CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tapibukanaku

[Tempatan] Nasihat kepada Nurul Izzah dari Zul Kulim

[Copy link]
Post time 26-1-2014 11:47 PM | Show all posts
ikan_kaghing posted on 26-1-2014 10:08 PM
Anwar perlu muhasabah diri.

Nampak sangat perjuangan sia-sia dia tidak diredhai-Nya dan hanya men ...

terbaik... ingt ke bakal ganti najib keluarga lebih kemas, rupanya lintang pukang jugak.. nak jaga rakyat mcmana kalu laki nan sorang pun hadooo..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-1-2014 07:55 AM | Show all posts
zorrro_03 posted on 26-1-2014 01:26 PM
Tapi penceritaan tu mcm bersumberkan kj sendiri.  Kan @mak_wa95

ni blog zul kulim
Last edited by tapibukanaku on 27-1-2014 10:15 AM

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2014 08:37 AM | Show all posts
mystica posted on 26-1-2014 08:20 PM
Saya juga menentang pendirian Izzah dalam soal memberi kebebasan untuk umat Melayu-Islam memilih aga ...

of coz la dalam hal ni tak setuju..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2014 08:38 AM | Show all posts
ultra78 posted on 26-1-2014 02:53 PM
Agak kelakar juga bila baca tweet laki nurul izzah ni. Asyik bergurindam berpantun bagai. Naik menya ...

apa kaitan doa tu dengan tweet shahrir?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2014 09:47 AM | Show all posts
bagi aku ni salah anwart la....dia la yg drag anak bini nya masuk politaik untuk jadi proxy dia yg gila nak jadi PM......yg kesian BINI dan ANAK dia...... GTH la gay tua tu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2014 09:53 AM | Show all posts
ultra78 posted on 26-1-2014 02:53 PM
Agak kelakar juga bila baca tweet laki nurul izzah ni. Asyik bergurindam berpantun bagai. Naik menya ...

mana ade dia berdoa?kesian dia taw ..dah la muka nerd..korang kata dia mamat pantun layak dicerai.kejam uols
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2014 09:54 AM | Show all posts
SulurBidar posted on 26-1-2014 03:11 PM
Kerana ini wanita sukar utk menjadi pemimpin...

taliban alert
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2014 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Balasan Allah dimana mana.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2014 10:02 AM | Show all posts
Sapa tau sebab apa diorg nak berpisah? xsama ideologi kah??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2014 10:04 AM | Show all posts
chickenwing posted on 27-1-2014 10:02 AM
Sapa tau sebab apa diorg nak berpisah? xsama ideologi kah??

ideologi mesti sama. kalau tak sama, mana mungkin bertahan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2014 10:05 AM | Show all posts
sape penulis ni?
baca artikel mcm meyakinkan...tapi tang 'adios amigos gracias' tu...errrr...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2014 10:05 AM | Show all posts
ringcat posted on 26-1-2014 07:48 AM
nak asingkan politik dan peribadi susah

selepas penamaan calon PRU13, Nurul dan Raja Nong Chik

Tuhan tu maha kaya......
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2014 10:05 AM | Show all posts
machai_umno posted on 26-1-2014 08:35 AM
baru ni aku berborak dgn sorang cina mca, dia ni seorang kontraktor buat decoration jalan..dia ckp a ...

susah as in tak makan suap atau susah sebab tak cukup disuap?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2014 10:07 AM | Show all posts
ladyfree posted on 27-1-2014 10:05 AM
sape penulis ni?
baca artikel mcm meyakinkan...tapi tang 'adios amigos gracias' tu...errrr...

zul kulim. zulkifli nordin. dlm blog beliyau Last edited by tapibukanaku on 27-1-2014 10:11 AM

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2014 10:13 AM | Show all posts
tapibukanaku posted on 27-1-2014 10:04 AM
ideologi mesti sama. kalau tak sama, mana mungkin bertahan.

Jadi berita nk berpisah tu tak benar la?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2014 10:13 AM | Show all posts
re-paste

dari blog zul kulim

NASIHAT BUAT NURUL IZZAH-SYAHRIR

Perceraian itu suatu keharusan yang sangat dibenci ALLAH

Salam 2 all.


Saya berasa sedih dan terkilan mendengar berita Nurul Izzah Anwar telah memfailkan permohonan cerai secara fasakh terhadap suaminya Raja Ahmad Syahrir Iskandar Raja Salim.

Permohonan difailkan menurut Seksyen 52 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur awal bulan Januari ini.

Mengikut maklumat, Raja Syahrir telah pada 16.01.2014 menerima sesalinan saman nombor MRSWP No: 14001-055-0023-2014 yang telah disebut dihadapan YA Hakim Syariah Ab Malek Awang pada hari Selasa 21.02.2014 lepas.  Syahrir telah memohon penangguhan dan kes itu dijadualkan untuk sebutan semula pada 18.02.2014.

Saya merasa sedih dan terkilan kerana saya antara orang yang terlibat secara langsung dalam mengendalikan majlis pernikahan Izzah dan Syahrir pada 09 Mei 2003 di rumah Anwar di No. 8, Jalan Setiamurni 2, Bukit Damansara.

Waktu itu Izzah baru berumur 23 tahun. Baru sahaja lepas belajar di Universiti Teknologi Petronas Sri Manjung. Syahrir, kerabat di raja Johor baru berumur 24 tahun.

