|
Untuk Mengenali Perawat Islam Yang Didampingi Jin
[Copy link]
|
|
Ada artikel yang menarik... panjang sikit untuk dibaca:
Bersama: DR. AMRAN KASIMIN
SOALAN: Datuk saya adalah seorang pawang yang banyak menolong penduduk tempatan ketika sakit, dengan cara memberi tangkal dan azimat ketika ibu hendak bersalin, juga menjadi imam ketika kenduri-kendara seperti yang masih banyak dilakukan sekarang ini.
Saya mewarisi ilmu datuk saya ini dan di antara amalan yang saya lakukan ialah hasil daripada menuntut ilmu yang dinamakan ``khadam ayat''. Saya dapati amalan ini tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
Ia begitu mujarab dan hasil daripadanya saya dapat mengatasi banyak masalah yang sukar.
Saya inginkan kepastian adakah amalan dan tuntutan saya itu benar, tidak menyalahi syarak? - Cucu Tok, Seremban
JAWAPAN: Istilah ``khadam ayat'' ini boleh dikatakan popular di kalangan mereka yang melibatkan diri dengan rawatan tradisional atau amalan kebatinan Melayu. Pada hakikatnya istilah khadam ayat ini dirujuk kepada amalan berguru atau menuntut ilmu dengan membaca ayat-ayat tertentu al-Quran yang disertai dengan kaedah-kaedah khusus, di mana akhirnya orang yang berkenaan didatangi oleh makhluk yang dipanggil sebagai ``khadam ayat''.
Amalan ini juga ada kalanya boleh dituntut tanpa melibatkan ayat-ayat al-Quran, surah-surah pendek al-Quran seperti Al-Fatihah, al-Mu'awwizat dan sebagainya, tetapi akhirnya amalan kebatinan yang dituntut itu akan berakhir dengan kehadiran makhluk yang dipanggil sebagai ``khadam ayat''.
Mereka yang mempelajari ilmu ini kebanyakannya tidak pasti siapakah yang dinamakan ``khadam ayat'' yang datang tadi, yang akhirnya terlibat dengan pelbagai kegiatan amalan kebatinan, ketika melakukan rawatan, tilikan, untuk mengatasi masalah rumah tangga, cinta dan sebagainya.
Menurut seorang responden, khadam ayat bukan terdiri daripada golongan manusia, jin atau malaikat. Ia merupakan ``khadam'' kepada ayat yang dibaca dan diamalkan menurut kaedah-kaedah tertentu yang mesti diikuti menurut apa yang telah diajar oleh guru yang berkenaan.
Terdapat keterangan dalam hadis-hadis tentang kelebihan ayat al-Kursi. Menurut sebuah hadis riwayat daripada Qatadah katanya, Rasulullah bersabda: Barang siapa membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan, nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dalam sebuah hadis lain, baginda bersabda: Barang siapa membaca ayat al-Kursi dan akhir surah al-Baqarah ketika kesusahan nescaya Allah menolongnya.
Terdapat banyak hadis menerangkan tentang kelebihan ayat ini dalam tujuan mengelakkan diri, keluarga, rumah tangga, harta benda daripada gangguan iblis dan syaitan juga daripada gangguan manusia, terutamanya pencuri. antara hadis yang menyebutkan hal yang demikian ialah, hadis daripada Abu Hurairah. Sesungguhnya Rasulullah telah bersabda: Dalam surah al-Baqarah ada satu ayat, penghulu ayat-ayat al-Quran, tidak dibaca dalam sebuah rumah yang ada di dalamnya syaitan, kecuali ia keluar darinya iaitu ayat al-Kursi.
Atas pemahaman tentang fadilat ayat al-Kursi inilah maka ada golongan tertentu, terdiri daripada mereka yang mengamalkan amalan kebatinan, mengamalkan apa yang difahami sebagai ``khadam ayat Kursi'' dalam amalan kebatinannya.
Setelah membaca ayat al-Kursi dalam kekerapan dan tempoh tertentu dengan syarat-syarat lain, dia akan didatangi oleh makhluk yang dipercayai sebagai ``khadam ayat al-Kursi''. Ia datang dengan jubah hijau, menghulurkan tangan, bertanyakan apa yang dihajati oleh pengamal. Dipesan oleh guru yang mengajari amalan tersebut agar makhluk itu taat menurut perintahnya.
