CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: GuaAnakMelaka

Kereta A to Z

[Copy link]
 Author| Post time 30-8-2013 01:01 PM | Show all posts
palmolive posted on 30-8-2013 11:11 AM
pasal gearbox kete aku pernah kena masa memula beli kete.masuk gear rpm naik tinggi baru tukar.duk r ...

kalu kete Korea,minyak Gearbox kena pakai korea punya..ghamai pakai toyota dll brand,so mmg cepat jahanam gearbox...

setahu aku kete Proton minyak apa pun boleh masuk...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2013 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 30-8-2013 01:01 PM
kalu kete Korea,minyak Gearbox kena pakai korea punya..ghamai pakai toyota dll brand,so mmg cepat  ...

time tu kete baru lagi.aku tak tau la masa kt gudang tu dorg isi myk apa kt gearbox aku.tp apa yg tak puas ati aku claim jek.cm tayar, 4 bijik dh keras masa dpt tu.tayar dah expired,time bwk buat berdengung cm naik heli.haha..pasni aku nak gi beli brg sndiri la.pahtu byr upah pasang jek kt pomen..
pakai kete cm aku ni kena rajin amik tau brg kete.kalo x mmg kena tipu jek.dulu ada brader ni, aku kenal kt internet.jual timing belt dia mark up smpai 600.padahal kalo gi kedai sparepart baru 200..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
proton sebab dia pakai barang mitsubishi.byk la spare part dia..samada oem or original
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2013 11:35 AM | Show all posts
palmolive posted on 30-8-2013 03:57 PM
time tu kete baru lagi.aku tak tau la masa kt gudang tu dorg isi myk apa kt gearbox aku.tp apa yg  ...

kita kena belajau skt2....survey harga brg2....lain kedai,lain regenya...

plg teruk bila kete rosak kt tengah jalan...towing ke bengkel,mmg kena sembelih jk x taw apa2..

pernah keta ank buah sangkut kat Putra Jaya,hantau ke bengkel ,mmg kena sembelih giler..tukau ni tu ...RM1000 lebih kena..

bila bw ke Melaka,mekanik kata water pump x tukau,skim x wat...padahal ada tulis dlm bil.

mcm kete KIA ni,mmg ghamai x suggest hantau ke KIA branch sbb rege servis n spare-part mmg melampau2 mahal..baik hantau ke bengkel biasa yg ada spare part KIA..



Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2013 08:41 AM | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 24-8-2013 12:41 PM
BAB 9 : Balancing & Alignment :

Wheel balancing: while wheels and tires are machine made, and the ...

Kalau pasal camber ni aku dah pernah kena. yang aku tau kedai cas rm100 sebatang. Dia kata camber rosak.
Cuma aku tak tau bagaimana rupa camber rosak. Hari tu dia tunjuk camber tu dah negatif.

Jadi kat sini aku nak tahu macam mana nak tahu camber rosak atau tidak?? Ye la biasa aku pergi kedai sebatang seratus.


Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2013 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
camber rosak tukar skru dia jek kan?yg sebatang rm40 tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-9-2013 10:49 AM | Show all posts
sang_sapurba posted on 2-9-2013 08:41 AM
Kalau pasal camber ni aku dah pernah kena. yang aku tau kedai cas rm100 sebatang. Dia kata camber  ...

   


aku ada tukau ari 2..RM30 je...




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2013 11:07 AM | Show all posts
BAB 16 : [size=23.636363983154297px]Suspension basics/ Alignment



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2013 03:44 PM | Show all posts
Dulu aku ingat dia kata kalau skru camber tak berapa boleh nak adjust, dia kata tukar. Tapi lepas tu aku tak pergi dah kedai tu.


Apa kata thread ni ada tulis senarai harga upah & harga alat ganti sekali. Jadi boleh kita tahu anggaran harga kerosakan. Aku tak nak jadi macam aku kena cas 100 tukar camber. Padahal sepatutnya tak sampai 50 pun..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2013 04:53 PM | Show all posts
sang_sapurba posted on 2-9-2013 03:44 PM
Dulu aku ingat dia kata kalau skru camber tak berapa boleh nak adjust, dia kata tukar. Tapi lepas tu ...

Bagus cadangan...harga spare-part+kos upah bergantung dgn kedai dan jenis kereta ..jadi ia berbeza2...

Kita kena survey2...tu baguihnya berporum....kita boleh bertukau2 maklumat...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2013 06:39 PM | Show all posts
Tt ni nama rahim dari melaka kah? Problematik betul starting thread ko.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2013 07:00 PM | Show all posts
zorrro_03 posted on 2-9-2013 06:39 PM
Tt ni nama rahim dari melaka kah? Problematik betul starting thread ko.

