|
what??Rossa dpt datuk??hurrmmmm... |
|
|
|
|
|
|
|
ade org kata dpt title datuk bkn nye best pun..klu ade mjlis mkn jubli sultan kena beli meja, klu artis kena wat persembahan free, org kate la, sahih ke x, ak xtaw.. |
|
|
|
|
|
|
|
Igtkan Jamal dapat dari Sultan Perak, sbb ank Perak.. Tp dari Pahang pula. Xpela, dari negeri P jugak |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah Datuk Jamal..
amy Search bila pulak kan? |
|
|
|
|
|
|
|
haaa elok la tu...lepas ni pi bagi semua artis luar gelaran datuk...nu berderet lagi artis indon dok nunggu giliran...kris dayanti, randy pangalela, haaa semua2 la. |
|
|
|
|
|
|
|
Rossa????
pasni ramai la penyanyi2 Indon yg asik dok menempel kat Malaysia ni sbb nak dapatkan title Datuk... |
|
|
|
|
|
|
|
Amy search, Awie wings, Mael XPDC, Nash Lefthanded, Mus May patutnya dpt jga la..Apa kena mengena Rossa pla yg dpt...
FAM itu bangsat. |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah kepada semua tp yg aku xpaham kenapa rossa?????????????????? |
|
|
|
|
|
|
|
Rossa kan bff kepada puan muda bahiyah.. Opkos la dapat jadi dato |
|
|
|
|
|
|
|
rossa pun dpt..
minat artis indon per.. |
|
|
|
|
|
|
|
Datuk dari Pahang?
hmmm... tak payah lah, low class punya title tu... |
|
|
|
|
|
|
|
ntah apa2... dah xde value dah gelaran datuk ni aku rasa...
pakatlah bagi semua artis msia ni datuk.. |
|
|
|
|
|
|
|
anugerah datuk dr pahang dh mcm xde nilai |
|
|
|
|
|
|
|
kalau artis je mesti dpat dr pahang atau melaka...orang pon x heran dgn gelaran datuk nie....nak gak tgk artis dapat dr johor...baru lah blh respect |
|
|
|
|
|
|
|
Tt potong berita kaa nih.... bukan yg mengetuai penerima pingat adalah rosmah yg yg mendapat pingan DK , pingat setaraf raja2 melayu yg membawa gelaran dato seri.... nak hide kaa...?hehhee
Idop rosmah... dk tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
motippp rossa dapat?? (garu pale jap)
apa2 pun tahniah utk mereka |
|
|
|
|
|
|
|
Tok_Batin posted on 24-10-2013 11:42 AM
Apa sumbangan Rossa????
kan??? buat KPI bole tak?? ape sumbangan artis2 nie... then baru ade value title Datuk tuh n so on
n kalo bole tanye ngn u olss semua... Dpt title datuk dpt elaun eh? |
|
|
|
|
|
|
|
Rosmah terima anugerah paling prestij untuk awam
10:43AM Okt 24 2013
Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor mengetuai senarai 644 penerima anugerah darjah dan pingat kebesaran sempena ulang tahun ke-83 Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah hari ini.
Beliau menerima anugerah Darjah Kerabat Seri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati (DK), iaitu anugerah paling berprestij untuk orang awam.
Daripada jumlah itu, seramai 14 orang menerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Mereka ialah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup, Menteri Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek.
Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot Anak Jaem, Hakim Mahkamah Persekutuan Datin Paduka Zaleha Zahari, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Adnan Md Ikhsan.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Alias Ahmad, Peguamcara Negara Datuk Idrus Harun, Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan, Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Wira Mortadza Nazarene.
Timbalan Ketua Bahagian Umno Kuantan, Datuk Ab Hamid Mohd Nazahar, Pengarah Urusan/Ketua Eksekutif Yayasan Felda Datuk Dr Emel Faizal Mohd Mokhtar, Ketua
Pegawai Operasi Jabatan Khidmat Pendeposit dan Operasi Lembaga Tabung Haji, Datuk Kamarudin Mat Ali dan Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam Kelantan, Afandi Hamzah.
