|
[Tempatan]
Pembukaan KLIA2 Dijangka Ditangguh Lagi, Gagal Dapat Kelayakan
[Copy link]
|
|
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi menunjukkan gambar-gambar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada sidang media bagi menegaskan KLIA2 tetap akan memulakan operasinya seperti dijadualkan pada 2 Mei ini di Putrajaya, Rabu. -fotoBERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
KLIA2 Akan Dibuka Ikut Jadual - Hishammuddin
Pemandangan dari atas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) yang dirakamkan pada 7 Januari 2014. (Gambar kecil) Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi (kiri) pada sidang media menegaskan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) tetap akan memulakan operasinya seperti dijadualkan pada 2 Mei ini di Kementerian Pengangkutan di Putrajaya, Rabu. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata tiada sebarang penangguhan untuk tarikh pembukaan KLIA2 dan menegaskan lapangan terbang itu akan tetap dibuka pada 2 Mei.
Kegagalan kontraktor usaha sama UEMC-Bina Puri mendapatkan Sijil Perakuan Penyiapan dan Pematuhan (CCC) tidak akan menangguhkan penyiapan projek ikonik klia2 itu, katanya.
Hishamuddin berkata kerajaan tidak akan melayan sebarang permintaan untuk penangguhan dan berkata lawatan-lawatan mengejut akan terus dilakukan dan memberi fokus kepada perkara yang memberi halangan untuk menetapi tarikh pembukaan KLIA2.
"Sekiranya ada pihak yang didapati menjadi penghalang kepada perancangan kita ini, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan," kata beliau pada sidang media Rabu.
Semasa ditanya sama ada KLIA2 bersedia untuk menjalankan ujian Kesediaan Operasi dan Pindahan Lapangan Terbang (ORAT) yang sepatutnya dimulakan tiga bulan sebelum tarikh pembukaan, Hishammuddin berkata ORAT boleh dijalankan sekarang.
"ORAT boleh dijalankan sekarang, ia tidak melibatkan CCC, malah ujian sistem bagasi telah dijalankan secara dalaman... daripada melihat kepada ORAT, sijil dan sebagainya, bagi saya yang lebih penting ialah pada 2 Mei, KLIA2 akan mula beroperasi," katanya.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia semalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata mereka masih belum menerima CCC bagi bangunan terminal KLIA2 daripada syarikat usaha sama (JV) UEMC-Bina Puri, yang dijadualkan pada 31 Januari, 2014.
Sementara itu Timbalan Menterinya, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata lapangan terbang tambang murah itu sudah hampir siap sepenuhnya namun hanya sistem perlindungan kebakaran yang memerlukan sedikit pengubahsuaian.
"Apabila Jabatan Bomba dan Penyelamat membuat pemeriksaan, mereka meminta supaya dibuat beberapa pindaan, itu sahaja.. tetapi terminal berjalan lancar dengan ORAT sebagaimana yang dikatakan menteri, sekarang ini ORAT berjalan mulai awal bulan ini," katanya.
"CCC akan dikeluarkan selepas pembetulan kecil pada pintu rintangan api yang sedang dipasang, mereka hanya mahu menukar pintu itu sahaja, " katanya sambil menambah bahawa pemasangan pintu tersebut akan siap pada akhir bulan ini.
Beliau juga berkata, keretakan dalam paip pembetungan di luar terminal, dan bahagian-bahagian jalan dan perparitan tidak sesuai untuk penggunaan, tiada apa-apa kaitan dengan pematuhan untuk mendapatkan CCC.
"Kami akan memperbaikinya, tetapi ia tiada kaitan dengan ORAT kerana ORAT hanya melibatkan di terminal "katanya. - BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
jadi ape2 hatta kpd binatang kargo yg aku hantar sekalipung
aku saman berkoyan-koyan... |
|
|
|
|
|
|
|
along3746 posted on 5-2-2014 10:47 PM
KLIA2 Akan Dibuka Ikut Jadual - Hishammuddin
Dia sentuh pasal fire and safety je, bab sewer crack dgn jalan n drainage teruk dia langsung x sebut..zzzzzz
|
|
|
|
|
|
|
|
SulurBidar posted on 5-2-2014 04:00 PM
Main con (kroni) - sub con (kroni) - sub con (kroni) - sub con (kroni) - sub con (kroni) - sub con ( ...
kronisme dan duit kopisme
|
|
|
|
|
|
|
|
rasanya xda dengar plak pihak kerajaan nk hentam untuk saman pihak kontraktor pasal lewat siap, mestiii masuk byk tuu ... |
|
|
|
|
|
|
|
semalam dgr berita..
bukan kate nk teruskan bukak jugak ke??
ke salah dengar ni... kalo btl nak buka, selamat ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Eric.n9 posted on 5-2-2014 09:14 PM
itulah, dulu airasia nak buat tapak sndri kat labu tu, tak nak bg... dikasinya klia2.
air asia na ...