Menurut responden lagi, khadam ayat akan menjaga diri pengamal, keluarga dan harta bendanya, juga boleh digunakan untuk tujuan mengubati penyakit. Ia juga boleh diperintahkan menjaga orang lain.
Ketika pengamal tidak ada di rumah, khadam ayat akan menjaga rumah di mana dalam keadaan tertentu ia akan menjelmakan diri menyerupai pengamal ilmu berkenaan, khadam itu dikatakan hanya digunakan untuk menangani sakit yang teruk ataupun masalah-masalah besar.
Memperoleh khadam ayat tidak ubah seperti memperoleh pisau yang tajam, yang hanya perlu digunakan untuk memotong benda-benda besar lagi berat, walaupun demikian ia juga boleh digunakan untuk tujuan jahat, kerana khadam ayat begitu taat menurut kata pengamalnya.
Kerana itu maka orang yang mengamalkan kaedah ini mesti terdiri daripada mereka yang ikhlas lagi berilmu, ditakuti ilmu yang dimiliki itu disalahgunakan, yang akhirnya akan merosakkan diri sendiri dan orang lain.
Seorang responden lain, yang melibatkan diri dengan rawatan tradisional lebih daripada 25 tahun, menyatakan khadam ayat kadang-kadang datang kepadanya dalam keadaan berkain pelekat dan berbaju selengkapnya. Selain memberitahu perkara-perkara ghaib kepadanya, ia kadang-kadang memberitahu maklumat-maklumat tertentu melalui anaknya, yang berumur 10 tahun, yang ketika itu sedang tidur.
Seorang pengamal rawatan tradisional yang tinggal di Perlis menegaskan orang yang menurun diresapi oleh jin-jin, termasuk iblis dan syaitan, tetapi khadam tidak boleh masuk meresap dalam tubuh manusia. Ketika menurun, jin-jin datang bersatu dengan roh yang disedut melalui pernafasan meresap dalam tubuh, menyebabkan seseorang itu tidak sedarkan diri.
Apabila angin iblis lebih banyak atau lebih menguasai angin badan dalam tubuh maka ia akan menyebabkan seseorang itu tidak sedarkan diri iaitu menurun. Hal yang sama berlaku ke atas mereka yang terkena rasukan.
Menurut pemahaman Melayu, khadam bererti hamba, ataupun orang suruhan yang sentiasa taat kepada tuannya. Menurut responden yang sama, khadam yang dimaksudkan di sini bukan orang suruhan, seperti yang difahami oleh umum, seumpama hubungan antara seorang tuan dengan orang suruhannya.
Khadam adalah makhluk bukan daripada golongan manusia dan bukan daripada golongan jin, sama ada jin kafir ataupun jin Islam. Khadam yang mendampinginya bukan terdiri daripada makhluk halus belaan atau sahabat, kerana ia tidak mempunyai apa-apa perjanjian antara mereka dalam keadaan apa sekalipun sama ada untuk memberi makan pada waktu-waktu tertentu atau sebagainya.
Menurut responden yang sama, khadam yang berdampingan dengannya terdiri daripada makhluk yang diutus oleh Allah yang termasuk dalam golongan makhluk ghaib. Dia adalah hamba Allah yang bertaraf wali-wali, seperti wali sepuluh yang terpilih daripada segala wali, yang dikenali sebagai rijalul ghaib, yang juga dikenali sebagai khadam roh.
Khadam bukan jin Islam, terdiri daripada wali Allah. Makhluk yang tidak berdosa yang asalnya adalah manusia yang ghaib begitu sahaja apabila mati dan tidak mempunyai kubur. Responden mendakwa gurunya dari Kelantan, ghaib setelah dikebumikan. Khadam adalah hak Allah yang tidak boleh dikaji.
Dijelaskan juga bahawa makhluk yang dinamakan khadam itu telah wujud sejak zaman Rasulullah, begitu juga lelaki yang tersebut dalam surah al-Kahf, termasuk anjing Qitmir yang termasuk dalam golongan rijalul ghaib.
