Sebelum sampai ke hotel tadi M hasna telah membawa saya ke berberapa kawasan perumahan yang telah dibedil oleh F16, Masyaa allah... penempatan orang awam tu.. kejam betul zionis ni. Di pintu masuk ke palestin pula di pampang kereta Ahmed Jabaari yg telah di bom oleh Israel sewaktu dia dalam perjalanan pulang selepas menerima surat tawaran perjanjian perdamaian tetap dan gencatan senjata dari Israel. Banyak lagi cerita-cerita yg akan saya kongsikan esok selepas kami membuat lawatan seterusnya. Selamat malam. Assalammualaikum.
shahx posted on 5-12-2012 08:05 AM
afdlin pegi heboh satu malaysia....
aah die jadik duta... aritu, aku dgr ceramah aman palestin.. dorang plan nak amek retis.. supaya...
"kita kene gunekan selebriti malaysia tuk bantu sebarkan misi amal palestin.. kalau kita yg cakap, orang masyarakat marahain ni x nak dengar.. kalau kite gune selebriti tuk ajak, ramai orang akan dengar..."
camtu la kekdah nye kate pengerusi amal palestin.. sbb tu sume orang tau.. bape ramai orang suke afdlin kan... bile die cakap je sume cam sokong... dan bukak mate lebey luas.. contoh je laaa... aritu afdlin cakap...
"x gune la sape2 yg like saye kt fb, tapi x nak sokong palestin... mari kita ubah primary foto kite jadi save palestin... " lebey kurang laaaa.....
pastu... dan2 ramai giler orang like... dan dorang cakap dorang pon baru tukar profile pic fb jadi save palestin... hihi.. tu kuasa sorang yg terkenal...
MizzPopLuv posted on 5-12-2012 09:49 AM
heliza,zoey dgn salima af pun pergi gak kan..mulia nya ati dorg
Semoga Allah merahmati setiap perjalanan mereka, semoga segala wang yg kita salurkan, sumbangkan ini sedikit sebanyak dapat mmembantu meringankan bebanan rakyat Palestin di sana, makan minum perlindungan & ubatan. Semoga selamat pergi & pulang
Ada yg bertanya kenapa perlu bayar rm7500. Kan lebih baik sedekah jer. Ini jawapan saya sendiri, pandangan saya yg tak seberapa:-
1) biarlah kita bayar sendiri jika ingin berjihad. Walhal kalau bercuti ke luar negara lebih dpd 7500 kita peruntuk & belanjakan. Jgn diminta NGO yg bayar. Nauzubillah.
2) bantuan utk Palestin bukan sekadar dgn wang ringgit. Tekanan politik antarabangsa adalah salah satu caranya. Biar Israel tahu penuh satu kapal terbang kami datang. Kami adalah suara rakyat Malaysia. The more the louder. Any political science student/graduate can explain further. Please. Silakan perjelaskan dgn terminologi anda. Cth mesir, tunisia, libya. Same concept. Cuma di dlm.konteks ini, ianya kebangkitan suara dunia.
3) terlalu ramai yg pohon hendak pergi. Termasuk pakar spt doktor dll. They have the money. I know some of the participants even donated further, more & beyond rm7500. Allahuakbar.
4) rm7500 termasuk penerbangan, pengangkutan darat, makan& minum & penginapan hotel. Ya kami tidur hotel! Jgn ada yg gatal nak cakap lebih baik tidur dlm khemah. Inilah waktunya hotel hotel di ghaza beroperasi. Sewaktu lawatan bulan April lepas, hanya kami sahaja menghuni. Selepas kami pulang hotel itu kembali ditutup, tidak berpenghuni, sepi berdebu. Tersenyum Israel bila Palestin tiada cara membangunkan ekonomi. Kenapa negara spt Perancis, England, Australia bahkan Malaysia dll (termasuklah negeri melaka) sibuk berbelanja sakan utk mempromosikan negara masing masing? This is a no brainer. Takpelah saya jawab juga. Sebab, pelancongan adalah kaedah menjana ekonomi negara. Ghaza terletak di tepi pantai. Cukup indah. Buka tingkap hotel kami boleh melihat ombak ombak kecil yg menghempas pantai. Orangnya lembut dan baik lebih lebih lagi terhadap org Malaysia. Mereka bukan sahaja sayang malah cintakan kita. Antara bantuan yg tercepat tiba selalunya dari Malaysia. Juadahnya sedap & enak. Bagaikan masakan ibu. Bayangkan majoriti rakyat di sana menghafal al quran. Sungguh berkat masakan air tangan mereka. Jadi yg ke sana, belanjalah sebanyak mungkin. Jgn mintak kurangkan harga. Bayar jer. Gunakan dobi mereka, cuci, seterika. Tutup jer mata. Beli & bawa balik bakhlava/hallawiat mereka. The best in the world. Im NOT kidding. Terbaek. Lets get their economy going & moving. InsyaAllah kita jadi sebuah bata kecil yg menyumbang memesatkan ekonomi negara Palestin.
5) nothing beats the 'human touch'. Saya tak sabar nak bersalaman, berpelukan dgn saudara (saudari) di Palestin. Saya nak katakan sendiri yg orang Malaysia tidak akan biarkan mereka melawan musuh gergasi berseorangan. Walaupun kami kecil (org malaysia kan comel sizenyer cthnya Heliza helmi yg super cute & super bersemangat) tapi InsyaAllah kami bagaikan burung ababil.
GHAZA AKU DATANG. TAKBIR ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!
FAra Adeeba dah jawab...
utk sapa2 yg pertikai kenapa nak gi sana kena byr ribu riban... Last edited by peachRose on 5-12-2012 10:21 AM
Abby ni kalau nak berdakwah elok belakang tabir jela jangan kluarkan statement sebab statement dia kdg2 menjerat diri. makin nmpak bodoh dan orang makin benci PAS n makin tolak perjuangan PAS..dia baru je berubah dan sedang belajar lagi,...belum cukup ilmu utk jadi mak guru kot..kalau sama2 belajar dan mengajar ok la..tapi dia ni aku nampak lebih kepada nak mengajar dan menghukum orang..
cara dia nak ubah golongan artis pon x kena..asyik dengan sindiran2 yg annoying,,tak berhemah dan takde diplomasi...dia lupa yg dia pernah berada dalam dunia artis mcm golongan2 artis tu..dia nak semua orang ikut 100% drastik mcm dia..berhemah skit la abby..baru org respek..