|
dhiah80 posted on 22-10-2013 02:29 AM ![](static/image/common/back.gif)
Terima kasih uncle untuk jawapan dan nasihat tu.
Salam...
Saya terpanggil ke sini oleh panggilan uncle @burungantu, nampaknya kes berat kes puan...
Kes-kes rumahtangga, saya bukanlah pakar, dan saya rasa unlce burungantu lebih berpengalaman dalam memberi nasihat, dan forumer @PitMie juga lebih banyak ilmu agama dalam mengendali kes-kes rumahtangga.
...suami saya mengaku berzina dgn perempuan lain. Malah perempuan tu juga mengaku malah menceritakan cemana dia buat perkara tu..dimana dan lain2 la dgn lebih terperinci..sedangkan saya tidak bertanyakan semua tu kecuali ttg pengakuan mereka. Bagi saya cukuplah pengakuan tersebut dah cukup menghancurkan hati saya. Saya tak sanggup utk tau lebih detail ttg perbuatan zina mereka. Memula suami saya mengaku dunia saya hanya terdiam. Saya sgt sedih dan kecewa namun tiada air mata yg mengalir. Lebih perit sebenarnya keadaan tu. Saya rasa sgt terhina baik maruah diri saya atau anak2 saya sebab saya ada yg halal utk dia tapi dia sanggup berzina dgn perempuan lain.
Selepas pengakuan tersebut saya kira mampu untuk mempertahankan rumahtangga saya tapi dihantui gambaran perbuatan mereka. Cukup terseksa keadaan tu seolah2 saya berperang dgn perasaan saya. Antara tanggungjawab sbg seorang isteri dan kekecewaan saya. Setiap kali suami menyentuh saya biarpun kdg2 utk bersalaman, ia cukup hancurkan hati saya. Bagi saya suami saya dah mati sebab saya teringatkan hukuman spt yg syeikh terangkan tu.
Saya cuba dapatkan penerangan dan nasihat daripada beberapa orang yg arif ttg agama. Rata2 mereka menasihatkan saya agar bersabar. Ini dugaan dan siapa saya untuk menghukum suami saya tu. Saya keliru sgt selepas tu. Patutkah saya bersabar? Bagaimana ketidakikhlasan saya utk terus berkhidmat kepada suami saya..
Puan, saya amat simpati dengan puan.... saya pun tak tahu macamana saya nak tulis dengan pandangan yang terbaik dalam menangani kes puan... tapi saya cuba sekadar perkongsian pandangan...
1. Bersabar
Memang sabar itu sifat yang sangat terpuji, namun bersabar itu ada batasannya dalam lingkungan sesuatu yang dibenarkan. Adakah perbuatan suami puan itu berterusan, atau dia dah bertaubat, tinggalkan perbuatan buruknya?
2. Ketidak ikhlasan
Memang sukar, bila hati dah hancur sebab perbuatannya..... jika suami dah **bertaubat dan kembali ke pangkal jalan dan jika puan boleh memaafkannya, boleh buka episod kehidupan yang baru.... jika tak dapat maafkannya atau sudah tak percaya padanya, mungkin jalan penceraian lebih baik dengan mengambil kira aspek kewangan dan anak-anak setelah bercerai kelak
3. Berperang dengan perasaan
Ini memang naluri perasaan isteri bila dapat dapat tahu suami curang, tambah lagi dengan pengakuan suami sendiri. Jika puan masih sayangkan keluarga dan suami, cuma hati puan dah hancur sebab perbuatan tercela suami, apakah puan sanggup suami puan beristerikan perempuan itu sebagai isteri kedua? (sekadar pertanyaan)
** Jika suami masih berhubungan dengan cara yang haram dan berterusan melakukan kerja jijik tersebut, pada pandangan saya tiada guna bersuamikannya. Hukuman kepada suami biarlah pihak berkuasa yang jalankan
WAllahu a'lam
Last edited by mnm77 on 22-10-2013 11:17 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
pelukis.plan posted on 16-10-2013 09:41 AM
aku pun rasa lelaki tak ada istilah curang..
kan dalam Islam memang lelaki boleh kahwin 4
so mac ...
Haha mmg kalo xmampu tu namnye xsedar diri.ingat tu.
N yes xde sape yg suka berkongsi |
|
|
|
|
|
|
|
PitMie posted on 16-10-2013 08:19 PM
Sebenarnya, keharusan berpoligami adalah suatu keharusan dgn syarat yg amat ketat....bukan suatu k ...
Couldn't agree more ![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 22-10-2013 11:15 AM ![](static/image/common/back.gif)
Salam...
Saya terpanggil ke sini oleh panggilan uncle @burungantu, nampaknya kes berat kes pu ...
Assalamualaikum Tuan Mod..
Saya minta maaf sebab ambil masa terlalu lama utk reply posting tuan. Pertama sebab kekangan tugas dan kedua tak tahu bagaimana nak luahkan di atas skrin ni. Saya dah mengarangnya tapi entah kenapa berbolak balik utk tekan butang send. Tapi pagi ni baru saya ada kekuatan untuk menghantarnya setelah saya dapat tahu bahawa suami saya masih berhubung dengan perempuan tersebut dan masih bersembang lucah. Masya Allah..tabahkanlah hati ini.. Maafkan saya sekali lagi dan saya cuba menjawab persoalan daripada tuan terus dari lubuk hati saya. Mungkin bukan semua tapi saya harap sekurang2nya tuan boleh memahaminya.
1. Bersabar
Memang sabar itu sifat yang sangat terpuji, namun bersabar itu ada batasannya dalam lingkungan sesuatu yang dibenarkan. Adakah perbuatan suami puan itu berterusan, atau dia dah bertaubat, tinggalkan perbuatan buruknya?
-- Sebenarnya tuan, saya sendiri berat untuk menaip utk menjelaskan keadaan tu. Apa yang terbuku dihati. Bagaimana saya nak menjawab soalan tuan tu kalau saya sendiri tak tahu nak jelaskan jawapan samada suami saya sudah bertaubat atau tidak. Saya sendiri dah kata pada dia, bahawa saya perlu lihat dengan mata kepala saya sendiri bahawa dia sudah bertaubat iaitu yang pertama lakukanlah Solat Taubat. Taubat Nasuha. Dia perlu yakinkan saya bahawa dia telah bertaubat melalui perbuatan supaya saya boleh lihat dengan mata kasar sebab saya dah tak boleh melihat dia dengan mata hati saya kerana hati saya dah hancur! Yakinkan saya bahawa dia mmg nak berubah. Mmg suami saya ada lakukan solat taubat tapi jauh disudut hati saya, lakukanlah setiap habis solat fardhu. Bangunlah tengah malam untuk bertahajjud dan buatlah solat taubat. Luangkanlah masa 10 minit waktu Dhuha utk Solat Dhuha. Mungkin expectation saya terlalu tinggi tp tolonglah buat seperti orang yang benar2 menyesal.
