CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sipolan

SIAPAKAH PENENTANG IMAM MAHDI (AS)?

[Copy link]
Post time 25-5-2016 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Syekh Taqiyuddin An Nabhani dalam Kitab Nizamul Hukm Fil Islam menyebutkan tujuh syarat sehingga seseorang layak menjadi Khalifah, dimana syarat tersebut menjadi syarat sah untuk diangkat menjadi Khalifah atau disebut sebagai syarat in’iqd. Jika ada satu saja kekurangan, maka akad pengangkatan Khalifah menjadi tidak sah. Adapun syarat tersebut adalah :

Muslim
Lelaki
Baligh
Berakal (Bukan Gila)
Adil
Merdeka (Bukan Hamba)
Mempunyai Kemampuan Memimpin Negara (Daulah Islamiyah)

Org yg tak berakal tidak layak utk "bermimpi" kerana "melucukan"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2016 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Jika sekelompok kaum Muslim di suatu wilayah Islam membaiat seseorang, ia sah sebagai Khalifah asal memenuhi syarat berikut:

Memenuhi syarat in‘iqd seorang Khilafah.
Ada wilayah yang jelas dan rakyatnya.
Keamanan dan kekuasaan di wilayah itu berada di tangan kaum Muslim, bukan diuruskan oleh orang asing.
Khalifah itu harus langsung menerapkan syariat Islam secara menyeluruh dan sekaligus, tidak ditunda ataupun bertahap-tahap.

Ok ar tu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang ini pun kita perlu "faham"

Keharaman mengangkat dua orang pemimpin (Khalifah) sebagai ketua negara ditegaskan oleh Hadis Rasulullah s.a.w. :


     
Jika dibaiat dua orang khalifah maka bunuhlah yang terakhir dari keduanya. (HR Muslim)

Makna Hadis dan Faedahnya
Hadis ini mengandung pengertian, jika dibaiat dua orang khalifah, maka orang yang dibaiat lebih akhir harus dibunuh. Baiat atas orang yang pertama haruslah baiat yang sah secara syar‘ie. Orang kedua, baik ia mengetahui adanya baiat pertama yang sah itu ataupun tidak, disuruh menanggalkan baiatnya dan segera membaiat Khalifah yang sah itu. Jika ia menolak, kata as-Suyuthi, ia harus diperangi meski sampai ia harus dibunuh; kecuali jika ia mengumumkan pembatalan baiat atas dirinya, berhenti dari merobek kesatuan kaum Muslim dan memecah jamaah mereka, berhenti menentang khalifah yang sah, dan segera memberikan baiat taat kepadanya.

Hadis ini memerintahkan Daulah Khilafah. Kaum Muslim hanya boleh memiliki seorang khalifah dan satu Khilafah. Haram diakadkan baiat kepada dua orang, apalagi lebih. Ibn Hazm menuturkan, kaum Muslim di seluruh dunia tidak boleh memiliki dua orang imam/khalifah, baik keduanya saling sepakat ataupun berselisih, di dua tempat berbeza atau di tempat yang sama. Imam an-Nawawi berkata, “Para ulama telah bersepakat bahwa tidak boleh diakadkan baiat kepada dua orang khalifah pada satu masa, baik wilayah Negara Islam itu luas ataupun tidak.”
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2016 11:46 AM | Show all posts
Berdasarkan hadis, musuh di peringkat fasa awal pembaiahan Muhammad ibn Abdullah di Makkah ialah seorang pemerintah di Ash-Sham (merangkumi Lubnan / Israel / Palestin / Syria / Jordan) yang mengirim sejumlah besar tentera mencerobohi Hejaz (Semenanjung Tanah Arab / Arab Saudi + Qatar + UAE + Oman + Yaman + Kuwait) dimana pasukan tentera Ash-Sham yang ingin membunuh Imam Mahdi dan pengikutnya akan ditakdirkan Allah ditenggelami di satu kawasan antara Madinah dgn Makkah iaitu Al-Baida.

Setelah khabar Imam Mahdi tersebar di seluruh dunia, maka pasukan tentera panji hitam dari wilayah Khurasan (merangkumi sebahagian wilayah Iran, keseluruhan Afghanistan dan Tajikistan) akan mara ke tanah Arab dan untuk membaiah Imam Mahdi. Mereka ini kemudian dipimpin Al-Mahdi bertempur dengan seorang lelaki suku Kalb sebelah ibunya dan dikalahkan sehingga terdapatnya pelbagai ghanimah (harta rampasan perang) yang banyak.