Rahim mana lak ???


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2013 11:26 PM | Show all posts
BAB 17 : 24 Perkara asas tentang servis kereta

1. Minyak hitam.
Minyak hitam yg bukan sintetik tu - setiap 5,000km atau 3 bulan whichever is earlier.
Kalu yg sintetik - mungkin 7,500km atau 10,000km.

2. Filter - sama seperti minyak enjin.
Minyak mineral biasa - 5000km
Minyak Synthetic - 7500km hingga 10000 km
Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)

3. Spark plug - 20,000 km ikut schedule maintenance book!
Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k takde hal...benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje...Harga sekitar Rm20-25 untuk 4 biji...

4. Bateri kereta - 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan...kalau kita selalu topup airsuling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun...kalau selalu lupa topup dan selalu kering...6 bulan pun bateri boleh kong!

Free maintenance battery lain pulak ceritanya...tak payah top up air , harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu...so , beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai... BOSCH, CENTURY... tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok!

Bateri yang baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik. bandingkan bateri tersebut dalam kategori yang sama..kalau NS50 tu anda kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L..begitu la citernya!

5. Timing belt - 60,000km untuk kereta proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000km terus tukar tak kira la dia pakai apa kereta pun! Mekanik cina sengeh aje la, buat apa tolak rezeki dari duit orang Melayu!

6. Clutch plat - Clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan,sebab tu mereka kata bila 100,000km baru tukar clutch!

7. Fuel Filter - tukar aje la sekitar 40,000km sekali. Benda ni pun murah RM15-20je.

8. Air Filter atau Filter Udara - yang ni di tukar setiap 20,000km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ni tak payah tukar, tapi mampu dibersihkan sudah cukup.

9. ATF - Automatic Transmission Fluid. Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar...jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre. Ini membazir untuk kita, tapi bukan pada pihak cina yang bikin servis. Caj hanya sekitar RM200++. Kalau anda selalu tukar ATF, hanya tukar biasa aje, yang budget kurang dari RM100...ikut saiz kereta anda!

10. Gear Oil - untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.

11. Brake Fluid dan Power Steering Fluid - Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.

12. Radiator Coolant -sebotol RM8-RM15... selalunya warna hijau! 60,000km boleh la tukar sekali!!! Kalau air radiator korang warna clear aje. Maknanya air paip biasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!

13. Air-Cond Belt/ Alternator Belt - Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian "ribs"nya dah ada"crack-crack" yang halus...maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini. Akhir sekali, ingin admin ingatkan maintenance schedule yang ikut "km" atau masa"3 bulan" "6 bulan" dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan atau dalam bahasa enggeris lebih dikenali sebagai "preventive maintenance"

15.Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alatganti tu perlu ditukar. Ianya boleh juga menjadi suatu pembaziran bagi orang Melayu dan keuntungan bagi orang cina.

16.Contohnya- kalau kita buta-buta ikut apa yg di syorkan oleh pembuat alat ganti. Contohnya "shock absorber" perlu diganti setiap 20,000km, tentu kita tidak mampu mengikutnya! Jadi anda perlu ada asas ilmu seperti yang diterang kan di atas.


17. Minyak hitam mineral utk 5000km/3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000km/6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000km/ 1 tahun. Kalau boleh elakkan beli minyak hitam di kedai spare part cina tersebut sebab banyak minyak cap ayam yang cina telah sediakan khas untuk tipu orang Melayu. Botol mungkin ada cap Castrol, Shell, Petronas, Eneos dan lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah made in china. Dlm satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel cina. Bos cina ini sentiasa mengarahkan pekerja cinanya untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refil serta bubuh seal baru supaya dapat mengaut keuntungan dari duit orang Melayu. Elok beli minyak di stesen minyak - confirmed genuine. Unless kalau betul2 yakin dgn kedai spare part yg kita beli tu. Tapi apa admin boleh katakan 90% sparepart serta bengkel cina semuanya menggunakan kaedah ini.

18. Minyak gear manual ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km utk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus utk kereta lama - bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF - ditukar setiap 20,000km. Sama mcm di atas.

19. Flush? kalau dlm buku takde kata - maka tidak perlu. Air filter pun sama - 20,000km. Coolant - tukar tiap-tiap 20,000km. Nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dgn syarat guna air suling or RO water. Timing belt - ditukar setiap 80,000km. Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000km(Wira 1.6xli) tanpa masalah sebab menggunakan timing original Mitsubishi dan ia selalu inspect timing belt keretanya. Merekah takda, gigi still elok - tak perlu tukar. Aircond belt, altrnator belt, power steering belt - tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak crack.