Amalan yang dilakukan olehnya untuk berdampingan dengan khadam ialah dengan mengadakan kenduri terlebih dahulu sebelum mengamalkan ayat-ayat tertentu, yang dibaca selepas setiap kali sembahyang fardu selama 40 hari. Doa-doa tersebut dikenali sebagai kepala doa akasyah, doa akasyah, pelapik doa akasyah dan doa rijalul ghaib.
Tidak lama setelah mengamalkan ayat-ayat di atas, dia bermimpi melihat bulan pada malam berikutnya, dia bermimpi didatangi oleh seorang lelaki berjubah. Mimpi ini diikuti oleh mimpi-mimpi lain yang tidak pernah dialami sebelumnya. Bermula dari hari itu dia sering didampingi oleh khadam yang boleh dipanggil untuk tujuan rawatan dan lain-lainnya.
Ketika melakukan rawatan, ataupun ketika berhadapan dengan seseorang yang datang memerlukan pertolongannya, responden berkenaan akan memanggil khadam yang mendampinginya tadi. Perkataan tok syeikh digunakan untuk merujuk kepadanya.
Untuk tujuan rawatan, mula-mula responden akan bertanyakan nama pesakit ataupun orang yang memerlukan pertolongan. Kemudian dia memanggil tok syeikh untuk meminta pertolongan.
Khadam berkenaan dikatakan dapat mengetahui sama ada sakit yang dialami oleh seseorang itu akibat saka, santau, gangguan makhluk halus tidak bertuan ataupun sakit kecacatan fizikal yang berpunca daripada kemalangan, keracunan makanan dan sebagainya.
Demikianlah beberapa keterangan mengenai khadam ayat seperti yang saudara tanyakan. Sebenarnya banyak lagi keterangan yang berlainan berkaitan dengan apa yang difahami sebagai khadam ayat dalam kehidupan orang Melayu.
Allah menjadikan tiga jenis makhluk utama, iaitu malaikat, jin dan manusia. Tidak tersebut daripada mana-mana sumber tentang adanya makhluk selain daripada tiga jenis makhluk ini. Ketika ditanya tentang makhluk berjubah hijau yang datang menghulurkan tangan, responden memberitahu bahawa hal tersebut berlaku ketika dalam keadaan sedar, bukan ketika dia nyenyak tidur atau dalam keadaan separuh sedar.
Responden yang sama menyatakan bahawa khadam ayat boleh disuruh menjaga diri, keluarga, harta benda dan lain-lain tujuan. Apa yang kurang digemari oleh responden, pada mulanya ialah makhluk ini terlalu kerap menjelmakan diri menyerupai dirinya menyebabkan isterinya takut. Hal demikian sama berlaku seperti yang diakui oleh responden yang membela jin, yang dinamakan sebagai hantu raya.
Tidak adanya perjanjian antara orang yang mempunyai khadam ayat dengan makhluk yang menjelma itu bukan merupakan hujah kuat membuktikan makhluk ini sebenarnya khadam ayat, bukan jin.
Responden kedua yang bersahabat dengan rijalul ghaib mendakwa bahawa dia juga tidak ada membuat perjanjian. Apa yang dilakukan ialah membaca Al-Fatihah sebanyak tiga kali yang disedekahkan kepada rijalul ghaib sebelum dia memanggilnya datang. Makhluk ini amat suka disedekahkan dengan Al-Fatihah.
Tidak kira apa alasan yang diberi sama ada kerana makhluk itu memang taat, seperti yang diminta oleh orang yang terlibat pada mula ia menjelmakan diri atau lain-lain alasan, sifat taat untuk melakukan kejahatan tetap tidak boleh dijadikan hujah membuktikan bahawa makhluk tersebut adalah khadam ayat, bukan jin yang terdiri daripada iblis atau syaitan.
Umar Sulaiman (1985:59-60) menyatakan bahawa syaitan tidak semestinya datang menipu manusia menyuruh manusia meninggalkan perkara-perkara yang baik dan menyuruh melakukan perbuatan jahat. Sekiranya ia berbuat demikian manusia akan menyedari bahawa perbuatan tersebut adalah daripada syaitan.
Sebaliknya, makhluk itu akan melakukan pelbagai helah untuk mengelirukan, mengelakkan dirinya daripada diketahui siapakah dirinya yang sebenar menyebabkan manusia beranggapan bahawa syaitan itu adalah wali Allah lalu menganggap perbuatan yang salah itu baik.