Pada masa inilah tentera panji2 hitam dipimpin Imam Mahdi akan memerangi semua penguasa2 yang zalim dan taghut termasuk penguasa Ash-Sham yang dulunya ingin membunuh Imam Mahdi.

Pada masa fasa pertengahan pula, Imam Mahdi dan semua tenteranya akan bersekutu dgn Ar-Rum melawan satu musuh yang sama pada masa beberapa ketika sehinggalah musuh tersebut dikalahkan.

Setelah itu berlaku pengkhianatan dimana tentera Ar-Rum menaikkan salib menyatakan kemenangan mengalahkan musuh yg sama itu datangnya dari Salib, maka tentera Islam mematahkan salib berkenaan dan berlaku pertumpahan darah menyebabkan Ar-Rum berundur.

Ar-Rum akan kembali bersama 80 panji2 dimana setiap panji terdapat 12 ribu tentera (jika dikira berjumlah 960,000 orang) di Sham utk memerangi Imam Mahdi dan tenteranya. Perang terbesar dan yang terakhir ini dikenali sebagai Al-Malhamah Kubra (Armageddon bagi penganut Nasrani) dan berlangsung selama tiga hari dan akan dimenangi oleh Imam Mahdi dan sepertiga baki tenteranya (Sepertiga tentera Islam lari pada hari pertama dan sepertiga akan syahid pada hari kedua peperangan).

Setelah itu tentera Islam akan menakluki Konstaniniyah (Istanbul) tanpa perlu berperang malah secara aman dan pada masa itulah syaitan yg menyamar sebagai tentera Islam menyebarkan fitnah bahawa Dajjal sudah keluar sehingga ke pintu setiap rumah tentera Islam. Sebahagian tentera Imam Mahdi ada yang berpatah balik ke kampung halaman namun mendapati fitnah itu tidak benar.

Maka kemudian muncullah Ad-Dajjal bersama pengikutnya iaitu 70 ribu Yahudi bertayalisah dari Isfahan (satu wilayah di Iran) ke selurh dunia menyesatkan umat manusia. Maka Imam Mahdi dan tenteranya akan menghadapi fitnah Dajjal ini.

Di fasa akhir, Dajjal dengan pengikut Yahudi, para kuffar, murtaddin, org2 Islam yg fasiq serta kufur akan mengepung Imam Mahdi dan pengikutnya sehinggalah turunnya Nabi Isa Al-Masih di menara putih sebuah masjid di Ash-Sham dan membantu Imam Mahdi memerangi Dajjal dan saki baki tentera Dajjal. Nabi Isa akan membunuh Dajjal di al Ludd (sebuah tempat di Israel).

Setelah itu Khilafah ala Minhajin Nubuwwah (Khilafah di atas manhaj kenabian) akan tertubuh di mukabumi dengan Imam Mahdi sebagai Khalifah. Setelah wafatnya Imam Mahdi, maka Nabi Isa pula akan memerintah sehinggakan era datangnya Yakjuj wal Makjuj merosakkan seantero dunia.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2016 11:13 PM | Show all posts
Edited by alasala at 14-6-2016 12:44 AM

Saya suka share. Dengar aje kalau rajin. Menarik walaupun pada pandangan saya ada yg saya tidak setuju tapi kebanyakkan saya setuju (meraikan para guru).





Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapakah penentang Al-Mahdi? Surah Al-Ahzaab menceritakan kondisi Al-Mahdi dan mereka2 yg tidak sedar "memusuhi" Allah dan Rasul.

Mungkin saya pun termasuk jugak ler kategori penentang "tanpa disedari tu"

Apa leh buat. Lomahnya iman.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2016 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
20. Mereka mengira (bahwa) golongan-golongan yang bersekutu itu belum pergi; dan jika golongan-golongan yang bersekutu itu datang kembali, niscaya mereka ingin berada di dusun-dusun bersama-sama orang Arab Badwi, sambil menanya-nanyakan tentang berita-beritamu. Dan sekiranya mereka berada bersama kamu, mereka tidak akan berperang, melainkan sebentar saja. [QS. 33]

Pada ayat ini menerangkan kondisi calon2 Imam Mahdi yg dipantau rapi oleh "musuh Allah". Ayat ini menjelaskan hubungan Al-Sufyani, Kalb yg termasuk dalam makna sekutu dan juga Kaum Arab sebelum dan selepas tibanya Al-Mahdi Muntazar.