20. Water pump - ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke-2. Let's say kita tukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila kita menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada extra labor charge. Spark plug - every 20,000km. Atau selagi plastik kat tgh tu masih putih dan tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak - engine dah agak uzur dan kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus i.e. minyak hitam terbakar. BTW, ini bukan service biasa. Dah kira major work jugak. Head gasket - tukar apabila minyak leaking kat area tu. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Org panggil nie top-overhaul.

21. Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000km. Tp ada gak yg 7-80,000km/kurang 5 tahun dah kena top overhaul sebab suka lenjan engine. Dok main red line manjang. Ini pun major work la jugak skit. Brake pad - tukar bila haus atau bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake - pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yg lain.

22. Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yg di letak di dalam blok enjin. Secara standardnya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km ikut ketetapan pengeluar jepun. tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yg dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, maybe 60,000km. Admin tak begitu pasti tentang ini.

23. Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000km bagi semua enjin straight 4 twin spark dan juga enjin V6 bagi model sebelum tahun 1999. Pada tahun 1996 dahulu, ada juga pemilik cina yang kerek dan cakap timing belt boleh tahan sampai 100,000km. Tak perlu tukar pada 30,000km. Then, keta dia kena tarik masuk sebab timing belt putus dan enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi service dan penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sbg ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda dan Toyota .Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya iaitu :-

Camry ACV30 - enjin 2AZ-FE 2000cc
Corolla Altis ZZE121 - enjin 1ZZ-FE 1600cc
Vios NZE10 - enjin 1NZ-FE 1500cc

24. Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC. ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih spt sedia kala.

-KETUA PENGAKAP FF-



Sumber : FB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2013 11:31 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2013 01:51 AM | Show all posts
BAB 19 : Pemasangan NGV



Apa yang saya tahu mengenai NGV ini hanyalah seperti berikut;