kroni barua project
ni WCT tu lah
dah potong pokok
kelapa sawit tak nak
bagi buang semua timbus
kerja cincai tak fikir
long term tak ikut nasihat pakar
tanah mendap dari
kerja kerja cincai nak senang
nak cepat nak untung lebih
rasain lah kamu orang
|
|
|
|
|
|
|
|
#PenDrive posted on 6-2-2014 12:33 AM
rasanya xda dengar plak pihak kerajaan nk hentam untuk saman pihak kontraktor pasal lewat siap, mest ...
tinggi lah maintenance
keluar duir rakyat bukan ?
janji kroni kaya
ialah kami ni melayu dulu
barulah kami islam
poyo
|
|
|
|
|
|
|
|
mendap ka
retak seribu ka
tak ikut specifikasi ka
jalan merekah ka
tu belakang kira
janji dah nampak
bangunan tu dah tegak
barulah menteri boleh bangga |
|
|
|
|
|
|
|
Eric.n9 posted on 5-2-2014 11:16 PM
Dia sentuh pasal fire and safety je, bab sewer crack dgn jalan n drainage teruk dia langsung x seb ...
dia peduli ape sbb bkn dia naik flight kt situ..
jet peribadi ade..rakyat nk mampus itu bkn urusan dia..
|
|
|
|
|
|
|
|
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (tengah) diberi penerangan mengenai aspek keselamatan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim (dua, kiri) ketika mengadakan lawatan kerja ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2 di Sepang, Khamis. Foto BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Kerajaan Tidak Akan Kompromi Soal Keselamatan Projek KLIA2
Oleh RAHIMY RAHIM
Hishammuddin.
SEPANG: Kerajaan bertegas tidak akan berkompromi berhubung isu keselamatan dan kelayakan melibatkan projek KLIA2, kata pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Beliau berkata, projek itu kini mengikut jadual bagi memenuhi tarikh pembukaannya pada 2 Mei ini dan menafikan dakwaan bahawa 65% bangunan terminal utama itu tidak memenuhi piawaian keselamatan kebakaran.
"Kita di sini cuba untuk mencari dan memperbaiki sebarang kelemahan dan menyelesaikan segala halangan dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan," katanya selepas melakukan pemeriksaan dengan para pegawai kementerian di KLIA2 pada Khamis.
Projek KLIA2 beberapa kali menangguhkan pembukaannya sejak September 2011 dan yang terakhir sepatutnya dijadualkan dibuka pada 30 April tetapi ditunda kepada 2 Mei tahun ini.
Pada Selasa, timbul spekulasi mengenai kemungkinan pembukaan KLIA2 ditangguh lagi apabila Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dilaporkan gagal untuk mendapatkan Sijil Pematuhan dan Penyiapan (CCC) dari kontraktor utama, UEMC-Binapuri bagi bangunan terminal utama KLIA2. |
|
|
|
|
|
|
|
Hishamuddin berkata kerajaan tidak akan melayan sebarang permintaan untuk penangguhan dan berkata lawatan-lawatan mengejut akan terus dilakukan dan memberi fokus kepada perkara yang memberi halangan untuk menetapi tarikh pembukaan KLIA2.
"Sekiranya ada pihak yang didapati menjadi penghalang kepada perancangan kita ini, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan," kata beliau pada sidang media Rabu. Pada hari yang lain....
"Kita di sini cuba untuk mencari dan memperbaiki sebarang kelemahan dan menyelesaikan segala halangan dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan," katanya selepas melakukan pemeriksaan dengan para pegawai kementerian di KLIA2 pada Khamis.
Yang dia maksudkan (konon nampak garang laa sebab dia menteri) pada hari Rabu tu,
....adalah merujuk kepada agensi2 berkaitan ler tew.
Pastu ari Khamis, dia cakap lain.
Tahniah kepada kita kerana ada menteri cenggini. Cakap serupa lalang. |
|
|
|
|
|
|
|
Salaam.
Kononnya buat kerja la.
Munteri lembap. |
|
|
|
|
|
|
|
apasal lah KLIA2 ni hodoh bebenor....
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated posted on 6-2-2014 11:15 PM
apasal lah KLIA2 ni hodoh bebenor....
Ikut pada mata masing-masing.
Seni ni subjektif.
Kalu ikut mata kita meme nampak huduh.
Kalu ikut mata orang yang ada kepentingan peribadi kat projek neh, meme segala sudut cantik berkilat-kilat belake.
|
|
|
|
|
|
|
|
apalah nak harap dr hisham lembek tu..
bab2 ni mmg tak leh lawan Madey |
|
|
|
|
|
|
|
KDN:
Mereka bukan pengganas. Boleh bawa runding.
Pemangku Men. Pengangkutan:
Ari Rabu cakap lain, ari Khamis dia cakap lain.
Mindef:
Kita tunggu aje laa kot-kot ada isu timbul, tengok cara dia jawab nanti.
|
|
|
|
|
|
|
|
ngan worry.....setakat kelulusan apa laa sangat......p/s : ngan runtuh dah ler ek... |
|
|
|
|
|
|
| |
|