Waktu dirumah saya boleh katakan dia tak buat perkara buruk tapi bagaimana dibelakang saya. Sedangkan sebelum ni perkara zina itu telah berlaku diluar pengetahuan saya. Dibelakang saya. Waktu saya sentiasa mendoakan agar dia selamat tiba di tempat kerja. Doa seorang isteri kepada suami. Resah gelisah bila masih tak terima sms yang dia dah sampai di tempat kerja. Menunggu dengan hati berdebar2..Namun rupanya dia 'berseronok' dengan perempuan lain atas katil. Masya Allah... Dan seperti saya jelaskan di atas tadi, suami masih lagi rupanya berhubung dengan perempuan tersebut.
2. Ketidak ikhlasan
Memang sukar, bila hati dah hancur sebab perbuatannya..... jika suami dah **bertaubat dan kembali ke pangkal jalan dan jika puan boleh memaafkannya, boleh buka episod kehidupan yang baru.... jika tak dapat maafkannya atau sudah tak percaya padanya, mungkin jalan penceraian lebih baik dengan mengambil kira aspek kewangan dan anak-anak setelah bercerai kelak
--- Saya sudah pernah minta diceraikan secara baik daripada suami saya. Tapi beliau tidak mahu. Dengan alasan berilah dia peluang untuk memperbaiki keadaan. Sedangkan saya sudah terangkan kepada dia mengapa dan kenapa saya mohon diceraikan secara baik. Sebabnya, jika saya memohon fasakh atau khuluk saya perlu menceritakan kisah dari A hingga Z kenapa saya buat permohonan tersebut. Kisah luar dan dalam bukan. Sebolehnya saya tidak mahu menceritakan perihal zina itu bila memikirkan bagaimana air muka suami saya didalam mahkamah nanti? Maruah dia sebagai suami tambahan pula dimahkamah tu ada orang yang mengenalinya. Saya juga cuba mencari-cari hikmah jika kami berpisah supaya saya terus diberi kekuatan untuk teruskan prosedur tapi kemudian dalam masa yang sama saya diingatkan bahawa semua itu dugaan..bersabarlah..dugaan..bersabarlah.. Dan juga saya masih perlu taat kepada suami selagi dia masih suami saya.
Saya teringat pada Surah An-Nur ayat 26. Adakah saya perempuan baik atau adakah saya perempuan jahat? Maka sebab itulah saya dijodohkan atau bercerai dengan dia? Kalau saya mahu bercerai disebabkan saya rasa saya baik tidakkah nanti jatuh riak, taqabbur atau ujub?Siapa saya untuk kata suami saya jahat dan tidak layak utk bergelar suami lagi? Tapi kalau saya tidak berpisah dengan dia adakah saya mengenepikan hukum Allah sebab masih bersama dengan 'orang yang dah mati direjam?'. Untuk sebut perkataan 'jijik' pun saya rasa siapa saya untuk menyebutnya. Adakah saya bersubahat kerana berdiam diri bila mengetahui kedua2nya melakukan perbuatan buruk tersebut? Bagaimana pula dengan kisah Asiah isteri Firaun yang mana tidak pernah meminta cerai walaupun Firaun sudah mengaku dirinya tuhan?
3. Berperang dengan perasaan
Ini memang naluri perasaan isteri bila dapat dapat tahu suami curang, tambah lagi dengan pengakuan suami sendiri. Jika puan masih sayangkan keluarga dan suami, cuma hati puan dah hancur sebab perbuatan tercela suami, apakah puan sanggup suami puan beristerikan perempuan itu sebagai isteri kedua? (sekadar pertanyaan)
--- terus-terang saya katakan, saya pernah bertanyakan pada suami, adakah dia nak berkahwin dengan perempuan tersebut? Tidak katanya. So, kenapa dia lakukan perkara zina tu? Dia hanya berdiam diri. Memang saya sangat marah, kecewa, patah hati dan terluka namun jauh disudut hati saya, saya kasihan dan simpati pada perempuan tersebut kerana diperlakukan begitu walaupun ianya dilakukan secara suka sama suka. Sebab saya juga seorang perempuan. Hati saya tersangat hancur sebab suami saya lakukan perkara tu dengan perempuan yang pernah menghina, memaki hamun, mencerca dan menfitnah saya. Sudahla hancur malah dihancurkan lagi.
Saya sekarang sekadar melalui perkahwinan ini tanpa sebarang rasa..tawar..hambar.. saya teringin untuk memilih mana-mana pintu syurga tapi benarkah pilihan saya ini? Saya takut dalam mencari redha Allah tapi dosa yang saya miliki. Bohonglah kalau saya katakan setelah tahu perkara tersebut kami tak bergaduh atau bertengkar. Saya juga berkasar. Saya hilang pertimbangan. Tapi setelah reda saya memohon maaf daripada suami. Kemudian keadaan elok skit. Tapi untuk beberapa ketika bertengkar balik dan seterusnya. Banyak dosa saya..saya mengaku. Sampai bila saya perlu berada dalam keadaan begini. Sebab itulah sekarang saya lebih gemar untuk outstation. Sekurang2nya saya jauh dari suami tapi masalahnya saya rindukan anak2.. Dilema yg saya alami ni membuatkan saya bertambah tertekan..
Sekian daripada saya.. maaf sekali lagi..
---
|
|
|
|
|
|
|
|
dhiah80 posted on 6-11-2013 04:05 AM ![](static/image/common/back.gif)
Saya minta maaf sebab ambil masa terlalu lama utk reply posting tuan. Pertama sebab kekangan tugas dan kedua tak tahu bagaimana nak luahkan di atas skrin ni. Saya dah mengarangnya tapi entah kenapa berbolak balik utk tekan butang send. Tapi pagi ni baru saya ada kekuatan untuk menghantarnya setelah saya dapat tahu bahawa suami saya masih berhubung dengan perempuan tersebut dan masih bersembang lucah. Masya Allah..tabahkanlah hati ini.. Maafkan saya sekali lagi dan saya cuba menjawab persoalan daripada tuan terus dari lubuk hati saya. Mungkin bukan semua tapi saya harap sekurang2nya tuan boleh memahaminya.