Menurut Umar Sulaiman (1985:87) lagi, pengulas at-Tahawiyah menyebutkan tentang adanya golongan syaitan yang dipanggil oleh manusia sebagai rijalul ghaib. Ada orang yang pernah bercakap dengannya dan menghasilkan sesuatu yang luar biasa, sehingga mereka menyangka bahawa makhluk tersebut adalah wali-wali Allah.
Mereka pada hakikatnya adalah teman-teman kaum musyrikin daripada golongan jin. Mereka dinamakan ``rijal'' seperti yang tersebut dalam firman Allah (al-Jinn: 6): Dan bahawasanya ada beberapa orang lelaki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa orang lelaki (rijal) di antara jin, maka jin-jin itu menambah lagi mereka dosa dan kesalahan.
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/info ... 2.htm#ixzz2npoCwHGn
© Utusan Melayu (M) Bhd
|
|
|
|
|
|
|
|
Kes khadam ayat, rijal ghaib.... ini sememangnya lebih hampir kepada tipu daya Jin, untuk menyebabkan manusia minta tolong dengan Jin...
Bila bergantungan dengan Jin, maka dah jadi syirik kepada Allah.... bila dah syirik, maka jin (Syaitan) dapat menguasai manusia... |
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 18-12-2013 09:58 PM 
Kes khadam ayat, rijal ghaib.... ini sememangnya lebih hampir kepada tipu daya Jin, untuk menyebabka ...
Itu cerita je kot.
Gni, bila Ayat² yg berbekas di hati tu siapa yg tulis?  |
|
|
|
|
|
|
|
Dzulqarnain posted on 19-12-2013 07:56 AM 
Itu cerita je kot.
Gni, bila Ayat² yg berbekas di hati tu siapa yg tulis?
Pasal 'rijal ghaib' dan 'khadam ayat', memang lah cerita-cerita, dari orang yang ada pengalaman mengenainya (kata mereka lah)
Masalahnya, mereka anggap 'rijal ghaib' atau 'khadam ayat' tu macam wali, walhal tiada dalil yang kuat untuk kata macam tu...
Sedangkan Nabi Adam AS pun pernah ditipu Iblis, secara ghaib juga, dengan kata-kata 'nasihat' kononnya yang baik-baik belaka, bagaimana mereka percaya 'rijal ghaib' dan 'khadam ayat' bukan tipu daya dari jin?
Kan Iblis pun dah bersumpah untuk sesatkan manusia, diberi izin bersama bala tenteranya....
Pasal ayat² yg berbekas di hati tu bagaimana? Saya pun nak tahu juga....
Saya ada hafal surah-surah dari Al-Quran, tak tahu lah bagaimana ia jadi bekas? Boleh jelaskan?
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 19-12-2013 11:05 AM 
Pasal 'rijal ghaib' dan 'khadam ayat', memang lah cerita-cerita, dari orang yang ada pengalaman me ... Pasal 'rijal ghaib' dan 'khadam ayat', memang lah cerita-cerita, dari orang yang ada pengalaman mengenainya (kata mereka lah)
Masalahnya, mereka anggap 'rijal ghaib' atau 'khadam ayat' tu macam wali, walhal tiada dalil yang kuat untuk kata macam tu...
Sedangkan Nabi Adam AS pun pernah ditipu Iblis, secara ghaib juga, dengan kata-kata 'nasihat' kononnya yang baik-baik belaka, bagaimana mereka percaya 'rijal ghaib' dan 'khadam ayat' bukan tipu daya dari jin?
Kan Iblis pun dah bersumpah untuk sesatkan manusia, diberi izin bersama bala tenteranya.... Sbb tu testimoni pengalaman tu kna sahkan dulu kebenarannya sblm membenarkannya
biasanya cerita² yg hebat² ni semua berkepentingan
kalo le dia betul² ikhlas, xkan le nk cerita kot kn...
Bab wali (pertolangan Allah) tu kna rujuk 13:11
dan saya saspek, tu jelmaan dirinya sendiri...yg ghaib tu cerminnya adja.
jika bertawakkal kpd Allah, segala amanah dirinya dilaksana dulu tanpa lalai (Al-Amin)
dan bkn meremehkan amanah dunia dgn khayalan² tanpa usaha dulu
- ada juga yg kata "takpa lalai kunci gate rumah, tp jgn lalai ingat Allah"

Bila dikatakan...