Saya pada masa itu masih peguam Anwar, dan beliau masa itu masih merengkok di Penjara Sg. Buloh menjalani hukuman penjara 6 tahun atas sabitan kesalahan salahguna kuasa berkaitan kes meliwat pemandunya Azizan Abu Bakar.

Memang mengikut peraturan penjara Anwar tidak boleh keluar untuk menikahkan anaknya sendiri.

Maka saya diberi arahan untuk mendapatkan pelepasan Anwar daripada Penjara Sg. Buloh dan mengendalikan urusan-urusan berkaitan upacara pernikahan. Masih ingat lagi masa itu saya membawa seorang bernama Ustaz Shamsul, masa itu Imam Masjid Saidina Umar Al-Khattab Bukit Damansara masuk ke Penjara Sg. Buloh. Tujuannya untuk mendapatkan perwakilan wali daripada Anwar, dan diwaktu yang sama membuat latihan upacara akad nikah.

Masih saya ingat masa itu saya berlakon jadi pengantin, dan Ustaz Shamsul konon Tok Kadi yang mempersaksikan Anwar menikahkan Izzah. Gelak besar masa tu bila Ustaz Shamsul kata ini macam mau orang lain jadi menantu ni kang!

Pada masa itu Tun Mahathir masih lagi menjadi Perdana Menteri. Dan Tun Abdullah Ahmad Badawi @ Pak Lah adalah Menteri Dalam Negeri. Saya ingat lagi diarah berjumpa dengan Pak Lah untuk memohon kebenaran untuk Anwar dibenarkan keluar penjara untuk majlis akad nikah Syahrir-Izzah.

Memang tension masa tu. Turun naik tangga KDN, berulang-alik Penjara Sg. Buloh, panjat tangga Jabatan Agama Islam Wilayah untuk mengurus pernikahan mereka.

Alhamdulillah akhirnya Pak Lah memberi kebenaran untuk Anwar dibenarkan keluar untuk menghadiri upacara aqad nikah Syahrir-Izzah.

Masih saya ingat lagi suasana masa itu. Sesampai sahaja Anwar dirumah, suasana sedih dan hiba diiringi tangisan sedih bercampur gembira dengan kehadiran Anwar, bapa pengantin.

Hasil perkahwinan Syahrir-Izzah, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Raja Nur Safiyah (7) dan Raja Jarith (4).

Saya mendengar pelbagai cerita mengenai sebab permohonan perceraian itu difailkan oleh Izzah. Saya percaya tentu ada sebab yang serius untuk menyebabkan perkara ini berlaku.

Namun saya berdoa dan berharap Syahrir dan Izzah akan berusaha keras untuk menyelamatkan perkahwinan mereka yang sudah berusia 10 tahun itu.

Kalau boleh, kenangkan betapa susah payahnya kami semua masa itu untuk mengurus perkahwinan kamu berdua. Pernikahan kamu disempurnakan diatas airmata ramai orang.

Memang saya sekarang menentang ayah Izzah, tapi itu atas soal prinsip mempertahankan aqidah dan agama saya. Saya juga menentang pendirian Izzah dalam soal memberi kebebasan untuk umat Melayu-Islam memilih agama termasuk boleh murtad, sebagaimana yang disebut oleh Izzah dalam Forum 'Islamic State: Which Version: Who's Responsibility' di Gereja Tabernacle USJ pada 03.11.2012 lepas.

Tetapi dalam hal perkahwinan Izzah-Syahrir, saya mengambil pendirian bahawa ini soal peribadi mereka yang tidak sepatutnya digembar-gemburkan, apatah lagi dipolitikkan.

Berilah mereka ruang dan peluang untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik demi menyelamatkan perkahwinan mereka, juag demi anak-anak mereka yang masih kecil.

Nasihat saya kepada Izzah dan Syahrir, berusahalah mencari jalan perdamaian. Carilah kesepakatan. Ingatlah perceraian adalah suatu keharusan yang paling dibenci Allah.

Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kamu berdua.

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
23 Rabi'ul Awal 1435
24 Jan 2014






credit to blog zulkulim.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-1-2014 10:17 AM | Show all posts
chickenwing posted on 27-1-2014 10:13 AM
Jadi berita nk berpisah tu tak benar la?

tak tau lah uols. macam2 cerita huhu
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2014 10:25 AM | Show all posts
wanita berumahtangga
dan mempunyai keluarga untuk
dijaga kurang sesuai menjadi
ahli parlimen atau ahli  politik yang berjaya

agihan masa dan tanggungjawab di sebalik peranan sebagai
isteri dan ibu selain ahli parlimen dalam kemelut
politik malaysia yang amat cacamerba ketika ini
sangat sukar

buat nurul izzah, biar papa awak je lah
yang terus dengan bidang politik dia

awak jaga suami dengan anak2
dan rumahtangga je dah la

ingatan tulus ikhlas buat seorang wanita
bernama nurul izzah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2014 10:30 AM | Show all posts
d'zeck posted on 27-1-2014 10:25 AM
wanita berumahtangga
dan mempunyai keluarga untuk
dijaga kurang sesuai menjadi

tetiba syahdu baca awak punya ingatan tulus ikhlas


Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2014 10:30 AM | Show all posts

tiap2 hari berpantun aja   
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 06:47 PM GMT+8 , Processed in 0.154801 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list