Salam kembali....
Puan tak perlu rasa bersalah kepada saya... saya bertanya untuk dapat penjelasan dan setiap kita yang berforum ni ada keutamaan masing-masing... Alhamdulillah....
Sedikit teguran saya jika puan dapat terima, istilah Masya-Allah itu digunakan untuk perkara-perkara yang baik. Untuk perkara yang tak baik, lebih afdhal kita ucap Inna-Lillah... atau Astaghfirullah atau Na'uzubillah.... atau boleh juga SubhanAllah untuk semua keadaan samada baik atau buruk
Jadi kalau berlaku perkara yang Puan tak suka, elakkan sebut Masya-Allah (secara literal bermaksud Apa yang Allah Berkehendakkan).... sebab yang buruk itu sebenarnya berlaku kerana tangan-tangan manusia (disebabkan perbuatan makhluk itu sendiri), dan kesannya balasan dari Allah maka terjadilah keburukan. Apa yang baik itu dari Allah, sebab tu apabila yang baik berlaku elok sebut Masya-Allah...
-- Sebenarnya tuan, saya sendiri berat untuk menaip utk menjelaskan keadaan tu. Apa yang terbuku dihati. Bagaimana saya nak menjawab soalan tuan tu kalau saya sendiri tak tahu nak jelaskan jawapan samada suami saya sudah bertaubat atau tidak. Saya sendiri dah kata pada dia, bahawa saya perlu lihat dengan mata kepala saya sendiri bahawa dia sudah bertaubat iaitu yang pertama lakukanlah Solat Taubat. Taubat Nasuha. Dia perlu yakinkan saya bahawa dia telah bertaubat melalui perbuatan supaya saya boleh lihat dengan mata kasar sebab saya dah tak boleh melihat dia dengan mata hati saya kerana hati saya dah hancur! Yakinkan saya bahawa dia mmg nak berubah. Mmg suami saya ada lakukan solat taubat tapi jauh disudut hati saya, lakukanlah setiap habis solat fardhu. Bangunlah tengah malam untuk bertahajjud dan buatlah solat taubat. Luangkanlah masa 10 minit waktu Dhuha utk Solat Dhuha. Mungkin expectation saya terlalu tinggi tp tolonglah buat seperti orang yang benar2 menyesal.
Waktu dirumah saya boleh katakan dia tak buat perkara buruk tapi bagaimana dibelakang saya. Sedangkan sebelum ni perkara zina itu telah berlaku diluar pengetahuan saya. Dibelakang saya. Waktu saya sentiasa mendoakan agar dia selamat tiba di tempat kerja. Doa seorang isteri kepada suami. Resah gelisah bila masih tak terima sms yang dia dah sampai di tempat kerja. Menunggu dengan hati berdebar2..Namun rupanya dia 'berseronok' dengan perempuan lain atas katil. Masya Allah... Dan seperti saya jelaskan di atas tadi, suami masih lagi rupanya berhubung dengan perempuan tersebut.
Puan, kita hanya boleh menilai dari apa yang zahir sahaja. Jika suami puan ada menunjukkan bertaubat, usahlah pertikai. Sekiranya dia berpura-pura taubat dan masih lagi berzina, jika ada bukti yang nyata, pada pandangan saya yang lemah ini puan kena ambil tindakan yang sewajarnya. Mulakan dengan tindakan untuk menyelamatkan diri suami dan diri puan sebagai satu 'bumbung', jika tak berhasil barulah ke arah tindakan lain pula yang tegas.
--- Saya sudah pernah minta diceraikan secara baik daripada suami saya. Tapi beliau tidak mahu. Dengan alasan berilah dia peluang untuk memperbaiki keadaan. Sedangkan saya sudah terangkan kepada dia mengapa dan kenapa saya mohon diceraikan secara baik. Sebabnya, jika saya memohon fasakh atau khuluk saya perlu menceritakan kisah dari A hingga Z kenapa saya buat permohonan tersebut. Kisah luar dan dalam bukan. Sebolehnya saya tidak mahu menceritakan perihal zina itu bila memikirkan bagaimana air muka suami saya didalam mahkamah nanti? Maruah dia sebagai suami tambahan pula dimahkamah tu ada orang yang mengenalinya. Saya juga cuba mencari-cari hikmah jika kami berpisah supaya saya terus diberi kekuatan untuk teruskan prosedur tapi kemudian dalam masa yang sama saya diingatkan bahawa semua itu dugaan..bersabarlah..dugaan..bersabarlah.. Dan juga saya masih perlu taat kepada suami selagi dia masih suami saya.
Saya teringat pada Surah An-Nur ayat 26. Adakah saya perempuan baik atau adakah saya perempuan jahat? Maka sebab itulah saya dijodohkan atau bercerai dengan dia? Kalau saya mahu bercerai disebabkan saya rasa saya baik tidakkah nanti jatuh riak, taqabbur atau ujub?Siapa saya untuk kata suami saya jahat dan tidak layak utk bergelar suami lagi? Tapi kalau saya tidak berpisah dengan dia adakah saya mengenepikan hukum Allah sebab masih bersama dengan 'orang yang dah mati direjam?'. Untuk sebut perkataan 'jijik' pun saya rasa siapa saya untuk menyebutnya. Adakah saya bersubahat kerana berdiam diri bila mengetahui kedua2nya melakukan perbuatan buruk tersebut? Bagaimana pula dengan kisah Asiah isteri Firaun yang mana tidak pernah meminta cerai walaupun Firaun sudah mengaku dirinya tuhan?
Puan, jika ada bukti nyata suami berterusan berzina, puan bukanlah termasuk dalam kategori perempuan jahat jika menunut cerai demi kebaikan puan dan anak-anak. Kisah Asiah isteri Firaun, kita tak tahu situasi yang dialami. Ada riwayat menyatakan ada perjanjian antara Firaun dan Asiah, di mana Firaun tidak menyentuh Asiah sekiranya Asiah bersetuju berkahwin, dan sekiranya Asiah tidak bersetuju ibu bapanya akan dibunuh. Namun riwayat ini mungkin bersumberkan Israiliyyat, kita tak boleh berhukum dengan riwayat ini, mungkin juga riwayat ini benar. Al-Quran pula tidak menjelaskan riwayat itu secara terperinci namun dalam Hadith disebut Asiah merupakan antara beberapa wanita suci yang disebut namanya sepanjang zaman.