- ...tetapi khadam tidak boleh masuk meresap dalam tubuh manusia.
- Khadam adalah makhluk bukan daripada golongan manusia dan bukan daripada golongan jin, sama ada jin kafir ataupun jin Islam. Sekadar menolak sekeras²nya dakwaan khadam tu jin, kn?
- mcm mana Iblis menafikan semua pohon yg ada, kpd hanya satu pohon gtu...
Ada satu contoh (dgn nama)
Ilmu Rijalul Ghaib bersumber kepada dua pembesar, yaitu : Nabi Khidir AS di lautan dan Nabi ILyas di daratan. Untuk para walinya bersumber kepada : Syekh Pardol Gausil Adhom, Gausil Alam, Gausil Adhim, dan ada malaikat yang 12. Jumlah wali Rijalul Ghaib yang dipimpin Nabi Khidir AS ada : 7777 Rijalul Ghaib dan yang dipimpin Nabi Ilyas AS : 9999 Rijalul Ghaib, mereka semua sampai sekarang masih hidup. Amalan dari ilmu ini adalah Ayat Kursi dan khodamnya adalah : Syekh Khandiyas, Syekh Kholfahum dan Syekh Barkhoya. Keyword yg dia guna tu: "...AGAR CEPAT BAYAR UTANG" 
Muslihat Iblis tu byk, fitnah Dajjal pn byk
apa yg bezakan kedua²nya pn susah nk mikiorkan...
- doa je ubatnya 
Pasal ayat² yg berbekas di hati tu bagaimana? Saya pun nak tahu juga....
Saya ada hafal surah-surah dari Al-Quran, tak tahu lah bagaimana ia jadi bekas? Boleh jelaskan? Yg ni nnt dulu, x abis² lg. Sbb tu saya tanya.
- Allah Al-Hafiz, Al-Muqit...
|
|
|
|
|
|
|
|
orangbesi posted on 19-12-2013 12:44 AM 
ok ...aku pegang pada janji
cuma mana ayat2nye yg hang baca tuuu
AKU TAK PERNAH CAKAP, YANG AKU BACA AYAT UNTUK MENGEZASST JIN, TAPI KO YG FITNAH AKU, MENUDUH AKU MERUQYAH UNTUK MENGEZASST, TAK PE, KO MEMANG KAKI FITNAH KAN
AKU DAH BERITAU KO, AKU SURUH PESAKIT SENDIRI BACA QURAN, CONTOHNYA SELURUH SURAH AL MULK AKIBAT DIA DIGANGGU SIHIR BOMOH ASLI, KO BAGILAH TERJEMAHAN AL MULK TU YE, JANGAN MALU MALU
DAN SATU LAGI, TENTANG PENYAKIT ZAHIR, AKU BANYAK SURUH PESAKIT BACA QURAN, KALAU BOLEH AKU SURUH KHATAM BEBERAPA KALI, SO, KO BAGILAH TERJEMAHANNYA SEMUA SEKALI TU YE, JANGAN MALU MALU , AKU TUNTUT JANJI KO!!!!!!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
takkan berani berkokok kt sini je 
terserlah keantoian  |
|
|
|
|
|
|
|
hantukiller posted on 20-12-2013 10:11 AM 
AKU TAK PERNAH CAKAP, YANG AKU BACA AYAT UNTUK MENGEZASST JIN, TAPI KO YG FITNAH AKU, MENUDUH AKU ...
AKU DAH BERITAU KO, AKU SURUH PESAKIT SENDIRI BACA QURAN, CONTOHNYA SELURUH SURAH AL MULK AKIBAT DIA DIGANGGU SIHIR BOMOH ASLI, KO BAGILAH TERJEMAHAN AL MULK TU YE, JANGAN MALU MALU
ni post hang kannn
hantukiller

Highlander
7#
Post on 28-6-2012 03:25 PM|View author' posts
Petang semalam 27/6/2012 aku dibawa oleh sesaorang untuk merawat seorang pesakitnya yg kerasukan dihutan
yg kerasukan itu warga indon, lelaki lombok siap bertatoo, badan tegap.....
