpd Allah dan RasulNya? Berapa byk kebencian yg kita semai dlm diri kita sesama makhluk walaupun makhluk itu musuh Allah? Jika seekor babi itu haram dimakan, adakah wajar kita membunuh babi semata2 makna haram yg ditetapkan olehNya ke atas babi?


Jika kamu ada hamba Allah, tanyalah diri kamu, apa yg Allah beri kpd kamu sama seperti yg kamu terima dan beri kpd makhluk2 ciptaanNya?
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2014 12:45 AM | Show all posts
burungantu posted on 5-3-2014 05:14 PM
Bagaimana jika suami kita buat silap? Tak solat atau kahwin dengan perempuan lain, apa kita perlu  ...

isteri pun ada hak....cuma masalah sekarang berbeza dgn alasan penceraian org dulu2....cam jumpa kekasih lama balik....main kayu tiga.....sosial
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2014 01:44 AM | Show all posts
tak sampai separuh pon baca...
nyampah la pulak
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2014 02:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih...
Artikel yg baik.. Thumb up
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2014 02:03 AM From the mobile phone | Show all posts
niceghost2005 posted on 20-3-2014 04:15 PM
Kalau manusia (yakni suami/isteri) x hargai....................aku no hal.
Insyaallah


Masyaallah...
Hebat
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2014 01:11 PM | Show all posts
panjangnnya!!! x larat nak baca.. sekian.

apapun.. lelaki skarang kurang yang berkualiti. susah betul cari lelaki2 yg bleh di buat suami.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2014 10:33 AM | Show all posts
PitMie posted on 9-3-2014 05:13 PM
Sy dah tegur bberapa org yg suka berkata "pompuan senang masuk syurga" - ikut hadith Nabi ttg peremp ...

setuju ....
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2014 10:37 AM | Show all posts
burungantu posted on 16-3-2014 10:47 PM
maaf, Uncle kurang setuju dengan kenyataan Tuan...

1.

sangat setuju dgn uncle..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.086142 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list