Seramai lima individu menerima Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk.
Mereka ialah Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang, Datuk Ir Rosman Yahya, Pengarah Pembangunan Negeri Pahang, Datuk Dzul-Kifly Osman, Pengurus Besar/Ketua Eksekutif Bursa Malaysia Berhad, Datuk Tajuddin Atan.
Ketua Pusat Jantung Dan Paru-Paru, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Datuk Mohd Ramzisham Abdul Rahman dan Pengerusi Merangkap Pro Canselor Universiti Kuala Lumpur, Datuk Dr Adham Baba.
Seramai 13 lagi dianugerahi Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang turut membawa gelaran Datuk.
Antaranya ialah Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ismail Mohamed Said, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abd Muttalib, Anggota Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail, Ketua Pengarah Arkib Negara, Daresah Ismail.
Penasihat Pertahanan Malaysia, Mejar Jeneral Datuk Pahlawan Mohd Razif Idrus, Timbalan Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Jabatan Perdana Menteri, Tan Yew Chong, Pengarah Kesihatan Pahang, Dr Norhizan Ismail.
Pengurus Besar Kanan Tenaga Nasional Berhad (TNB), Suhaimi Ali Hanafiah, Naib Presiden Telekom Malaysia, Mohd Rais Azhar dan Presiden dan Ketua Eksekutif SIRIM Berhad, Dr Zainal Abidin Mohd Yusof.
Seramai 90 individu menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang juga membawa gelaran Datuk.
Antaranya ialah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas Pahang, Norol Azali Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Pahang, Syed Ibrahim Syed Ahmad.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Lepar, Mohd Shohaimi Jusoh, ADUN Kemayan, Mohd Fadil Osman, ADUN Jengka, Wan Salman Wan Ismail, ADUN Pulau Manis, Khairuddin Mahmud.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Mohd Zakaria Ahmad, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Abdul Rahman Mohamad.
Pegawai Khas Menteri Besar Pahang, R.Goonasekaran, Pegawai Perubatan Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Dr Rozihan Ismail, Timbalan Komisioner Penjara, Kompleks Penjara Bentong, Abdul Aziz Abdul Razak, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) Jabatan HEP dan Alumni Universiti Malaysia Pahang, Yuserrie Zainuddin, Pengarang Utusan Malaysia, Mohd Hassan Mohammed Noor dan Pengarang Kosmo, Baharom Mahusin.
Sultan Ahmad Shah turut berkenan menganugerahi Darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) kepada 34 penerima, Darjah Setia Mahkota Pahang (SMP) kepada 41 penerima, Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) kepada 49 penerima dan Ahli Mahkota Pahang (AMP) kepada 146 penerima.
Selain itu, 55 orang dianugerahi Pingat Khidmat Cemerlang (PKC), Pingat Gagah Perwira kepada dua penerima, Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) kepada 107 penerima dan 87 penerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK).
Majlis penyampaian anugerah darjah dan pingat kebesaran akan diadakan di Balairung Sri Istana Abu Bakar, Pekan pada 9 pagi ini. Last edited by slippergombak on 24-10-2013 01:50 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
hyie posted on 24-10-2013 09:31 AM
sepatutnya semakin diperketat pengurniaan darjah pangkat segala ni...contoh hanya boleh bagi 50 saha ...
iols setujuuu....harusss dpketatkan n ikut prosedur serta kelayakan...
rasanya yg paling straight nak bagi pangkat ni, iols tgk sultan selangor...dia tgk latar blkg n pcapaian sseorg tu bru dia bagi award...
|
|
|
|
|
|
|
|
Taun depan ameng spring n benjy plak dapat dato' |
|
|
|
|
|
|
| |
|