Ceritanya bermula malam sebelumnya tu, dia tidur dihutan tu untuk kerja kerja clearing hutan, dia berdua dengan seorang rakannya dari burma... mereka buat khemah dibawah pokok yg agak rimbun dan terang@bersih, malam tu siap terang benderang sebab ada generator, tapi dia tak dapat tidur...
Sepanjang malam terdengar bunyi tangisan budak budak dan perempuan, siap berkata 'mak, mak, habislah rumah kita, ada orang nak rampass
Paginya dah terang gitu, dia gi kencing kat semak, tetiba dia terasa ada orang pukul dari belakang dengan amat kuat sampai terjelepuk jatuh.. dan terus tak leh bangun.
Dia dapat jerit je, lalu rakannya mencari cari dan mengangkatnya.... dan sampai ke petang terus tak boleh bangun
Aku sampai dalam kul 6.00 lalu jumpa dia bawah pokok sawit terbarin, duduk pun tak mampu.... aku zasst sikit lalu gi tempat khemah.... aku zasst seluruh hutan tu.... hehe, hantu kan degil, peduli apa aku, aku kan hantu jugak
Lepas tu balik, bawa dia duduk sebelah aku balik jb..... dalam perjalanan aku zasst la apa yg patut... singgah makan di kota tinggi... dah boleh jalan dan makan... alhamdulillah
Budak tu biasa bukak hutan kat pahang tak de apa apa, kat sini belukar kecik jek dah tombang, lagipun dia selalu cakap besar... kata bosnya la... hehe
nak menipu tak bertempat wak tukiran ooiiiiiii
asyik terkena le ngan aku  
|
|
|
|
|
|
|
|
hantukiller posted on 20-12-2013 10:11 AM 
AKU TAK PERNAH CAKAP, YANG AKU BACA AYAT UNTUK MENGEZASST JIN, TAPI KO YG FITNAH AKU, MENUDUH AKU ...
AKU TAK PERNAH CAKAP, YANG AKU BACA AYAT UNTUK MENGEZASST JIN, TAPI KO YG FITNAH AKU, MENUDUH AKU MERUQYAH UNTUK MENGEZASST, TAK PE, KO MEMANG KAKI FITNAH KAN
DAN SATU LAGI, TENTANG PENYAKIT ZAHIR, AKU BANYAK SURUH PESAKIT BACA QURAN, KALAU BOLEH AKU SURUH KHATAM BEBERAPA KALI, SO, KO BAGILAH TERJEMAHANNYA SEMUA SEKALI TU YE, JANGAN MALU MALU , AKU TUNTUT JANJI KO!!!!!!!!
ooo ko mengezasss tarak baca apa2 pu keee
tu cam cite kartun je ayat hang ni
RUKYAH pun hang tak tau apa dia, dah kata tak pernah berukyah
ni definasi rukyah --- utk perawat kononnya yg tak tau apa2
Ruqyah atau Rukyah (Arab: رقية, Inggris: exorcism) adalah metode penyembuhan dengan cara membacakan sesuatu pada orang yang sakit akibat dari ‘ain (mata hasad), sengatan hewan[1], sihir, racun, rasa sakit, sedih, gila, kerasukan, gangguan jin, dan lainnya
kalau pakai mantera jawa pun dinamakan berukyah gak tauuuu
cam NABI gak lee, bila ada sahabat merukyah orh lain
NABI minta diperdengarkan bacaan mantera tuuu......MANALAH TAHU ADA UNSUR SYIRIK
cam hang gak leee....tarak berani nak kasitau mantera hang tuuuu  
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 18-12-2013 09:56 PM 
Ada artikel yang menarik... panjang sikit untuk dibaca:
Bersama: DR. AMRAN KASIMIN
Salam,
dari apa yg saya baca, artikel ini menjelaskan sesuatu yg amat2 jelas. tq for sharing. semoga Allah bersama2 mereka2 yg menjelaskan sesuatu ilmu dlm maksud yg jelas.