Al-Mahdi sebenar PASTI tahu apa kesudahannya. Kerana pada Al-Mahdi itulah susuk Al-Quran bergerak.
Wallah Hu'alam
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
robotech replied at 26-5-2016 11:46 AM
Berdasarkan hadis, musuh di peringkat fasa awal pembaiahan Muhammad ibn Abdullah di Makkah ialah seo ...

Spekulasi aje tu.

Yg paling utamanya, memerangi "Imam Mahdi" samalah le jawapan dgn "menempah hotel di neraka". Dan pastinya Allah bayar "cash"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2016 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah Allah akan menghantar bantuan kpd Imam Mahdi ketika musuh mula menyerang? Jawapan : Ya

9. Hai orang-orang yang beriman, ingatlah akan nikmat Allah (yang telah dikurniakan) kepadamu ketika datang kepadamu tentara-tentara, lalu Kami kirimkan kepada mereka angin topan dan tentara yang tidak dapat kamu melihatnya. Dan adalah Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. [Surah Al-Ahzaab]
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
19. Mereka bakhil terhadapmu, apabila datang ketakutan (bahaya), kamu lihat mereka itu memandang kepadamu dengan mata yang terbalik-balik seperti orang yang pingsan karena akan mati, dan apabila ketakutan telah hilang, mereka mencaci kamu dengan lidah yang tajam, sedang mereka bakhil untuk berbuat kebaikan. Mereka itu tidak beriman, maka Allah menghapuskan (pahala) amalnya. Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. [Surah Al-Ahzaab]

Pada pandangan saya, Imam Mahdi sebenar (dari byk2 calon Mahdi yg sedia) pasti faham ayat ini. Dan pastilah, Imam Mahdi sebenar antara manusia yg paling byk bagi syafaat berbanding kumpulan "bani tamim". Akan tetapi, bila saya baca ayat ini, saya akan berkata "OMG, pastilah Imam Mahdi itu tidak dibantu oleh Pemuda Bani Tamim pada peringkat awal" sehingga tercetusnya "huru-hara".

Bro2 dan Sis. Kita semua kalau tau "Pemuda Bani Tamim" tu siapa, maka ada chance masuk syurgalah kita. Tapi kalau kita menjadi penghalang antara "pemuda bani tamim" dan "Imam Mahdi", maka kita termasuk golongan yg "sia2 amal perbuatan".
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapakah pemuda bani tamim itu? Nama pemuda itu disyurga adalah : Syuib Bin Saleh. Maka sukar ler anda semua nak kenal pemuda ini
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Org yg kenal Pemuda Bani Tamim ini "Imam Mahdi" seorg aje kot?

Saja nak provoke. Hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2016 05:36 AM | Show all posts
mahdi = budak kecil dalam buaian,,,,

jeng jeng jeng,,,,hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2016 08:30 AM | Show all posts
Edited by monyet_2015 at 15-6-2016 05:43 AM

Pada zaman imam mahdi beliau akan meruntuhkan kaabah,masjid,kuil dan gereja. semua tempat beribadat akan diruntuhkan, semua umat melayu akan menganggap imam mahdi ini adalah dajjal.
tapi dajjal akan menghalang kaabah dan masjid dari diruntuhkan oleh imam mahdi.imam mahdi dan tenteranya akan di halang dari memasuki mekah dan madinah oleh pasukan dajjal.tapi semua umat islam akan sangka imam mahdi itu adalah dajjal.( cerita yang umat islam faham adalah terbalik,.ini adalah perancangan sangat licik menyuruh semua manusia menyangka imam mahdi adalah dajjal.)


Fitnah terbesar akhir zaman yg belum pernah berlaku sejak penciptaan alam berlaku di tanah melayu
bila fitnah itu berlaku? sekarang!!!....ye..sekarang fitnah itu sedang berlansung.
tapi kamu tidak menyedarinya..sangat malang nasib penduduk tanah melayu kerana di timpakan fitnah ini. keputusannya kamu telah gagal.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2016 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
monyet_2015 replied at 15-6-2016 08:30 AM
Pada zaman imam mahdi beliau akan meruntuhkan kaabah,masjid,kuil dan gereja. semua tempat beribadat  ...