  • Peralatan NGV ini mengandungi mengandungi beberapa alatan yang dipanggil "NGV kit" antaranya regulator, emulator, electronic controlling unit(ECU), meter,silinder gas dan lain-lain.
  • Regulator berfungsi untuk memperlahankan pressure dari tangki gas, emulator pula untuk memastikan enjin menerima NGV sebagai bahan bakar dan ecu pula berfungsi sebagai kawalan komputer bagi sistem NGV ini bagi memastikan ecu sebenar enjin tidak mengesan apa-apa masalah dengan penambahan alatan baru pada sistem enjin.
  • Semua produk ini diimport (dengarnya sudah ada syarikat yang buat sendiri beberapa alatan NGV ini).
  • Saya mengetahui dua jenis sistem NGV iaitu caburator system (berharga antara RM2,500 hingga RM3,500) dan sequential system (berharga antara RM5,000 hingga RM7,500) bergantung kepada pembekal. Khabarnya sudah terdapat sistem baru yang lebih canggih, namun saya tidak pasti mengenainya.
  • Caburator system sesuai bagi kenderaan yang masih menggunakan caburator dan juga kenderaan yang tidak dikawal oleh ecu.
  • Sequential system pula sesuai digunakan oleh kenderaan eletronic injection dan yang dikawal oleh ecu.
  • Pengalaman saya, kenderaan Proton Waja Campro tidak boleh menggunakan sistem caburator walaupun dengan adanya alatan "emulator". Teksi saya dahulu mengalami masalah "backfire" iaitu letupan di bahagian "air filter" sehingga menyebabkan pecah alat pengunci kotak "air filter" tersebut. Dimaklumkan oleh mekanik, ia kerana ecu enjin gagal mengawal kuantiti oksigen yang diperlukan untuk pembakaran. Enjin juga akan semput akibat dari kegagalan ecu enjin menerima kemasukan alatan NGV pada sistem pembakaran.
  • Pengalaman saya juga menunjukkan masalah ini diatasi setelah menukar kepada sequential system (terbang la lagi dalam RM3,500 untuk tukar kit sahaja, silinder gas guna yang lama)
  • Bagi yang ingin memasang sistem caburator pada kenderaan iswara, rusa dan seumpamanya, anda tidak perlu risau kerana kebanyakan alatan sistem NGV ini mudah diperoleh dan boleh di baiki di mana-mana bengkel yang memasang NGV.
  • Awas kepada pengguna yang menggunakan sistem sequential, kerana sistem yang anda gunakan tersebut selalunya hanya boleh dibaiki oleh pembekalnya sahaja. Jika sistem NGV anda rosak, ia hanya boleh dibaiki oleh bengkel yang memasangnya sahaja.
  • Oleh yang demikian, jika ingin memasang sistem NGV sequential ini, pastikan pembekalnya adalah betul-betul kukuh. Untuk makluman, banyak sekali pembekal sistem NGV ini yang dahulunya tumbuh bagai cendawan, mereka mengimport perlbagai produk NGV kit dari Argentina, Brazil, Cina dan lain-lain yang akhirnya tutup (Koperasi saya ini sendiri pernah terkena dan terpaksa berbelanja puluhan ribu untuk menukar sistem NGV ini kerana pembekal lama tutup perniagaan).
  • Untuk makluman, pembakaran NGV ini bersifat kering iaitu tanpa ethanol seperti petrol yang bersifat basah. Pembakaran NGV menyebabkan enjin lebih panas berbanding petrol.
  • Kebanyakan enjin terkini, alatan dalamannya seperti valve bersifat compact (kecil dan ringan) bagi menjimatkan petrol. Valve yang kecil ini akan mudah bengkok jika terlalu panas dalam tempoh yang lama. Oleh yang demikian, jika anda memecut kenderaan NGV anda melebihi 110km dan dalam tempoh terlalu lama, ia boleh menyebabkan valve enjin menjadi bengkok (saya dengar ada sistem NGV baru yang secara automatik tukar kepada petrol jika kita pandu melebihi had laju yang ditetapkan).
  • Harga bagi satu liter NGV sekarang pula ialah RM0.68 sen berbanding RM1.90 petrol RON95 (dengarnya akan naik lagi), ini bermakna kos bahan bakar NGV hanya 36% sahaja berbanding petrol (jimat 64%).
  • Saiz tangki silinder pula ialah antara 40 hingga 80 liter, kebanyakan teksi menggunakan sylinder 60 liter. Walaupun saiz tangki 60 liter, namun ia hanya boleh memuatkan lebih kurang 13 liter NGV sahaja iaitu lebih kurang RM9.00. Saya tidak pasti mengenai ini, ada yang bagitau saya, sebab NGV tersebut telah dimampatkan dengan udara tekanan tinggi (nama lain bagi NGV (Natural Gas For Vehicle) ialah CNG iaitu (Compressed Natural Gas).
  • Untuk membuat pengisian semula NGV sekarang ini, tidaklah sesusah dahulu, boleh dikatakan stesen Petronas NGV boleh didapati di seluruh Malaysia.
  • Bagi setiap tangki 60 liter yang diisi penuh, kenderaan boleh dipandu sejauh maksimum 180 kilometer di highway dan lebih kurang 140 kilometer di jalan bandar bergantung kepada cara dan keadaan pemanduan.
  • Kos penyenggaraan kenderaan NGV ini boleh dikatakan sama sahaja dengan kenderaan biasa, kecuali jika anda memasang sistem NGV yang salah atau anda memandu kenderaan NGV dengan laju dalam tempoh yang lama di lebuhraya kerana kemungkinan besar valve akan bengkok malah boleh membuatkan head enjin kereta anda pecah (kawan saya yang baru 6 bulan guna teksi Saga BLM enjin Campro dah kena tukar head kerana masalah ini)
  • Untuk makluman anda juga, jaminan pembekal bagi kenderaan yang dipasang dengan sistem ini akan luput kerana melanggar syarat jaminan iaitu membuat perubahan pada sistem wiring dan juga bahan bakar. Nasihat saya, kalau nak guna NGV, tunggulah selepas tempoh jaminan tamat.
  • Mengenai keselamatan sistem NGV ini, ada yang mempertikaikan kononnya kenderaan mudah meletup atau terbakar. Apa yang saya tahu, saya tidak pernah berjumpa teksi yang terbakar kerana NGV ini. Kebakaran dan juga letupan yang dihebahkan dalam akhbar sebelum ini adalah akibat kecuaian pengguna yang mengubahsuai tong gas LPG dan mengiisikannya dengan NGV. Tangki gas LPG tidak dibuat untuk menampung tekanan tinggi seperti tangki khas NGV. Ketebalan dinding tangki juga jauh berbeza...,
  • Satu lagi nasihat saya, sekiranya kenderaan anda hanya digunakan untuk perjalanan yang dekat atau kos petrol anda di bawah RM50.00 seminggu, adalah lebih baik anda terus menggunakan petrol kerana terlalu lama untuk anda mendapatkan semula kos pemasangan dari penjimatan yang anda dapat dan terdapat risiko kerosakan enjin yang agak tinggi.
sumber : http://taxidriversmind.blogspot.com



Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 01:06 PM | Show all posts
satu perkongsian yang baik... balik nanti nak tgk video2....

btw, aku dh passang sequential system dgn 2 tangki bawah... sofar so good...... RM12 boleh gi 120KM-135KM dalam bandar... kalau highway dalam 150KM-160KM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.058948 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list