walau bagaimanapun, dari apa yg saya fahami selama ini (pengalaman) : dalam diri manusia itu terdapat sangkaan dan hajat. apabila manusia berusaha mengamalkan sesuatu ilmu, maka diri orang berkenaan pasti akan diuji olehNya. inilah antara bentuk ujian samaada akan mengangkat darjat seseorang ataupun berada pada darjat yg sedia ada ataupun sebaliknya diturunkan darjat olehNya. samaada benar2 mahu beriman kepadaNya ataupun sebaliknya, perihal ini :m hanya Allah jualah yg Maha Mengetahui.
dalam kes yg dimaksudkan ini, amalan yg dimaksudkan pada kisah ini antara stage2 yg mana Allah swt akan menguji hamba2Nya yg mahu beriman dengan ujian yg mana diri manusia yg mahu beriman itu diuji dalam bentuk sangkakan (khadam ayat). perihal ini saya tidak pernah kisahkan kerana yg saya tahu Allah jua yang Maha Mengetahui. akan tetapi sekiranya, pada tubuh diri anak2 cucu adam ini berupaya untuk menepis kehendak nafsu dengan tidak meletakkan sangkaan pada sesuatu maksud khadam (walaupun dioffer pelbagai benda yg berbentuk kemewahan, kelebihan dan seumpama dengannya), maka darjat seorang hamba akan ditinggikan ke tahap seterusnya. semua ilmu ini hanya Allah jua yang Maha Mengetahui.
ketahuilah wahai rakan2 sekelian. selepas ujian pada stage ini (bagi saya stage biasa aje : bukan menyombong akan tetapi hakikat yg sebenar2nya), ada pelbagai stage-stage yg lain yg lebih dahsyat dari yg dimaksudkan. antara stage yg paling dahsyat (berdasarkan Alquran dan Sunnah) apabila diri orang2 yg mahu beriman kepada Allah diuji dengan perkara2 yg boleh menyebabkan dirinya menjadi gila jika menurut bisikan yg amat2 dahsyat dan dalam masa yg sama, keadaan alam dan persekitarannya akan berubah serta-merta. apa pun, Allah jua yang Maha Mengetahui.
seseorang yg melepasi stage yg dimaksudkan khadam ayat ini, akan lebih berlapang dada dalam mengamalkan ilmuNya dan semuanya bergantung kepada usahanya dan pilihannya. akan tetapi nafsunya masih lagi tersangkut pada maksud sangkaan yg merupakan ujian kepada dirinya dan kepada orang sekitarnya. dan semuanya diperjelaskan dengan sejelas2nya di dalam Alquran (dan saya tidak mahu menerangkan supaya tidak berlaku perbalahan dan perselisihan faham mengenainya).
ketahuilah wahai rakan2. sekiranya ilmu Alquran dan Sunnah diikuti dalam maksud yg sebenar2nya, maka stage2 yg lain akan menyusul mengikut apa yg Dia kehendaki. saya bersyukur kepada Allah kerana ada insan2 yg mahu berkongsi ilmu serta menyampaikan secebis dari ilmu2 yg terdapat di dunia ini demi maslahat ummah. semoga apa yg saya nyatakan ini sama2 direnung2kan kerana kadang2 apa yg kita sangkakan tidaklah sama dengan apa yg Dia maksudkan.
KepadaNya jualah kita akan dikembalikan apabila Dia menghendaki akan diri hamba2Nya.
Wallah Hu alam.
p/s: terfikir juga saya, siapa pelopor kata2 mengenai khadam ayat? ada sesiapa yg tahu mengenainya? sebelum terlupa, apakah darjat kita pada pandangan Allah swt?
Last edited by Abangcute on 20-12-2013 10:47 PM
|
|
|
|
|
|
|
|

jin belaan beliau dah bersabda la |
|
|
|
|
|
|
|
tetiba jadi pesakit plak  |
|
|
|
|
|
|
|
orangbesi posted on 20-12-2013 10:05 PM 
AKU DAH BERITAU KO, AKU SURUH PESAKIT SENDIRI BACA QURAN, CONTOHNYA SELURUH SURAH AL MULK AKIBAT D ...