--- terus-terang saya katakan, saya pernah bertanyakan pada suami, adakah dia nak berkahwin dengan perempuan tersebut? Tidak katanya. So, kenapa dia lakukan perkara zina tu? Dia hanya berdiam diri. Memang saya sangat marah, kecewa, patah hati dan terluka namun jauh disudut hati saya, saya kasihan dan simpati pada perempuan tersebut kerana diperlakukan begitu walaupun ianya dilakukan secara suka sama suka. Sebab saya juga seorang perempuan. Hati saya tersangat hancur sebab suami saya lakukan perkara tu dengan perempuan yang pernah menghina, memaki hamun, mencerca dan menfitnah saya. Sudahla hancur malah dihancurkan lagi.
Saya sekarang sekadar melalui perkahwinan ini tanpa sebarang rasa..tawar..hambar.. saya teringin untuk memilih mana-mana pintu syurga tapi benarkah pilihan saya ini? Saya takut dalam mencari redha Allah tapi dosa yang saya miliki. Bohonglah kalau saya katakan setelah tahu perkara tersebut kami tak bergaduh atau bertengkar. Saya juga berkasar. Saya hilang pertimbangan. Tapi setelah reda saya memohon maaf daripada suami. Kemudian keadaan elok skit. Tapi untuk beberapa ketika bertengkar balik dan seterusnya. Banyak dosa saya..saya mengaku. Sampai bila saya perlu berada dalam keadaan begini. Sebab itulah sekarang saya lebih gemar untuk outstation. Sekurang2nya saya jauh dari suami tapi masalahnya saya rindukan anak2.. Dilema yg saya alami ni membuatkan saya bertambah tertekan..
Sekian daripada saya.. maaf sekali lagi..
Puan tak perlu minta maaf dengan saya... puan terlalu baik untuk berkata demikian dalam dugaan puan yang hadapi sekarang ini. Dari penjelasan puan di atas, saya masih keliru... adakah puan masih sayangkan suami puan?
Firasat saya dari penulisan puan, hati saya seperti berkata, puan masih sayangkan suami tetapi pada masa yang sama hati dah hancur atas perbuatannya. Jika benar puan masih sayangkan, cadangan saya puan kena bersama suami seboleh-bolehnya dalam hampir semua keadaan, supaya suami dapat kekuatan untuk meninggalkan tabiat buruknya, bertaubat sepenuhnya, dan supaya puan dapat kembali kepercayaan yang hilang terhadap suami... saya percaya, ini tentunya pengorbanan yang besar...
Sekiranya puan tiada lagi kasih sayang terhadapnya, selalu outstation itu akan memburukkan keadaan, suami puan akan terdedah kepada lebih banyak dugaan dan hampir sudah tentu dia akan terus tewas...
Ini pandangan peribadi saya...
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 6-11-2013 09:57 AM ![](static/image/common/back.gif)
Salam kembali....
Puan tak perlu rasa bersalah kepada saya... saya bertanya untuk dapat penjela ...
Assalamualaikum Tuan Mod,
Sedikit teguran saya jika puan dapat terima, istilah Masya-Allah itu digunakan untuk perkara-perkara yang baik. Untuk perkara yang tak baik, lebih afdhal kita ucap Inna-Lillah... atau Astaghfirullah atau Na'uzubillah.... atau boleh juga SubhanAllah untuk semua keadaan samada baik atau buruk
Jadi kalau berlaku perkara yang Puan tak suka, elakkan sebut Masya-Allah (secara literal bermaksud Apa yang Allah Berkehendakkan).... sebab yang buruk itu sebenarnya berlaku kerana tangan-tangan manusia (disebabkan perbuatan makhluk itu sendiri), dan kesannya balasan dari Allah maka terjadilah keburukan. Apa yang baik itu dari Allah, sebab tu apabila yang baik berlaku elok sebut Masya-Allah...
--- Oh begitu rupanya. Terima kasih atas teguran tersebut. Saya tak perasan tapi mulai hari ini saya akan ambil ingatan di atas penjelasan tuan itu. Terima kasih.
Puan, kita hanya boleh menilai dari apa yang zahir sahaja. Jika suami puan ada menunjukkan bertaubat, usahlah pertikai. Sekiranya dia berpura-pura taubat dan masih lagi berzina, jika ada bukti yang nyata, pada pandangan saya yang lemah ini puan kena ambil tindakan yang sewajarnya. Mulakan dengan tindakan untuk menyelamatkan diri suami dan diri puan sebagai satu 'bumbung', jika tak berhasil barulah ke arah tindakan lain pula yang tegas.
-- Maaf tuan, boleh tak tuan jelaskan sedikit maksud tuan selamatkan diri sebagai 'satu bumbung' tersebut?
Puan, jika ada bukti nyata suami berterusan berzina, puan bukanlah termasuk dalam kategori perempuan jahat jika menunut cerai demi kebaikan puan dan anak-anak. Kisah Asiah isteri Firaun, kita tak tahu situasi yang dialami. Ada riwayat menyatakan ada perjanjian antara Firaun dan Asiah, di mana Firaun tidak menyentuh Asiah sekiranya Asiah bersetuju berkahwin, dan sekiranya Asiah tidak bersetuju ibu bapanya akan dibunuh. Namun riwayat ini mungkin bersumberkan Israiliyyat, kita tak boleh berhukum dengan riwayat ini, mungkin juga riwayat ini benar. Al-Quran pula tidak menjelaskan riwayat itu secara terperinci namun dalam Hadith disebut Asiah merupakan antara beberapa wanita suci yang disebut namanya sepanjang zaman.
--- Tuan, jika suami saya tidak berterusan berzina tetapi berbicara tentang sex(maaf guna istilah itu disini) dengan perempuan lain, bagaimana keadaannya? Bukan sekali dua suami saya lakukan perkara itu.
Puan tak perlu minta maaf dengan saya... puan terlalu baik untuk berkata demikian dalam dugaan puan yang hadapi sekarang ini. Dari penjelasan puan di atas, saya masih keliru... adakah puan masih sayangkan suami puan?
