Vokuro posted on 25-6-2013 02:32 PM 
bak kata qoran.
Terjemah Surat Al Maidah Ayat 5 5.[31] Pada hari ini dihalalkan bagimu segala yang baik-baik. Makanan (sembelihan) Ahli Kitab[32] itu halal bagimu, dan makananmu halal bagi mereka. Dan (dihalalkan bagimu menikahi) perempuan-perempuan yang menjaga kehormatan[33] di antara perempuan-perempuan yang beriman dan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatan di antara orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu[34], apabila kamu membayar mas kawin mereka untuk menikahinya[35], tidak dengan maksud berzina dan bukan untuk menjadikan perempuan piaraan[36]. Barang siapa yang kafir setelah beriman maka sungguh, sia-sia amalan mereka dan di hari kiamat dia termasuk orang-orang yang rugi[37]. - See more at: http://www.tafsir.web.id/2013/01 ... thash.6smTgI2t.dpuf
ko tau siapa itu ahli kitab?
http://zaharuddin.net/aqidah-&-kepercayaan/241-status-ahli-kitab-hari-ini.html
JAWAPAN UST ZAHARUDDIN Assalamualaikum, Terima kasih bagi syeikh zubir yang memberikan pandangan, padangan yang baik juga. alhamdulillah Ulama semasa berbeza pandangan dalam menentukan status ahli kitab ini pada zaman ini. 1) AHLI KITAB WUJUD HARI INI Ia adalah pandangan kumpulan majoriti ulama semasa termasuk Al-Qaradawi (di ambil dalam fatwa beliau berkenaan boleh makan daging di neagar yang majoriti kristian dan yahudi, bgmnpun dalam fatwa beliau berkenaan kahwin dgn ahli kitab- beliau ada meletakkan syarat agar di semak terlebih dahulu samada wanita itu betul2 kristian dan yahudi atau hakikatnya athies), Al-Buti, Dr Wahbah Az-Zuhayli dan lain-lain menyatakan bahawa mereka di anggap ahli kitab selagi mana mereka percaya kepada Allah SWT. Ini adalah pandangan mcm syeikh yg di tanya di bawah tu, mereka lebih cenderung memberikan keringanan sebenarnya. Antara dalil mereka adalah seperti di sebut oleh zubir tadi juga. 2) STATUS AHLI KITAB HARI INI DIPERTIKAI Manakala kumpulan minoriti menolak pandangan di atas. Menurut mereka , untuk digelar ahli kitab , sesorang Yahudi dan Nasrani (kristian) itu mestilah berpegang teguh dengan ajaran agama samawi masing-masing, adapun, jika mereka berpegang dengan ajaran palsu hari ini di campur pula dengan tidak mengendahkan hal ehwal hukum agama mereka. Mereka tidaklah layak di gelar Ahli KItab lagi. Kumpulan ini berpegang kepada athar dari Sayyidina Ali KW yang menyebut tentang Yahudi Bani Taghlib dengan katanya : إنهم لم يأخذوا من النصرانية إلا شرب الخمر وأكل الخنزير Ertinya : "Mereka tidak mengambil apa-apa dari ajaran Nasrani kecuali untuk minum arak dan memakan babi" ( Rujuk : Al-Majmu' oleh Imam An-Nawawi, 9/74) Ini bermakna Ali r.a seolah-olah tidak setuju dgn pengiktirafan ahli kitab kepada mereka yang tidak berpegang dgn sepenuhnya. Ia juga berdasarkan athar :- عن نافع مولى ابن عمر: أنه كان إذا سُئِل عن نكاح النصرانية واليهودية، قال: إنالله حرم المشركات على المؤمنات، ولا أعلم من الإشراك شيئًا أكبر من أن تقولالمرأة: ربها عيسى، وهو عبد من عباد الله (انظر: البخاري مع الفتح "9/416" حديث "5285" باب قول الله تعالى: (ولا تُنْكِحُوا المشركاتِ حتى يُؤْمِنَّ..) من كتابالطلاق، وانظر: تفسير ابن كثير "1/258"، ط الحلبي. وتفسير القرطبي "3/68" ط. دارالكتب). Ertinya : Ibn Umar ditanya berkenaan hukum berkahwin dengan ahli kitab nasrani dan yahudi, maka dia berkata : " Sesungguhnya Allah mengharamkan berkahwin dengan kaum wanita musyrik, dan tidak ku ketahui syirik yang terbesar daripada seorang wanita berkata : " tuhannya Isa, dan dia pula hamba dari hambar Allah ( Rujuk Fath al-Bari, haditth no 5285, ) Justeru, ini seolah menunjukkan bahawa kristian yang mempercayai triniti seolah2 telah terkeluar dari ajaran kelas ahli Kitab iaitu nasrani kerana kekarutan mereka. Terutamanya kristian di zaman ini yang kebanyakkan adalah athies dan hanya nama sahaja Kristian tetapi tiada berpegang dgn ajarannnya. Kesimpulan saya Jika berpegang penuh dengan segala ajaran agama yahudi dan nasrani itu di anggap syarat untuk digelar ahli kitab, maka ramai pula nanti Umat Islam yang tidak layak digelar ‘Muslim' juga, kerana pegangan mereka yang amat longgar. Kerana inilah majoriti ulama berpendapat, syarat utamanya utk diterima sebagai ahli kitab dan terpakai semua hukum ahli kitab di dalam quran adalah PERCAYA kpd kewujudan Allah (sebagaimana Al-Qaradawi yang meletakkan syarat, asalkan jangan athies atau komunis - iaitu yg jenis tak percaya tuhan). Justeru ahli kitab yang percaya trinity dan lain-lain itu tetap di anggap ahli kitab berdasarkan firman Allah yang menggelarkan mereka dengan nama AHLI KITAB walaupun mereka telah menyeleweng dalam aqidah mereka iaitu :- يا أهل الكتاب لا تغلوا في دينكم ولا تقولوا على الله إلا الحق، إنما المسيح عيسى بن مريم رسول الله وكلمته ألقاها إلى مريم وروح منه، فآمنوا بالله ورسله، ولا تقولوا: ثلاثة، انتهوا خيرا لكم إنما الله إله واحد، سبحانه أن يكون له ولد، له ما في السموات وما في الأرض، وكفى بالله وكيلا}النساء:171 Ertinya : " Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampau-lampau dalam agamamu, dan janganlah mengatakan tetang Allah kecuali yang benar, Sesungguhnya Al-Masih Isa anak Maryam itu adalah rasulullah, dan ia di letakkan kepada Maryam dan ruhnya dating dari Allah, maka berimanlah dengan Allah dan rasul-rasulNya, jangalah kamu mengatakan "tiga", tamatkanlah dakwaan itu lebih baik bagimu, sesungguhnya Allah itu esa, maha suci Allah dari mempunyai anak....( An-Nisa : 171) Wallahu a'lam.
|