hehe
hampir setiap hari ada Pesakit yg jumpa aku , kalau perlu aku zasst jek kasi mati semua, aku bunuh habis syaitannya malam tu jugak walaupun jumlahnya tak terkira  , ni aku riak la ni... hehe
Kalau orang tu bukan islam, atau tak tau baca quran, aku cuba setelkan sendiri, sekat segala puncanya, kalau islam, akuzasst lalu ajarkan ayat quran yg perlu untuk dibaca, contohnya aku dah beri, Surah Al Mulk untuk sihir Bomoh Asli tu
So, ko dah janji nak bagi terjemahan Seluruh Quran tu kat sini, sebab ramai yg aku suruh baca seluruh Quran, jadi aku tuntut la janji ko  , jangan ko ingat zasst tu ada baca baca ye, tu hanya fitnah ko aje
|
|
|
|
|
|
|
|
orangbesi posted on 20-12-2013 10:14 PM 
AKU TAK PERNAH CAKAP, YANG AKU BACA AYAT UNTUK MENGEZASST JIN, TAPI KO YG FITNAH AKU, MENUDUH AKU ... ooo ko mengezasss tarak baca apa2 pu keee
tu cam cite kartun je ayat hang ni
RUKYAH pun hang tak tau apa dia, dah kata tak pernah berukyah
ni definasi rukyah --- utk perawat kononnya yg tak tau apa2
Ruqyah atau Rukyah (Arab: رقية, Inggris: exorcism) adalah metode penyembuhan dengan cara membacakan sesuatu pada orang yang sakit akibat dari ‘ain (mata hasad), sengatan hewan[1], sihir, racun, rasa sakit, sedih, gila, kerasukan, gangguan jin, dan lainnya
kalau pakai mantera jawa pun dinamakan berukyah gak tauuuu
cam NABI gak lee, bila ada sahabat merukyah orh lain
NABI minta diperdengarkan bacaan mantera tuuu......MANALAH TAHU ADA UNSUR SYIRIK
cam hang gak leee....tarak berani nak kasitau mantera hang tuuuu Rukyah ialah jampi, tak kira ianya guna ayat quran atau mentera atau lagu atau nasyid atau syair atau apapun, asal tujuannya menjampi
Dan ko terang terang fitnah aku, mengezasst guna ruqyah, bertobatlah oii, asik buat fitnah je
Ko ingat bunuh jin hanya guna zasst je ke???? banyak sangat cara bunuh syaitan tu la, kalau ko nak belajar, gi belajar dengan tok cha ke sami budha ke, depa ada yg tau bunuh syaitan jin
|
|
|
|
|
|
|
|
mlsnklyn posted on 20-12-2013 11:04 PM 
tetiba jadi pesakit plak
ahaaaa
dah 3 kali hang post kan
jadi tak salah dah aku nak berkeras sikit
dah lah hang org baru
datang sini jadi BATU API plak
hang tau ke HUKUMNYA niii sebagai BATU API??????
|
|
|
|
|
|
|
|
hantukiller posted on 21-12-2013 11:25 AM 
hehe
hampir setiap hari ada Pesakit yg jumpa aku , kalau perlu aku zasst jek kasi mati semua, a ...
hehe
hampir setiap hari ada Pesakit yg jumpa aku , kalau perlu aku zasst jek kasi mati semua, aku bunuh habis syaitannya malam tu jugak walaupun jumlahnya tak terkira , ni aku riak la ni... hehe
Kalau orang tu bukan islam, atau tak tau baca quran, aku cuba setelkan sendiri, sekat segala puncanya, kalau islam, akuzasst lalu ajarkan ayat quran yg perlu untuk dibaca, contohnya aku dah beri, Surah Al Mulk untuk sihir Bomoh Asli tu
So, ko dah janji nak bagi terjemahan Seluruh Quran tu kat sini, sebab ramai yg aku suruh baca seluruh Quran, jadi aku tuntut la janji ko , jangan ko ingat zasst tu ada baca baca ye, tu hanya fitnah ko aje
memang - hang perasan je
tapi setakat riak cam tuuu...masih kat buku lali iblis je laaaa
tak berani nak kasitau apa yg hang baca yeeee
takpe tak susah pun - nanti ada yg kasitau aku
kawan aku banyak kat sana gak
jadi - jangan dok kencing kata hang tak baca apap2 yaaaaa  
NABI sendiri tak bakar pun jin yg kacau dia tuuuu
bukan syaitan perawat taik kucing wwooiiiii
|
|
|
|
|
|
|
| |
|