|
|
[Jenayah]
DUNGUN: Pemilik restoran mati ditembak bukannya ditikam
[Copy link]
|
|
|
dulu bunuh bakar...
sekarang tembak dan tembak...
mlm td kata kena tikam...bkn tembak...mana satu betul? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Lately banyak kes pertahan harta akhirnya mati so lesson learnt jangan pertahankan harta yg penting nyawa selamat melainkan kalau nak kena rogol memang terpaksalah tekwndo kalau masih ingat step kalau tak tak dapatlah nak tolong diri sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bedah.Cun posted on 13-8-2013 02:27 PM 
Hangin sangat tau, asyik2 peniaga je kena. Kitorang sampai takut nak jalan pegang2 tangan tengok w ...
Kalau itu yang boleh menyelamatkan nyawa kenalah dressing macam sakai indon dan berkereta nak rebah ke bumi.
Suami nak tukar kereta pun saya tegah coz takutlah ...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
keraskhejong posted on 14-8-2013 07:03 AM
fuhhhh....satu malaya kes tembak
Ada betul jugak kata menteri zahid hamidi, kesan dari akta OD tahanan tu.... dh x selamat nk jalan-jalan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
http://www.sinarharian.com.my/po ... -dari-jauh-1.192027
Polis percaya pemilik restoran ditembak dari jauh

KUALA TERENGGANU - Polis percaya pemilik restoran nasi kukus di Dungun, yang ditemui mati di hadapan kedai makan miliknya semalam, ditembak dari jarak jauh.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP K. Manoharan berkata, setakat ini polis telah mengambil keterangan daripada anggota keluarga dan pekerja pemilik restoran itu.
"Daripada keterangan yang diambil, tidak ada seorang pun yang melihat atau mendengar tembakan dilepaskan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dalam kejadian awal pagi semalam, mayat pemilik restoran nasi kukus di Kampung Cacar, Mohamad Lutpi Mansor, 50, ditemui dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah dengan dua kesan tembakan di dada dan bahu, di tempat letak kereta di hadapan restorannya pada pukul 7.30 pagi.
Mohamad Lutpi dikatakan keluar pada pukul 4.30 pagi untuk memasukkan duit hasil perniagaannya di bank.
Manoharan berkata polis Terengganu juga menubuhkan unit khas yang diketuai beliau untuk menyiasat kes itu.
"Kami telah menemui beberapa petunjuk positif berhubung kejadian itu," katanya.
Beliau berkata, polis juga percaya ada individu yang boleh memberikan maklumat kepada polis mengenai kejadian itu memandangkan ia berlaku berhampiran jalan utama.
Sehubungan itu, beliau sekali lagi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Manoharan berkata, dua butir peluru yang dikeluarkan daripada badan mangsa dalam proses bedah siasat semalam telah dihantar ke Unit Forensik Maktab Cheras untuk mengesahkan jenis senjata yang diguna.- Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dengki bila org dh berjaya.... nak sedap dan puaskan hati bunuh jelah Manusia Akhir Zaman sekarang ni... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Makin menjadi-jadi benda cam nie kat malaysia....tembak ada..bom ada....tikam lunyai pun ada... |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|