Firasat saya dari penulisan puan, hati saya seperti berkata, puan masih sayangkan suami tetapi pada masa yang sama hati dah hancur atas perbuatannya. Jika benar puan masih sayangkan, cadangan saya puan kena bersama suami seboleh-bolehnya dalam hampir semua keadaan, supaya suami dapat kekuatan untuk meninggalkan tabiat buruknya, bertaubat sepenuhnya, dan supaya puan dapat kembali kepercayaan yang hilang terhadap suami... saya percaya, ini tentunya pengorbanan yang besar...
Sekiranya puan tiada lagi kasih sayang terhadapnya, selalu outstation itu akan memburukkan keadaan, suami puan akan terdedah kepada lebih banyak dugaan dan hampir sudah tentu dia akan terus tewas...
--- Tuan, seteruk mana saya dikecewakan atau sedalam mana luka hati saya, begitulah dalamnya rasa sayang saya pada suami saya. Namun berkali2 peluang diberikan dan berkali2 juga dipersiakan. Maksud saya, perihal zina itu bukan hanya berlaku baru-baru ini tetapi sebelum saya berkahwin dengannya lagi. Dengan perempuan yang sama. Hemat saya, manusia perlu diberi peluang kedua untuk membina hidup baru. Berjanji tidak akan lakukannya lagi. Tambahan pula suami ketika itu sedang mengerjakan umrah. Terasa kemaafan yang saya beri padanya tiada erti. Seperti sampah.
Benar, berjauhan hanya mungkin lebih memburukkan keadaan. Tapi mungkin saya terasa seperti sudah ingin mengalah. Mengalah dari bersama-sama dia untuk cuba bawa dia jauh2 dari persekitaran tidak sihat tersebut. Adakala saya rasa terlalu letih. Terasa tidak bererti hidup saya sebagai seorang isteri yang setia padanya. Seberapa banyak dia melukakan hati saya namun belum tergamak lagi untuk saya doakan yang buruk2 utknya. Hanya kerana saya sayangkannya. Doa saya hingga kini, ketika berjauhan saya ingin membuat keputusan paling rasional dalam keadaan saya paling waras. Untuk itu saya beristikharah dan juga mengambil kira pandangan orang-orang seperti tuan.
*** Tuan, apa hukumnya jika saya berkata pada suami yang saya tidak benarkan dia menyentuh saya?
|
|
|
|
|
|
|
|
dhiah80 posted on 6-11-2013 03:41 PM ![](static/image/common/back.gif)
Assalamualaikum Tuan Mod,
Wa 'Alaykum As-Salaam wa Rahmatullahi wa Barakaatuh...
-- Maaf tuan, boleh tak tuan jelaskan sedikit maksud tuan selamatkan diri sebagai 'satu bumbung' tersebut?
Maksud saya cuba selesaikan secara berdua, bersama, sama-sama, tekad dan azam ke arah mentaati perintah Allah.... isteri perlu berada di samping suami apabila suami memerlukannya... kadang2 lelaki ni ego, dia perlukan tapi dia taknak cakap dia perlukan... zahir & batin
--- Tuan, jika suami saya tidak berterusan berzina tetapi berbicara tentang sex(maaf guna istilah itu disini) dengan perempuan lain, bagaimana keadaannya? Bukan sekali dua suami saya lakukan perkara itu.
Itu bibit-bibit ke arah zina.... lebih banyak ada ruang dan peluang, Syaitan akan main peranan supaya zina sebenar berlaku.
Jika isteri sudah tiada keinginan untuk melayan suami, itulah yang sangat Syaitan mahukan. Suami yang lemah akan mencari jalan haram... Jika isteri sudah menjalankan tanggungjawab namun suami masih mencari yang haram, bermakna suami ada masalah. Persekitarannya buruk mungkin menyebabkan dia jadi begitu. Dia perlu berhijrah kepada persekitaran yang lebih baik untuk ubati masalahnya.
--- Tuan, seteruk mana saya dikecewakan atau sedalam mana luka hati saya, begitulah dalamnya rasa sayang saya pada suami saya. Namun berkali2 peluang diberikan dan berkali2 juga dipersiakan. Maksud saya, perihal zina itu bukan hanya berlaku baru-baru ini tetapi sebelum saya berkahwin dengannya lagi. Dengan perempuan yang sama. Hemat saya, manusia perlu diberi peluang kedua untuk membina hidup baru. Berjanji tidak akan lakukannya lagi. Tambahan pula suami ketika itu sedang mengerjakan umrah. Terasa kemaafan yang saya beri padanya tiada erti. Seperti sampah.
Benar, berjauhan hanya mungkin lebih memburukkan keadaan. Tapi mungkin saya terasa seperti sudah ingin mengalah. Mengalah dari bersama-sama dia untuk cuba bawa dia jauh2 dari persekitaran tidak sihat tersebut. Adakala saya rasa terlalu letih. Terasa tidak bererti hidup saya sebagai seorang isteri yang setia padanya. Seberapa banyak dia melukakan hati saya namun belum tergamak lagi untuk saya doakan yang buruk2 utknya. Hanya kerana saya sayangkannya. Doa saya hingga kini, ketika berjauhan saya ingin membuat keputusan paling rasional dalam keadaan saya paling waras. Untuk itu saya beristikharah dan juga mengambil kira pandangan orang-orang seperti tuan.
Saya berpendapat puan merupakan seorang yang sangat tabah. Benar juga telahan saya puan masih sayangkannya... Insya-Allah, ganjaran yang besar dikurniakan kepada orang-orang yang sabar dan tabah menghadapi dugaan dan cabaran. Tetapkanlah doa yang baik-baik... kalau sekalipun ditaqdirkan dia tak berubah, segala doa puan ke arah kebaikan itu akan diberi ganjaran yang tak ternilai di Akhirat... Insya-Allah... yakin lah!
*** Tuan, apa hukumnya jika saya berkata pada suami yang saya tidak benarkan dia menyentuh saya?
Selagi puan merupakan isteri yang sah kepada nya, membuat perkara tersebut tanpa uzur syar'i merupakan suatu dosa... dan dari dosa itu jika suami puan mencari sumber yang haram, ia tidak membawa kebaikan dalam rumah tangga
Jika puan sayangkannya, puan perlu bersamanya dan selami hati perasaannya sepertimana dia seorang budak kecil yang perlukan perhatian...