Rasanya, yg last skali tu betul. Yang lain tu ilmu menghukum pada makna sangkaan. Maka hujjah ini namanya "pendustaan nyata"

Meroyan. Kah kah kah
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2016 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
monyet_2015 replied at 15-6-2016 08:30 AM
Pada zaman imam mahdi beliau akan meruntuhkan kaabah,masjid,kuil dan gereja. semua tempat beribadat  ...

"keputusannya kamu telah gagal."

Ayat ni kena tambah sikit "keputusannya kamu semua telah gagal."

Hahaha

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2016 09:49 AM | Show all posts
jangan risau Imam Mahadi lamaaaaa lagi mau datang....
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2016 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 15-6-2016 09:49 AM
jangan risau Imam Mahadi lamaaaaa lagi mau datang....

Pada pandangan saya, memang lama lagi jugaklah Imam Mahdi nak muncul.

Ini kerana, jika saya menyelam sambil menutup mulut dan hidung "tanpa bantuan alat pernafasan", pastinya PANJANG MASA ITU.

Maka jawapannya, SEKALI SAYA KENTUT, sekor lagi dah tercium baunya.

HAHAAHA
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2016 11:02 AM | Show all posts
alasala replied at 15-6-2016 10:21 AM
Pada pandangan saya, memang lama lagi jugaklah Imam Mahdi nak muncul.

Ini kerana, jika saya men ...

bah nanti kalau dah jumpa Imam Mahadi jangan lupa calling calling kita org...nak tengok juga ni...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2016 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada 3 versi cerita Imam Mahdi.

1) Imam Mahdi lahir (berasal) dari Madinah.
2) Imam Mahdi datang dari Timur bersama Pemuda Bani Tamim
3) Imam Mahdi lahir (zahirkan diri) di Madinah

Mengenai perkara 1) dan 3), berlaku khilaf. Akan tetapi kita perlu sedar, perkara 1) dan 3) ini perlu kpd perkara 2). Apakah tanda terbesar dekatnya kemunculan Imam Mahdi? Kerap berlaku gempa, berlaku perkara yg jarang/tak pernah berlaku (cuaca dan sebagainya). Ada atau belum tanda2 tu? Jika ada, dekat dah ler tu. Kedatangan Imam Mahdi berserta tanda kiamat kubra. Ini kerana tanda besar kiamat kubra termasuklah tanah di barat (termasuklah dikawasan tanah Arab) akan tenggelam dan ianya berlaku sesudah Imam Mahdi dibai'ah ketika datangnya tentera Al-Sufyani ke kota Mekah. Dan pastilah ketika itu juga beberapa blok dunia akan tenggelam. Malaysia ini timur jugak kan? Maka jika kitam rasa2 ada hati nak Imam Mahdi ikut kepala kita (cubaan mempergunakan Imam Mahdi), maka kemungkinan negara ini termasuk jugak kot? Manalah kita tau kan?

Bila Imam Mahdi muncul, Allah pasti mempersiapkannya pada makna "kun fa ya kun". Maka jika anda rasa2 nak challange Imam Mahdi, lupakan aje niat itu. Dia manusia yg "tak boleh dikalahkan" walaupun kita semua guna senjata canggih.

Berdasarkan hadis2, 2 jenis kemunculan Imam Mahdi.
1) Kemunculan pra-fasa sebelum menjadi khalifah. Maka pastinya tempoh itu juga Imam Mahdi mempelajari ilmu tanpa sesiapa sedari. Tempoh itu ada yg kata 5,7,9 tahun
2) Kemunculan selaku khalifah yg bertempoh. Maka pastinya tempoh inilah ilmu Imam Mahdi disempurnakanNya. Imam Mahdi hidup selama 7 tahun pada waktu itu.

Tidak lama Imam Mahdi wafat, maka wave yakjuj dan makjuj yg ditahan Allah pada zaman Imam Mahdi "pasti berlaku". Dan bla bla bla, KIAMAT.

Hahahaha

Ada juga versi karut-marut (rekaan) : Imam Mahdi dilahirkan semula atau disembunyikan sewaktu kecil (Syiah). Yg ini boleh reject. Hahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.232364 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list