Semoga Allah Memberi kekuatan kepada puan untuk mengharungi ujian ini dan semoga Allah Merahmati Puan dan keluarga puan
Last edited by mnm77 on 6-11-2013 04:07 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 6-11-2013 04:04 PM ![](static/image/common/back.gif)
Wa 'Alaykum As-Salaam wa Rahmatullahi wa Barakaatuh... Assalamualaikum Tuan Mod,
Maksud saya cuba selesaikan secara berdua, bersama, sama-sama, tekad dan azam ke arah mentaati perintah Allah.... isteri perlu berada di samping suami apabila suami memerlukannya... kadang2 lelaki ni ego, dia perlukan tapi dia taknak cakap dia perlukan... zahir & batin
--- Tuan, seperti saya nyatakan sebelum ini. Mungkin saya sudah letih. Jemu. Lelah untuk lakukan lagi. Bermacam cara saya cuba bawa dia jauh2 dari persekitaran itu. Terlalu penat untuk melakukannya lagi. Juga terlalu penat untuk nyatakan apa usaha saya selama ini di atas layar skrin ini. Pernah saya luahkan kata-kata saya ini pada suami tapi seakan mencurah air di daun keladi. Apa yang buat saya bertahan selama ini adalah kerana terfikir kembali jika saya lari daripada pergolakan itu suami saya akan terus-terusan berada dalam keadaan tersebut. Saya tak mahu. Tak sanggup dia bergelumang dengan dosa. Kerna itulah saya teruskan pernikahan saya dengannya dahulu. Bernikah tanpa wang hantaran beribu seperti perempuan lain. Hanyalah senaskah Al-Quran. Jauh di sudut hati saya, saya mahu membimbingnya walau saya sendiri perlu dibimbing. Juga di satu sudut hati saya berkata, mungkin kerana saya ini mudah dimiliki maka saya boleh dipekotakkatikkan. Mudah dipujuk rayu. Sepatutnya sebagai suami, dia yang harus membimbing saya ke arah mencari redha Ilahi bukan? Keadaan sudah bertukar tangan.
Itu bibit-bibit ke arah zina.... lebih banyak ada ruang dan peluang, Syaitan akan main peranan supaya zina sebenar berlaku.
Jika isteri sudah tiada keinginan untuk melayan suami, itulah yang sangat Syaitan mahukan. Suami yang lemah akan mencari jalan haram... Jika isteri sudah menjalankan tanggungjawab namun suami masih mencari yang haram, bermakna suami ada masalah. Persekitarannya buruk mungkin menyebabkan dia jadi begitu. Dia perlu berhijrah kepada persekitaran yang lebih baik untuk ubati masalahnya.
--- Tuan, hanya Allah Maha Mengetahui betapa saya berperang dengan perasaan saya untuk melayaninya. Zahir batin. Dari awal perkahwinan, saya sudah nyatakan pada suami, saya sanggup korbankan perasaan saya untuk lupakan perkara lalu namun jangan sekali-kali khianati saya. Tapi.......
Saya berpendapat puan merupakan seorang yang sangat tabah. Benar juga telahan saya puan masih sayangkannya... Insya-Allah, ganjaran yang besar dikurniakan kepada orang-orang yang sabar dan tabah menghadapi dugaan dan cabaran. Tetapkanlah doa yang baik-baik... kalau sekalipun ditaqdirkan dia tak berubah, segala doa puan ke arah kebaikan itu akan diberi ganjaran yang tak ternilai di Akhirat... Insya-Allah... yakin lah!
--- Saya tak merasakan saya ini tabah. Jika tabah mengapa saya sudah mahu mengalah?Doa untuk suami sentiasa ada dalam barisan doa saya biarpun dia bakal menjadi bekas suami saya selepas ini.
Selagi puan merupakan isteri yang sah kepada nya, membuat perkara tersebut tanpa uzur syar'i merupakan suatu dosa... dan dari dosa itu jika suami puan mencari sumber yang haram, ia tidak membawa kebaikan dalam rumah tangga
--- Tuan, apa yang tuan nyatakan di atas, samalah seperti yang ada dalam kotak fikiran saya. Tapi dek kekecewaan, menghalang saya untuk perbaiki keadaan. Saat ini lebam2 masih ada di tubuh saya. Saya dipukul sebab iphonenya saya baling ke dinding. Juga bukan kali pertama saya dipukul. Dalam pada saya cuba rawat hati saya, terbongkar pula rahsia rupanya suami masih berhubung dengan perempuan tersebut seperti yang saya nyatakan sebelum ini. Remuk hati badan sakit. Terdetik untuk melaporkan pada pihak berkuasa tapi atas alasan apa? Bingung. Sebab saya sendiri juga yang cari masalah.
Jika puan sayangkannya, puan perlu bersamanya dan selami hati perasaannya sepertimana dia seorang budak kecil yang perlukan perhatian...
Semoga Allah Memberi kekuatan kepada puan untuk mengharungi ujian ini dan semoga Allah Merahmati Puan dan keluarga puan
--- Sungguh saya sayangkannya. Tapi seperti tuan nyatakan sebelum ini, sabar ada batasannya. Sampai ke tahap mana boleh saya bertahan tuan? Saya sendiri tak pasti samada benarkah ini masanya untuk saya pergi jauh2 dari perkahwinan ini?Tinggalkannya. Jadikan semua ini satu sejarah. Bukan mudah untuk tinggalkan seseorang yang kita sayang. Yang kita kasih. Tapi seolah2 hanya saya yang bersungguh sayangkannya. Pertahankan rumahtangga ini. Setiap pengorbanan hilang hanya sekelip mata.
Terima kasih atas doa tuan pada saya. Juga atas teguran, ingatan dan nasihat. Saya sudah tewas dengan ujian ini. Saya baru selesai menaip permohonan cerai setelah suami tiba-tiba bersetuju untuk menceraikan saya secara baik. Mungkin suami sudah ada agenda lain. Saya tidak tahu. Tapi biarlah...Kini saya perlu fokus untuk teruskan hidup bersama anak2. Itu harta yang tak ternilai. Saya tak mahu terus dihimpit dosa kerana tidak benarkan suami menyentuh saya lagi. Saya tidak mahu kehilangan redha Allah atas sebab tiadanya redha suami pada saya. Na'uzubillah...
Terima kasih tuan. Semoga Allah merahmati tuan sekeluarga. Juga kepada forumer disini. Saya benar2 mendoakannya. Izinkan saya menjadi wanita yang mahal nilainya kerana saya pernah dilayan seperti wanita murah oleh suami sendiri. Jika saya tergolong daripada orang2 yang dizalimi, saya mohon diberi kekuatan untuk teruskan hidup ini. Dikurniakan rezeki yang tak dijangka. Amin.
Maaf puan amatur kerana menumpang masalah saya di thread puan. Maaf juga jika ada bait-bait ayat saya yang agak kasar dan menyinggung sensitiviti sesiapa. Terima kasih...
Last edited by dhiah80 on 7-11-2013 02:32 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
dhiah80 posted on 7-11-2013 02:31 PM ![](static/image/common/back.gif)
Assalamualaikum Tuan Mod,
Maksud saya cuba selesaikan secara berdua, bersama, sama-sa ...
Salam (ringkasan tulisan, yang panjang disebut dalam hati) ...
--- Saya tak merasakan saya ini tabah. Jika tabah mengapa saya sudah mahu mengalah?Doa untuk suami sentiasa ada dalam barisan doa saya biarpun dia bakal menjadi bekas suami saya selepas ini.
Puan sebenarnya bukan mengalah, mungkin puan sudah kehabisan ikhtiar... dan petunjuk akhir mungkin jalan penceraian merupakan jalan yang terbaik untuk puan dan anak2
--- Tuan, apa yang tuan nyatakan di atas, samalah seperti yang ada dalam kotak fikiran saya. Tapi dek kekecewaan, menghalang saya untuk perbaiki keadaan. Saat ini lebam2 masih ada di tubuh saya. Saya dipukul sebab iphonenya saya baling ke dinding. Juga bukan kali pertama saya dipukul. Dalam pada saya cuba rawat hati saya, terbongkar pula rahsia rupanya suami masih berhubung dengan perempuan tersebut seperti yang saya nyatakan sebelum ini. Remuk hati badan sakit. Terdetik untuk melaporkan pada pihak berkuasa tapi atas alasan apa? Bingung. Sebab saya sendiri juga yang cari masalah.
Sehingga lebam puan dipukul, dan kecurangan demi kecurangan yang dia akui sendiri, suduh cukup kuat untuk puan keluar dari perkahwinan itu sekiranya suami masih tetap berbuat demikian.
Terima kasih atas doa tuan pada saya. Juga atas teguran, ingatan dan nasihat. Saya sudah tewas dengan ujian ini. Saya baru selesai menaip permohonan cerai setelah suami tiba-tiba bersetuju untuk menceraikan saya secara baik. Mungkin suami sudah ada agenda lain. Saya tidak tahu. Tapi biarlah...Kini saya perlu fokus untuk teruskan hidup bersama anak2. Itu harta yang tak ternilai. Saya tak mahu terus dihimpit dosa kerana tidak benarkan suami menyentuh saya lagi. Saya tidak mahu kehilangan redha Allah atas sebab tiadanya redha suami pada saya. Na'uzubillah...
Janganlah anggap Puan bukan tewas dalam ujian... anggaplah ia satu ujian dan dugaan bagi puan... dan puan tidak sanggup disentuh oleh suami merupakan petanda yang puan sudah TIDAK SERASI lagi dengannya, sekalipun puan masih sayangkannya... maka pada pandangan saya yang lemah ini terimalah persetujuan (cerai) itu.... jika suami tidak melepaskan puan secara baik, saya khuatir cara yang lebih susah pula terpaksa puan harungi
Terima kasih tuan. Semoga Allah merahmati tuan sekeluarga. Juga kepada forumer disini. Saya benar2 mendoakannya. Izinkan saya menjadi wanita yang mahal nilainya kerana saya pernah dilayan seperti wanita murah oleh suami sendiri. Jika saya tergolong daripada orang2 yang dizalimi, saya mohon diberi kekuatan untuk teruskan hidup ini. Dikurniakan rezeki yang tak dijangka. Amin.
Saya mendoakan semoga puan mendapat redha Allah dunia akhirat, berjaya dunia akhirat.... barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya akan dikurnia rezeki yang tidak disangka-sangka.... Insya-Allah
|
|
|
|
|
|
|
|
amatur posted on 15-10-2013 11:30 PM ![](static/image/common/back.gif)
sy dh suruh dia kawin..xnk...tp ntahla layak ke...anak sakit pun saya yg kuar duit...apa2 sy bnyk tn ...
Sila rujuk pejabat agama. Walaupun pada pandangan ramai taklik tidak jatuh tetapi ada hikmah apabila dua-dua suami-isteri ini mula berhadapan dengan orang ketiga (pegawai agama).
Insya-Allah akan ada keinsafan kerana memikirkan betapa malunya jika krisis yang sama berulang. |
|
|
|
|
|
|
|
saya tak terkata bila baca rancam galau rumah tangga ni , seakan akan u know...sampai hatila buat isteri macam tu...kesian isteri & anak anak ... |
|
|
|
|
|
|
|
kompleks kan marriage ni , in a sense? ye ke ? well...saya rasa lebih kepada ujian.
|
|
|
|
|
|
|
|
dhiah80 posted on 7-11-2013 02:31 PM ![](http://mforum.cari.com.my/static/image/common/back.gif)
Assalamualaikum Tuan Mod,
Maksud saya cuba selesaikan secara berdua, bersama, sama-sa ...
Puan, I beleive you when you said , you still love your hubby despite what he has done to you. selaunya ladie s ni especially bila cinta tu dah berpaut dalam ikatan sah , Saya dapat rasakan yg actually bukan Puan marah sangat tapi i know..rasa terkilan , terguris yg ya ALLAh Allah saje kan tahu betapa dalam , luka , kecewa , tusuknya luka itu kan sebab? when you give your halal and lawfully feeling tu kat someone you panggil suami , ia tak pernah dihargai , rasanya macam dia buat sampah je, dia tak kisah pun , dan tak pandnag pun , kan? - ni apa yg saya interpret ...like apa yg you buat , besarkan anak anak semua seolah olah benda tu seperti habuk je , kan?
u know i guess , it is about time you should protect yourself ...you can still love him but buat atas landasan yg betul , aku cinta engkau lillahi dan untuk redha ALlah , maka untuk ajaq suami tu back to god balik maka ikhtiar dengan apa cara yg syariah compliant untuk selesaikan ini, istikhorah kalau tak sure apa jln terbaik ..... saya rasa Puan should protect yourself ...and anak anak.
dia tak haragi u dan buat you cam ape je,tak pe...Allah nampak dan tahu dan dengaq semuanya it is okay , Allah knows...ok?kalau Puan sayang dia , u can still doakan agar diberikan yg terbaik agat dia diberi petunjuk...ada hikmah untuk org yg memerhat dan mempelajari bahawa jiwa anda besar dan terlalu berharga untuk org seperi suami anda yg tak tahu nak hargai ...mainkan perasaan, zalim sebenarnya.
u maafkan dia ( wow ini mmg berat ) but doakan dia, you want him to be happy dan masuk jannah juga, kan?
at least ada jugak sekelumit postif thought katdia waalupun i can feel you mmg terkilan ...( bukan marah I guess org yg kita sayang ni kita susah nak marah , kita rasa kita marah tapi ...actually kita sayang kot , kan? )
but you need to protect yourself .and anak anak ...
sad but it is true.... berhati hati ...jagalah waris dia dengan baik dan selalunya kita harapkan dia sedar ...siapa yg dia persiakan but you sabaq ya sebab kiat dah established yg cinta ini lillahi taala untuk redha - Nya...bukan kat hubby pun ( THIS IS SO DAMN HARD YOU KNOW...type senang )
cuba ...cuba didik hati... Last edited by mbhcsf on 7-11-2013 10:44 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 7-11-2013 10:58 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
mbhcsf posted on 7-11-2013 10:40 PM
Puan, I beleive you when you said , you still love your hubby despite what he has done to you. s ...
Wow..tp thanks..mmg berguna |
|
|
|
|
|
|
|
berdasarkan post ini, jika si suami berjanji utk melepaskan si isteri jika si suami curang, maka si suami diwajibkan menunaikan janjiNya.
jika si suami ingkar dgn janjinya, maka jatuhlah hukum fasik ke atas diri si suami.
meninggalkan suami atas maksud suami yg kefasikan tidak mendatangkan dosa, akan tetapi meminta cerai daripada suami disebabkan zina yg dilakukan oleh si suami tidak sepatutnya terjadi.
adakah si suami gagal memberikan agama kepada si isteri dan dirinya?
adakah si suami menunaikan haknya kpd si isteri?
adakah si isteri menunaikan haknya kpd si suami?
adakah si isteri mendalami ilmu agama?
pandangan saya, post ini post berdasarkan hawa nafsu yg berbentuk kefasikan. tatkala si isteri meminta cerai, bergegar tiang arash. bukankah org2 yg beriman itu org yg mendengar dan taat perintahNya? sambil memohon ampun dosa2 yg dilakukan sebelum dikembalikan kpdNya?
org yg fasik adalah org yg mendustakan kebenaran. dan mendustakan kebenaran yg jelas dan nyata boleh mengakibatkan diri kufur kpdNya.
jika bertanya kepada saya, tatkala si suami sudah berada dalam keadaan fasik, tanpa saksi yg beriman kepada Allah, maka tidak boleh dihukum cerai. akan tetapi jika cukup sifat2 saksi atas maksud perjanjian dibuat, maka si suami dikategorikan fasik dan kufur kepadaNya jika tidak menunaikan haknya. jika saksi palsu dikemukakan, tiadalah ruang taubat kpd org2 yg kafir sesudah pengakuan Islamnya. maka dlm 2 keadaan ini si isteri sudahpun bercerai , melainkan dgn rahmat Allah sahaja penceraian tidak akan terjadi jika si suami dan isteri benar2 bertaubat kpdNya sambil melaksanakaan apa yg diperintahkan oehNya.
ada cara lain yg lebih baik, tapi saya prefer apa yg saya nyatakan kerana saya tidaklaah tahu org yg post ini beriman ataupun tidak beriman kpdNya. Last edited by RaptorMan on 10-11-2013 01:04 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
saya menyeru, kpd semua termasukla diri saya sendiri, jika terdpt pasangan yg berkahwin itu bermasaalah, bertanya pada diri sendiri, kenapa Allah memberi ujian ini? adakah diri pernah melakukan dosa kepada makhluk ciptaanNya dan kpdNya? adakah kita tahu erti syukur kpdNya? adakah kita lalai mengingatiNya? atau sudahkah kita mempelajari Alquran dan sunnah2 milikNya?
org yg beriman itu pemikir dan bukan pembuat hukum utk difikirkan. rujuklah Alquran jika mahukan kebahagiaan |
|
|
|
|
|
|
|
RaptorMan posted on 10-11-2013 01:13 PM ![](static/image/common/back.gif)
saya menyeru, kpd semua termasukla diri saya sendiri, jika terdpt pasangan yg berkahwin itu bermasaa ...
dalam konteks ini saya rasa lumrah menjadi hamba ALLAH sering saja diuji so saya fikir orang yg ditimpa dugaan sebegini adalah orang orang yg amat kuat dan terpilih dalam perhatian ALLAH. Allah sayang mereka especially a lday wife yg sabar .![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf posted on 10-11-2013 06:08 PM
dalam konteks ini saya rasa lumrah menjadi hamba ALLAH sering saja diuji so saya fikir orang yg ...
saya bersetuju dgn keterangan ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam puan,
ini jawapan utk persoalan pokok puan, iaitu samada jatuh talak ke atas puan atau tidak.
jawapannya...TIDAK JATUH.
lafaz yg suami puan buat itu juga bukan lafaz cerai taklik. lafaz cerai taklik akan berbunyi begini cthnya...kalau saya (suami) berlaku curang lg, maka jatuh lah cerai/talak ke atas awak.
dan itupun hakim mesti sahkan juga maksud curang tsb. adakah setakat bersms, atau berdating, atau sampai ke tahap zina. suami mesti jelaskan definisi curang yg mana yg beliau maksudkan SEMASA melafazkan kata2 tsb, bkn selepasnya.
dan maksud cerai juga mesti didefinisikan oleh suami...adakah cerai itu bermaksud bercerai kepala drp badan, berpisah jasad di antara suami isteri shj, atau bercerai dgn talak etc.
hanya perkataan TALAK shj, kalau digunakan dlm lafaz tsb, yg tak blh ditakwilkan kpd maksud selain drp bercerai suami isteri secara talak.
Bekas peguam syarie
|
|
|
|
|
|
|
| |
|